Contoh 1
(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat
sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang
telah anda baca.
Konserto Terakhir
Konserto Terakhir
Novel
Konserto Terakhir menggambarkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai
salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita. Antara gambaran latar
masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah gambaran masyarakat
yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat
menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya
setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap
mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati
daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya
kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.
Selain
daripada itu, novel ini juga menggambarkan masyarakat yang rajin dan
tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman
itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia
juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah
lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar
sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Demikian juga dengan Encik
baker yang rajin dan tekun mengajar Hilmi hingga berjaya menjadi seorang
pemuzik terkenal.
Watak Datuk Johari dan Encik Bakar dalam novel
ini menggambarkan masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di
rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi
sebagai tukang kebun di rumahnya. Datuk Johari juga berusaha menghalang Hilmi
daripada dihalau oleh Datin Salmah apabila Hilmi merosakkan piano dengan tidak sengaja. Encik Bakar pula sanggup
mengajar Hilmi bermain alat muzik dan memberi
dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang
terkenal.
Kesimpulannya
dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Interlok dipaparkan dengan
jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang
disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.
(b) Klimaks merupakan unsur
utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca,
jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.
Konserto Terakhir
Plot
terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah
klimaks. Ia didasari oleh rentetan beberapa peristiwa yang penting. Dalam novel
Konserto Terakhir, klimaks bermula apabila Keretakan rumahtangga Hilmi dengan
Azizah tidak dapat diselamatkan lagi. Usaha Encik Bakar tidak berhasil. Azizah
terlalu cemburu terhadap Hilmi. Malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa
jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah
digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati.Kemuncak daripada konflik itu Azizah telah meninggalkan Hilmi. Tragedi yang
menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan
Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah
lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa yang berlaku di Dewan
Tunku Canselor. Hilmi tidak kelihatan. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu
pergi ke rumah Hilmi. Mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa
Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Hilmi dalam bahaya dan berada di unit
rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam
dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah
mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi. Tiba-tiba muncul Hayati,
wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Dia ingin menggantkan tempat
Hilmi. Ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.
Setelah
pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan
Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari
telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari
kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta
Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk
Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak
ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa
Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari.
Contoh 2
(a) Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

Terdapat banyak
pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca di
dalam novel Konserto Terakhir. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam
novel ialah kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang
diinginkan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Hilmi yang
gigih mempelajari muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang
terkenal. Dia juga gigih mencipta lagu walaupun menghadapi konflik dengan
isterinya Azizah.
Selain daripada itu, kita mestilah menjalankan tanggungjawab
yang telah diamanahkan dengan baik. Contohnya Hilmi menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif
sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Demikian juga dengan
Encik Bakar yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik mengajar Hilmi
sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik.
Pembaca juga mendapat pengajaran bahawa kita harus kembali
kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup. Contoh yang paling
baik ialah perubahan yang berlaku pada diri dan sikap Hayati. Pada mulanya dia
seorang gadis yang hidup dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa
tenang setelah mula mendekati agama dan melakukan ibadah solat. Dia juga telah
membaca buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.
(b) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.
Konserto Terakhir
Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa.
Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel Konserto
Terakhir. Antaranya ialah peristiwa semasa Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi
telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi telah
mencuba memainkan piano. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya
iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Mak Minah
terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin
mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas
kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah
juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Encik Bakar yang
telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik
Nasional. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk
berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam
kumpulan mereka. Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib
persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa
persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di
luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar
kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima
keahlian Hilmi.
Manakala peristiw ketiga ialah peristiwa yang berlaku di
hospital. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan
Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu.
Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi
sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana
tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat
menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor
yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah
Datuk Johari. Ketika sampai di rumahnya, Datuk Johari telah menerima khabar
tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di
atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.
Contoh 1
(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat
sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang
telah anda baca.
Sutera dalam Lukisan
Masyarakat merupakan salah satu unsur penting yang melatari sesebuah cerita dalam novel. Demikian juga dengan novel Sutera dalam Lukisan. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita menjadikan cerita tersebut lebih menarik.
Antara latar masyarakat yang terdalam dalam novel ini ialah masyarakat yang kurang daya pemikiran. Keadaan Bujei membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sebagai tidak siuman menyebabkan masyarakat tidak begitu mengambil berat tentangnya. Mereka hanya bertanya khabar dan memberi Bujei makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Bujei membiarkan Alias membulinya. Dia juga menonton televisyen tanpa gambar dan suara membuatkan pembaca menggambarkan bahawa Bujei seorang yang tidak normal.
Pengarang juga menggambarkan masyarakat belia yang suka berfoya-foya dan samseng. Ia diwakili oleh watak Alias dengan dibantu oleh kawannya iaitu Sahak dan Sani. Alias suka membuli terutamanya Bujei. Dia akan mengarahkan Bujei melumurkan lumpur pada muka dan badan. Jika enggan, Bujei akan dipukul. Alias menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa upah. Alias juga berlagak samseng di kampung hulu. Dia telah memikat perempuan dan pemuda di kampung itu tidak berani berdepan dengannya. Dia juga terlibat dengan aktiviti lumba haram.
Watak Adila pula menggambarkan masyarakat bandar yang terpelajar. Adila merupakan seorang graduan lulusan luar negara. Setelah menamatkan pengajian, dia pulang dan mendapati tunangnya Faizal telah berkahwin. Dia kecewa dan membawa diri ke kampung. Dia enggan pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sana walaupun telah ditawarkan oleh bapanya. Dengan ilmu yang ada padanya, dia yakin dapat memulihkan Bujei. Dengan kelulusan yang ada padanya juga dia telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai pensyarah pada akhir cerita novel ini.
Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Sutera dalam Lukisan dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.
(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.
Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Sutera dalam Lukisan terdapat pada bab 11. Ia bermula apabila Alias datang ke rumah Bujei pada waktu pagi. Alias naik ke rumah melalui pintu depan dan terus mengambil radio Bujei. Bujei terkejut dengan kehadiran Alias. Alias melambung-lambung radio itu. Bujei meminta alias memberikan radio tersebut. Sebaliknya Alias membuat tuduhan bahawa radio itu adalah radio curi. Bujei terus merayu Alias dengan mangatakan bahawa Radio itu dibeli dengan duitnya sendiri. Bujei meminta radionya dan meminta Alias pergi dari situ. Sikap menentang BUjei membuatkan Alias semakin marah. Alias telah menjatuhkan radio Bujei ke lantai.
Bujei amat kecewa dan marah. Bujei telah manumbuk Alias. Dia telah mencapai parang yang terdapat di dapur rumahnya dan melibas ke arah Alias sambil memaki hamun Alaias sebagaimana Alias memakinya sebelum itu. Alias terjatuh. Bujei meminta ganti rugi atas kerosakan radionya. Bujei memerintahkan Alias pergi mendapatkan ganti rugi tersebut. Alias tidak dibenarkan mengambil motosikalnya. Bujei mengugut untuk membakar motosikal Alias.
Setelah Alias pergi, Bujei terkejut dengan kedatangan orang kampung termasuk Sidang Saman. Bujei terkejut dan keliru apabila Sidang saman menuduhnya menumbuk dan ingin mencederakan Alias dengan parang. Dia kecewa dengan sikap Sidang Saman. Namun setelah menjelaskan kedudukan sebenar kepada Sidang Saman, Alias dipaksa membayar ganti rugi tersebut. Sidang Saman mengesahkanbahawa radio tersebut dibeli sendiri oleh Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Namun Sidang Saman tetap memaksa Alias membayar ganti rugi tersebut. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias.

(a) Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang
boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat
anda petik daripada novel yang telah anda kaji.
Sutera dalam Lukisan
Pengarang akan menyelitkan beberapa pengajaran dalam cerita yang disampaikan. Ia disampaikan melalui sesuatu persitiwa dan tindakan watak. Antara pengajaran utama dalam novel Sutera da;am Lukisan ialah seseorang perempuan hendaklah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Pasangan yang ikhlas dan penyayang akan membuatkan rumahtangga bahagia. Sebaliknya pasangan yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan akan membuatkan seseorang isteri menderita. Ibu Bujei iaitu Fatimah tersilap memilih Harun sebagai suami menyebabkan dia menderita dan kehilangan wang akibat dikikis oleh Harun. Malah dia meniinggal semasa kebakaran akibat daripada sikap Harun yang tidak ada perasaan kasih dan sayang.
Pengajaran lain yang terdapat daalm novel ini ialah seorang suami janganlah mendera isteri dan anak-anak kerana mereka adalah amanah yang perlu dilindungi. Harun tidak sepatutnya mendera Fatimah dan Bujei kerana keselamatan dan kehidupan harian mereka adalah tanggungjawab suami. Akibat daripada penderaan menyebabkan kebahagiaan rumahtangga tidak dapat dinikmati. Ia juga akan membawa kesan mental dan emosi kepada anak iaitu Bujei. Kesan daripada tindakan Harun hingga menyebabkankan ibunya maninggal dunia telah menimbulkan perasaan benci Bujei terhadap Harun selain daripada fikiran dan perasaannya tertanggu.
Selain daripada itu, kita juga haruslah berani mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang lain. Contoh yang jelas dalam novel ini ialah Bujei yang berani pepertahankan tanah peninggalan ibunya daripada dirampas oleh bapa tirinya Harun. Walaupun dia tahu risiko yang terpaksa dihadapi apabila dia mengkhianati Harun, tetapi dengan kesedaran tentang haknya ke atas tanah itu, dia jadi berani untuk merosakkan cap jari pada surat yang disediakan oleh Harun. Akibatnya Harun terlalu marah dan mengejar serta membelasan Bujei hingga pengsan di tebing sungai itu.

(b) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa
menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.
Sutera dalam Lukisan
Sutera dalam Lukisan
Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Sutera dalam Lukisan ialah peristiwa yang berlaku pada bab 2. Bujei pulang ke rumah arwah neneknya setelah hari gelap. Dia menyalakan pelita minyak tanah. Selepas itu dia makan pisang sambil menonton televisyen yang tidak kelihatan apa-apa gambar. Kemudian dia tidur di dalam kelambu yang bertampal-tampal. Menjelang waktu Subuh dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia hampa dan tertidur di kaki lima kedai. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mengundang rasa sedih dan simpati pembaca terhadap watak Bujei.
Peristiwa lain yang menarik bagi saya ialah peristiwa penentangan Bujei terhadap Alias semasa Alias datang ke rumahnya. Bujei melawan menyebabkan Alias marah dan menghempaskan radio Bujei ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang dan meminta ganti rugi. Alias pulang. Tidak lama kemudian orang kampung datang bersama Sidang Saman. Sidang Saman terpengaruh dengan kata-kata Alias yang mengatakan dia menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Sidang Saman memarahi Bujei. Setelah mengetahui perkara sebenar, Sidang Saman memaksa Alias membayar ganti rugi sebanyak RM 80 kepada Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana alias mendapat pembalasan terhadap perbuatannya kepada Bujei sebelum itu.
Peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa Bujei dibelasah oleh Harun di tebing sungai. Dari rumah Sidang Saman, Bujei pergi ke sungai dan tertidur. Dia dikejutkan oleh Harun untuk memujuk Bujei menurunkan cap jari pada surat menyerahan kuasa atas tanah pusaka ibunya. Cap jari itu dirosakan oleh Bujei. Harun berasa amat marah lalu mengejar Bujei. Semasa menuruni tebing sungai, Harun tersungkur dan badannya berlumuran dengan selut. Bujei berasa kasihan lalu datang mendapatkan Harun dan menyapu lumpur pada pakaian Harun. Harun mengambil kesempatan untuk menumbuk Bujei hingga pengsan di tebing sungai. Bujei sedar setelah malam dan pulang ke rumah. Dia sakit selama tiga hari tanpa diketahui oleh sesiapa. Sidang Saman telah menemuinya dan membawanya pulang. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mendatangkan rasa simpati pada pembaca.