Pengenalan:
2005 kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 di beberapa tempat.
Isi:
Faktor 1: Pembakaran hutan secara besar-besaran. Cuaca di kawasan hutan hujan tropika terlalu panas. Boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat. Selain itu, manusia dengan sengaja membakar hutan untuk memajukan kawasan petempatan. Contohnya di Kalimantan.
Faktor 2: Peningkatan jumlah kenderaan. Di Malaysia dianggarkan ada lebih kurang 10 juta kenderaan di jalan raya. Setiap hari kenderaan berkenaan mengeluarkan 16 tan karbon monoksida di ruang udara. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk.
Faktor 3: Kegiatan industri yang tidak terkawal. Malaysia menuju ke arah negara maju. Sektor perindustrian diberi keutamaan kerana membawa pulangan yang lumayan kepada negara. Selain itu, sektor perindustrian menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. Asap dari kilang dilepaskan ke ruang udara dan mencemarkan ruang udara di negara kita. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan memburukkan keadaan jerebu di negara kita.
Faktor 4: Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan. Pembakaran terbuka dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sektor perladangan seperti pemilik ladang getah dan kelapa sawit mengambil langkah mudah dengan melakukan pembakaran terbuka apabila menjalankan proses penanaman getah atau kelapa sawit semula.
Faktor 5: Faktor bencana alam semula jadi. Letupan gunung berapi juga boleh menyebabkan masalah jerebu. Baru-baru ini, gunung berapi yang meletup di Indonesia meninggalkan sedikit tempias di beberapa kawasan di Malaysia.
Kesimpulan: Jerebu membawa kesan buruk kepada manusia, flora dan fauna. Masalah ini hanya dapat diatasi apabila ada kerjasama daripada semua pihak.
peribahasa yang sesuai:
bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
sebelum nasi menjadi bubur.
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.