Anda
mengambil bahagian dalam suatu
pertandingan syarahan. Tajuk syarahan ialah “Ke Arah Melahirkan Masyarakat Yang
Berilmu Dan Berdisiplin.” Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.
Langit
biru, segara hitam ciptaan Tuhan. Sayangnya manusia sekarang, akal ada, akhlak
hilang, sibuk mencari impian, lupa diri, lupa Tuhan. Akhirnya datang suatu
cahaya dari kunang-kunang yang berterbangan.
Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Terima kasih tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, penjaga masa yang tidak lari dari landasan waktunya, dif-dif
kehormat, tidak dilupakan saudara dan
saudari yang dihormati. Tampilnya saya selaku anak nusa mengepal
segenggam harapan, menjunjung seribu impian menerusi sentuhan rasa topik syarahan saya yang berbunyi, “Ke arah
melahirkan masyarakat yang berilmu dan berdisiplin.”
Sidang
hadirin,
Secara
keseluruhannya, topik syarahan pada malam yang permai ini menyentuh tentang
suatu usaha ataupun ikhtiar untuk mewujudkan golongan yang berpengetahuan
tinggi dan seterusnya mempunyai sifat patuh kepada segala peraturan yang
diberi. Pengertian ini dalam konteks syarahan pada malam ini merangkumi suatu
aspek yang luas, meliputi kepandaian dan pengetahuan yang melibatkan keduniaan
dan keakhiratan.
Tuan-tuan
dan puan-puan,
Ilmu
umpama bintang-bintang yang bergemerlapan, memberi sinar paduan kepada manusia;
disiplin pula diibaratkan umpama tabir hitam yang menampakkan seri kerlipan bintang-bintang
yang menerangi kegelapan malam. Ikatan mesra antara dua perkataan itu adalah bagaikan aur dengan
tebing; tak mungkin berpisah kerana kedua-duanya saling berperanan dalam memajukan manusia. Berkat
ilmu dan disiplin, pembesar suara ini tercipta, Dewan Seri Cahaya ini indah
bercahaya, penonton pula tersenyum ria semoga pertandingan syarahan pada malam
ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.
Hadirin
dan hadirat,
Apa
yang dipertekankan dalam konteks syarahan pada malam ini ialah mewujudkan golongan berilmu dan berdisiplin
di samping memperlihatkan dan mendedahkan kesan-kesan langsung atau tidak
langsung yang akan timbul daripadanya. Sesungguhnya kesedaran merupakan benih utama yang mencambahkan
keutuhan ilmu dan disiplin di kalangan
masyarakat, di mana kita harus bersama-sama memelihara dan menanam dalam
sanubari kita. Golongan pertama yang memainkan peranan ialah institusi
keluarga. Setiap anak yang dilahirkan umpama tabula rasa -
kosong tiada isi. Justeru, ibu bapalah selaku rabbi yang akan
mencorakkan rasa kesedaran ini di kalangan anak-anak mereka. Pendidikan secara
tidak langsung yang diterima di rumah
melalui pembentukan rohani, emosi dan jasmani ternyata jelas membentuk satu
asas ilmu dan disiplin di kalangan anak-anak yang menjadi harapan mereka.
Setelah
generasi kecil ini menjadi dewasa dan mula mengenali alam persekolahan, institusi pendidikan akan meneruskan
peranannya . Dalam usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kebijaksanaannya telah melengkapkan KBSR dan KBSM, malah kini Sekolah Bestari
sudah mula diperkenalkan di seluruh negara.
Selain itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) yang merupakan nadi
dalam merangka, menyusun, menyemak semula dan melaksanakan kurikulum, akan memperkenalkan kurikulum baharu.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 pula bercirikan futuristik
dengan harapan melahirkan modal insan yang dapat bersaing dengan generasi luar
negara. Hal ini penting berdasarkan cabaran yang akan dihadapi dalam era
globalisasi.
Di
samping itu, kerajaan juga memainkan peranannya. Selepas merdeka, didapati bahawa sistem penddikan negara hanya menekankan
kecemerlangan dari segi ilmu sedangkan keunggulan disiplin dan amalan
dianaktirikan. Apabila menyedari akan hakikat ini, kerajaan Malaysia dengan
tradisi membela rakyatnya cuba mewujudkan msyarakat yang berpengetahuan dan
berdisiplin dengan melaksanakan berbagai-bagai dasar seperti Dasar Penerapan
Nilai-nilai Islam, Cintailah Bahasa Kita, dan
Dasar Pandang Ke Timur yang
meliputi etika kerja dan kawalan mutunya ternyata berupaya melahirkan
masyarakat yang berilmu dan berdisiplin. Selain itu, kerajaan kita juga
merangka dan menjalankan program-program pembangunan diri seperti Rumahku
Syurgaku, Rakan Muda, Wawasan 2020, Koridor Raya Multimedia, dan internet. Sesungguhnya usaha murni ini harus
dipertingkatkan; janganlah dinanti-nanti,
janganlah ditangguh-tangguh sehingga masyarakat kita kembali teraba-raba
dalam kegelapan, kembali ketandusan moral dan pendirian sehingga rambut mereka
terpacak, baju terangkat, seluar
terencat, wujud kumpulan “Black Metal”, “Hip-Hop” hingga mata naik terbeliak.
Ya,
tuan-tuan dan puan-puan,
Seterusnya
golongan yang memainkan peranan paling besar ialah masyarakat - ya
termasuklah saya, panel hakim dan anda semua. Oleh yang demikian, apakah
yang harus kita lakukan? Ya, dengan mencelikkan mata jiran tetangga,
menyedarkan saudara-mara dengan semangat cintakan negara agar kita dapat
melahirkan masyarakat yang berilmu dan berdisiplin. Seterusnya dapat mewujudkan
rasa cinta mereka kepada ilmu dan disiplin
- bagaimana cintanya Dewi Sita kepada Dewa Rama dalam Hikayat Seri Rama.
Dengan
adanya ilmu dan disiplin, rakyat Malaysia dapat menghindarkan dakyah-dakyah
beracun yang boleh menimbulkan konfrontasi. Suasana konflik dan suasana
kritikal ini akan mencemarkan status negara kita yang berdaulat dan meredeka.
Demikianlah sidang hadirin dan hadirat, betapa pentingnya peranan dan peraturan
dalam mewujudakan manusia yang berpengetahuan
dan berdisiplin.
Sidang
hadirin,
Setelah
mengetahui peripentingnya peranan dan peraturan ini, marilah bersama-sama
mengkaji apakah kesan-kesan yang diperlihatkan hasil daripada perancangan ini.
Ilmu dan disiplin tidak mudah terpisah dalam perkembangan politik tanahair.
Berkat kecekapan dan kepandaian pemimpin kita dengan sifat Besih, Cekap, dan
Amanah yang ditunjukkan, YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Razak dengan Barisan
Nasionalnya telah membentuk suatu pakatan yang utuh, dengan benteng yang kukuh
bersama-sama MCA dan MIC. Pembentukan ini akhirnya membawa kepada penyatuan
rakyat yang menjurus kepada kemajuan negara.
Keutuhan
ilmu dan disiplin dalam kalangan perwira merupakan tonggak kekuatan pertahanan negara. Berbekalkan ilmu
pertahanan di dada, diperteguhkan lagi dengan disiplin yang sedia ada,
diperkuatkan lagi dengan tiupan semangat Kanang Anak Langkau “Agi Hidup Agi
Ngelaban” dapat menjinakkan seteru-seteru negara. Bayangkanlah sidang hadirin bayangkanlah
perwira negara kita yang cetek pemikiran dan goyah pendirian, terpengaruh dan
terjebak dalam kancah dadah, terhoyong-hayang, tidak mampu memegang
senapang di perbatasan, mampukah,
terdayakah mereka mempertahankan negara sidang hadirin sekalian?
Saudara
dan saudari,
Begitu
jugalah dalam bidang sukan dan rekreasi. Dengan berbekalkan ilmu dalam mendaki
gunung dan disiplin semasa menjalani latihan, pasukan pendaki Gunung Everest
telah berjaya menawan puncak Gunung Everest yang merupakan gunung tertinggi di
dunia dan wira negara kita telah mengharumkan nama negara. Mereka juga
membuktikan kepada dunia bahawa MALAYSIA
BOLEH.
Sidang
hadirin yang dihormati,
Dahulu
nenda berpelita, kini cahaya dari kaca; dahulu bonda terpaksa mengambil air di
perigi, kini hampir semua ini tiada lagi, air di pili menjadi pengganti. Di
samping itu, berkat ilmu dan disiplin dalam pembuatan kereta, negara kita telah
berjaya mengeluarkan kereta nasional kita, iaitu kereta Proton. Kini kita boleh berbangga dengan
pencapaian kereta nasional kerana telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Sebagai
rumusan, dapatlah dikatakan bahawa ilmu dan disiplin merupakan khazanah yang
tidak ternilai harganya. Marilah kita bersama-sama melahirkan masyarakat yang
berilmu dan berdisiplin.
Kalau
ada sawah bendang,
Dapat
kita menuai padi;
Kalau
ada umur panjang,
Dapat
kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.
17 ulasan:
karangan yang terbaik
Assalamualaikum w.b.t
Minta izin untuk dajadikan sumber rujukan ya..
assalamualaikum
minta izin nak jadikan sumber ya. terimakasih
boek
Izinkan saya menggunakan karangan ini sebagai rujukan terima kasih si penulis yang cerdik pandai
Karangan Yg mantap. Maaf nak tanya,segara hitam Atau segera hitam?
segara hitam = laut hitam
Saya copy..
minta izin copy paste yee
Karangan yang baikkk..inzinkn sye copy ye
Assalamualaikum..mohon izin copy sebagai bahan rujukan.
MOHON IZIN..GUNA BAHAN..TQ
Mohon izin guna untuk bahan rujukan. Terima kasih. Karangan ini sangat membantu sy :)
Assalamuakum....mohon izin untk jadikan contoh ya?
assalamualaikum, saya mohon izin syarahan ini di jadikan rujukan ya.. semoga diberi segala kebaikan dunia akhirat buat tuan.
Assalammulaikum, karangan yg cukup baik,dan membuka mata serta melahirkan pemikiran yg kreatif, minta izin dijadikan rujukan ya, terima kasih daun keladi ^^
Saya nk mintak izin jadikan karangan ini sebagai sumber pembelajaran saya.
Catat Ulasan