Jumaat, 25 Oktober 2019

RAMALAN SPM 2019


Ramalan KOMSAS 2019

1. Cerpen
                  1.1 Munsyi
                  1.2 Jaket Kuling Kijang dari Istanbul.
                                       atau
                  1.3 Drama Berkhdimat Untuk Negara.

2. Puisi
                  2.1 Gurindam 12 Fasal Ketiga
                  2.2 Erti Hidup Bererti
                  2.3 Sejadah Rindu
                  2.4 www.sibermerdeka.com.my
                  2.5 Sang Gembala Kuda

3. Prosa Tradisional
                  3.1 Burung Terbang Dipipiskan Lada

4. Novel
                  4.1 Tema
                  4.2 Watak sampingan
                  4.3 Nilai 
                  4.4 Konflik.

Sabtu, 10 November 2018

Skema Jawapan Soalan Ramalan SPM SET 1, SET 2 dan SET 3


Jawapan Soalan Ramalan SET 1
PERATURAN PEMARKAHAN
SKEMA DISEDIAKAN UNTUK SOALAN RUMUSAN, DAN KOMSAS SAHAJA

Pendahuluan:

Petikan membincangkan cara-cara menangani gejala merokok dalam kalangan remaja di Malaysia.
atau

Rumusan membincangkan cara-cara menangani gejala merokok dalam kalangan remaja dan akibat-akibat daripada perbuatan merokok.

Isi Tersurat:

1. Kerajaan memerangi gejala merokok dengan melancarkan Kempen Tak Nak.
2. Tabiat benci merokok juga perlu disemai sejak di bangku sekolah.
3. Kerajaan juga menaikkan tarif produk tembakau.
4. Ppenjualan peket kecil 14 batang rokok dan kurang juga adalah langkah kawalan.
5. Kementerian Kesihatan meletakkan gambar organ-organ dalaman yang rosak akibat  gejala merokok pada semua kotak rokok.
6. Kementerian juga mewajibkan kesemua pengeluar dan pengedar rokok mendaftar dan  memohon satu lesen khas sebelum menghasilkan atau
     menjual produk tembakau  masing-masing.
7. Penubuhan kumpulan antimerokok dan kumpulan sokongan berhenti merokok yang terdiri daripada kalangan pelajar sendiri haruslah
     digerakkan oleh setiap sekolah.
8. Khidmat bantuan berhenti merokok juga penting bagi memberi bantuan dan nasihat  kepada pelajar yang ingin berhenti merokok.

Isi Tersirat:

1. Merokok membazirkan wang.
2. Merokok menyebabkan penyakit kepada perokok.
3. Merokok menjejaskan kesihatan mereka yang tidak merokok.
4. Merokok menjejaskan alam sekitar.

Kesimpulan:

Kerajaan hendaklah mengharamkan rokok di Malaysia supaya kesihatan rakyat terpelihara.


Soalan 2a)

i)                     Maksud rangkai kata dihinggapi tabiat buruk ialah mewarisi tingkah laku negatif.

ii)                    - pengaruh iklan dalam media massa.
-    ibu bapa yang merokok menunjukkan satu contoh yang tidak baik kepada anak-anak mereka.
-    Desakan dan pengaruh rakan sebaya.
iii)                   - Ramai yang menghidap penyakit berbahaya.
- Tabiat merokok akan membawa kepada penagihan dadah.
- Kos rawatan pesakit akan meningkat.

Soalan 2b)

i. Apakah tujuan Mel berhijrah ke kota?                                                                                                                                                 [2markah]

- menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban
 - mencari pengalaman baharu sebagai warga kota

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan semangat   kekitaan dalam kalangan masyarakat bandar?                                                                                                                                                                                                           [3markah]

- menganjurkan aktiviti gotong-royong
- mengadakan Hari Keluarga
- membudayakan permuafakatan

iii. Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen.                                                                                                                                                                                                                      [3markah]

 Perwatakan daripada petikan:

- Seorang yang taat kepada  ibu bapa. Contohnya, Mel menangguhkan hasratnya untuk mencari pengalaman baharu di kota apabila mengenangkan pesanan bondanya.

Perwatakan daripada keseluruhan cerpen:

-Seorang yang rajin membaca. Contohnya, Mel rajin membaca setiap bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan kitab-kitab lama walaupun agak perlahan kerana bertulisan jawi.

-Seorang yang amanah. Contohnya, Mel menyampaikan salam bonda kepada Munsyi sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang dibawanya dari kampung.


Soalan 2c)

i. Berikan maksud datanglah pula bala ata snegeriku.                                                                                                                      [2markah]

- negeri Melaka ditimpa musibah / kecelakaan

iii. Apakah reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan?[3markah]

- menyuruh orang kaya-kaya dan saudagar supaya mengawal kampungnya
- berkawal dengan alat-alat senjata seperti lembing dan perisai yang banyak
- segala saudagar diarahkan berkawal di kampungnya

iii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain?                                                                 [3markah]

- kurang didikan agama
- pengaruh rakan
- kemiskinan
Soalan 2d)

i. Berikan maksud unggas gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas.                                                                        [2markah]

- Burung raksasa terlalu berkuasa / kuat

ii. Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa bencana.                           [3markah]

- Sumbangan kewangan
- Khidmat kaunseling
- Bantuan tempat perlindungan sementara
- Sumbangan pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya

iii. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas.                                                                                                            [4markah]

- Nilai ketaatan. Contohnya, rakya tNegeri Kembayat taat kepada rajanya
- Nilai keadilan. Contohnya, raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil
- Nilai tanggungjawab. Contohnya, raja Negeri Kembayat memerintah negerinya dengan
   penuh rasa tanggungjawab


 Set 2

PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK RUMUSAN, DAN KOMSAS SAHAJA.
Soalan1
Pendahuluan:
Petikan membincangkan cadangan-cadangan kepada pengguna dalam mengawal perbelanjaan seharian mereka di Malaysia.
atau
Rumusan membincangkan cadangan-cadangan kepada pengguna dalam mengawal perbelanjaan dan akibat-akibat sekiranya gagal mengawal perbelanjaan.

Isi Tersurat:
1.     Membeli barang-barang yang diperlukan sahaja.
2.     Pengguna perlu menyusun strategi perbelanjaan harian.
3.     kita juga perlu mengubah cara berbelanja dengan mengawal perbelanjaan dan menguruskannya dengan bijaksana.
4.     Pengguna boleh mengambil langkah membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barangan yang diperlukan.
5.     Sentiasa melakukan penelitian terhadap perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran.
6.     Menyediakan senarai barangan keperluan sebelum keluar berbelanja.
7.     Tidak mengikut jejak langkah orang yang mengamalkan gaya hidup mewah.
8.     Pengguna perlu mengelakkan belian secara kredit ketika berbelanja.
9.     Sepatutnya membeli barangan dengan harga borong untuk mengawal perbelanjaan.

Isi Tersirat:
1.     Terpaksa menangung hutang yang banyak.
2.     Terjerat dengan Along atau ceti haram.
3.     Akan menjejaskan keharmonian keluarga.
4.     Turut menyebabkan kemelesetan ekonomi negara.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, rakyat Malaysia hendaklah berjimat dalam perbelanjaan harian supaya dapat membantu mengukuhkan ekonomi negara.
Soalan 2a)
i)                     Maksud rangkai kata impak yang dirasai ialah kesan yang ditanggung.
ii)                     Faktor-faktor kenaikan harga barangan ialah :
-          permintaan yang melebihi penawaran
-          gaya hidup mewah
iii)                   Faedah mengetahui hak pengguna:
-          Tidak mudah tertipu oleh peniaga.
-          Peniaga akan bertindak adil dan saksama.
-          Menimbulkan kesedaran kepada orang lain.
Soalan 2b)
i. Apakah manfaat yang diperoleh oleh penulis apabila dia membeli jaket kulit tersebut?                                                                                                                                                                                                                                                       (2markah)
- membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang telah menjualkan jaket tersebut kepada Shahmeem.
 - membawa kegembiraan kepada Shahmeem yang telah menjualkan jaket tersebut  kepada penulis/Aku.
 - membawa kegembiraan kepada penulis / Aku kerana jaket tersebut menghangatkan  badannya sepanjang perjalanannya di Selat Bhosporus
    yang dingin.

ii. Saban tahun, beribu-ribu haiwan liar dibunuh kerana kulitnya. Pada pendapat anda, apakah langkah efektif untuk melindungi hawian ini?                                                                                                                                                                  (3markah)
- Jabatan Hidupan Liar menguatkuasakan akta perlindungan hidupan liar
- Mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengancam hidupan liar
- Memperbanyak kawasan perlindungan hidupan liar
- Menghebahkan kepada orang ramai kepentingan penjagaan dan pemeliharaan hidupan liar
iii. Jelaskan satu perwatakan watak aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen.                                                                                                                                                                                                    (4markah)
Perewatakan dalam petikan:
- Seorang yang tidak rasional dalam membuat tindakan dan keputusan . Contohnya Aku telah membeli sehelai jaket kulit yang diperbuat daripada kulit kijang walaupun menyedari bahawa jaket tersebut tidak praktikal untuk digunakan di negaranya kelak sebab faktor cuaca.
Perwatakan dalam cerpen:
- seorang pelancong dari negara Malaysia yang berbangsa Melayu. Contohnya, watak Aku atau Mas pelancong dari Malaysia yang menyertai pakej pelancongan ke negara Turki.
- seorang yang murah hati .Contohnya, Aku telah membeli cenderamata untuk diberikan pada ahli keluarga dan sahabat handainya di Malaysia.
 - seorang yang suka membaca.Contohnya, Aku membaca puisi karya penulis puisi yang terkenal dari Rom bernama Mevlana Celaleddin.
Soalan 2c)
i. Berikan maksud harta in isudahlah hilang beroleh akan Laksamana?                                                           [2markah]
- barangan curian tersebut telah ditemukan semula oleh Laksamana
ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan empunya harta yang hartanya telah dijumpai semula?                                                                                                                                                                                                                   [3markah]
- semua harta dibahag itiga
 - dua bahagian untuk Laksamana
 - satu bahagian untuk tuan empunya harta

iii. Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada Laksamana,tiadalah putus. Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah anda menghargai jasa dan pengorbanan pegawai seperti Laksamana?                            [3markah]
- menganugerahkan gelaran  /kenaikan pangkat  /pingat
- menganugerahkan persalinan pakaian /wang ringgit
- menganugerahkan sebidang tanah.

Soalan 2d)
i. Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas.                                                                                                                      [2markah]
 - Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat.
ii) Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan negatif?                                                                                                                          [3markah]
-    Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
-    Mendalami ilmu agama.
-    Belajar menghormati dan mentaati ibu bapa.
-    Terlibat secara aktif dalam gerakan atau aktiviti persatuan.
-    Menghabiskan masa dengan membaca.
iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut.                                                                                                     [4markah]
-       Kebijaksanaan. Contohnya, Kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata
-       Kesederhanan. Contohnya, Kesederhanaan ketika menghadap rezeki.
-       Kesabaran. Contohnya, Kesabaran memelihara mata daripada melihat perkara negatif.
-       Berbudibahasa. Contohnya, Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedahnya.






Soalan 3
Markah penuh dibahagikan kepada
Soalan 3(a): 6 markah
Soalan 3(b): 6 markah
Soalan 3(c): 6 markah
Soalan 3(d): 6 markah
Soalan 3(e): 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)  1.  Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.  2.  Tolak1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan.  3.  Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.  4.  Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah  5.  Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.  6.  Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.  7.  Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.  8.  Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.  9.  Idea tidak jelas, berikan 0 markah. 
Jawapan 3 (a) 
(i) memotong - memutuskan sesuatu (dengan pisau, gergaji), menghiris - mengurangi gaji - memintasi jalan (memotong kenderaan) - Menyelang (percakapan orang)
 (ii) menahan - tidak membiarkan lepas (menyekat) - tidak membenarkan masuk  - meletakkan sesuatu supaya tidak roboh - mengurung, memasukkan seseorang ke dalam lokap (menahan reman) - mengurangkan makan (menahan lapar) - menguatkan diri supaya tahan (menahan tangis, menahan marah) - memasang (menahan jerat) - melambai-lambaikan tangan supaya (bas, kereta, teksi) berhenti
 (iii) menarik - menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: menarik perahu - memikat hati: permainan yang sungguh istimewa dan menarik - berubah air muka: menarik muka masam - menyedut udara: menarik nafas panjang - mulai menyanyi dengan suara yang nyaring: penyanyi itu menarik suaranya - meletakkan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dari perhimpunan dengan kemahuan sendiri                                                                                                                                    [6 markah]

Jawapan 3(b)  
 Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
 (i) Kawasan tanah kebun dibersihkan oleh golongan petani dengan kaedah   pembakaran terbuka.
 (ii) Mangsa kemalangan jalan raya itu telah kami bawa ke hospital sebelum ambulans  tiba di tempat kejadian. 
 (iii) Perlawanan bola sepak dapat anda saksikan secara langsung sekiranya anda menjadi pelanggan stesen televisyen kami.  [6 markah]

Jawapan 3(c)  
 Kesalahan ejaan
 memanfaat              -              memanfaatkan
 stress                     -               stres
kraftangan               -               kraf tangan

Kesalahan imbuhan
 senaman                -               bersenam
dikawasan               -               di kawasan 
keunikkan                -               keunikan
 [6 markah]




Jawapan 3(d)  
Kesalahan istilah atau kata dan tatabahasa
(i)                   berhenti  - mendarat
 sebab   - kerana
(ii)                  pencatuan  - pencatutan
  jika sekiranya  - jika / sekiranya
(iii)                 pembonceng  - penunggang
 pihak polis saman - disaman (oleh) pihak polis                                                                                                  [6 markah]

Jawapan 3(e)  Peribahasa
(i)                   ular menyusur akar tak akan hilang bisanya.
(ii)                  sambil menyelam minum air
(iii)                 hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
[6 markah]


SKEMA JAWAPAN SOALAN RAMALAN SET 3
PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK SOALAN RUMUSAN DAN KOMSAS SAHAJA.
Soalan 1: Rumusan
Pendahuluan:
Petikan membincangkan kaedah keselamatan penggunaan perbankan elektronik di institusi kewangan Malaysia
atau
Rumusan membincangkan kaedah keselamatan penggunaan perbankan elektronik dan faedah-faedah penggunaan perbankan elektronik.
Isi Tersurat:
1.     Memastikan kata laluan ke akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain.
2.     Pengguna juga perlu kerap menukar kata laluan agar penceroboh di Internet gagal mencuri kata laluan.
3.     Pengguna disarankan supaya memadamkan semua data berkenaan aktiviti Internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali perbankan elektronik.
4.     Pengguna sering diingatkan supaya tidak melayani e-mel yang meminta mereka menukar nombor pin atau kata laluan perbankan.
5.     Pengguna dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan elektronik dengan jalan pintas.
6.     Pelanggan yang bijak juga tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kata laluan perbankan elektronik kepada sesiapa sahaja.
7.     Pengguna perIu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan.
8.     Pengguna perlu mencatatkan kata laluan di tempat yang selamat.
9.     Jangan mudah percaya dengan SMS yang meminta kita menghantar maklumat rahsia.
Isi Tersirat:
1.     Dapat menjimatkan masa.
2.     Transaksi dapat dilakukan dengan mudah.
3.     Boleh berurusan di mana-mana sahaja.
4.     Aktiviti perbankan boleh dilakukan tanpa had masa.
Kesimpulan:
Pengguna perbankan elektronik perlu akur dengan garis panduan keselamatan yang disediakan oleh bank supaya kita tidak mudah ditipu oleh penjenayah siber.
Soalan 2a)
(i)             Apakah maksud rangkai kata dicipta untuk menerobos?                                                                                               [2 markah]
-          direka supaya dapat menceroboh

(ii)            Pengarang menyatakan beberapa cara menggunakan khidmat perbankan elektronik.
Nyatakan cara-cara tersebut.                                                                                                                                          [3 markah]

-          pengguna hanya perlu menatap skrin komputer, melayari laman sesawang perbankan yang dipilih, menaip kata laluan atau nombor pin kemudian memilih urusan transaksi yang diperlukan, dan dalam beberapa minit urusan tersebut dapat diselesaikan.

(iii)           Pada pendapat anda, mengapakah khidmat perbankan elektronik kurang mendapat sambutan daripada pengguna?Jelaskan dua sebab.                                                                                                                                                                                                    [4 markah]
-          Golongan tua kurang faham atau tiada ilmu perbankan elektronik.
-          Masyarakat kurang yakin kerana berlaku kes-kes penipuan.
-          Perbankan elektronik tidak mesra pelanggan.
-          Pencapaian internet khususnya di luar bandar masih kurang memuaskan.

Soalan 2b)

(i)    Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota mewah.                                                                                    [2 markah]
- Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil  bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa.
- anak-anak muda dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi mereka


 (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar?
                                                                                                                                                                          [3 markah]
-          memberi didikan agama yang sempurna sejak kecil lagi
-          Sentiasa mengawasi gerak-geri anak mereka.
-          Memberi kasih sayang sepenuhnya.
-          Mengawasi dan mengawal penggunaan media massa khususnya media elektronik.
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.             [4 markah]
Persoalan dalam petikan:   
- Memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan. Contohnya, Mel tetap menziarahi Munsyi, iaitu sahabat ibunya untuk menyerahkan kitab-kitab lama sebagaimana diarahkan oleh ibunya dan turut menyampaikan salam ibunya kepada Munsyi.
Persoalan dalam cerpen:
- Peranan penjajah dalam memecah belahkan rakyat sesebuah negara Cth : Bonda kecewa kerana generasi kini yang telah ditanam racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah menyebabkan setiap kaum mempunyai sifat iri hati.
- Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan Cth: Bonda tidak membenarkan Mel berhijrah ke bandar kerana ilmu agama Mel belum mencukupi.
Soalan 2c)
(i)                   Berikan maksud rangkai kata penjurit besar yang terdapat dalam petikan di atas.                                          [2 markah]
-          pahlawan terkenal

(ii)                  Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai ke Melaka?                                 [3 markah]
- Beliau singgah di sebuah kampung Jawa iaitu di luar kota.
- Kertala Sari menyamar diri sebagai orang Jawa.
- Beliau bebas keluar masuk kampung dengan tujuan untuk mengintip rumah orang-orang yang kaya.

(iii)                 Sekiranya anda Kertala Sari, apakah cara yang dapat anda lakukan untuk  menewaskan Laksamana?        [3 markah]
- melakukan serang hendap
- mengetahui secara mendalam kekuatan dan kelemahan Laksamana.
- Akan mendalami ilmu pertahanan diri
- Dapatkan seorang Mahaguru untuk mendalami ilmu menyerang secara  ghaib.
Soalan 2d)
i.                      Nyatakan maksud rangkap seloka di bawah:
Istana siap tukangpun mati,
Tiada orang dapat meniru:                                                                                                                         (2 markah)
-          Maksudnya ialah tiada sesiapa yang dapat menandingi kepakaran dan keunikan seni bina tukang berkenaan.

ii.                    Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Pada pendapat anda,mengapakah istana raja itu dibina sedemikian rupa?                                                       (3 markah)
-          Itu adalah kehendak raja.
-          Ia melambangkan seni warisan budaya.
-          Lambang kepakaran tukang rumah.
iii)        Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut                                                                  (4 markah)
-          Kita hendaklah memberi taat setia kepada pemerintah 
-          Kita hendaklah menghasilkan sesuatu kerja dengan penuh kesungguhan 
-          Kita mestilah menyerlahkan  keunikan seni bina 
-          Kita wajarlah bekerjasama ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan kepada kita.