Google+ Followers

Rabu, 18 November 2009

Kertas 1 Bahasa Melayu SPM 2009

Sila klik link berikut untuk mendapatkan soalan Bahasa Melayu SPM Kertas 1, Bahagian A.

SPM_BM_K1_Bahagian_A

Soalan Bahagian B:

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 Jam 30 minit]


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

2.Aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan harian di sekitar kawasan rumah seperti penanaman cili, serai dan sayur-sayuran perlu digalakkan dalam kalangan masyarakat.

Huraikan kebaikan-kebaikannya.

3.Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara kita amat penting difahami oleh setiap rakyat demi memupuk rasa cinta akan negara.

Jelaskan pernyataan di atas.

4.Pemanasan global telah menjadi isu antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah, ‘Kesan-kesan Pemanasan Global terhdap Bumi dan Hidupannya’.

Tulis rencana itu selengkapnya.

5.Anda telah membaca sebuah novel yang mengandungi banyak pengjaran.

Berdasarkan novel tersebut, jelaskan pengajaran-pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.



KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2009.

Sila klik link di bawah:

BAHASA MELAYU_SPM_K2_2009

SPM 2009

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mengikuti blog saya. Saya berharap pelajar-pelajar SMK Selandar amnya dan 5 Sains 1, 5 Sains 2 dan 5 PA khususnya telah memanfaatkan blog saya menjelang peperiksaan. Harapan semoga anda akan menjulang nama sekolah Menengah Kebangsaan Selandar, Melaka. Terima Kasih.

Ahad, 15 November 2009

ANALISIS KOMSAS 2001 - JUN 2009


Kepada calon-calon SPM 2009, sila perhatikan bahagian KOMSAS yang belum pernah dikemukakan dalam peperiksaan SPM. Bersedia untuk menjawab sebarang soalan walaupun ada ramalan tentang bahagian KOMSAS. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2009. Saya berdoa agar anak-anak akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Analisis KOMSAS

Khamis, 5 November 2009

Masalah cetak rompak

Sila klik link di bawah untuk membaca rencana tentang masalah cetak rompak di Malaysia.

CETAK ROMPAK

Isnin, 2 November 2009

Sabtu, 1 Ogos 2009


Sebahagian guru SMK Selandar menjalankan tugas dengan tekun. Hari Profesionalisme 2009.

KUMPULAN ELIT PMR DAN SPM 2009 - SMK SELANDAR, MELAKA.
Tahniah!
Semoga anda dapat menjulang nama sekolah kita selaras dengan cogan kata SEKOLAH CEMERLANG, MURID GEMILANG.

Perkembangan staf atau Hari Profesionalisme 2009. Tn.Hj.Sa'adon Bin Baharum, Pengetua SMK Selandar membentangkan Konsep Q-Net.


Latihan Dalam Perkhidmatan 2009. Beberapa orang guru telah dipilih untuk melakukan aktiviti menguji minda. Aktiviti dijalankan oleh GPK1. Gambar 1 - En.Mahyuden, En.Zailan, En.Sagekaran, En.Nordin, Pn.Haspawiza dan lain-lain. Gambar 2 - Kelihatan Pn.Nurbaya, Cik Yeow, dan En.Said Hamoza.
Kepada barisan pendidik dan anak-anak didik yang dikasihi, sila klik link di bawah untuk mendapatkan panduan menjawab kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Semoga panduan ini membantu mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang.

Bahasa Melayu SPM Kertas 2
Kepada anak-anak didik yang dikasihi, sila klik link di bawah untuk mendapatkan panduan menjawab kertas 1 Bahasa Melayu SPM.

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1
Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang dihormati, sila klik link di bawah untuk mendapatkan latihan cerpen. Bahan-bahan ini adalah hasil kerja kumpulan guru-guru BM anjuran JPM. Terima kasih dirakamkan kepada yang terlibat.

CERPEN

PANDUAN RUMUSAN - PPT

Majlis orientasi pelajar tingkatan peralihan dan tindkatan 1 tahun 2009. Dari kiri - GPK1, Tuan Pengetua, GPK HEM.

Majlis perlantikan pengawas 2009.

Barisan pendidik SMK Selandar yang berdedikasi. Majlis perlantikan pengawas 2009.

Selasa, 19 Mei 2009

Novel Bukit Kepong

Kepada calon SPM yang ingin menjawab soalan berdasarkan novel Bukit Kepong, sila klik pautan di bawah:

NOVEL BUKIT KEPONG