SET
3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
keselamatan penggunaan perbankan elektronik dan faedah-faedah penggunaan
perbankan elektronik. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Kini urusan perbankan hanya di hujung jari. Cara
penggunaannya cukup mudah; pengguna hanya perlu menatap skrin komputer,
melayari laman sesawang perbankan yang dipilih, menaip kata laluan atau nombor
pin kemudian memilih urusan transaksi yang diperlukan, dan dalam beberapa minit
urusan tersebut dapat diselesaikan. Aplikasi perbankan elektronik mula
dibangunkan di Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia pada 1 Jun 2000 dan Maybank merupakan
institusi kewangan pertama menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian dengan portal
perbankannya www.maybank2u.com.my.
Faktor keselamatan dan privasi merupakan dua perkara
paling dominan yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan
perbankan elektronik. Aspek keselamatan dalam penggunaan aplikasi ini
sebenarnya terletak di tangan pengguna sendiri dengan memastikan kata laluan ke
akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain. Oleh itu, pengguna wajar
mengelakkan penggunaan nombor telefon, tarikh lahir ataupun maklumat yang sudah
biasa digunakan sebagai kata laluan. Pengguna juga perlu kerap menukar kata
laluan agar penceroboh di Internet gagal mencuri kata laluan. Setelah segala
urusan ditamatkan, pengguna juga disarankan supaya memadamkan semua data
berkenaan aktiviti Internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali
perbankan elektronik. Sekiranya data ini tidak dipadamkan, data akan berada
dalam memori komputer dan boleh dikesan oleh penggodam Internet.
Pengguna sering diingatkan supaya tidak melayani e-mel
yang meminta mereka menukar nombor pin atau kata laluan perbankan. Banyak kes
dilaporkan bahawa pengguna kehilangan wang dalam sekelip mata setelah terpedaya
dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta mereka mengemas
kini maklumat pelanggan. Hyperlink
pada e-mel atau paparan oleh apa-apa jua laman sesawang, berkemungkinan besar
telah dihubungkan kepada portal rekaan para penggodam Internet justeru pengguna
dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan
elektronik dengan jalan pintas. Pelanggan yang bijak juga tidak akan
sewenang-wenangnya memberikan kata laluan perbankan elektronik kepada sesiapa
sahaja. Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau kesilapan, pengguna
perIu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan.
Sekiranya perlu mencatat kata laluan atau nombor pin
kerana bimbang terlupa, pengguna mencatatkannya di tempat yang selamat.
Terdapat juga pengguna yang tertipu dengan penghantar sistem pesanan ringkas (SMS)
yang mengaku ahli keluarga terdekat, lalu mendedahkan maklumat perbankan
mereka. Oleh itu, jangan mudah percaya dengan SMS yang meminta kita menghantar
maklumat rahsia. Pengguna harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan SMS
tersebut.
Walaupun perbankan elektronik berisiko, inisiatif
pengguna penting untuk mendapatkan maklumat terkini agar penggodam tidak
berjaya menembusi tembok keselamatan yang dibina. Pihak bank pula seharusnya
sentiasa menaik taraf sistem keselamatan mereka memandangkan pelbagai teknologi
dan kaedah penipuan dicipta untuk menerobos sistem keselamatan aplikasi
di Internet.
(Dipetik dan
diubah suai daripada 'Urusan Perbankan di Hujung Jari' oleh Siti Zakiah Melatu
Samsi, Dewan Masyarakat, April 2011)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)
Apakah maksud rangkai kata dicipta
untuk menerobos?
[2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa cara
menggunakan khidmat perbankan elektronik.
Nyatakan cara-cara tersebut.
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah khidmat
perbankan elektronik kurang mendapat
sambutan daripada pengguna?Jelaskan dua sebab. [4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan
Cerpen
Baca petikan cerpen di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
“Tuan
inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia
mula tersenyum memamahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya
menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan
kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu
pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa
anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan
adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan
silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda
lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam
bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka
konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga
dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak
yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu.
Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang
telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
(Dipetik
daripada cerpen ‘Munsyi’, oleh Husna Nazri Dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i) Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota
mewah.
[2 markah]
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan
akhlak generasi muda di kawasan bandar?
[3 markah]
[3 markah]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan
lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
[4 markah]
Soalan 2 (c) – Petikan
Prosan Tradisional.
Baca petikan Prosa
Tradisional di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Berapa
lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kota pada kampung segala Jawa. Maka
Kertala Sari pun menyamarkan dirinya
kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala
berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan
saudagar,
Setelah
diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma
Wijaya, Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma
Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu.Maka oleh Kertala Sari
segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada
seorang. Maka Kertala Sari pun pandang
Laksamana ; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu
Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia
dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.
Dipetik
daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul Kementerian Pendidikan
Malaysia
(i)
Berikan maksud rangkai
kata penjurit besar yang terdapat dalam petikan di atas.
[2 markah]
(ii)
Apakah tindakan yang
dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai ke Melaka? [3 markah]
(iii)
Sekiranya anda Kertala
Sari, apakah cara yang dapat anda lakukan untuk
menewaskan Laksamana? [3 markah]
Soalan 2 (d) – Petikan
Puisi
Baca Seloka di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
SELOKA
‘BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU’
[Za’ba]
Baginda
menitahkan orang besar empat,
Membuat
istana puri berkota;
Lalu
dipanggil Pawang raja.
Pawang
mengerah orang bekerja,
Empat
puluh empat tukang dan utas,
Siang
malam tidak berhenti.
Tujuh
bulan tujuh purnama,
Istana
siap dengan alatnya;
Besar
tersergam sembilan ruang,
Sepuluh
dengan rembat guntung,
Sebelas
dengan pancung serong,
Dua
belas dengan anjung tinggi.
Tiga
sudut menteri delapan,
Tiang
panjang maharaja lela,
Tiang
tengah syukur menanti;
Galang-galangnya
ular berang,
Kasau
kecil puteri menyembah,
Kasau
lentik helang berbega.
Berbunga
sawa mengelempai,
Bertakuk
bersedelinggam,
Berjenang
berbatu kawi,
Berselimpat
ukir Jawa,
Lilit-melilit
aka rCina;
Garam
sebuku sisa jeragan,
Bunga
kenanga dimakan ular,
Layang-layang
di pintu ular.
Istana
siap tukangpun mati,
Tiada
orang dapat meniru:
Dipersembahkan
kepada baginda suami isteri.
(Seloka Berbuat Istana
Zaman dahulu oleh Za’ba. Antologi Sejadah Rindu)
i.
Nyatakan maksud rangkap
seloka di bawah:
Istana siap tukangpun mati,
Tiada orang dapat meniru: (2
markah)
ii.
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
Pada pendapat anda,mengapakah
istana raja itu dibina sedemikian rupa?
(3
markah)
iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam
gurindam tersebut (4 markah)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi
tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai
peribahasa dan nama khas.
(i) berlapis-lapis
(ii)
terkumat-kamit
(iii) berbondong-bondong
(iv)
mengangguk-angguk
(v)
berbuai-buai
(vi)
mengacah-acah [6 markah]
(b) Tukar ayat pasif
di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pekerja-pekerja yang datang lewat itu
telah dipanggil oleh pengurus syarikat itu untuk diberi amaran.
(ii)
Anaknya yang nakal itu telah dipukul oleh Ramesh dengan rotan
semalam.
(iii) Anak-anak yang masih belum matang perlu
diberkan perhatian oleh ibu bapa.
[6
markah]
(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua
penggunaaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
tersebut dan betulkannya. Anda tidak perlu menulis ayat itu semula .
(i)
Usaha untuk menunjukkan bakat-bakat muda dalam seni mempertahankan
diri perlulah mengambil
segera.
(ii) Semua penduduk kampong itu telah kerjasama
untuk menjayakan majlis ulang tahun
yang kelima puluh.
(iii) Pihak
kerajaan telah meluluskan perbelanjaan untuk mengendahkan pantai yang
sudah lama berbiar itu.
[6
markah]
(d) Dalam setiap ayat di
bawah ini terdapat dua keslahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan
bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya.Anda tidak
perlu menulis ayat itu semula.
(i) Beberapa batang senapang berjaya dirampas
dari penjenayah yang ditangkap oleh polis semalam.
(ii) Kapal terbang yang baru berhenti itu
sedang diperiksa oleh pihak berkuasa kerana disyaki ada bom didalamnya.
(iii) Kakak merebus air selepas menyiapkan
kerja rumahnya yang telah diberikan oleh guru beliau.
[6
markah]
(e) Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Memang banyak faedah yang akan diperoleh jika
kita merantau atau pergi ke sesuatu tempat yang jauh dari tempat kita. Kita
akan dapat melihat cara hidup masyarakat di tempat tersebut yang berbeza dengan
cara hidup kita. Oleh itu, memang ada orang yang suka mengembara ke tempat lain
sama ada untuk mencari pekerjaan ataupun pengalaman. Ada pula perantau yang
terus menetap di tempat tersebut, tetapi ada juga yang pulang ke tempat asal
setelah lama berada di perantauan.
[6 makah]
Soalan
4
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan
novel-novel yang berikut:
(i)
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib
(ii)
Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor
(iii)
Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin
(iv)
Pantai Kasih karya
Azmah Nordin
(v)
Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip
(vi)
Tirani karya
Beb Sabariah
(vii)
Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii)
Silir Daksina karya
Nizar Parman
4 (a) Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda pelajari, nyatakan latar masyarakat yang
terdapat dalam novel berkenaan.
[7 markah]
4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah
anda pelajari, huraikan konflik yang dihadapi
oleh watak utama.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan