Selasa, 10 Julai 2018

CONTOH PENDAHULUAN

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di kawasan bandar semakin luntur. Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum?

               Ibarat telur sesangkak,
               Pecah sebiji, pecah semua,
               cubit paha kiri, 
               paha kanan pun terasa,
                Seikat seperti sirih,
               Serumpun seperti serai.

                Perbidalan di atas jelas menggambarkan perpaduan, semangat kekitaan dan semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional. Malangnya, dalam arus pembangunan yang berlaku dengan begitu pesat, bukan sahaja masyarakat Melayu malah rakyat Malaysia yang berbilang kaum turut memandang enteng akan hal ini. Semangat kejiranan semakin dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat bandar khususnya.