SET
1
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani
gejala merokok dalam kalangan remaja dan akibat-akibat daripada
perbuatan merokok. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Umum mengetahui bahawa merokok merupakan
tabiat tidak sihat yang membawa keburukan bukan sahaja kepada perokok terbabit,
bahkan orang sekitarnya. Kajian menunjukkan bahawa 70 peratus penyebab pelajar
merokok semata-mata kerana ingin mengelakkan tekanan.Tekanan berpunca daripada
bebanan tugasan sekolah, harapan tinggi ibu bapa ditambah dengan naluri
perasaan remaja yang suka memberontak. Faktor
utama yang menyumbang kepada perlakuan merokok adalah perubahan gaya
hidup dan pemikiran, pengaruh rakan sebaya, selain mengimport budaya negatif
dari negara luar.
Komitmen kerajaan dalam memerangi gejala
merokok tidak pernah berakhir. Kempen Tak Nak yang dilancarkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah bertujuan untuk mendidik
generasi akan datang supaya bebas dari dihinggapi tabiat buruk itu. Tabiat
benci merokok juga perlu disemai sejak di bangku sekolah bagi membawa kesan
terhadap kanak-kanak dan seterusnya belia, serta golongan dewasa. Kerajaan juga
mengambil beberapa langkah lain untuk membendung tabiat merokok termasuk
menaikkan tarif produk tembakau. Peningkatan percukaian dan penetapan harga
minimum rokok diyakini dapat mengurangkan permintaan terhadap rokok dalam
kalangan perokok baharu.
Peraturan larangan penjualan peket kecil 14
batang rokok dan kurang juga adalah langkah kawalan mengelak mereka yang baru
berjinak-jinak dengan rokok. Namun, bagi
perokok yang sudah tegar, tidak akan berganjak dan tetap akan terus merokok.
Kementerian Kesihatan menggunakan pendekatan drastik dengan meletakkan gambar
organ-organ dalaman yang rosak akibat gejala merokok pada semua kotak rokok.
Kementerian juga mewajibkan kesemua pengeluar dan pengedar rokok mendaftar dan
memohon satu lesen khas sebelum menghasilkan atau menjual produk tembakau masing-masing.
Melalui akta itu, kerajaan juga akan mengawal harga minimum rokok bagi
mengelakkan perang harga dalam kalangan pengeluar yang kini dikesan semakin
rancak. Selain itu, penubuhan kumpulan antimerokok dan kumpulan sokongan
berhenti merokok yang terdiri daripada kalangan pelajar sendiri haruslah
digerakkan oleh setiap sekolah seperti penubuhan PRS, pengawas dan
sebagainya. Jangan dilupakan bahawa
khidmat bantuan berhenti merokok juga penting bagi memberi bantuan dan nasihat
kepada pelajar yang ingin berhenti merokok.
Sebagai intiha, merokok merupakan suatu gaya
hidup yang memudaratkan. Menyedarkan perokok tentang bahaya tabiat merokok
memang tidak mudah.Kesungguhan merokok perlu datang daripada dalam diri
individu itu sendiri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
(Dipetik
dan diubahsuai daripada Menangani Gejala
Merokok Dalam Kalangan Remaja, oleh Hj.
Samat bin Buang, Fokus, Mei, 2009)
Soalan 2 :
Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a)
- Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan
1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata dihinggapi tabiat buruk seperti yang
terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]
ii) Apakah faktor-faktor yang menyumbang
kepada berlakunya kegiatan merokok dalam kalangan remaja mahupun dewasa? Berikan tiga faktor. [3 markah]
iii) Gejala merokok dalam kalangan pelajar
semakin serius dari hari ke hari. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang
akan berlaku kepada masyarakat jika sekiranya gejala ini terus menular dalam
kalangan remaja? [4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan
Cerpen
Baca petikan cerpen di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Pesan
bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat
lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat
untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya
batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai
warga kota. Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai
tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan
api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan
bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng
ketaksuban dan kepentingan diri sendiri.
Mereka
dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan
serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas
masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri. Saya teringat
cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad
lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentiment yang bukan sedikit.
Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang
mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.
Dipetik
daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh
Husna
Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul , Kementerian Pendidikan Malaysia.
i. Apakah tujuan Mel berhijrah ke kota? [2markah]
ii.
Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan semangat
kekitaan dalam kalangan masyarakat bandar?
[3markah]
iii.
Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakannya yang lain daripada keseluruhan
cerpen. [3markah]
Soalan 2 (c) – Petikan
Prosan Tradisional.
Baca petikan Prosa
Tradisional di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta
maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun
kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar
yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun
masuk menghadap raja berdatang sembah,
“Ya tuanku, patik mohon
ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah
baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas
negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang,
binasalah negeri ini.”
Maka
baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal
dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan
orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya.
Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu
banyak dengan lembing perisai dan segala saudagarpun masing-masing berkawal
pada kampungnya.
Sebermula
maka Kertala Saripun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah
seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali
dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka iapun kembali ke tempatnya.
Dipetik
daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul , Kementerian Pendidikan Malaysia.
i. Berikan maksud datanglah
pula bala atas negeriku. [2markah]
ii. Apakah reaksi
Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan? [3markah]
iii.Pada pendapat anda,
mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain? [3markah]
Soalan 2 (d) – Petikan
Puisi
Baca Syair di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
SYAIR
BIDASARI
Dengarkan
tuan suatu riwayat,
Raja
di desa Negeri Kembayat,
Dikarang
fakir dijadikan hikayat,
Supaya
menjadi tamsil ibarat.
Ada
raja suatu negeri,
Sultan
halifah akas bestari,
Asalnya
baginda raja yang bahari,
Melimpah
ngadil dagang senteri.
Hairan
orang empunya temasya,
Baginda
itulah raja perkasa,
Sangat
tiada merasai susah,
Entah esok dan lusa.
Seri
sultan raja bestari,
Setelah
ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya dalam
kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta
kerajaan.
Datanglah kepada suatu
masa,
Melayangla hunggas dari
angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya
bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.
Bagindapun sedang dihadap
orang,
Mendengar gempa rseperti
perang,
Bertitah baginda raja yang
garang,
“Gempar ini apakah
kurang.”
JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)
i. Berikan maksud unggas
gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas.
[2markah]
ii.
Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa
yang ditimpa bencana. [3markah]
iii. Nyatakan dua nilai murni
yang terdapat dalam syair di atas.
[4markah]
Soalan
3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30
markah]
Jawab
semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi
setiap perkataan di
bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
lauk-pauk
(ii)
mandi-manda
(iii)
desas-desus
(iv)
lintang-pukang
(v)
gilang-gemilang
(vi)
turun-temurun
[6 markah]
(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam
perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksudnya.
Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara
kerana mereka ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang. Oleh
itu, setiap golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu
pengetahuan dan segala kemahiran agar mampu bersaing pada peringkat
antarabangsa. Selain itu, pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam
diri setiap golongan muda. [6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Bantuan
perlengkapan sekolah seperti beg dan unifom telah diserahkan kepada anak-anak
mangsa banjir itu.
(ii) Gadis manis
yang berpakai baju berwarna merah dan berambut kerinting itu
berasal dari pedalaman Sabah.
(iii) Ombak laut yang semakin mengila telah
menyukarkan kami untuk merialisasikan cita-cita sebagai rakyat
pertama negara menyeberangi selat tersebut. [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Lukisan-lukisan yang cantik-cantik di galeri itu telah
musnah dijulang api
dalam kebakaran yang berlaku lewat malam tadi.
(ii)
Dari masa ke semasa, pihak polis meronda di kawasan
perumahan itu
kerana disangsi menjadi tempat persembunyian penculik.
(iii)
Kakak telah menerima hadiah sebuah komputer riba dari
ayah kerana
berjaya memperoleh keputusan yang tinggi dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. [6 markah]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
sesuai
dengan petikan tersebut.
“Bersabarlah Husna,” pujuk Syafika kepada rakan karibnya
yang bukan sahaja emaknya dirawat di hospital pesakit jiwa, malah ayahnya juga
ditahan di hospital kerana mengalami keracunan makanan.
“Sampai hati Mak Pah buat begini. Saya sudah berusaha
sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya, tetapi dia bukan sahaja tidak
menghargai pertolongan saya, malah menuduh saya pembunuh anaknya,” luah Husna
dengan nada sedih.
“Jangan fikirkan sangat cakap Mak Pah itu. Perkara
penting yang harus kamu utamakan sekarang ialah teruskan usaha kamu supaya
cita-cita kamu tercapai,” nasihat Syafika.
[6 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan
novel-novel yang berikut:
(i)
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib
(ii)
Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor
(iii)
Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin
(iv)
Pantai Kasih karya
Azmah Nordin
(v)
Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip
(vi)
Tirani karya
Beb Sabariah
(vii)
Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii)
Silir Daksina karya
Nizar Parman
(a)
Latar tempat memainkan peranan
yang penting dalam menggerakkan cerita dalam sesebuah
karya.
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua
latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b)
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel
yang menunjukkan kepincangan masyarakat.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan