Khamis, 2 Oktober 2008

Kajian Ilmiah: Bencana Alam

Fenomena Alam dan Usaha Membangunkan Persekitaran Mapan : Satu Penilaian Pasca Kemusnahan .

Melasutra Md Dali

Pensyarah

Pengajian Perbandaran dan Perancangan

Abstrak

Di sepanjang tahun lalu, kita telah melihat beberapa fenomena alam yang membawa kepada kemusnahan jiwa manusia dan kerosakan fizikal. Bencana yang terjadi di Malaysia atau Indonesia, tidak mengenal sebarang sempadan dan apabila ianya berlaku tidak kira sama ada, negara maju atau sedang maju, kedua-duanya telah bergelut untuk menangani kemusnahan dan kesan pemulihan kemusnahan. Ada yang merasakan proses pembangunan yang pesat dan tidak terkawal menyebabkan fenomena ini. Sesetengah pihak merasakan proses globalisasi juga menyumbang kepada kemusnahan dan bencana alam. Tidak setakat itu sahaja, malah kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi juga dilihat berperanan mempertingkatkan kesan-kesan global kemusnahan alam. Namun ada sesetangah pihak merasakan proses ini sebagai proses ’semulajadi’ yang telah membuat manusia lebih sedar dan prihatin terhadap kejadian yang berlaku. Ironisnya, peningkatan tahap sosioekonomi dan perkembangan teknologi telah menyumbang kepada peningkatan kesan bencana-bencana. Secara logikanya, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangi kesan kemusnahan yang telah berlaku. Persoalannya bagaimana kita bertindakbalas dengan permasalahan ini dan adakah kita telah bertindabalas sewajarnya. Kertas kerja ini cuba menyelami perspektif pembaikan yang dilaksanakan, kesediaan terhadap bencana, dan tindakan pemulihan pasca bencana untuk mencapai kemapanan ekologi.

Sekilas pandang bencana yang berlaku

Di sepanjang peredaran tahun ini, kita telah menjadi saksi kepada kemusnahan daripada perbuatan manusia dan juga kekuasaan alam. Kita telah melihat yang kejadian malapetaka sedemikian yang tidak mengenal sebarang sempadan dan apabila ianya berlaku tidak kira sama ada, negara maju atau sedang maju, kedua-duanya telah bergelut untuk menangani kemusnahan dan kesan pemulihan kemusnahan.

Terima kasih kepada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang telah membawa secara 'real time' gambaran-gambaran kemusnahan dan emosi mangsa-mangsa ke ruang-ruang tamu dan skrin komputer kita di rumah. Globalisasi membolehkan kita berkongsi maklumat penderitaan dan kemusnahan ini secara global. Namun begitu adakah cukup dengan reaksi simpati sahaja?

Kesedaran kita terhadap bencana turut dipertingkatkan oleh kesan-kesan global kemusnahan dan kehancuran yang dibuatnya. Paradoknya, peningkatan tahap sosioekonomi dan perkembangan teknologi juga telah menyumbang kepada peningkatan kesan bencana. Sebagai contoh, kemajuan dalam kejuruteraan dan teknologi membawa keburukan serta kebaikan, di mana bangunan-bangunan tunggal sekarang boleh menampung sebuah masyarakatnya yang tersendiri tetapi dalam masa yang sama boleh juga menambah kesan kemusnahan akibat dari bencana apabila ianya tidak direka untuk menampung kekuatan bencana alam. Semakin penduduk bertambah, terutamanya di kawasan bandar dan yang berdekatan bandar, lebih banyak orang akan terkena bencana daripada sebelumnya. Pencemaran industri di peringkat tinggi akan membawa kepada faktor alam sekitar seperti kenaikan suhu dunia secara menyeluruh, yang mana menyebabkan perubahan cuaca yang memainkan peranan utama dalam perubahan deras corak cuaca dan membawa kepada banjir, kenaikan paras laut serta kemusnahan teruk kepada masyarakat yang tinggal di kawasan berdekatan laut. Pemusnahan hutan dan pembalakan yang tidak terkawal telah menghilangkan pendinding semula jadi kepada tanah susur dan mengakibatkan banjir, tanah runtuh yang dahsyat dan lebih-lebih lagi kehilangan nyawa dan harta benda.

Kita jiga diketengahkan dengan masalah yang non-fizikal. Kita sekarang berhadapan dengan ancaman lebih besar daripada penyakit-penyakit seperti Selesema Burung dan SARS, selain HIV/AIDS yang semakin cepat meningkat dari menjadi epidemik kebangsaan kepada pandemik global. Ancaman ini turut diburukkan lagi dengan sistem pengangkutan global yang lebih baik di mana peningkatan pergerakan manusia juga membantu mempercepatkan penyebaran penyakit-penyakit berjangkit di antara pelbagai rantau benua.

Menariknya bila dilihat dari perspektif fizikal, dunia adalah suatu tempat kaku dan tetap. Sekilas pandang bumi yang keras ini, sebenarnya mempunyai teras dalam yang terdiri dari unsur-unsur yang lebur. Sudah tentu kita tidak ingin memanjang-lebarkan hal ini disini, yang tidak dapat dilihat, 'teras yang merah menyala'. Di bumi juga terdapat, atmosfera yang mengelilingi bumi, yang merupakan satu penapis ancaman-ancaman luaran, tetapi tiada bahagian dunia ini yang terlepas dari ancaman atmosferik seperti kilat, guruh atau petir. Bencana-bencana alam seperti ini boleh menyerang pada bila-bila masa. Malapetaka ini boleh menyebabkan kemusnahan jiwa dan harta benda yang besar. Secara umumnya, istilah bencana alam 'semulajadi' merujuk kepada gempa bumi, kilat, banjir besar, kebakaran hutan global, hujan asid, dan gelombang tsunami dengan kekuatan dan kesan yang berbeza-beza. Kesan yang biasa ditinggalkan oleh malapetaka ini yang biasa dilihat mampu memusnahkan sebuah bandar dan seluruh penduduknya sekali. Yang menarik dan penting untuk difahami, tiada seorangpun manusia yang mampu memerangi atau menghalang bencana ini.

Beberapa fakta Bencana Alam di dua Negara

Peristiwa Banjir

Beberapa negeri di selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006 dan pada 12 Januari 2007, akibat hujan lebat yang mencurah-curah. Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia pada abad ini. Banjir ini turut dirasai di negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini. Fenomena banjir ini turut menimpa negara jiran Singapura dan utara Sumatera dan Indonesia. Jadual menunjukkan angka penduduk yang terlibat akibat banjir untuk beberapa kawasan terpilih.

Jadual 1: Penduduk terlibat akibat banjir

Kawasan banjir

Jumlah penduduk

Jakarta

220,000

Melaka

3,193

Johor

109,831

Sumber : Bahagian Majlis Keselamatan Negara

Bagi negara Malaysia , Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Daerah-daerah Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 telah berjalan seperti biasa dan Kerajaan Malaysia telah mendermakan uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan akibat bermain air banjir meningkat. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut.

Setelah keadaan mula surut, banjir kedua berlaku pada 12 Januari 2007, ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu. Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga terdapat khabar angin darurat telah diisytiharkan di Johor, namun ia tidak benar. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain. Di Pahang, sejumlah 2,638 orang telah berpindah ke pusat bantuan..

Sekali lagi, Johor menjadi negeri yang paling teruk terjejas. Kejadian banjir yang melanda di Negeri Johor adalah disebabkan curahan hujan yang berebihan dan luar biasa yang berlaku pada keseluruhan tempat di Negeri Johor. Puncanya adalah dipercayai akibat daripada limpahan sungai yang tidak mampu menampung lebihan air berikut hujan yang berterusan. Di samping itu paras air mengambil masa yang lama untuk surut disebabkan keadaan topografi yang rendah dan landai serta pelepasan air daripada Empangan Sembrong dan Empangan Bekok.

Lanjutan daripada bencana tersebut, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion bagi tujuan pemulihan infrastruktur yang untuk dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan persekitaran kawasan yang terlibat akan dapat dipulihkan dan kembali seperti sediakala. Ini adalah satu junlah yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan, selain daripada Dana Ehsan ( Tabung Kecemasan) dan bantuan dari pihak swasta, NGO dan individu lain.

Peristiwa Tsunami

Tiada siapa yang boleh menduga pada 26 Disember 2004 lalu berlaku satu kejadian yang sangat dahsyat dalam sejarah manusia moden. Gempa bumi yang berlaku di dasar lautan Hindi telah menyebabkan ombak yang sangat besar atau Tsunami yang melanda Asia Tenggara khususnya Indonesia, Thailand, Malaysia, India dan Sri Lanka malah telah sampai ke benua Afrika dan menyebabkan gegaran hingga ke Alaska. Gelombang Tsunami melonjak setinggi sehingga 100 kaki akibat daripada gempa bumi yangdikatakan kedua tertinggi dalam sejarah manusia iaitu 9.3 pada sekala Richter,. Tsunamimengakibatkan 230 ribu orang mati, termasuk 43 ribu orang yang masih hilang. 1.1 juta lagi penduduk hilang tempat tinggal. Di negara Malaysia, tsunami mengakibatkan kehilangan 68 nyawa, berlakunya kerosakan harta benda, tempat kediaman dan penempatan serta hilang punca pendapatan

Jadual 2 dibawah menunjukkan angka yang terkorban dalam peristiwa itu dan jumlah yang terkesan dengan peristiwa itu adalah 3 kali ganda daripada yang terkorban. Ini merupakan bilangan yang amat besar yang memerlukan keprihatinan, bantuan dan kelansungan pembangunan dan pemulihan untuk meneruskan kehidupan mereka. Walaupun dikatakan kesan Tsunami kepada alam sekitar dan persekitaran akan mengambil masa berabad-abad untuk dipulihkan tetapi kepada mangsa Tsunami, mereka terpaksa kembali kepada kehidupan asal, dan cuba melupakan apa yang telah berlaku dalam sejarah hidup mereka.

Jadual 2 : Mangsa Tsunami

Negara

Maut

Cedera

Hilang

Hilang
kediaman

Disahkan

Dikhuatiri

Indonesia

127,420

220,000

~100,000

94,574

617,159

Sri Lanka

38,195

38,000+

15,686

5,637

~573,000

India

10,799

16,413

5,614

380,000

Thailand

5,395

11,000

8,457

2,932

29,000+

Somalia

298

298

5,000

Maldives

82

108

26

12,000-22,000

Malaysia

68

74

299

5

5,000

Myanmar

59

600

45

200

3,200+

Tanzania

10

10+

Seychelles

3

3

Afrika Selatan

2

2

Bangladesh

2

2

Kenya

1

2

2

Yaman

1

1

Madagascar

0

1,000+

Jumlah

182,340

~ 286,000

~ 125,000

~108,000

1.5-2 juta







*Angka sebenar korban mungkin tidak dapat diketahui

Selain daripada dua peristiwa di atas, banyak lagi peristiwa lain yang telah dan sedang berlaku yang mencemaskan kebanyakan penduduk di kedua-dua negara. Keadaan cuaca panas sering dialami oleh rakyat Malaysia dan Indonesia, diikuti oleh masalah jerebu dan pernafasan. Peningkatan suhu sekitar 5 darjah celcius juga dialami secara global. Penggondolan hutan mengurangkan kadar oksigen dan menghilangkan kemampuan untuk menyerap karbon dioksida. Berbagai lagi masalah kemorosotan persekitaran yang memberi impak terus keatas kualiti hidup manusia dan masyarakat amnya.

Beberapa reaksi / tindakbalas kepada fenomena alam ini

1 Kemusnahan besar-besaran ini berlaku untuk diwaris kepada yang tinggal di atas mukabumi ini. Ada yang berpandangan menerima hakikat proses ini sebagai proses 'keseimbangan semulajadi', ’proses pembersihan alam - natural cleansing’, yang merupakan perlindungan yang penting di bumi dan semua makhluk hidupan termasuk manusia. Ini adalah proses yang berlaku secara alamiyyah – dunia semakin tua. Kebarangkalian terjadinya bencana alam yang memusnahkan ini terselindung dan tidak dihalangi oleh perlindungan ini.

Idea ‘carrying capacity’ mendasari perbincangan pemikiran ini. Apabila keupayaan sesebuah kawasan itu tidak mampu lagi ditanggung olehnya, secara semulajadi ia akan menyebabkan ketidakseimbangan sistem ekologi atau persekitaran kehidupan manusia..

2 Ada juga yang berpandangan bahawa ia berlaku dari sebab dan diakibatkan oleh perbuatan tangan manusia. Dunia harus mengambil peluang ini untuk melihat dengan teliti apa yang telah mereka buat untuk melindungi alam sekitar kerana tsunami dan kesan selepas peristiwa itu menunjukkan bahawa bukan sahaja luar biasanya kekuasaan alam tetapi juga rapuhnya sistem kewujudan manusia.. Kejadian bencana ini adalah sebagai peringatan kepada manusia sejagat bahawa sebenarnya manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa mentadbir alam ini. Tambahan lagi, setiap bencana ini adalah sebagai maksud untuk memaklumkan mengenai kelemahan semulajadi manusia, beberapa amaran untuk orang yang tidak mahu merenung pengertian di sebalik semua kejadian ini dan mengambil pengajaran dari musibah orang lain.

Apakah pengajaran yang harus diambil oleh manusia dari benana sebegini? Bumi diciptakan khusus untuk manusia. Persekitaran hidup adalah ruang yang didiami oleh manusia bersama semua jenis makhluk lain, haiwan dan tumbuhan, dan tentunya setiap elemen ini tidak dapat berdiri sendiri dalam proses kehidupan, saling bergantungan dan memerlukan diantara satu sama lain. Proses simbiosis berlaku dengan interaksi dan pergantungan secara teratur didalam ekosistemnya: ia menunjukkan elemen yang hidup sebagai satu kesatuan yang tidak boleh dilihat dan dibincang secara partial. Persekitaran hidup harus dipandang secara holistik dan mempunyai sistem yang teratur yang setiap satu elemen memainkan peranan yang setara.

Pengajaran penting diambil dari peristiwa ini ialah bahawa manusia yang menganggap dirinya hebat di muka bumi ini perlu menyedari bahawa ia sangat lemah dan sebenarnya tidak mempunyai kekuatan untuk mengendalikan semua ini, yang terjadi sekelip mata. Tercetus daripada pengajaran ini beberapa pemerhatian lain untuk difikirkan bersama.

Pemerhatian kearah persekitaran dan pembangunan masyarakat mapan

Manusia tidak dapat menahan bencana tetapi manusia boleh mengurangkan kesan bencana alam melalui ilmu pengetahuan, pengurusan bencana dan persediaan yang sesuai sebelum, semasa menghadapi bencana dan dan selepas bencana.

Akibat dari fenomena alam ini, kita perlu bertindak secara reaktif - pembangunan yang mensasar kepada keperluan melindungi sumber yang masih ada: Kita melaksanakan proses pemulihan dan peredaan berhasrat untuk memelihara persekitaran dan sumber yang ada dan melakukan pembaikan untuk meredakan masalah bencana sekiranya berulang.

Usaha menggubal undang-undang yang setimpal dengan bentuk kemusnahan adalah tindakan yang amat wajar dilakukan. Undang-undang alam sekitar yang sedang diamalkan dikatakan tidak lagi begitu berkesan untuk mencegah mereka yang terbabit dalam jenayah itu. Penguatkuasaan yang dijalankan dengan rapi sekalipun, tetapi oleh kerana akta-akta itu sendiri longgar dan dendanya tidak berkesan, maka ia tidaklah mengundang apa-apa kesan yang baik. Sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya 7 Mac lalu di Utusan Malaysia berkata, kerajaan bersetuju meminda undang-undang lapuk sebagai respon kepada usul Majlis Peguam untuk tubuhkan Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang. Namun begitu terdapat pula sesetengah pihak yang petah menterbalikkan situasi ini. Mereka dengan mudah mengambil kesempatan di atas kelemahan sistem penguatkuasaan sediaada, walaupun telah wujud peraturaan perundangan yang efesien dan efektif, undang –undang yang ada hanya menjadi peraturan bertulis tanpa dapat diamal.

Perkara yang lebih penting ialah menyedari dan memahami bahawa proses bencana alam ini bukan isu local walaupun terjadi dalam satu lokaliti yang mempunyai sistem atau imuniti yang rendah terhadap gejala alam yang berlaku. Proses ini berlaku pada peringkat global apabila faktor seperti perubahan cuaca, perubahan suhu berlaku dalam di negara- negara lain yang membawa akibat kepada wilayah lain .Oleh kerana itu pentingnya persoalan keadilan persejagatan difahami dan dihayati bersama dalam dimensi antarabangsa tadbir urus biodiversiti menerusi prinsip kesamarataan dan perkongsian untung (ABS) daripada sumber biologi yang amat terhad.

Pendekatan ini akan dapat direalisasikan melalui kesedaran berkaitan hak asasi manusia untuk hidup dengan selamat seperti yang telah dipersetujui dan dipersepakati dalam banyak konvensyen, deklarasi dan perjanjian pada peringkat antrabangsa dan negara.

Banyak negara telah menandatangani berbagai konvensyen, deklarasi dan perjanjian yang berkaitan dengan Hak Asasi Manusia untuk terus hidup selamat dan selesa, antara contohnya seperti dibawah:

· The Universal Declaration of Human Rights 1948 (UHDR)

· The Rio Declaration on Environment and Development (1992)

· International Convention on Economic, Social and Cultural Rights.

· United Nations Framework Convention on Climate Change (1992)

· United Nations Convention on Biological Diversity( 1994)

Perkara 22 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR) menjelaskan bahawa :

Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial dan berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antara-bangsa dan menurut organisi dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya.

Universal Declaration of Human Rights merupakan satu piagam atau dokumen antarabangsa pertama yang mengenengahkan prinsip menghormati dan menjamin hak asasi paling fundamental, mempamerkan kepentingan yang dikaitkan dengan komuniti antarabangsa untuk menganjurkan hak asasi manusia dan kebebasan asas. Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Piagamnya telah sekali lagi menegaskan kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia, terhadap kemuliaan serta nilaidiri manusia dan terhadap hak samarata lelaki dan perempuan dan telah menetapkan keazaman untuk memajukan perkembangan sosial dan taraf hidup yang lebih sempurna dalam suasana kebebasan yang lebih luas. Negara-Negara anggota pula yang menerima pakai piagam ini telah berikrar untuk masing-masing mencapai, dengan kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu, mengutarakan kehormatan sejagat terhadap, serta pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi.

Perbincangan dan deklrasi yang berkaitan dengan persekitaran dan pembangunan mapan juga telah dibentuk secara khusus untuk memastikan bahwa semua negara memelihara persekitaran meraka dan pada masa yang sama mencapai pembangunan yang mereka ingini secara saksama dan adil. Antara perjanjian atau dokumen penting yang mendasari prinsip pembangunan mapan ialah:

· The Brundtland Commisison (1987)

· Agenda 21

· Local Agenda 21

· Johannnesburg Declaration on Sustainable Development (2003)

· Kyoto Protocol (2005)

Pada peringkat ASEAN juga telah banyak perjanjian dibuat untuk memastikan persekitaran kehidupan dan pembangunan antara negara dikawal dan diselia dengan sewajarnya. Antara perjanjian yang telah dimeterai:

  • Jakarta Declaration on Environment and Development (1997)
  • Bandar Sri Begawan Resolution on Environment and Development
  • ( 1994)
  • Singapore Resolution on Environment and Development (1992)
  • The Kuala Lumpur Accord on Environment and Development (1990)

Namun realitinya, persekitaran kehidupan masih terus-menerus memperlihatkan kemorosotan akibat persekitaran dan sumber alam terus menerus dieksploitasi . Peristiwa bencana yang telah berlaku sepanjang dua tahun lepas dan sedang berlaku sekarang cukup membuktikan bahawa penjagaan persekitaran masih belum dilaksanakan secara maksimum dan keprihatinan /sensitiviti ini masih belum dirasai secara optimal.

Makna kata lain kesedaran mengenai hak asasi setiap individu untuk hidup dengan aman dan selesa secara politik masih belum diakui secara fundamentalnya. Mengapakah instrumen sejagat seperti di atas masih tidak dapat mengurangi fenomena alam ini? Banyak jawapan untuk satu persoalan di atas.

Apa yang ingin diketengah dalam perbincangan ini ialah hakikat ketidakupayaan kita melihat sistem kehidupan kita, proses modernisasi dan pembangunan, sebagai suatu subjek yang perlu diterjemahkan dengan begitu teliti kerana subjek persekitaran, sumber alam dan kehidupan berkualiti adalah satu sistem yang amat kompleks, Perspektif biasa sering melihat sumber alam dan persekitaran sebagai objek yang terangkum didalamnya elemen komoditi yang boleh diniagakan dan dieksploitasi untuk tujuan pembangunan.

Kita perlu berbalik kepada hakikat bahawa sumber alam dan persekitaran adalah sebuah sistem kecil dalam sistem dan hukum alam yang lebih besar yang telah ditakdirkan. Penerusan sistem ini akan hanya berlaku jika kualiti komponen setiap sistem berjalan dengan stabil.

Penegasan yang ingin dibuat disini ialah usaha pemulihan bukan struktur (pemulihan sistem manusia) perlu diberi perhatian yang lebih untuk masyarakat memulih dan memelihara budaya dan kefahaman mengenai hak dan keadilan manusia sejagat untuk terus kekal dalam keadaan yang aman dan selesa. Persoalan ini juga perlu dilihat secara global kerana usaha memulih dan memelihara persekitaran peringkat lokal tidak akan dapat pergi jauh.

Seiring dengan itu, tindakan polisi, ukuran perundangan, pembiayaan dan perbelanjaan dan pengurusan sumber alam perlu dilihat dengan lebih mendalam dari perspektif sosial yang lebih luas dan perlu ditanggani secara kolektif. Walaupun kita memberi penekanan yang amat tinggi kepada aspek ekonomi untuk pembangunan sesebuah negara, kita perlu sedar bahawa bencana alam yang telah dialami telah menjadi masalah sosial yang kesan dan akibatnya membantutkan pembangunan dan ekonomi negara.

Konvensyen atau deklarasi antrabangsa, wilayah atau lokal perlu dihayati dan dilaksanakan oleh semua negara sejajar dengan sumbangan dan keupayaan mereka dalam hal tersebut.

Persoalan kepada pembangunan mapan dan masyarakat mapan ialah apabila semua elemen yang berkaitan dengan kemapanan ini perlu mapan: ekonomi mapan, sosial mapan, polisi mapan, strategi mapan dan politik mapan, sumber manusia mapan, institusi mapan, kewangan mapan : integrasi semua ini akan mampu menghasilkan produk mapan. Kesemua ini bermula dengan keprihatinan bahawa manusia perlu menjadi agen perubah yang mapan: minda dan kepercayaan. Dalam persekitaran yang begitu pragmatik tentunya penyelesaian ini menjadi tidak realistik. Tetapi berbalik kepada premis perbincangan apakah manusia tidak mahu memperbaiki keadaan kehidupan mereka dan mereka tidak boleh membiarkan keadaan berlalu begitu sahaja.

Sebagaimana pandangan Marxism memperjelaskan bahawa ekonomi dan dimensi sejarah masyarakat adalah penyebab kepada masalah antara manusia dan masyarakat. Disokong oleh Barrett (1963) “Modern life has departmentalized, specialized and thereby fragmented the being of man. We now face the problem of putting the fragments together into a whole’ (pg 89).

Inilah cabaran utama semua negara dan pemerintah untuk mencari formula mencapai pembangunan, kemajuan ekonomi dan sosial tanpa menghakis modal semula jadi dan sistem yang merangkuminya.

Kesimpulan

Penulisan ini berhasrat dapat memanjang senarai individu yang menyedari bahawa hanya dengan pendekatan pembangunan kemanusiaan yang mapan, persekitaran dan pembangunan dapat diseimbangkan . Pemikiran, pembangunan fizikal dan spritual yang dilaksanakan dalam persekitaran yang saling menghormati hak asasi individu dan hak asasi persekitaran mampu memastikan kemapanan kehidupan dan persekitaran yang berlanjutan. Tindakan ini wajar semata-mata untuk memantapkan usaha memulih dan memelihara persekitaran alam semulajadi dan membangun kembali tamadun manusia. Dalam ertikata lain kita bertanggungjawab kepada apa yang berlaku dan pertanggungjawaban ini adalah mutlak keatas setiap individu manusia dan manusia perlu merasakan dan melaksanakan tanggungjawab ini. Inilah pemikiran dan paradigma yang perlu disantuni dan disambungkan kepada generasi seterusnya.

Rujukan

  1. Tapan Biswal(2006), Human Rights, Gender and Environment, Viva Books Private Limited, New Delhi.
  2. Barret, W. ( 1963), Irrational Man, Doubleday, New York .
  3. The Human Sustainable City. Challenges and Perspective for the Habitat Agenda. (2003) Lugi Fusco Girard, Bruno Forte et.al (ed) , Ashgate Publishing Limited. England.
  4. http://www.earthrights.org/international
  5. Edisi Ringkas (2006) Pelan Intergriti Nasional, Institut Integriti Malaysia .

Rencana: Warga Emas

WARGA EMAS

ISU PENJAGAAN WARGA TUA

· Ramai yang telah memperkatakan peningkatan kualiti hidup diserata dunia, dan ini termasuklah bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Peningkatan pada perkhidmatan kesihatan telah banyak mempengaruhi peningkatan umur dan dalam masa dua dekat banyak pengaruh daripada perkhidmatan kesihatan telah menjamin akan hayat yang lebih daripada dahulunya.

· Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat dari satu masa ke satu masa, contohnya di Malaysia sendiri, peratus warga tua kepada keseluruhan populasi yang melebihi tahap umur 65 semakin meningkat dari masa ke masa. United Nation (1987) telah membuat perjangkaan bahawa peratusan warga tua di Malaysia akan meningkat daripada 3.3 peratus pada tahun 1980 sehingga 7.4 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebih daripada sekali ganda dalam masa 40 tahun.

· Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jika berbanding dengan negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun. Warga tua adalah satu golongan yang istimewa yang pernah menjanakan tenaga mereka dalam membimbing generasi kini dengan jayanya. Maka tidak perlu dinafikan lagi bahawa pertolongan kepada golongan tersebut perlu digiatkan.

· Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akan memberi sedikit tekanan kepada masyarakat secara umumnya bagi menyediakan kemudahan, seperti penjagaan, rawatan dan sebagainya. Penyediaan kemudahan kepada warga tua nanti sudah semestinya akan mengunakan sumber kewangan yang dijanakan daripada kutipan kerajaan atas masyarakat dan juga daripada sumber kewangan peribadi atau persendirian. Masyarakat sekarang harus menanam semangat bertanggung- jawab kepada semua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk menangani masalah yang akan dihadapi oleh warga tua.

· Ramai telah memperkatakan usaha-usaha ke arah penjagaan warga tua dalam masyarakat sekarang. Konsep penjagaan warga tua masih lagi dianggap tidak mempunyai ketentuan yang tetap iaitu masyarakat dan pihak berkuasa seolah-olah beraggapan bahawa penjagaan warga tua hanya perlu dilakukan kepada aspek fizikal sahaja tanpa menitikberatkan aspek emosi mereka. Masyarakat dan pihak berkuasa seharusnya perlu lebih peka terhadap konsep penjagaan warga tua dengan menyediakan program penjagaan yang lebih sempurna dalam semua aspek baik fizikal mahupun spiritual kerana hakikat bahawa manusia tercipta daripada dua unsur tersebut tidak dapat diketepikan sama sekali. Ini bermakna program penjagaan yang komprehensif dan menyeluruh sifatnya perlu disediakan untuk mereka.

· Masyarakat di kawasan Asia masih lagi mengamalkan keutuhan konsep kekeluargaan di kalangan ahlinya. Walaupun begitu, didapati bahawa konsep kekeluargaan ini semakin pudar ditelan zaman. Ramai di kalangan anak yang tidak sanggup untuk memelihara ibu bapa apa yang telah tua. Ada kala warga tua itu sendiri yang tidak mahu tinggal bersama keluarga dan anak-anak mereka dengan alasan akan menyusahkan keluarga dan anak-anak mereka sendiri. Sebaliknya mereka lebih rela tinggal di rumah-rumah penjagaan warga tua. Satu kajian dan tinjauan telah dilakukan oleh ASEAN Ageing Survey pada tahun 1986 mendapati bahawa kebanyakan (91.6 peratus) warga tua di Malaysia masih tinggal sama ada bersama pasangan atau ahli keluarga mereka. Ini menunjukkan anak-anak dan saudara- mara masih lagi menjadi tempat pergantungan utama warga tua di Malaysia buat masa sekarang. Persoalannya, adakah konsep pergantungan kepada keluarga akan terus menjadi teras utama dalam isu 'penjagaan warga tua' pada masa akan datang? Telah diperkatakan terdahulu tadi diaggarkan bahawa Malaysia mempunyai tigapuluh hingga empatpuluh tahun lagi untuk melakukan perancangan untuk menyediakan program-program yang terbaik dalam aspek penjagaan warga tua. Anggaran ini dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkan peningkatan tahap mutu kesihatan yang baik di Malaysia dengan mengambil kira faktor-faktor kadar kelahiran yang meningkat dan kadar kematian yangsemakin menurun.

· Berdasarkan faktor-faktor ini, sudah sampai masanya masyarakat dan pihak berkuasa di Malaysia menyusun program-program dan dasar-dasar yang lebih realistik untuk berhadapan dan seterusnya menangani situasi ini dengan cara yang terbaik. Daripada pengalaman negara-negara yang telah menjalankan program ini, pelbagai cara yang baik dapat dilaksanakan. Contoh program daripada pihak kerajaan yang berjalan lancar di negara membangun adalah seperti keterlibatan oleh pihak kerajaan dalam perkhidmat kesihatan dan peruntukan pendapatan saraan yang munasabah untuk warga tua. Manakala masyarakat pula boleh memberikan sumbangan mereka menerusi kerja-kerja amal yang dilakukan tanpa memikirkan sebarang bentuk balasan. Amalan-amalan yang berbentuk altruistik ini perlu dititikberatkan agar berbudaya dalam masyarakat Malaysia. Ini bersesuaian dengan seruan kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Dengan lain perkataan, sumbangan yang diberikan bukan kerana kebimbangan suatu hari nanti kita akan memerlukan program penjagaan kepada kita akan tetapi kita melaksanakan program tersebut kerana nerupakan budaya dan tanggungjawab masyarakat kita untuk membela mereka yang pernah berjasa kepada nusa dan bangsa.

· Dalam melaksanakan perancangan program penjagaan warga tua, aktiviti-aktiviti tertentu perlulah digarapkan sekali agar warga tua dapat menghabiskan umur tua dalam keadaan yang boleh dianggap berjaya, setidak-tidaknya pada diri sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti pendedahan dan pengamalan penjagaan kesihatan yang dapat menjauhkan diri daripada penyakit perlu sekali diberi keutamaan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dapat menjayakan diri sendiri seperti memupuk semangat warga tua untuk terus hidup serta kesedaran mengenai kemampuan kapasiti fungsi fizikal mereka membolehkan warga tua terus bergiat aktif menyertai pelbagai kegiatan luar yang bersangkutan dengan 'moral boosting' (Rowe and Kahn, 1987).

· Bercakap mengenai penjagaan warga tua sudah sememangnya penjagaan terhadap kesihatan mereka merupakan agenda utama dalam perlaksanaannya. Gregg (1987) menyarankan bahawa penjagaan kesihatan terhadapt warga tua adalah elemen utama dalam segala program untuk warga tua tetapi, pada masa kini teknologi yang digunakan dalam aspek kesihatan telah terkedepan dan kos yang mahal perlu ditanggung untuk mendapatkan perkhimatan kesihatan. Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan perlulah mengambil insiatif dengan memberi bantuan pada peringkat awal perlaksanaan sistem penjagaan warga tua. Satu sistem yang lebih sempurna perlulah diperincikan selepas itu bagi membolehkan warga tua atau mana-mana agensi menanggung kos kesihatan mereka sendiri.

· Malaysia boleh mengikut jejak langkah yang telah dijalankan oleh negara membangun dalam penjagaan warga tua. Amerika Syarikat misalnya, adalah sebuah negara yang menyediakan bantuan sepenuhnya terhadap kepentingan dan keselesaan warga tua. Dengan kekayaan yang ada Amerika mampu untuk menyara warga tua mereka yang berumur lebih dari 65 tahun keatas, bantuan yang diberi adalah d ibawah peruntukan 'Social Security Act'. Berbagai akta lagi telah diperuntukan bagi warga tua, antaranya seperti 1) Akta Warga Tua Amerika 1965; di bawah akta ini berbagai agensi dilantik bagi memastikan keberkesanaan program saraan warga tua Amerika berjalan dengan baik, 2) Akta Penjagaan Kesihatan 1965; yang menyara semua pembelanjaan kesihatan warga tua Amerika and 3) Diskriminasi Umur dalam Akta Pekerjaan 1967; akta ini menamatkan umur pesaraan bagi semua rakyat Amerika dan mengharamkan pemberian kerja berasaskan umur. Walau bagaimanapun Amerika Syarikat bukanlah antara negara yang mula-mula melaksanakan program bagi warga tua. Antara negara yang telah terdahulu dan berjaya dalam perlaksanaan program penjagaan warga tua adalah Great Britain (Cockerham, 1997). Malaysia mampu menjayakan program penjagaan warga tua ini dengan melihat akan program-program yang telah dijalankan oleh negara yang telah berjaya dalam perlaksanaannya tetapi mestilah mengikut acuan kita sendiri.

· Great Britain mempunyai sejarah yang banyak dalam perlaksanaan program penjagaan warga tua. Pada mulanya penumpuan cuma diberikan dari segi kewangan dimana pada 1908 Akta Pencen diadakan bagi pembuat penyediaan penyaraan pada masa tua. Pada tahun 1995, lelaki yang berumur 65 dan perempuan yang berumur 60 boleh mendapatkan sumbangan pencen sebanyak $355 sebulan dengan syarat mereka tidak mempuyai pergantungan lain (Cockerham, 1987). Elemen kesihatan mula timbul dalam penjagaan warga tua dalam Akta Perkhidmatan Kebangsaan 1948 di mana pihak kerajaan menjadi pemilik kepada semua hospital. Dari situ semua perkhidmatan kesihatan yang diperuntukan kepada warga tua diberi percuma.

· Banyak lagi negara yang telah menjalankan pelbagai program penjagaan warga tua yang telah berjaya menghasilkan keselesaan dan kepuasan kepada warga tua. Berdasarkan sejarah, kebanyakan daripada negara ini juga melakukan kesilapan dalam pelaksanaan program-program tersebut tetapi dapat dimantapkan dari masa ke masa. Contohnya negara Sweden yang pada mulanya memberi bantuan kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan dapat menolong mereka yang miskin dan juga warga tua tetapi selepas didapati tidak berkesan selepas beberapa lama dan program bantuan itu diubah suai dengan peruntukan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya seperti warga tua dilebihkan dan warga tua telah menjadi penerima utama dalam program bantuan rakyat.

· Kebanyakan negara juga mengadakan institusi bagi warga tua yang tidak mempunyai tempat untuk tinggal. Malaysia juga telah mempunyai beberapa institusi untuk warga tua. Memang telah diakui bahawa dalam perancangan untuk menubuhkan institusi warga tua sangat rumit. Pelbagai perkhidmatan terpaksa diadakan bagi membolehkan mereka tinggal dengan selesa, walau bagaimana terancangnya penubuhan institusi warga tua, sudah pasti tidak akan bertepatan dengan kehendak penghuninya. Tidak ada satu jenis perkhidmatan yang sesuai untuk semua jenis orang. Sesuatu yang perlu ditekankan adalah kualiti yang bagus pada keselamatan dan kesihatan penghuni. Kart dan Manard (1979) ada menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah kemudahan perkhidmatan yang tidak sesuai bagi semua penghuni. Mereka berpendapat bahawa institusi warga tua paling elok jika dapat disegregasikan (diasingkan) menurut faktor-faktor tertentu yang ada pada penghuni itu. Elemen yang pertama adalah tuan punya institusi tersebut dan siapa yang menguruskannya, elemen ini juga menjadi faktor yang agak ketara dalam penyediaan perkhidmatan yang bersesuaian. Keduanya faktor saiz. Dari segi psikologi, saiz rumah penjagaan yang kecil tidak mampu untuk menyediakan perkhimatan yang sesuai dan sudah tentu akan mengalami kesesakan kepada penghuni. Ketiga adalah status sosioekonomi. Status sosioekonomi juga boleh menentukan jenis perkhimatan yang bersesuai .Jika kebanyakan penghuninya adalah dari golongan sosioekonomi yang tinggi, kemudahan dan perkhidmatan yang diberi adalah jauh lebih baik daripada yang lainnya dan institusi ini boleh bergantung kepada sumber kewangan yang lebih berbanding dengan cuma bergantung kepada bantuan daripada pihak berkuasa. Keempat adalah faktor integrasi sosial. Penghuni yang tinggal harus mempuyai takat integrasi sosial yang dapat membolehkan mereka bergaul dengan penghuni yang lain dan pergaulan mereka juga tidak berhenti hanya dengan penghuni yang lain tetapi juga dengan pekerja dan juga masyarakat. Yang akhir sekali ialah tahap profesionalisme. Di sini pihak berkuasa harus mengambil inisiatif awal dalam mengadakan latihan kepada pekerja institusi agar dapat melayan semua penghuni dengan baik. Mereka ini boleh dilatih dengan mengadakan satu pusat latihan khas atau mendapat latihan sambil bekerja dengan diperhati dan ditunjukajar oleh pekerja yang telah cekap.

· Walaupun terdapat kebarangkalian untuk membangunkan program penjagaan warga tua sebagai satu tanda perhargaan kita terhadap mereka yang telah terlebih dahulu menyumbangkan jasa mereka di dalam proses pembangunan agama, bangsa dan negara sehingga kita sampai ke tahap sekarang, kita juga perlu berhati-hati di dalam memberikan saranan ke arah pembentukan program penyaraan dan institusi penjagaan warga tua. Tidak semua prgram dan institusi yang disarankan boleh berjaya. Perancangannya sudah tentu akan mengambil masa yang agak lama, tidak terkecuali juga tenaga dan komitmen yang jitu amat diperlukan sekali.

· Bakal penghuni selalu akan menanyakan institusi mana yang paling bagus apabila mereka ingin menyertainya. Jawapannya mudah, institusi yang mempunyai perkhidmatan yang canggih, tidak begitu besar, sumber kewangan yang mantap, suasana sosial yang baik dan pekerja yang cekap mengendalikan institusi tersebut sudah pasti akan menjadi pilihan yang utama.

· Tetapi perlu juga diingatkan bahawa tiada suatu program atau institusi yang dapat memberi kepuasan kepada seluruh penghuninya. Yang paling penting adalah untuk mengenal pasti bahawa perkhidmatan keselamatan dan kesihatan ialah unsur yang perlu sekali diutamakan.

PERANAN MASYARAKAT

· Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan sanak-saudara dan masyarakat setempat memberi perhatian dan sumbangan kepada pesakit melarat yangditempatkan di institusi.

· Aktiviti-aktiviti seperti hari terbuka dan perayaan hari kebesaran diadakan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat melawat dan mengenali penghuni serta berinteraksi dengan mereka.

· Pertubuhan sukarela dan pihak swasta juga boleh memberi sumbangan tenaga dan masa bermesra dan meraikan penghuni-penghuni ini supaya mereka tidak merasa tersisih dan kesepian, selaras dengan semangat jitu masyarakat penyayang.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI RUMAH KEBAJIKAN

· Jagaan dan Perlindungan: Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi penghuni seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hidangan makanan harian adalah berdasarkan kepada skala imbangan makanan yang telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Makanan disediakan enam (6) kali sehari mengikut menu yang disediakan oleh Pengetua dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

· Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan: Penghuni-penghuni diberi rawatan dan jagaan kesihatan yang baik oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Penolong Jururawat. Kes-kes penghuni yang memerlukan rawatan intensif dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut

· Bimbingan dan Kaunseling: Perkhidmatan ini adalah untuk menolong penghuni-penghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Selalu mengadakan kaunseling individu dan kelompok serta perbincangan kes.

· Perkhidmatan Fisioterapi: Unit ini adalah memastikan setiap penghuni dapat menggunakan keupayaan potensi yang ada pada dirinya dalam usaha mendapatkan keselesaan hidup di institusi. Pemulihan fisioterapi amat penting bagi menguatkan otot-otot penghuni yang uzur. Dengan bantuan pemulihan fisioterapi ada kemungkinan mereka boleh menguruskan aktiviti-aktiviti harian

tanpa banyak bantuan daripada orang lain.

· Bimbingan Agama dan Kemudahan Beribadat: Penghuni-penghuni digalakkan untuk mengamalkan ajaran agama mengikut kepercayaan masing-masing. Guru-guru memberi pengajaran dan bimbingan kepada penghuni-penghuni.

· Rekreasi dan Cara pulih Kerja: Penghuni-penghuni digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka. Kemudahan-kemudahan disediakan untuk penghuni-penghuni memenuhi masa lapang mereka dengan menonton televisyen dan video, mambaca akhbar dan sebagainya.

Panduan karangan

ISI RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN (© shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006)

1. KEPENTINGAN NILAI MURNI

Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat.

Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.

Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.

Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia.

Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah.

2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan.

Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.

Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan ke luar negara.

Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.

Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .

3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL

Kebaikan

Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun (menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).

Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian secara manual.

Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.

Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.

Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll mengikut keperluan pengusahanya.

Keburukan

Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah) kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak yang berharga.

Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.

Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana menggunakan peralatan lama / tradisional.

Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang terhad.

Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima perubahan.

4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL

Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan dan habitat haiwan) musnah.

Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.

Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.

Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).

Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak terhad)

Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.

Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun terjejas.

5. PERANAN LEBUH RAYA

Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh lampu isyarat)

Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol

Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala, tempat rehat dan solat serta lain-lain.

Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).

Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan Lepas ke Kuala Lumpur.

Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan adanya kemudahan perhubungan.

6. TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA

Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang perancangan.

Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang kekerapan untuk ke kedai.

Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.

Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada 20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.

Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung beli-belah daripada kedai runcit.

Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.

Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi membeli-belah.

Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.

Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada tunai. Mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.

Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya

7. POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.

Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi, jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri

Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai dan mengadakan persidangan antarabangsa

Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN

Tahun Melawat Malaysia 2007

Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur asing

Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk Citrawarna.

Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong

Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.

8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA

Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan

Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan diri sendiri.

Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah

Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah

Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah

Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan

Keterampilan pemimpin pelajar

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik

Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun

Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas

Keceriaan sekolah diberi keutamaan

Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar

9. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN

Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani

Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar.

Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan

Meningkatkan eksport barangan makanan

Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara

Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini

Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi

Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik

Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik

Meningkatkan aplikasi teknologi moden

Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)

10. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda

Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni

Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja

Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum

Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga

Tidak mengikut mana-mana model dari luar

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003

Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.

Pelaksanaan sejak tahun 2004.

Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.

Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan

Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan

Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program terhadap negara

Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara.

11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM

Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup. (pengekalan ekosistem)

Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan

Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta

Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA (Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaankerajaan negeri mulai 1 April 2001.

Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir

Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai

Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan mengelakkan bahan cemaran toksid

Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.

Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.

Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang.

Rabu, 1 Oktober 2008

Karangan: Masalah sosial dalam kalangan remaja - sebab, kesan dan cara menanganinya.

PONTENG

CONTOH Ponteng sekolah:tidak hadir ke sekolah

Ponteng kelas:tidak mengikuti sesi pembelajaran walaupun hadir ke sekolah, Ponteng perhimpunan, sembahyang dan kuliah.

SEBAB Sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran. Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan. Perkara lain lebih seronok untuk dilakukan selain belajar.

KESAN Kemunduran di dalam pelajaran. Terdedah kepada pengaruh luar sekolah dan jenayah.

CARA MENGATASI Ibu bapa memberi perhatian terhadap prestasi pelajaran anaknya. Ibu bapa seharusnya mendengar dan menyiasat maklumat yang dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai anaknya. Kerjasama masyarakat dalam memaklumkan pihak ibu bapa dan sekolah sekiranya terjumpa pelajar yang ponteng. Kaunseling bagi remaja yang ponteng.

MEROKOK

CONTOH Membawa rokok ke sekolah. Menghisap rokok di kawasan sekolah. Menghisap rokok di luar kawasan sekolah.

SEBAB Ingin kelihatan 'kool' dan lebih dewasa. Terpengaruh dengan rakan sebaya dan lebih dewasa. Ingin mencuba sesuatu yang baru.

KESAN Wang saku yang dibekalkan ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Rakan yang tidak merokok dijadikan mangsa untuk membawa rokok ke sekolah. Remaja mula memeras ugut pelajar lain bagi mendapatkan wang untuk membeli rokok. Kesan dalaman yang lebih bahaya ialah barah paru-paru.

CARA MENGATASI Menyedarkan remaja mengenai bahaya merokok menerusi kaunseling

dan ceramah. Mengadakan kempen anti-rokok di peringkat sekolah. Ibubapa tidak seharusnya memberi wang saku yang berlebihan.

VANDALISME

CONTOH Mengoyakkan buku-buku teks dan perpustakaan. Menconteng dinding bangunan, bas dan tempat-tempat awam. Merosakan bangku, meja, telefon dan pondok telefon awam, tandas awam, papan tanda dan lain-lain lagi. Memecahkan tingkap dan pintu sekolah.

SEBAB Golongan remaja yang terlibat mempunyai konsep kendiri atau harga diri yang rendah.

Ingin mendapatkan perhatian daripada sesiapa jua kerana merasakan dirinya terbiar. Melepaskan perasaan marah dan geram akibat tertekan.

KESAN Banyak harta benda sekolah dan awam musnah. Menyusahkan pengguna-pengguna lain.

Mencemar persekitaran dengan grafiti yang biasanya menggunakan kata-kata kesat dan lucah.

CARA MENGATASI Mengenal pasti pelajar yang sering memberontak di dalam kelas. Ibu bapa dan guru perlu meluangkan masa untuk berbual dan bertanya masalah dengan remaja agar mereka merasakan diri mereka dihargai. Memberi kesedaran menerusi kaunseling mengenai kepentingan

menjaga harta benda sama ada harta benda sendiri mahupun harta benda awam.

GANGSTERISME

CONTOH Kumpulan samseng sama ada di kalangan remaja lelaki atau perempuan.

SEBAB Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang menyebabkan remaja mencari tempat untuk meluahkan perasaan. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Sikap suka membuli orang lain. Tidak senang dengan kesenangan orang lain.

KESAN Remaja memiliki sifat-sifat negatif. Remaja terpesong pegangan hidup. Pemikiran remaja dipenuhi keburukan. Menimbulkan pergaduhan. Berlakunya peras ugut.

CARA MENGATASI Pihak sekolah handaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis.

Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranannya kerana kegiatan gangsterisme ini menular dalam masyarakat bukan sahaja di sekolah. Ibubapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak-anak mereka. Perubahan tingkah laku biasanya menunjukkan anak-anak terlibat dalam sesuatu yang tidak diingini. Melatih anak-anak dari kecil untuk menghormati dan menghargai orang lain.

LEPAK

CONTOH Menghabiskan dan membazir masa di kompleks-komples beli-belah.

SEBAB Bosan terhadap pelajaran. Kurang mendapat perhatian guru. Pengaruh persekitaran dan pergaulan. Sikap tidak mengambil berat dan tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

KESAN Pembaziran masa dan wang kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Memudahkan lagi remaja terjebak dengan gejala sosial yang lebih buruk kerana pengaruh rakan-rakan lepak mereka. Melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya akan menjatuhkan martabat negara.

CARA MENGATASI Ketahui masalah remaja melepak dan fahami perasaannya. Memberi galakan dan semangat untuk membentuk nilai-nilai positif Menasihati remaja melalui forum, seminar disiplin dan media massa yang berkesan contohnya internet.

PERGAULAN BEBAS

CONTOH Mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti pawagam, disko dan lain-lain lagi. Keluar mengikut sesiapa sahaja kenalan mereka tanpa mengira lelaki atau perempuan.

SEBAB Tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa di rumah. Ibu bapa tidak prihatin terhadap pergaulan anaknya dan membiarkan mereka keluar dengan sesiapa sahaja.

Mencari tempat untuk mendapatkan kasih sayang. Terpengaruh dengan budaya barat. Ingin mendapatkan keseronokan bersama rakan-rakan.

KESAN Pergaulan bebas membawa kepada hubungan seks rambang. Berlakunya kes-kes remaja perempuan mengandung di luar nikah. Berlakunya gejala bohsia. Berlakunya kes pembuangan bayi.

Melarikan diri dari rumah.

CARA MENGATASI Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Sekali-sekala ibu bapa perlu menyiasat apakah yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada di luar rumah. Terangkan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar mengenai keburukan dan akibat pergaulan bebas menerusi kaunseling dan ceramah. Terangkan kepada mereka mengenai keburukan seks rambang dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seksual seperti AIDS.

PERAS UGUT

CONTOH Meminta wang daripada pelajar yang lemah kononnya sebagai wang perlindungan.

SEBAB Wujud akibat dari melibatkan diri di dalam gangsterisme. Memeras ugut kenara hendak mendapatkan wang bagi membeli rokok, dadah dan lain-lain. Sikap suka membuli pelajar lain.

Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan.

KESAN Menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah. Boleh menyebabkan pergaduhan.

Pelajar yang diugut mungkin akan dibelasah sekiranya enggan memberikan wang.

CARA MENGATASI Gangsterisme perlu dibanteras dari peringkat awal. Siasat sebab-sebab anak-anak takut hendak ke sekolah. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu bekerjasama.

KOMSAS SPM

Berikut ialah tajuk-tajuk penting untuk bahagian KOMSAS: SPM 2008

Cerpen / Drama:

1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Serunai Malam (Drama)
4. Virus Zel Untuk Zbah
5. Di Sisi Rinda
6. Kerusi (Drama)

Puisi:

1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
3. Pantun Enam Kerat
4. Pantun Lapan Kerat
5. Syair Kelebihan Ilmu
6. Anak Laut
7. Derita Pertama
8. Jalan-jalan Raya Kotaku
9. Duhai Pentaksir
10.Di Ruang Gemanya

Prosa Tradisional:

Harap calon mengulangkaji semua topik kerana soalan dikemukakan berulang kali.