Isnin, 4 November 2013

Novel

Unsur saspens:
A) Papa...
1. Peristiwa intan Maliana dikejarkan ke hospital untuk melahirkan anak.

  •     Pembaca tertanya-tanya apakah akan terjadi kepada Intan Maliana dan kandungannya. Intan Maliana        kemudian koma akibat komplikasi semasa melahirkan anak kembarnya manakala anak kembarnya meninggal dunia.

2. Peristiwa Intan Julia ditampar oleh Jefri kerana Jefri menghalang  hubungannya dengan Rasylan selepas mengetahui bahawa Rasylan ialah anak angkat Datuk Mustaqim.

  • Pembaca ingin mengetahui kesudahan hubungan antara Julia dengan Rasylan. Akhirnya Jefri merestui hubungan mereka berdua selepas melihat keikhlasan hati Rasylan.
B) Melunas Rindu

1. Peristiwa Fuad pulang ke Sungai Ruan untuk menjejaki keluarga sebelah ibunya dengan cuba menjejaki pusara ibunya.
  • Pembaca ingin mengetahui sama ada usaha Fuad itu membuahkan hasil atau tidak. Fuad bertanya tentang ibunya kepada Swee Lim dan Swee Lan dan seterusnya menjejaki ibunya hingga ke Lembah Klau.
2. Peristiwa Fuad menaruh harapan yang tinggi mencari ibu kandungnya apabila di Lembah Klau Pak Shamsudin menyatakan bahawa Mariana masih hidup kerana pusaranya tiada di kampung itu.
  • Pembaca ingin mengetahui sama ada Fuad berjaya mencari ibu kandungnya atau tidak, Akhirnya, Fuad mendapat tahu bahawa dia dan Farhana bersaudara kerana nama ibu mereka sama dan kedatangan Robert Lim mengesahkan Mariana ialah ibu kandung mereka.
C) Azfa Hanani

1. Peristiwa Azfa Hanani diarahkan ke bilik pengetua kerana pada sangkaannya dia dipanggil kerana mesalahannya mencuri buku perpustakaan akibat kemiskinan hidupnya.
  • Pembaca ingin mengetahui hukuman yang akan dikenakan terhadap Azfa Hanani. Hakikatnya Azfa Hanani ditemui oleh sepasang suami isteri yang ingin meminta pertolongannya.
2. Peristiwa Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah selepas diajak oleh Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz untuk menyamar menjadi Tengku Murni yang telah meninggal dunia.
  • Pembaca ingin mengetahui sama ada Azfa Hanani berjaya melaksanakan tugas penyamaran sebagai Tengku Murni. Ternyata Azfa Hanani berjaya kerana Datin Maziah percaya Azfa ialah anaknya yang telah mati.
D) Renyah

1. Peristiwa Mukhlis berjumpa dengan Datuk Dolhi di pejabatnya kerana ingin meminjam wang daripada bapanya untuk berdakwah di India.
  • Pembaca ingin mengetahui sama ada Datuk Dolhi bersetuju untuk meminjamkan wang kepada Mukhlis atau tidak. Datuk Dolhi enggan berbuat demikian sebaliknya menyuruh Mukhlis mencari wang sendiri.
2. Peristiwa Hasnol menemui Tengku Munir di Teratai Inn.
  • Pembaca ingin mengetahui tujuan Hasnol menemui Tengku Munir. Tengku Munir mahu Hasnol mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan permohonannya untuk projek Jambatan kota yang bernilai RM80 juta dan sebagai balasan Hasnol diberikan saguhati sebanyak RM30 ribu.
E) Konserto Terakhir

1. Peristiwa yang berlaku semasa pertunjukan Orkes Perdana yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor dan pada masa yang sama Hilmi pula jatuh sakit.
  • Pembaca tertanya-tanya sama ada pertunjukan akan diteruskan dan jika diteruskan pula siapa yang akan menjadi penggantinya. Akhirnya tempat Hilmi telah digantikan oleh Hayati.
2. Peristiwa Hilmi sakit dan dikejarkan ke hospital.
  • Pembaca ingin mengetahui keadan Hilmi yang sakit tenat. Akhirnya Hilmi meninggal dunia di hospital apabila semua orang telah pulang.
F) Kembara Amira

1. Peristiwa Amira dan Itai berhadapan dengan makhluk berbulu yang ditakuti oleh penghuni rimba ketika mendapatkan sebutir emas untuk Jacinta.
  • Pembaca tertanya-tanya sama ada Amira dan Itai berjaya menyelamatkan diri daripada makhluk tersebut atu tidak. Mereka berdua berjaya menyelamatkan diri keranan makhluk itu ingin memburu pemburu emas.
2. Peristiwa Amira menemui mobile disk yang dipercayai milik Malique di puncak Gunung Gua Gajah.
  • Pembaca tertanya-tanya sama ada tekaan Amira itu betul atau tidak. Mobile disk itu memang kepunyaan Malique yang terlibat dalam satu kemalangan.
G)Kabus di Perbukitan

1. Peristiwa kehilangan Fardah dan Iqbal berhampirand engan kawasan kemalangan tanpa meninggalkan sebarang jejak.
  • Pembaca tertanya-tanya kejadian yang telah menimpa Faridah dan Iqbal sehingga sukar dikesan oleh pihak berkuasa.
2. Peristiwa Faridah terjatuh ketika mandi.
  • Pembaca tertanya-tanya nasib Faridah selepas itu kerana Faridah telah dibawa ke hospital dan koma selama dua minggu.
H) Sutera Dalam Lukisan

1. Peristiwa Bujei menumbuk dan menguugut Alias dengan parang selepas Alias merosakkan radio baru yang dibelinya di pekan. 

  • Pembaca ingin mengetahui sama ada Alias terselamat atau tidak akibat tindakan Bujei itu. Alias hanya cedera ringan dan pergaduhan mereka berjaya dileraikan.
2. Peristiwa Alias memfitnah Adila dengan menyatakan Adila menghidap AIDS.

  • Pembaca ingin mengetahui kesudahan hubungan antara Bujei dengan Adila akibat fitnah yang disebarkan oleh Alias.

Tiada ulasan: