Bab 1
Cerita bermula dengan kisah Datuk Dolhi terlalu bingung memikirkan anak-anaknya yang tidak mempunyai cita rasa yang sama dengannya. Sebagai seorang pemaju perumahan yang dijalankan secara usaha sama dengan Albert, beliau ingin akan anak-anaknya mewarisi perniagaan yang sedang diusahakan. Malangnya, kesemua anaknya tidak berminat langsung untuk menceburi bidang perniagaan. Anaknya yang sulung, Hasnol lebih mengutamakan kerjayanya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Begitu juga dengan Ilham, anak ketiganya lebih berminat dalam dunia sastera dan pencinta alam. Lebih mendukacitakannya lagi apabila anaknya, Mukhlis menolak untuk bekerja dengan ayahnya kerana tidak bersetuju dengan perniagaan yang dijalankan oleh ayahnya yang berunsurkan riba. Sementara itu pula, seorang lagi anaknya, Dani lebih cenderung dalam bidang hiburan dan merupakan seorang artis yang sedang meningkat naik. Manakala, ketika Datuk Dolhi dan Datin Tominah sedang membincangkan masalah anak mereka masing-masing, tiba-tiba muncul pula Amera. Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Robert, Amera menolak dan tidak berkenan dengan lamaran tersebut. Ternyata, keresahan Datuk Dolhi pada petang itu masih belum berakhir.
Bab 2
Dalam bab kedua, Albert Lee menelefon Datuk Dolhi untuk mengajaknya berjoging pada petang itu. Walaupun Kebetulan ketika itu rakan-rakannya yang lain tidak ada, Albert mencadangkan supaya mereka berjoging sahaja. Pada masa yang sama, Datin Tominah sempat menelefon rakan-rakannya membincangkan soal penubuhan kelab datin-datin bagi memperjuangkan hak mereka yang bergelar “datin”. Sambil berjoging, Datuk Dolhi turut membincangkan hal-hal perniagaan, anak-anak, kelab, dan isteri silih berganti. Tiba-tiba Datuk Dolhi mengalami sesak dada dan mereka berehat seketika. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewanya kepada Albert terhadap sikap anak-anaknya, Hasnol dan Ilham yang tidak mahu mengikut kehendaknya untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Mereka terus beredar dari situ setelah matatahri tenggelam di balik gunung yang menjadi latar kota itu.
Bab 3
Datuk Dolhi berada di pejabat pagi itu, dan beliau telah menerima panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Beliau sempat berpesan kepadanya supaya mengambil kesempatan untuk mempelajari bidang pengurusan dan budaya kerja dari negara matahari terbit. Datuk Dolhi juga diingatkan oleh Rozie, Setiausaha syarikatnya tentang jadual pertemuannya dengan Raj Hussein dan ceramahnya pada penting itu kepada sekumpulan pelajaran dari Institut Perdagangan Kebangsaan. Dalam pertemuan singkat tersebut Datuk Dolhi meminta penjelasan daripada wakil konsultan, Raj Hussein dan pegawainya, Emzita tentang nama yang sesuai untuk digunakan bagi projek perumahan mereka yang baharu. Selepas itu, Datuk Dolhi kembali ke pejabatnya untuk bersiap-siap kerana beliau perlu menyampaikan ceramah di Institut Perdagangan Keusahawanan pada petang tersebut. Setelah Rozie menyerahkan teks ucapan yang diminta dan teks ceramah yang disediakan oleh Wahi kepada Datuk Dolhi, Datuk terus balik ke rumah untuk makan tengah hari dan akan ke institut tersebut selepas makan tengah hari. Selain itu, Rozie turut memaklumkan kepada Datuk tentang permintaan Datin Tominah untuk menemaninya ke Pertunjukan Busana Islam pada sebelah malam.
Bab 4
Pada waktu petang, Datuk Dolhi menyampaikan ceramah keusahawanannya dengan penuh semangat dan kata-kata bernas daripada tokoh-tokoh tertentu kepada sekumpulan pelajar Perdagangan. Beliau sempat Datuk berehat di rumah, Datin Tominah menggesa Datuk untuk menemaninya ke Pertunjukan Busana Islam. Pertunjukan fesyen itu memang membosankan dan meletihkan buat Datuk kerana melayani sesuatu yang tidak digemarinya. Datin Tominah memujuk Datuk supaya membantunya membuka butik yang diidamkannya, tetapi Datuk seolah-olah tidak berapa yakin dengan kebolehan isterinya yang tidak ada pengalaman langsung dalam menguruskan perniagaannya. Bagi Datuk banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum benar-benar melibatkan diri dalam perniagaan busana seperti itu. Datin agak kecewa kerana Datuk melemahkan semangatnya untuk berniaga. Sementara itu, di luar rumah Dani dan Ilham leka dengan minat masing-masing, manakala Amerah leka dengan kerja sekolahnya, dan Mukhlis pula sedang beratib di bilik atas.
Bab 5
Dani dan Ilham asyik berbual tentang aktiviti masing-masing. Ilham lebih cenderung dalam bidang puisi manakala Dani pula cenderung dalam bidang nyanyian, tetapi kegiatan mereka tidak dipersetujui oleh kakak mereka, Amera. Amera menggesa supaya adiknya, Ilham bekerja dengan bapa mereka daripada memperjuangkan sesuatu yang tidak membawa hasil. Amera dan Ilham masing-masing menegakkan pendirian terhadap minat masing-masing. Amera terus meninggalkan Ilham manakala Dani terus leka dengan dunia muziknya.
Bab 6
Hasnol muncul di rumah orang tuanya pada pagi itu seorang diri dengan wajah yang agak muram. Datin Tominah dapat mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Datuk Dolhi masih mempelawa Hasnol untuk menguruskan perniagaannya, tetapi Hasnol tetap menolak. Tujuan kedatangan Hasnol kali ini masih mahu meminjam duit daripada ayahnya, tetapi Datuk Dolhi tidak dapat membantunya. Hasnol sebenarnya sedang menghadapi masalah kewangan lantaran berkahwin dengan Linda yang suka hidup mewah. Hasnol terus pulang dengan tangan kosong. Perbualan Datuk Dolhi dan Datin Tominah beralih pula pada soal anaknya, Amera yang masih lagi mengelak untuk berkahwin dengan Robert. Datuk Dolhi meletakkan harapannya yang cukup tinggi kepada Wahi untuk mengambil alih perniagaannya, tetapi Datin Tominah seolah-olah tidak berapa yakin. Datuk Dolhi melenting apabila cadangannya disangkal oleh Datin Tominah
Bab 7
Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan yang dihantar oleh Wahi dari Tokyo tentang Kawalan Mutu Menyentuh (KMM) dan mengarahkan Rozie untuk memaklumkannya kepada pihak pengurusan dan pegawai-pegawai kanan. Pada dasarnya, Datuk Dolhi amat bersetuju untuk melaksanakan cadangan Wahi itu. Rozie turut mengingatkan Datuk tentang lawatan rombongan presiden dari negara Islam bekas Soviet. Datuk Dolhi terus melayani fikirannya tentang anaknya, Mukhlis dan Wahi silih berganti. Datuk juga mengenang kembali faktor-faktor kejayaan Jepun selepas kejatuhan suatu ketika dahulu. Tiba-tiba Mukhlis muncul untuk membuat kunjungan silaturahim di pejabat Datuk sambil berbincang tentang dakwah dan perniagaan. Sebelum meninggalkan pejabat ayahnya, Mukhlis sempat membuat pinjaman daripada ayahnya dengan alasan untuk berdakwah ke jalan Allah, tetapi usahanya gagal. Datuk Dolhi amat kesal dengan tindakan anaknya yang mensia-siakan usia mudanya.
BAB 8
Amera memberitahu dia telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas.
BAB 9
Amera mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.
BAB 10
Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelifon dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.
BAB 11
Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya.
BAB 12
Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai seorang anak berusia dua tahu manakala isterinya sudah meninggal. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.
BAB 13
Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahid dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina Datul Dolhi memberiyahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada ibu tirinya nanti.
BAB 14
Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tilanydak meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya hasnol membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivia barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datuk Tominah terkejut.
BAB 15
Albert berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambilalih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelifon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.
BAB 16
Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambilalih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.
BAB 17
Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.
BAB 18
Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.
BAB 19
Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelifon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabatpun ditutup. Amera menelifon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelifon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan Ilham di London.
BAB 20
Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dis diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.
BAB 21
Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.
BAB 22
Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi. Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.
BAB 23
Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.
BAB 24
Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharap agar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup.