Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba turutkan;
amalan membaca banyak faedahnya,
amalan membaca banyak faedahnya,
Untuk kegunaan masa hadapan.
Masyarakat
Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan
perasaan yang telah terbungkam
dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan
amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan
generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita
bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan
cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca
juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak
wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang
sempit. Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa
dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah
bangsa. Sesungguhnya, dengan membaca kita mampu menguasai pelbagai cabang ilmu
persis mutiara kata membaca itu jambatan ilmu.
Sesungguhnya
amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan membaca dapat membantu memberikan nilai
tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era
globalisasi ini. ‘ Setiap seseorang daripada kita mesti
memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana
menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu
ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu,
membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah
andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya
daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh
direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea
bernas dalam diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara
formal di sekolah , nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi
amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa,
Kosmik dan sebagainya.) Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai
jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran
amalan membaca yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu.
Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu
pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan
kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di
jagatraya ini.
Seterusnya
, mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca
dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah
tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang.
Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga
pakar yang berpengetahuan. Ibu bapa menjadi cerucuk utama dalam membentuk diri
anak-anak supaya suka membaca. Hal ini demikian kerana, rumah merupakan
institusi pendidikan yang pertama untuk anak-anak. Sebagaimana yang diketahui
masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan kompetetif
sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang
negara kita ke puncak jagat. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat
membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila
negara kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu
yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu
bergantung kepada kepakaran luar lagi.
Selain
itu, membaca dapat meningkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang. Hal
ini demikian kerana, membaca bertindak sebagai wahana pergerakan
ilmu. Dengan membaca seseorang yang sudah memiliki pengetahuan
dalam sesuatu bidang ilmu dapat menambah dan menjana kepakaran dalam bidang
yang telahpun diterokai ilmunya. Tamsilannya, seorang doktor yang sudah
memiliki pengetahuan dalam kariernya, dapat menjadi doktor pakar dengan
membaca. Seorang yang pakar dalam sesuatu bidang mampu menjadi insan cemerlang
yang dapat berbakti dalam masyarakat, negara dan agama. Dengan penguasaan ilmu
yang mantap dan utuh, seseorang itu dapat menjadi seseorang yang
profesional dalam bidang ilmu yang dimilikinya seperti seperti kata
pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam.
Tegasnya, membaca dapat menibgkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu lapangan
ilmu. Tambahan lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit
untuk barjaya dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca
semakin hari semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya para pelajar
tidak mempunyai kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan. Sedangkan
amalan membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampumeluaskan
horizon pemikiran. Oleh sebab itu, para pelajar perlu
menyemai bibit-bibit cinta dalam diri kerana membaca merupakan tonggak utama
kejayaan. Sebagi contoh, pelabagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah
bagi memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan
minggu membaca dan program NILAM. Selain Berjaya dalam akademik, para pelajar
juga boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan
seharian
Bagaimanakah
membaca dapat memberi manfaat? Dengan membudayakan amalan membaca, rakyat yang
berpengetahuan luas dalam sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah
fikiran yang bernas dalam memacu proses pembangunan
negara. Di samping itu, membaca merupakan acuan untuk membentuk
sesebuah tamadun yang gemilang seiring dengan Negara-negara yang telah mengecapi
modenisasi mapanseperti Jepun. Di Jepun, atas dasar aplikasi dan
pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang tidak
terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat memenuhi
keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telor ayam segar,
sayur-sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri
ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini
membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis
perniagaan mereka kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri
keselamatan yang sempurna selain mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan
aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara mereka. Tuntasnya membaca
dapat memperlihatkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggi dalam
kalangan masyarakat yang mengamalkannya. Selain itu, membaca juga
merupakan ramuanuntuk membentuk masyarakat yang
berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi negara
untuk bertambah maju. Kemajuan yang dicapai mampu mengangkat Malaysia di
persada antarabangsa dan seterusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan negara lain.
Membaca
jambatan ilmu. Pepatah ini jelas menunjukkan kepentingan membaca dalam peribadi
setiap individu. Amalan membaca yang dipupuk dalam diri seseorang sebenarnya merupakan entiti
penting mekanisma percambahan ilmusama ada ilmu duniawi mahupun
ukhrawi khususnya dalam bidang akademik. Hal ini dapat dibuktikan semasa
perkembangan ilmu pengetahuan kerajaan Islam Abbassiyah. Ketika itu, amalan
membaca telah menjadi nadi kehidupan merekja dan menjadi asbab berlakunya letusan
zaman kegemilangan Islam Abbassiyah sehingga ilmu-ilmu
berkaitan dengan akademik mereka menjadi rujukan seluruh dunia termasuklah
dunia barat. Sementelahan pula, amalan membaca telah dijadikan wasilah oleh
pelajar-pelajar yang Berjaya dalam akademik. Sebagi contoh, Nik Nor Madihah
yang telah Berjaya memperoleh 20A dalam SPM. Tegasnya, kejayaan akademik dan
amalan membaca merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan lagi.
Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.
Intihanya,
sinergi semua pihak mampu mengadunkan satu kombinasi
horizon pemikiran yang harmonis dalam memupuk minat membaca
dalam kalangan masyarakat demi meningkatkan imej negara dan bangsa. Amalan
membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah pertama penjanaan
dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh
bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika Nabi
Muhammad mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira’ melalu perantaraan malaikat
Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci ilmu yang
memberikan impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat.
Dipetik
daripada:
http://belajarbersamacikgulatifah.blogspot.com
1 ulasan:
TERBAIK -3-
Catat Ulasan