Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa
berlaku dewasa ini. Bincangkan saranan anda untuk mengatasi masalah tersebut
untuk diterbitkan dalam ruangan Pendapat Pembaca.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan
awam
Yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.
Oleh: Subrato Rengato
Dewasa
ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020 dan taraf
kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak
akhir-akhir ini. Hampir seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima
pendidikan secara formal, malah ramai
yang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang berkembang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara yang menghairankan kita semua
ialah masalah vandalisme di negara ini
turut meningkat dan seolah-olah telah sampai ke satu tahap yang kronik sedangkan
kebanyakan rakyat di negara ini berpendidikan tinggi.
Masalah
vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka hati
merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular
bagaikan barah dalam tubuh manusia. Kemudahan awam sering dijadikan
sasaran rakyat tempatan melepaskan geram atau meringankan tekanan hidup. Para
remaja pula ingin mencari keseronokan dengan merosakkan telefon awam, mengguris
dan merosakkan lif serta menconteng dinding tandas awam. Perbuatan tidak
bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana menyusahkan orang ramai dan
meningkatkan perbelanjaan untuk membaikinya. Oleh yang demikian,
langkah-langkah yang konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan dengan segera bagi
membendung masalah tersebut.
Antara
langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah mengubah strategi atau sistem
pendidikan yang sedia ada di negara ini. Sistem pendidikan sekarang terlalu
berorientasikan peperiksaan dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya
pelajar-pelajar sekarang hanya berminat untuk menghafal nota dan langsung tidak
mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Sebenarnya peyertaan dalam
kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta Alam dan sebagainya boleh
menyemai dan seterusnya menyuburkan nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang
merupakan elemen terpenting dalam
usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan patut menekankan
subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi pendidikan formal. Guru-guru wajar
memberikan pendidikan dengan kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar
dapat menghayati serta mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan
seterusnya dapat membasmi gejala
vandalisme.
Selain
itu, media massa perlu memainkan peranan penting dalam usaha membendung masalah
vendalisme. Media massa wajar memaparkan keadaan kemudahan awam yang dirosakkan dengan serius dan
artikel-artikel yang mengkritik perbuatan tersebut akan dapat menyedarkan
anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat juga patut menyedari peranan
mereka dalam usaha membendung masalah vandalisme. Anggota masyarakat juga wajar
melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang merosakkan
kemudahan awam. Jelaslah media massa memainkan peranan penting bagi mengatasi
masalah tersebut sebagaimana kata
pepatah, “lidi segenggam kuat kudratnya dan tidak mudah patah walaupun oleh si gagah”.
Kalau
asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawang
di angkasa akan menjadi Kejora. Begitulah peribahasa Melayu yang menyatakan dengan
jelas akan kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu
mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab,
bertimbang rasa dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua percaya kepada konsep “kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kanak-kanak diibaratkan
sehelai kain putih yang perlu dicorakkan peribadinya oleh ibu bapa. Jika diwarnakan dengan warna
pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi sekiranya ditumpahkan dengan warna
hitam, maka gelaplah masa depannya. Ibu bapa perlu menunjukkan “role
model” kepada anak kesayangannya supaya mereka boleh menjadi manusia
yang berguna seperti kata peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi ”.
Selain
itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal
tindak-tanduk anggota masyarakat. Undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak
berkenaan dan tidak terjadi seperti kata pepatah “bagai melepaskan batuk
di tangga”. Kerajaan patut mengenakan denda yang tinggi kepada mereka
yang bersikap seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme patut diheret ke mahkamah dan
hukuman sebat wajar dilaksanakan.
Akibat
nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng
tenaga untuk mengatasi masalah
vandalisme agar imej negara kita sebagai antara negara yang termaju di rantau Asia Pasifik tidak
tercalar begitu sahaja. Kita perlu berhati-hati dan berwaspada seperti kata peribahasa “lengguknya
biar bengkok tetapi mengena, tarinya biar senada tetapi berbisa, langkahnya
lembut tetapi kejap” semasa melaksanakan langkah-langkah untuk
membendung masalah tersebut supaya imej baik negara terus terlindung dan
keamanan hidup masyarakat terjamin.
2 ulasan:
Iginkan saya untuk copy
Terima Kasih cg:)
Catat Ulasan