Rabu, 18 November 2009

Kertas 1 Bahasa Melayu SPM 2009

Sila klik link berikut untuk mendapatkan soalan Bahasa Melayu SPM Kertas 1, Bahagian A.

SPM_BM_K1_Bahagian_A

Soalan Bahagian B:

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 Jam 30 minit]


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

2.Aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan harian di sekitar kawasan rumah seperti penanaman cili, serai dan sayur-sayuran perlu digalakkan dalam kalangan masyarakat.

Huraikan kebaikan-kebaikannya.

3.Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara kita amat penting difahami oleh setiap rakyat demi memupuk rasa cinta akan negara.

Jelaskan pernyataan di atas.

4.Pemanasan global telah menjadi isu antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah, ‘Kesan-kesan Pemanasan Global terhdap Bumi dan Hidupannya’.

Tulis rencana itu selengkapnya.

5.Anda telah membaca sebuah novel yang mengandungi banyak pengjaran.

Berdasarkan novel tersebut, jelaskan pengajaran-pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.



KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2009.

Sila klik link di bawah:

BAHASA MELAYU_SPM_K2_2009

Tiada ulasan: