Sabtu, 8 Januari 2011

Novel PAPA

Sinopsis novel Papa

Bab 1

Watak: Mak Cik Noraini, Julia, papa (Jeffri) , mama (Intan Maliana)

Ketika minum petang, Mak Cik Noraini melayan Julia sambil memerhatikan kepulangan papa Julia yang membawa kacang panjang yang dipetik dari kebunnya. Papa terus mendapatkan mama yang sedang menunggunya sambil berbual dengan penuh mesra. Sambil berseloroh papa meminta mama untuk memasakkan lauk kegemarannya. Julia hanya memerhatikan gelagat kedua-dua orang tuanya yang sempat bergurau senda. Sesekali Julia yang sudah menjadi anak dara berasa segan melihat telatah mereka yang sangat mesra dan tidak pernah berenggang. Tetapi, Mak Cik Noraini sekadar tersenyum dan dipercayai banyak menyimpan rahsia tentang kedua-dua insan tersebut.

Bab 2:

Julia, Cikgu Intan Maliana (mama)Sekolah Seri Gading , Mak cik Noraini, Jeffri(papa)

Dua minggu kemudian, Ju balik dari sekolah dengan menaiki bas kerana ibunya Cikgu Intan Maliana dijemput oleh bapanya disebabkan Lia pening dan tidak sedap badan. Petang itu, Ju ditinggalkan berdua dengan Mak Cik Noraini kerana ibu bapanya ke hospital. Semasa membuat kerja sekolah Ju terkenang hubungan kasih sayang antara ibu dengan bapanya yang amat mesra dan berharap dia juga akan mendapat suami yang penyayang seperti bapanya. Semasa Mak Cik Noraini menghidangkan bubur jagung, Ju masih mengenangkan hubungan ibu dengan bapanya. Mak Cik Noraini kerap menegur perbuatan Ju yang suka berangan. Menurut Mak Cik Noraini, bapanya pernah mencintai seorang bakal dotor tetapi hubungan cinta itu putus kerana doktor tersebut sudah menjadi tunangan orang. Akhirnya bapa Ju menemui ibunya, Lia sehingga cinta mereka semakin erat. Ibu dan bapanya balik dari hospital dengan girang. Apabila diberitahu bahawa Lia mengandung, Ju berasa amat gembira kerana akan mendapat seorang adik. Walau bagaimanapun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang dengan berita itu kerana Lia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa mengandung kali pertama dahulu. Jeffri memberitahu Mak Cik Noraini bahawa semua yang telah dan akan berlaku adalah ketentuan Tuhan.


Bab 3:

Julia, Intan Maliana (mama), mak cik Noraini, Jeffri, Aisyah

Suatu hari Ju pulang lewat dan terdengar perbualan antara ibunya, Lia dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini yang bimbang Lia sedang mengandung menyarankan supaya Lia menggugurkan kandungannya. Hal ini disebabkan Lia pernah tidak sedarkan diri akibat tumpah darah semasa melahirkan Ju. Anak yang dilahirkannya pula terlalu kecil, menghidap demam kuning serta sukar dijaga kerana alah pada susu tepung. Lia menegaskan beliau tidak akan menggugurkan kandungannya kerana kandungan itu adalah permintaan Jeffri. Dia amat menyayangi Jeffri dan sanggup berkorban untuk suami yang amat disayanginya. Ju mengajak bapanya untuk bermain tenis di Kelana Jaya tetapi Jeffri menolak dengan alasan terlalu penat. Ju memberitahu bahawa dia akan mengajak ibunya bermain tenis jika bapanya enggan. Jeffri tidak membenarkannya kerana Lia sedang mengandung. Akhirnya dia mengalah dan petang itu dia bermain tenis bersama Ju. Semasa bermain tenis, Ju terkenangkan kehebatan bapanya dalam sukan itu sehingga beliau digilai oleh ramai gadis. Ibunya juga pernah bercerita bahawa ayahnya selalu ditegur oleh gadis walaupun pada waktu itu ibunya ada di sisi. Semasa mengelamun, muka Ju terkena bola yang dipukul oleh bapanya. Seorang gadis menegur bapanya lalu berbual. Ju berasa tidak senang dan akhirnya Jeff ri memperkenalkan gadis itu iaitu Aisyah (pelajar kolejnya) kepada Ju. Akhirnya mereka bertiga minum di sebuah kedai. Ju berasa kurang senang apabila ayahnya berbual dengan Aisyah. Akhirnya ju bangun dan mengajak bapanya balik. Dalam perjalanan, apabila ditanya oleh Ju, Jeff menceritakan bahawa Aisyah tinggal di Jalan SS 7/5, Kelana Jaya. Ju bimbang jika ayahnya terpikat dengan gadis cantik yang baru dikenalinya itu.

Bab 4:

Julia, Intan Malaiana (mama), Cikgu Suzie

Ju turun menemui ibunya yang sedang menunggu di luar kereta dengan agak lewat. Dia menceritakan kelewatan itu disebabkan ada rakannya yang meminjam nota geografinya kerana notanya lebih lengkap. Lia yang mengajar di sekolah yang sama untuk Tingkatan 1 hingga 3, memarahi Ju kerana meminjamkan buku itu sedangkan rakannya juga belajar seperti Ju. Lia meminta Ju duduk di kerusi belakang kereta kerana rakannya, Cikgu Suzie hendak menumpang kereta ibunya ke bengkel tempat dia membetulkan keretanya yang rosak. Dalam perjalanan, Suzie menasihati Lia supaya memikirkan dirinya yang sedang mengandung. Suzie bimbang kerana semasa melahirkan anak pertama, lia pernah pengsan dan bayinya pula hampir maut kerana menghidap demam kuning. Lia memberitahu bahawa melahirkan anak itu bukan sesuatu yang memudaratkan malah dia sanggup berkorban untuk suaminya yang tersayang yang inginkan anak itu. Apabila terus diasak oleh Suzie, Lia agak berang dan sebelum turun di bengkel, Lia memberitahu bahawa dia amat menyayangi suaminya sedangkan Suzie tidak tahu akan nilai kasih sayang itu kerana dia belum berkahwin.

Bab 5:

Intan Marliana (mama), Jeffri (papa), mak cik Noraini.

Empat bulan lagi Lia akan melahirkan kandungannya. Semasa di kebun kecilnya, Lia memberitahu jeffri bahawa dia berasa bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan berlaku semasa dia melahirkan kandungannya nanti. Jeffri menenangkan isterinya dan berharap Lia akan tabah dan menerima ketentuan daripada Tuhan. Lia menyatakan dia sedikit bimbang tetapi tidak pernah menyesali perbuatannya yang ingin memenuhi kehendak suaminya yang amat disayangi. Jeff memujuk isterinya lalu memeluk dan mencium bibirnya. Perbuatan mereka dilihat oleh Ju dengan rasa yang kurang senang. Dia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa ibu bapanya tidak sepatutnya berbuat begitu kerana dia (Ju) telah dewasa. Ju bertanyakan Mak Cik Noraini keadaan dirinya semasa dilahirkan. Menurut Mak Cik Noraini, saiz Ju hanya sebesar anak kucing dan sering pula menangis dan sukar untuk dijaga. Ju minum susu ibunya yang diperah oleh seorang doktor perempuan. Kesukaran membesarkan Ju itulah yang menyebabkan Mak Cik Noraini terlalu menyayangi Ju seperti anaknya sendiri.

Bab 6:

Jeffri, Aisyah, Julia

Di tempat kerja Jeffri, pelajarnya bernama Aisyah sering berjumpa dan bertanya pelajaran daripada Jeffri serta menumpang Jeffri untuk pulang ke rumahnya di Kelana Jaya. Dia juga pernah mengajak Jeffri minum tetapi Jeffri menolaknya. Aisyah ialah anak seorang hartawan. Dalam kereta, Ju menyindir bapanya supaya berkahwin satu lagi sebagai cara untuk menduga hati bapanya. Jeffri memberitahu dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu menduakan Lia yang dicintainya. Dia juga berseloroh tidak mahu tidur di luar rumah kerana Lia marah apabila dia berkahwin lagi.

Bab 7:

Julia, Jeffri, mak cik Noraini,

Ju telah masuk ke tingkatan lima dan saat ibunya melahirkan anak kedua yang dijangka lelaki telahpun tiba. Jeffri sibuk membeli barang keperluan bayi. Perbuatannya itu ditegur oleh Mak Cik Noraini bahawa perbuatan membeli barang sebelum bayi dilahirkan adalah tidak baik dan boleh membawa bencana. Jeffri memberitahu bahawa segala yang bakal berlaku adalah takdir Tuhan dan bukan disebabkan perbuatannya membeli barang-barang itu. Kira-kira pada pukul 4.00 pagi ketika sedang lena tidur, Ju dan Mak Cik Noraini dikejutkan oleh Jeffri dalam keadaan cemas kerana Lia telah sampai waktu untuk bersalin. Keadaan Lia amat membahayakan dan dia hanya mampu berdiam diri kerana kesakitan. Dalam keadaan cemas tersebut, Lia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Sebelum masuk ke wad bersalin, Lia meminta ampun kepada Jeffri dan meminta dia meredakan apa jua yang bakal berlaku. Jeffri memujuk isterinya supaya bersabar dan memberitahu bahawa tiada apa-apa perkara yang buruk bakal berlaku. Setelah itu, Jeff, Ju dan Mak Cik Noraini menunggu di luar wad bersalin itu.

Bab 8:

doktor, Jeffri, Intan Maliana, Ahmad dan Muhammad (Kembar Siam – telah meninggal dunia), Aisyah

Pada pagi itu seorang doktor keluar dari bilik bersalin dan memberitahu Jeffri bahawa Lia menghadapi komplikasi dan perlu dibedah. Jeffri menandatangani borang persetujuan. Jeffri hanya mampu berdoa agar Lia selamat. Selepas menunggu, seorang doktor menemui Jeffri dan memberitahu bahawa Lia telah selamat melahirkan bayi kembar Siam tetapi bayinya mati dalam kandungan. Isterinya, Lia pula dalam keadaan koma. Ju dan Mak Cik Noraini menangis tetapi sebagai seorang lelaki, Jeff tidak mengalirkan air mata walaupun sangat sedih. Selepas menguruskan mayat anaknya, Jeffri membawa Ju dan Mak Cik Noraini. Melihat keadaan Lia, timbul kekesalan di hati Jeffri kerana mahukan Lia mengandungkan anak lagi. Jeffri memberitahu perkara yang berlaku kepada rakan-rakannya di kolej serta rakan Lia di Sekolah Seri Gading. Mereka datang memberi penghormatan untuk anak Jeffri yang diberi nama Ahmad dan Muhammad sebelum dikebumikan pada pukul 2.00 petang. Mereka juga menasihati Jeffri supaya bersabar dan menguatkan imannya. Aisyah turut datang berziarah dan memberitahu bahawa perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.


Bab 9:

Intan Maliana, Julia Jeffri, Rasylan (Wajah Pan Asian), Cikgu Suzie, Linda, Cikgu Raymond Brian (Guru Sejarah)

Lia masih lagi koma dan terlantar di hospital. Ju dihantar oleh bapanya ke sekolah dan meminta supaya Ju menunggunya ketika hendak balik nanti walaupun Ju memberitahu ingin menaiki bas. Sebelum meninggalkan sekolah itu, Jeff mencium pipi Ju dan memberitahu bahawa dia amat menyayangi anaknya itu. Ju sedar ayahnya sedang dalam keadaan bimbang jika ibunya, Lia akan meninggalkan mereka berdua. Rasylan seorang pelajar baru yang berwajah Pan Asian menegurnya dan memberitahu bahawa Ju amat beruntung mempunyai ibu bapa yang penyayang. Dia menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan ibu dan bapa Ju. Di dalam kelas, Rasylan sentiasa mengerling Ju kerana meminati Ju. Semasa kelas Matematik Cikgu Suzie, Cikgu Suzie memberitahu bahawa dia ingin mengikut Ju dan ayahnya untuk melawat Lia di hospital. Di kelas, seorang pelajar bernama Linda mengumpat guru sejarahnya, Cikgu Raymond Brian yang tidak hadir ke sekolah hari itu dengan mengatakan bahawa Cikgu Brian menghantar kekasihnya bersalin. Perbuatan Linda ditegur oleh Ju kerana bimbang akan diketahui oleh Cikgu Brian. Sebelum balik, Rasylan menemui Ju dan mengajaknya untuk keluar bersama. Tujuannya hanyalah untuk mengenali Ju dengan lebih rapat kerana dia mendengar cerita bahawa Ju seorang pelajar yang pintar. Ju menolaknya dengan alasan dia ingin melawat ibunya di hospital

Bab 10:

Ju mengikut bapanya menaiki kereta untuk melawat ibunya. Cikgu suzie mengikut dengan keretanya di belakang. Sesampainya di hospital mereka bertiga menemui Lia yang sedang koma. Jeffri sempat bercakap dengan Lia bahawa dia datang bersama Ju dan Suzie. Jeffri juga memberitahu supaya Lia cepat sedar. Keadaan ini membuatkan hati Ju terlalu sayu. Pada hari yang lain semasa bapanya lewat pulang kerana ada sesi kaunseling dengan pelajarnya di kolej, Ju mengulang kaji di bilik bacaan bapanya. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar ibu dan bapanya semasa baru berkahwin. Wajah ibunya sungguh manis dan bapanya pula sangat kacak. Ju juga terjumpa album bapanya yang mengandungi surat Jeffri kepada Lia. Surat itu menyebut bahawa Jeffri amat berterima kasih kepada Lia yang sanggup menyayangi dan menjadi isterinya. Ju turut melihat gambar bapanya mendokongnya semasa berusia 3 bulan dan gambar ketika hari jadi Ju yang pertama. Mak Cik Noraini mengajaknya makan bersama tetapi Ju memberitahu bahawa dia ingin berehat. Mak Cik Noraini ialah sepupu bapanya. Suami dan anaknya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Johor ke Bidor manakala dia terselamat. Mak Cik Noraini diambil bekerja dengan Jeffri dan apabila Ju dilahirkan, dialah yang menjaga Ju sehingga dewasa. Akibatnya Mak Cik Noraini terlalu menyayangi Ju seperti anaknya sendiri. Ju terkenangkan rakannya, Murni yang memusuhinya sejak ibunya koma dan tidak datang mengajar. Murni juga menghasut rakan-rakan lain supaya membenci Ju. Puncanya ialah Murni pernah dimarahi oleh Lia kerana tidak menyiapkan tugas yang diberinya. Rasylan memujuk Ju supaya bersabar dengan perkara yang berlaku. Ju menangis kerana sifatnya sebagai anak yang dimanjakan oleh ayah dan ibunya. Rasylan menjelaskan bahawa Ju masih belum matang dan pengalaman akan mengajar Ju menjadi tabah apabila dewasa kelak. Mak Cik Noraini masuk dan mengajak Ju makan. Ju menjelaskan bahawa dia amat merindui ibunya. Mak Cik Noraini sedih dan memeluk ju. Apabila bapanya balik, bapa Ju menasihati Ju supaya tabah dan tidak mengikutkan perasaan. Jeff memberitahu anaknya itu bahawa dia lebih merindui Lia dan terasa kehilangan kawan yang paling rapat dalam hidupnya. Petang itu Ju mengajak bapanya, Jeffri untuk melawat ibunya di hospital. Jeffri memberitahu bahawa dia telah melawat ibunya kerana sesi kaunseling telah dibatalkan. Semasa sedang makan bersama, Azizah menelefon Jeffri dan bertanyakan keadaan Lia. Keadaan ini menyebabkan Ju berasa kurang senang tetapi hanya memendamkan perasaannya.

Bab 11:

Ketika baru balik dari menduduki peperiksaan, Ju terdengar perbualan Jeffri dengan Mak Cik Noraini. Mak Cin Noraini mengesyorkan supaya Jeff berkahwin lain kerana Lia koma dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Jeffri menolak cadangan itu kerana baginya Lia tiada penggantinya di samping hendak menjaga hati Ju. Ketika duduk di sofa, Ju dan bapanya berbual tentang peperiksaan yang telah diduduki oleh Ju. Jeff percaya anaknya akan lulus dengan cemerlang. Ju juga meminta kebenaran bapanya untuk mengikut Rasylan ke rumahnya yang terletak di Andalas, Kelang. Jeff agak keberatan kerana berasakan Ju masih terlalu mentah tentang pesangannya. Sebaliknya Jeff mencadangkan supaya Ju mengajak Rasylan datang ke rumahnya untuk berkenalan dengannya dahulu. Ju setuju dengan cadangan bapanya.

Bab 12:

Sudah 8 bulan Lia koma. Semasa Aisyah menelefon Jeff yang sedang sembahyang, Ju sempat berbual dengan Aisyah tentang keadaan ibunya. Aisyah mengajak Jeff bermain tenis tetapi ditolak oleh Jeff dengan alasan terlalu sibuk. Jeff mengesyorkan Aisyah bermain tenis dengan Ju. Balik daripada menduduki peperiksaan terakhir, Ju terperanjat melihat ambulans di depan rumah. Ibunya telah dibawa balik dan ditempatkan di bilik khas yang serba lengkap dan baru walaupun masih koma. Tujuan Jeff adalah supaya mereka dapat menjaga Lia dengan lebih baik dan menemani Lia dengan lebih kerap. Aisyah datang mengajak Ju bermain tenis tetapi ditolak oleh Ju dengan alas an ingin menjaga ibunya. Jeff menasihati Ju agar tidak mungkir janji. Akhirnya Ju pergi juga. Dalam perjalanan, Ju serta Aisyah berbual tentang perancangan masa depan Ju. Aisyah menasihati Ju supaya belajar manakala tugas menjaga ibunya akan dibuat oleh bapanya, Jeff. Selepas bermain tenis, Ju mengikut Aisyah ke rumah Aisyah kerana Aisyah ingin mandi dan menukar pakaian. Ju sempat berkenalan dengan ibu dan bapa Aisyah yang merupakan orang kaya. Ju dan Aisyah sampai ke rumah pada waktu malam. Ju telah dimarahi oleh bapanya kerana tidak menepati masa yang dijanjikan. Malam itu Jeff berbicara lagi dengan Lia yang masih koma tentang tujuan dia membawa Lia balik ke rumah. Dia juga berbual tentang harapannya melihat Ju Berjaya mendapat ijazah seperti yang diimpikan oleh Lia dahulu.

Bab 13:

Malam itu Jeff dan keluarganya hanya makan bubur dengan alasan agar mereka dapat merasakan kehidupan golongan yang hidup susah. Ju pula memberitahu bapanya bahawa makanan itu hanya sesuai untuk orang sakit seperti ibunya. Ju juga hairan bagaimana ibunya akan sembuh jika tidak diberi sebarang makanan. Jeff menjelaskan bahawa segala-galanya adalah bergantung kepada Tuhan. Malam itu, sekali lagi Jeff berbicara dengan Lia seolah-olah Lia dalam keadaan sedar. Ju dapat merasakan bapanya sedang menghadapi tekanan yang amat hebat tetapi kagum dengan sikap bapanya yang terlalu menyayangi ibunya dan mengambil berat. Rasylan datang dan memperkenalkan diri sebagai anak Datuk Mustakim Bahadur. Jeffri mengungkit bahawa Jeff ialah anak angkat Datuk Mustakim dan sebelum itu telah menjadi anak angkat JKM. Jeffri juga menceritakan bahawa Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapanya semasa dalam perjalanan balik daripada sembahyang terawih. Bapanya meninggal dunia dan ibunya lumpuh. Datuk Mustakim takut untuk bertemu dengan Jeffri tetapi ada memberi wang perubatan ibunya sehinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan untuk mempertemukan Datuk Mustakim dengan Jeff tetapi ditolak oleh Jeff dengan alasan bahawa segala-galanya telah terlambat.

Tiada ulasan: