Isnin, 28 Oktober 2013

Kehidupan Bermasyarakat @ Semangat Kejiranan

1. Langkah-langkah menyuburkan semangat kejiranan.
2. Langkah-langkah menyuburkan semangat kehidupan bermasyarakat.
Kedua-dua tajuk membawa maksud yang sama. Saya sertakan contoh karangan untuk tatapan anda.
            Marcapada ini, rata-rata kehidupan masyarakat khususnya di kota-kota metropolitan lebih bersifat nafsi ataupun individualistik. Semangat kejiranan dan altruism dalam kalangan warga Malaysia mulai sirna. Paradigma ini sering menjadi polemik utama dan meniti dari bibir ke bibir rakyat. Siapakah yang harus dipersalahkan? Nescaya, sebelum nasi sudah menjadi bubur, langkah-langkah pragmatik perlu diambil bagi menyuburkan semangat kejiranan dalam institusi masyarakat Malaysia kembali.
     Pertama, pihak kerajaan boleh menjalankan kempen-kempen bersesuaian di peringkat kebangsaan. Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menanam sifat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Tamsilannya, proklamasi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia. Sinergi dan usahasama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Bak kata pepatah, “ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua”. Justeru, kempen-kempen anjuran kerajaan ini amat penting untuk menyemai semangat kejiranan. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh melaksanakan program-program yang melibatkan semua kaum di setiap peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Hal ini demikian kerana punca utama kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bertitik tolak daripada kurangnya semangat perpaduan.
     Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, ibarat kata perbidalan, “serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Jelaslah, usaha kerajaan ini amat sesuai bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan warga Malaysia.
     Di samping itu, pihak media turut memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat kejiranan. Sarwajagat mengetahui, media merangkumi media cetak dan media elektronik. Sehubungan itu, pelbagai kaedah boleh diusahakan bagi menyuburkan semangat kejiranan. Media cetak misalnya boleh memaparkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat kejiranan manakala media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan yang menarik dan menekankan peri pentingnya semangat kejiranan. Usaha Majalah 3 yang menyiarkan “Colours of Malaysian”, sebuah dokumentari mengenai semangat kejiranan dan perpaduan di Malaysia wajar disokong. Justeru, semangat ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ ini wajar kita tonjolkan melalui media massa.
      Seterusnya, persatuan-persatuan penduduk juga perlu peka akan masalah ini. Bagi memupuk semangat kejiranan semula, persatuan ini seperti Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program bersesuaian demi kemaslahatan penduduk. Sebagai contoh, kegiatan rewang dan Hari Keluarga dapat dianjurkan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk. “Sepakat membawa berkat,” begitulah kata-kata ahli falsafah silam. Malahan, menurut laporan majalah The Times di Australia, kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. Pengiktirafan sebegini menunjukkan bahawa perpaduan yang dijana melalui aktiviti kemasyarakatan sememangnya merupakan jalan yang terbaik bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
     Akhir sekali, masyarakat sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Dalam mencipta satu resipi makanan misalnya, kita memerlukan bahan yang benar-benar berkualiti bagi hasil yang memberangsangkan. Begitu juga dengan semangat kejiranan yang ingin dibentuk. Kita memerlukan unit masyarakat yang syumul dan mahukan perubahan. Nescaya, kerjasama dan sinergi yang ampuh antara ahli masyarakat amat diperlukan bagi memanifestasikan sebuah komuniti yang bersatu. Janganlah menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malah, hasil kajian Jabatan Perpaduan Malaysia menunjukkan sikap mementingkan diri merupakan faktor utama kelunturan semangat kejiranan. Lantaran itulah, sesebuah organisasi masyarakat itu perlu bersedia melakukan anjakan paradigma demi kebaikan bersama.

      Secara tuntasnya, segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Namun, ingatlah, “tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni”. Justeru, demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing ke arah itu. Kenanglah kembali perjuangan tokoh-tokoh patriot negara. Jika mereka boleh lakukan, kenapa kita tidak? Tepuk dada, tanyalah selera.

Faktor-faktor remaja merokok

Faktor-faktor remaja merokok.

            Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Dalam usia yang muda dan mencabar ini, mereka mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan demi perubahan ini menyebabkan ada dalam kalangan remaja yang terpengaruh untuk berjinak-jinakdengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian, kadar perokok remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, remaja pada masa ini semakin berani merokok di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Saya berpendapat bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus merebak dalam kalangan remaja.

            Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi pemangkin gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak serius melaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebab
pihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga, remaja menjadi tidak takut waimatidak gentar untuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubati lagi.

            Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan iklan juga merupakan penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang
 umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang sudah pasti mudah terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati remaja dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan diri membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media massa.

            Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan peranan yang penting dalam pergaulan remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil kerana hubungan antara kawan yang rapat
 bagai isi dengan kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-sama ponteng sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

            Ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-anak juga merupakan faktor remaja merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini
 bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada anak-anak mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.

            Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok sebenarnya
 dapat  diatasi sehingga akar umbi. Namun begitu, semua pihak haruslah bersikap bagai aur dengan tebing untuk bekerjasama membanteras gejala merokok dalam kalangan anak-anak. Remaja haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika kita berkesedaran dan berfikiran matang, nescaya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok. Saya berharap pihak berkenaan, terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar remaja dapat menjauhi gejala merokok yang mampu membawa maut dalam jangka masa panjang.

Terima Kasih Cikgu Tan CL

Sabtu, 26 Oktober 2013

NOVEL SPM 2013

CALON SPM 2013, TOLONG BERI TUMPUAN TERHADAP TAJUK-TAJUK BERIKUT:


  • UNSUR PENGAJARAN 
  • TEMA
  • SASPENS
  • WATAK SAMPINGAN

1M1S

 Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

                Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

                Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.

                Selanjutnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli suka mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

                Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan.

                Akhir sekali, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.

                Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap samba lewa, bak kata pepatah, “sekadar melepaskan batuk di tangga”. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti. ‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’

LATIHAN CERPEN TINGKATAN 4

KOMSAS (CERPEN)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
        Itulah detik-detik yang tidak dapat aku lupakan.  Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu.  Aku sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu. 
        Barangkali niatku bukan kutujukan kepada ibu, tetapi kepada orang lain.  Dan siapa orang lain itu tidak pula dapat aku pastikan.  Kalau tidak kepada ibu, kepada siapa lagi kalau bukan kepada diri sendiri.
        Hal itu menusuk masuk ke dalam diriku hinggalah ibu meninggal. Ibu meninggal dengan aman damai.  Tidak sedikit pun menempuh kerumitan.  Malam itu kami sudah pun berkumpul kerana ibu mulai memandang langit.  Isteriku membaca Yasin.  Aku duduk di sisi ibu sambil berbisik ke telinganya tidak putus-putus agar ibu jangan lupakan Allah.
         Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu.  Waktu itu Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri.

         Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi.  Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi.  Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa.
                                                                        (Dipetik daripada Ibu dan Ceper oleh                                            Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, DBP)

I)         i)     Berikan dua bukti yang menunjukkan ‘aku’ menyedari kesilapannya terhadap ibu.
            - ‘aku’ menyesal
            - ‘aku’ memohon ampun daripada ibu                                            (2 markah)

II)         Sekiranya anda ialah ‘aku’, nyatakan tiga cara yang boleh anda lakukan  untuk                              memulihara Sungai Ceper.
            - gotong royong membersihkan sungai
            - melapor kepada pihak berkuasa jika melihat orang membuang sampah ke                  
                dalam  sungai
            - tidak membuang sampah ke dalam sungai
            - tidak menyalurkan najis ke dalam sungai
                                                                                                            (3 markah)
III)     iii)  Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

            Pengajaran daripada petikan
            - kita mesti menyayangi ibu bapa – ‘aku’ dan isterinya menjaga ibu yang         
               lumpuh
            - kita mesti menghargai sungai – tidak membuang sampah ke dalam sungai
                                                                                                                        (2 markah)

              Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
            - kita mesti berani menghadapi cabaran hidup – ibu berani menentang banjir            
               untuk menyelamatkan padi
            - kita mesti gigih bekerja – ibu gigih mengerjakan sawah
            - kita mesti bertanggungjawab menyara keluarga – ‘aku’ dan isteri bekerja di              
              sawah  untuk menyara keluarga
            - kita mesti sabar dalam menghadapi masalah keluarga – ibu bersabar dalam                         menghadapi karenah ayah yang leka dengan burung ketitir.
                                                                                                                        (2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
         Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat- bulat kepada ibu.  Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit.  Nyaring betul suara ibu.
    “Orang tak sedar diri.  Tak tahu tanggungjawab.  Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir.  Suami apa macam ini!”
      Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga tanah-tanah, hingga terbongkah perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing. 
      Aku masih ingat lagi.  Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap.  Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga.  
      Himbauan air ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.

                                      (Dipetik daripada  ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shanon Ahmad dalam                                                   antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

I)         i) Berikan dua perwatakan bapa menurut pandangan ibu.                 (2 markah)
            - tidak sedar diri
            - tidak bertanggungjawab

II)         ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga  langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah 
                 banjir.                                                                      (3 markah)
            - mengadakan kempen cintai sungai
            - mendalamkan sungai supaya air sungai tidak melimpah
            - mendenda orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai
               membina penebat banjir
            - membersihkan sungai daripada sampah sarap
            - mengesyorkan pendidikan alam sekitar di sekolah

III)        iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. 
                                                                                                                           (4 markah)
                                                           
Persoalan daripada petikan
            - sikap tidak bertanggungjawab dalam keluarga - bapa tidak menjalankan                     tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana asyik berdenak ketitir
            - kesan bencana alam - masalah banjir memusnahkan tanaman padi hingga   menyusahkan penduduk kampung
                                                                                                                        (2 markah)
Persoalan daripada keseluruhan cerpen
            - masalah pencemaran alam sekitar - sampah sarap dibuang ke dalam
              sungai
            - kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar –
              Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam
              sampah ke   dalam sungai.
            - kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam - kasih sayang aku  
               kepada  ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di
                kampungnya. 
            - masalah kemiskinan penduduk kampung - penduduk kampung bergantung   sepenuhnya kepada air sungai untuk kegunaan harian.
            - semangat kejiranan-bergotong royong ketika majlis kenduri 
            - peranan anak terhadap ibu bapa- anak menjaga ibu bapa yang sakit
                                                                                                                        (2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
            Pak Itam masih berdiri di pintu pagar menunggu tamu. Walaupun hari sudah tinggi, tamu yang jauh masih tidak nampak muka. Tempat letak kereta hanya ada dua tiga buah. Kereta yang lalu-lalang, bas dan teksi meluncur laju, tidak nampak oleh Pak  Itam tanda-tanda akan berhenti. Di manakah jemputan yang lain? Di manakah budak-budak surat khabar? Televisyen pun tidak ada. Yang datang hanya anak-anak Langat, itu kerana adanya kumpulan Kopratasa.
            Pak Itam tiba-tiba menjadi sayu. Terlalu cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua. Pak Itam bukan minta disanjung, Pak Itam bukan minta dihormati tetapi sekadar ingin bersua muka. Pak Itam menarik sapu tangan dalam poket baju Melayunya, terketar-ketar menyapu peluh yang mulai merintik di seluruh mukanya.
            Tuk Mat yang ikut mengerumuni pentas, terpesona dengan persembahan Teater Malini, cepat terasa. Dia terus mendapatkan Pak Itam yang masih tercegat di pintu pagar menunggu tamu, tetapi tamu yang diharapkan tidak datang.
            “Saya dah jemput semuanya, pak, orang surat khabar dan pihak TV saya hantar sendiri.” Tuk Mat bersuara, ingin membela dirinya apabila melihat keredupan di wajah Pak Itam.
                        (Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi ,              dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka  2009)

   i)       Mengapakah Pak Itam berasa sayu?
            - orang melupakan jasa dan pengorbanannya kepada negara
                                                                                                            [2 markah]
  ii)    ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran pelajar agar tidak melupakan jasa pejuang tanah air?

            - mengadakan pertandingan menulis esei / folio / buku skrap tentang tokoh
               pejuang Negara
            - mengadakan sambutan hari pahlawan di peringkat sekolah
            - menamakan bilik-bilik khas / lorong / kelas dengan nama tokoh pejuang
                                                                                                                         [3 markah]

iii)       iii) Huraikan satu persoalan berdasarkan petikan di atas dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.

            Persoalan daripada petikan
            - masyarakat yang tidak menghargai pejuang negara – Pak Itam berasa sedih
               kerana jasa dan pengorbanannya tidak dihargai.
                                                                                                                        (2 markah)

            Persoalan daripada cerpen
- kesediaan menghadapi cabaran - Pak Itam terpaksa menempuh halangan
   dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana
   perjuangannya Pertentangan dengan dasar pemerintahan  pada masa itu.
- tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa - Atas
  dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia
  ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak
   menjadi hamba di negara sendiri.
- jati diri yang teguh - Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh  
  dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.   [2 markah]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
            Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat bukan sedikit, kalaulah Tuk Mat tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.
            Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-segalanya, manakan terdaya. Usahkan untuk ke sana ke mari, mahu mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan mengambil kain baju untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga.
            Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon yang berwarna-warni, biru, merah, kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin petang.
            Isa, Latif, dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat setelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah,  buku-buku, dan gambar-gambar Pak Itam untuk pameran.

                                    (Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari                                    Affandi , Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan                           Pustaka  2009)

   i)      i) Apakah pertolongan yang diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam.

            - Rogayah menjaga Pak Itam
- Halimah dan Rokiah selang berganti menghantar nasi dan mengambil kain baju   Pak Itam 
   untuk dicuci
                                                                                                            [2 markah]

  ii)     ii)  Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan saling membantu dalam masyarakat?

- memudahkan sesuatu pekerjaan
- mewujudkan persefahaman antara satu sama lain / mengelakkan
   persengketaan / - mewujudkan keharmonian dan toleransi dalam sesebuah
   masyarakat / perpaduan
- menjimatkan masa, wang dan tenaga
                                                                                                            [3 markah]

iii)       iii) Jelaskan  satu perwatakan Tuk Mat berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan Tuk Mat dalam keseluruhan cerpen.

            Perwatakan daripada petikan
            - Ikhlas memberi bantuan / Baik hati – tidak menerima/menolak wang               
               daripada Pak  Itam                                                                        (2 markah)

            Perwatakan daripada keseluruhan
- rajin – membantu menguruskan persiapan majlis ulang tahun kelahiran Pak
   Itam.
- seorang yang boleh diharap – Pak Itam mengatakan bahawa Tuk Mat boleh
  diharap berbanding Isa dan Latif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
                                                                                                            (2 markah]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
    “Cekodok aje?  Airnya pula macam air Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar.
    “Abang ni macam perempuan.  Cerewet tidak semena-mena.  Makan sajalah!  Atau abang mati kebuluran.”  Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.
    “Buang masa saja tinggal di sini!”  Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.
   Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar.  Lagak Israk menewaskan orang yang berlagak.  Dia masih belum sedar daripada mimpinya.  Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar.  Sudah terhantuk baru tengadah.
    Israk menekan punat televisyen.  Malangnya tiada apa-apa pada skrin.  Kaca TV hitam sahaja.  Israk mencebik.
    “TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.
    Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja.  Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu.  Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ.  Bagaikan cacing kepanasan.  Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

                                    (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam  
                                    antologi Harga Remaja,  Dewan Bahasa dan Pustaka)

   i)       Mengapakah Israk dikatakan cerewet?                                   
- Merunggut kerana dihidangkan cekodok sahaja
- Tidak puas hati dengan air minumannya                                     [2 markah]

   ii)      Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita menyesuaikan diri apabila           berada di tempat orang lain?   
- Menghormati adat masyarakat setempat
- Rendah diri
- Mempelajari bahasa dan budaya
- Menghadiri / menyertai majlis-majlis yang diadakan                  [3 markah]

 iii)       Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu lagi daripada
            keseluruhan cerpen.            

 Persoalan dalam petikan
- Soal ketidaksesuaian hidup di luar bandar – Israk berasa tidak selesa
   dengan  keadaan hidup di rumah Wah.
- Soal keegoan anak muda – Israk merungut dengan hidangan cekodok dan
  air   sewaktu berada di rumah Wah                                              [2 markah]

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- Soal jati diri – Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati
   diri  ketimuran kerana persekitaran dan cara dia dibesarkan / Mikraj kukuh
   dan teguh  jati dirinya dengan adat ketimuran
- Soal kasih sayang nenek terhadap cucunya – Wah menyayangi Israk
   walaupun cucunya itu amat ego dan melukakan hatinya.          [2 markah]


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
     Israk memandang Mikraj, Mikraj tunduk.  Israk bangun, Mikraj berundur.
    “Mengapa paksa aku?  Aku bukannya nak jadi petani.  Nanti aku bergelar ahli korporat.”
    “Abang terlalu bangga, riak, ujub, sombong, bongkak, dan takbur!  Kalau Allah tarik balik rezeki tu, macam mana?  Abang jadi apa?  Ahli keparat?  Andai kata negara memajukan sektor pertanian, abang ke mana?  Mungkin abang jadi ahli keparat yang memetik buah-buahan tempatan.  Tak mustahil semua ini akan berlaku”
    “Aku bukan kau.  Kalau kau pergi, kau boleh cipta lima enam puisi.  Tapi, kalau aku, ia hanya membuang masa.  Lebih baik aku duduk di rumah saja.”
    “Abang mahu jadi teruna yoghurt?”  uji Mikraj.
    “Lebih baik daripada kau yang liar tu,” sambung Israk membela diri sekali gus menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj.
   “Kalau abang kata saya liar, abang tu lagi liar.  Akar hati abang ke sana ke mari mencari kesalahan orang.  Pucuk hati abang pula menari tanda riak, ujub, sombong, berlagak!”  Bom radang Ghaza dilepaskannya.
   “Hii, mengapa gaduh-gaduh ni!  Adik-beradik tidak manis bertikam lidah.  Kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam bercantum jua akhirnya.  Tapi, kamu berdua ni bila nak bercantum?” Wah mula masuk campur.

                                                (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi                                                 dalam antologi Harga Remaja,  DBP)

   i)       Mengapakah Mikraj menyatakan bahawa Israk seorang yang liar?                                     
- Israk sentiasa mencari kesalahan orang lain
- Hati sanubari Israk menebal dengan keegoan / riak, ujub, sombong, berlagak
                                                                                                            [2 markah]

  ii)       Pada pendapat anda, apakah cara untuk melahirkan remaja yang memiliki
            keteguhan jati diri?
- Mengikuti aktiviti persatuan belia
- Menyertai Program Latihan Khidmat Negara
- Menerapkan nilai-nilai murni
 -Pegangan agama yang kukuh                                                      [3 markah]



iii)        Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar
            masyarakat lagi daripada keseluruhan cerpen.            

Latar masyarakat dalam petikan
-  Masyarakat bandar yang sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di
   kampung  Israk merasakan ketidakselesaan sewaktu berada di rumah Wah
-  Masyarakat yang sombong dan tinggi diri – Israk sering bertikam lidah
   dengan Mikraj kerana tidak biasa dengan keadaan di rumah Wah
                                                                                                            [2 markah]
Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
- Masyarakat yang menghormati orang tua – Mikraj amat menghormati Wah
- Masyarakat yang bertanggungjawab – Adam membiasakan anak-anaknya
   dengan kehidupan di kampung agar mereka tidak sombong dan lupa diri
- Masyarakat penyayang – Wah amat menyayangi cucu-cucunya
                                                                                                                        [2 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja.  Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah.  Um menggelupur dan meraung kesakitan.  Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet.
          Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan  air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu.  Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar.
         Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja?
        Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan.  Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan.

                                    (Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi
                                    dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

   i)       i) Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu?
- ibu sedih
- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak
- menelan air mata hiba
- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri                                                                                                                                       
                                                                                                                 (2 markah)

 ii)        Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga?
- Saling menghormati
- Saling memahami
- Saling mengasihi
- Bertolak ansur / bertoleransi                                                         (3 markah)


 iii)       Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.

            Persoalan daripada petikan
            -  perpecahan dalam keluarga – Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama
               sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja
            - sikap mementingkan diri sendiri – Sikap Uj dan Um yang tidak mahu
              mengalah  dan mahu menang menyebab mereka bertelagah.  Sedangkan
              hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
                                                                                                                         [2 markah]
            Persoalan daripada keseluruhan cerpen
            - kepentingan sukan – sukan catur boleh memperkenalkan nama atau
               keturunan sesebuah keluarga
            -  kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran – Um dan Uj
               berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan
               catur
            -  peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang –                 Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu
              meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam
                                                                                                             (2 markah) 

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
            “Kita ialah zuriat kebanggaan, kerana mampu meneruskan tradisi keluarga menjadi pemain catur yang disegani.” Uj memberi kuliah panjang kepada Um yang ketika itu masih muda remaja.
            “Tapi Um tidak tahu apa-apa tentang catur. Um Cuma pandai main dam sedikit-sedikit. Dam haji dan dam apit. Itu saja.” Um merenung mata Uj yang tersorok di bawah cermin hitam yang dipakai Uj siang malam.
            “Pandai main dam ialah permulaan kepada catur.” Uj menentang mata muda adiknya yang gemerlap dengan cahaya kepintaran.
            Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj. Yang dia nampak Um sahaja punya bakat anugerah alam semula jadi. Um akan lebih mudah dibentuk. Tegal itu Uj hanya akan mengasuh Um. Diharap Um dapat menjadi tonggak keluarga menggantikannya apabila dia tiada nanti. Adik-adik yang lain boleh saja diketepikan. Um bertuah kerana diberi hak mutlak berbuat begitu. Itulah hak keistimewaan Uj sebagai ketua keluarga yang dihormati.

                        Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam               antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

   i)      i) Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur.
- Um mempunyai bakat semula jadi dalam permainan catur.
- Um juga mudah dibentuk / dilatih
                                                                                                            (2 markah)

 ii)      ii)  Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur.                      
- Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.
- kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada masyarakat.
- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam
   permainan catur melalui sokongan dan galakan.                       ( 3 markah)

iii)      iii)  Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Latar masyarakat dalam petikan
- masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjulang kegemilangan keluarga
   dalam permainan catur - Uj yang berusaha membimbing adiknya, Um untuk
   menguasai permainan catur bagi menyambung tradisi kegemilangan
   keluarga  mereka dalam permainan catur.

- masyarakat yang berpecah-belah dalam keluarga akibat perbalahan –
   perbalahan antara Um dan Uj dalam permainan catur sehingga keluarga
   mereka berpecah-belah.
- Masyarakat yang mahir dalam permainan catur - keluarga Uj.
- Masyarakat yang bangga dengan keturunan - Uj  yang seringkali
   menceritakan kehebatan keluarganya dalam permainan catur kepada Um.
                                                                                                                         (2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
            Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.  Farid memang banyak mempunyai kawan kenalan di sana.  Berhenti di tiap-tiap meja.  Menyapa dan bersalaman.
            “Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya.
            “Rasanya kita sudah pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya.
            Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

                                          (Dipetik daripada cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain                                          dalam antologi Harga Remaja, DBP)

   i)       Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya?        
            - perasaannya tergugah
            - berasa malu / mukanya menjadi merah
            - berasa gugup                                                                                  (2 markah)

 ii)        Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika     berada dalam sesuatu majlis?        
            - memberi salam / menyapa
            - beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
            - beramah mesra / berbual / bergaul                                              (3 markah)



iii)        Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat
            daripada Keseluruhan cerpen.                                         

            Latar masyarakat dalam petikan
            - Masyarakat yang peramah.  Contoh, Syahid menghulurkan tangan kepada
              Mellisa  sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.
            - Masyarakat penulis.  Contoh, Syahid merupakan penulis rencana dalam
               akhbar.
                                                                                                                        (2 markah)
            Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
            - Masyarakat muda yang amat cinta akan negara.  Contoh, Mellisa amat cinta
              akan  negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang  
               menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya
               dahulu.
            - Masyarakat  berbilang kaum yang hidup harmoni.  Contoh, Keluarga Mellisa
              yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam
              dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
            - Masyarakat pelajar yang gigih.  Contoh, Mellisa  amat tekun menyiapkan
              tesisnya  dengan membuat rujukan terperinci  dengan menyemak pelbagai
              dokumen, buku, akhbar dan majalah.
                                                                                                                        (2 markah)


Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
      Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sifatnya yang terbuka itu menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta kepadanya dengan pertemuan pertama itu. Melihat gerak-gerinya yang agak kaku itu dia rasa yakin tentang anggapannya. Dia rasa Syahid sedang berusaha sungguh-sungguh untuk memikat perhatiannya. Ya, dia sudah terpikat pun dengan lelaki itu. Sebab itu tanpa banyak kerenah dia menerima ajakannya untuk makan tengah hari pada Sabtu depan. Dia menolak ajakan makan malam kerana terpaksa balik ke Seremban. Sebab itu jadual rutinnya pada tiap-tiap hujung minggu. Rumahnya di Seremban. Ibu bapanya di sana.
           
      Dalam perjalanan pulang dari pejabat surat khabar itu, dia mulai diam. Perasaannya sedang bersimpang-siur. Dia cuba menilai kembali kisah pertemuannya dengan Syahid sebentar tadi. Mengapa dia begitu lekas tertarik kepadanya? Adakah kerana dia serupa dengan Hisyam?

                         (Dipetik daripada cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam                                   antologi harga Remaja,  Dewan Bahasa dan Pustaka)

i)          Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid?             
            - bersikap terbuka
            - suka mendengar bicaranya.
            - suka melihat mimik mukanya.
            - suka melihat senyumannya.
            - Syahid seperti Hisyam                                                                   ( 2 markah)



ii)         Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada            seseorang yang tidak kita kenali?                               
            - memerlukan masa untuk mengenalinya
            - sibuk dengan urusan yang lebih penting
            - takut difitnah / pandangan serong masyarakat
            - bimbang akan keselamatan diri                                                   (3 markah)

iii)        Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen ini dan satu daripada
            keseluruhan cerpen.
             
            Persoalan daripada petikan
            - Sikap berhati-hati dalam perhubungan dengan orang lain.  Contoh, Mellisa    berhati-hati dalam perkenalannya dengan Syahid.
                                                                                                                        (2 markah)
            Persoalan daripada keseluruhan
            - Persoalan pengorbanan diri untuk negara.  Contoh, Mellisa sanggup
              mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai
              untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.
            - Persoalan persengketaan antara kaum.  Contoh, Hasyim dan ibunya telah  
               menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa
              dalam  perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium
               Negara.
           

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu.  Ayah ialah samudera. Samudera ialah ayah.” Mulut Mir terus sahaja terkumat-kamit.
Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanya menjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik kepada Mir.
Siapa lagi yang ada di kampus hijau ini melainkan dia? Mir tidak ada orang lain lagi. Ibu Mir tidak ada sebaik saja Mir dilahirkan. Mir cuma ada seorang ayah yang sudah tua.
Mir tidak memiliki apa-apa pun selain orang tua yang bersemangat waja itu. Mir tidak ada setapak tanah pun miliknya yang sah. Benarlah. Mir kecawa.
“Samudera itu juga terseksa seperti aku, Hakimah. Dia sakit. Dadanya bergelora. Dia disakiti oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka tidak berhati perut. Mereka sengaja mahu melihat samudera menderita.”
Mir menyeringai. Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah. Ayah menggawang-gawangkan pukatnya. Ayah mengacung-acungkan pendayungnya.
“Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang saban waktu membelah samudera.”                                          

                        (Dipetik daripada cerpen Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh                             dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i)        
           I)  Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir?
- Sahabat baik
- Mir tidak ada ibu
- Ayahnya sudah tua
- Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang
   sah                                                                                                   [2 markah]

ii)         ii)Pada pendapat anda, nyatakan  tiga punca berlakunya pencemaran laut?
- Pembuangan sisa toksik kilang
- Tumpahan minyak dari kapal
- Pembuangan bahan sisa domestik
- Pembuangan sisa  kotoran dari ladang ternakan
- Pembangunan di kawasan pesisir pantai.                                  [3 markah]

iii)     iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan
- Pencemaran laut – laut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya
  bergelora  kerana disakiti oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
- Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senang-
   Hakimah adalah sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta
  berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.
                                                                                                            [2 markah]
            Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- Persoalan menghargai alam sekitar (laut) – ayah Mir sangat menghargai
  dan menyayangi laut sehingga tidak boleh dipisahkan dengan laut.
- Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan
   hidup  mirah mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib
   keluarganya yang hidup dalam kesempitan.
                                                                                                                         (2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Suara garau ayahkah yang menyentak lamunannya? Masih seperti dalam mimpi, Mir bangun. Berdiri di tepi jendela dan merenung jauh. Melihat samudera yang sedang bergelora ganas. Bergumpalan dan berteriakan. Pedih dan perit.
“Ayah akur, Mir. Memang sudah suratan.  Ayah akan habiskan sisa-sisa hidup ayah di sini. Di rumah gantian ini. Cuma, apabila kau sudah lulus nanti, ayah mahu kaucarilah kerja yang baik. Kemudian binalah mahligai sendiri. Hakmu sendiri. Ayah akan bahagia.”
Mir tersendu kepiluan. Digagahi diri untuk menahan gelombang di dalam dada.  Dia mengeluh singkat, lantas memujuk diri.  Digenggamnya hadiah pemberian Hakimah, sahabatnya yang baik itu.
“Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering menantikan ayah, pahlawan yang tangkas? Ombak laut yang bergulung-gulung itu, bukankah juga sering menantikan lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan menimba khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya. Samudera terlalu lurus untuk dikhianati ya, ayah?”
“Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit.  Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya.”

                        (Dipetik daripada cerpen Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh
                         dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)



i)         i) Apakah harapan ayah Mir kepadanya setelah lulus nanti seperti yang terdapat dalam petikan.
- Mencari kerja yang baik
- Membina mahligai sendiri                                                             [2 markah]

ii)         ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga peranan anda untuk membahagiakan ibu bapa.
- Belajar bersungguh-sungguh
 -Mencapai kejayaan dalam pelajaran
- Mendapat pekerjaan yang baik
- Menjadi anak yang baik
- Menjadi anak yang soleh
 - Berbakti kepada agama, bangsa dan negara                           [3 markah]

iii)       iii)  Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Pengajaran daripada petikan
- Kita hendaklah berusaha untuk memenuhi harapan ibu bapa - ayah
   berharap agar  Mir menjadi penerus dan pewaris untuk menjaga samudera.
- Kita mesti menghargai dan menjaga alam sekitar - ayah Mir amat
   menghargai dan  menjaga kebersihan laut yang telah banyak berjasa dalam
   kehidupannya.
                                                                                                            [2 markah]
            Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
- Kita perlu membantu rakan yang menghadapi masalah, contohnya,
   Hakimah  berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami tekanan jiwa.
- Sebagai manusia, kita perlu berdoa serta berusaha untuk mengatasi konflik
   yang  dialami – Amirah haruslah mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa
   agar  jiwanya menjadi tenang.
                                                                                                             (2 markah)