Blog ini bertujuan memberi bimbingan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan SPM.
Isnin, 22 Oktober 2018
Soalan Ramalan SPM 2018
Soalan ramalan Bahasa Melayu 2018 SET 1 - 3 merupakan soalan percubaan SPM 2018 yang disusun semula berdasarkan ramalan semata-mata. Terima kasih kepada En.Mohd Zaki, Cikgu Tan CL, dan Tn.Hj.Ishak Md Shah atas sumbangan bermakna. Semoga soalan-soalan ramalan ini akan mendatangkan faedah kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM 2018 tidak lama lagi. Semoga anak-anak akan mencapai kejayaan yang cemerlang.
Soalan Ramalan Bahasa Melayu SPM 2018 SET 3
SET
3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
keselamatan penggunaan perbankan elektronik dan faedah-faedah penggunaan
perbankan elektronik. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Kini urusan perbankan hanya di hujung jari. Cara
penggunaannya cukup mudah; pengguna hanya perlu menatap skrin komputer,
melayari laman sesawang perbankan yang dipilih, menaip kata laluan atau nombor
pin kemudian memilih urusan transaksi yang diperlukan, dan dalam beberapa minit
urusan tersebut dapat diselesaikan. Aplikasi perbankan elektronik mula
dibangunkan di Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia pada 1 Jun 2000 dan Maybank merupakan
institusi kewangan pertama menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian dengan portal
perbankannya www.maybank2u.com.my.
Faktor keselamatan dan privasi merupakan dua perkara
paling dominan yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan
perbankan elektronik. Aspek keselamatan dalam penggunaan aplikasi ini
sebenarnya terletak di tangan pengguna sendiri dengan memastikan kata laluan ke
akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain. Oleh itu, pengguna wajar
mengelakkan penggunaan nombor telefon, tarikh lahir ataupun maklumat yang sudah
biasa digunakan sebagai kata laluan. Pengguna juga perlu kerap menukar kata
laluan agar penceroboh di Internet gagal mencuri kata laluan. Setelah segala
urusan ditamatkan, pengguna juga disarankan supaya memadamkan semua data
berkenaan aktiviti Internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali
perbankan elektronik. Sekiranya data ini tidak dipadamkan, data akan berada
dalam memori komputer dan boleh dikesan oleh penggodam Internet.
Pengguna sering diingatkan supaya tidak melayani e-mel
yang meminta mereka menukar nombor pin atau kata laluan perbankan. Banyak kes
dilaporkan bahawa pengguna kehilangan wang dalam sekelip mata setelah terpedaya
dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta mereka mengemas
kini maklumat pelanggan. Hyperlink
pada e-mel atau paparan oleh apa-apa jua laman sesawang, berkemungkinan besar
telah dihubungkan kepada portal rekaan para penggodam Internet justeru pengguna
dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan
elektronik dengan jalan pintas. Pelanggan yang bijak juga tidak akan
sewenang-wenangnya memberikan kata laluan perbankan elektronik kepada sesiapa
sahaja. Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau kesilapan, pengguna
perIu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan.
Sekiranya perlu mencatat kata laluan atau nombor pin
kerana bimbang terlupa, pengguna mencatatkannya di tempat yang selamat.
Terdapat juga pengguna yang tertipu dengan penghantar sistem pesanan ringkas (SMS)
yang mengaku ahli keluarga terdekat, lalu mendedahkan maklumat perbankan
mereka. Oleh itu, jangan mudah percaya dengan SMS yang meminta kita menghantar
maklumat rahsia. Pengguna harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan SMS
tersebut.
Walaupun perbankan elektronik berisiko, inisiatif
pengguna penting untuk mendapatkan maklumat terkini agar penggodam tidak
berjaya menembusi tembok keselamatan yang dibina. Pihak bank pula seharusnya
sentiasa menaik taraf sistem keselamatan mereka memandangkan pelbagai teknologi
dan kaedah penipuan dicipta untuk menerobos sistem keselamatan aplikasi
di Internet.
(Dipetik dan
diubah suai daripada 'Urusan Perbankan di Hujung Jari' oleh Siti Zakiah Melatu
Samsi, Dewan Masyarakat, April 2011)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)
Apakah maksud rangkai kata dicipta
untuk menerobos?
[2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa cara
menggunakan khidmat perbankan elektronik.
Nyatakan cara-cara tersebut.
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah khidmat
perbankan elektronik kurang mendapat
sambutan daripada pengguna?Jelaskan dua sebab. [4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan
Cerpen
Baca petikan cerpen di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
“Tuan
inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia
mula tersenyum memamahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya
menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan
kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu
pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa
anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan
memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan
adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan
silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda
lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam
bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka
konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga
dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak
yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu.
Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang
telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
(Dipetik
daripada cerpen ‘Munsyi’, oleh Husna Nazri Dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)
(i) Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota
mewah.
[2 markah]
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan
akhlak generasi muda di kawasan bandar?
[3 markah]
[3 markah]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan
lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
[4 markah]
Soalan 2 (c) – Petikan
Prosan Tradisional.
Baca petikan Prosa
Tradisional di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Berapa
lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kota pada kampung segala Jawa. Maka
Kertala Sari pun menyamarkan dirinya
kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala
berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan
saudagar,
Setelah
diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma
Wijaya, Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma
Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu.Maka oleh Kertala Sari
segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada
seorang. Maka Kertala Sari pun pandang
Laksamana ; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu
Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia
dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.
Dipetik
daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul Kementerian Pendidikan
Malaysia
(i)
Berikan maksud rangkai
kata penjurit besar yang terdapat dalam petikan di atas.
[2 markah]
(ii)
Apakah tindakan yang
dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai ke Melaka? [3 markah]
(iii)
Sekiranya anda Kertala
Sari, apakah cara yang dapat anda lakukan untuk
menewaskan Laksamana? [3 markah]
Soalan 2 (d) – Petikan
Puisi
Baca Seloka di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
SELOKA
‘BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU’
[Za’ba]
Baginda
menitahkan orang besar empat,
Membuat
istana puri berkota;
Lalu
dipanggil Pawang raja.
Pawang
mengerah orang bekerja,
Empat
puluh empat tukang dan utas,
Siang
malam tidak berhenti.
Tujuh
bulan tujuh purnama,
Istana
siap dengan alatnya;
Besar
tersergam sembilan ruang,
Sepuluh
dengan rembat guntung,
Sebelas
dengan pancung serong,
Dua
belas dengan anjung tinggi.
Tiga
sudut menteri delapan,
Tiang
panjang maharaja lela,
Tiang
tengah syukur menanti;
Galang-galangnya
ular berang,
Kasau
kecil puteri menyembah,
Kasau
lentik helang berbega.
Berbunga
sawa mengelempai,
Bertakuk
bersedelinggam,
Berjenang
berbatu kawi,
Berselimpat
ukir Jawa,
Lilit-melilit
aka rCina;
Garam
sebuku sisa jeragan,
Bunga
kenanga dimakan ular,
Layang-layang
di pintu ular.
Istana
siap tukangpun mati,
Tiada
orang dapat meniru:
Dipersembahkan
kepada baginda suami isteri.
(Seloka Berbuat Istana
Zaman dahulu oleh Za’ba. Antologi Sejadah Rindu)
i.
Nyatakan maksud rangkap
seloka di bawah:
Istana siap tukangpun mati,
Tiada orang dapat meniru: (2
markah)
ii.
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
Pada pendapat anda,mengapakah
istana raja itu dibina sedemikian rupa?
(3
markah)
iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam
gurindam tersebut (4 markah)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi
tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai
peribahasa dan nama khas.
(i) berlapis-lapis
(ii)
terkumat-kamit
(iii) berbondong-bondong
(iv)
mengangguk-angguk
(v)
berbuai-buai
(vi)
mengacah-acah [6 markah]
(b) Tukar ayat pasif
di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pekerja-pekerja yang datang lewat itu
telah dipanggil oleh pengurus syarikat itu untuk diberi amaran.
(ii)
Anaknya yang nakal itu telah dipukul oleh Ramesh dengan rotan
semalam.
(iii) Anak-anak yang masih belum matang perlu
diberkan perhatian oleh ibu bapa.
[6
markah]
(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua
penggunaaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan
tersebut dan betulkannya. Anda tidak perlu menulis ayat itu semula .
(i)
Usaha untuk menunjukkan bakat-bakat muda dalam seni mempertahankan
diri perlulah mengambil
segera.
(ii) Semua penduduk kampong itu telah kerjasama
untuk menjayakan majlis ulang tahun
yang kelima puluh.
(iii) Pihak
kerajaan telah meluluskan perbelanjaan untuk mengendahkan pantai yang
sudah lama berbiar itu.
[6
markah]
(d) Dalam setiap ayat di
bawah ini terdapat dua keslahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan
bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya.Anda tidak
perlu menulis ayat itu semula.
(i) Beberapa batang senapang berjaya dirampas
dari penjenayah yang ditangkap oleh polis semalam.
(ii) Kapal terbang yang baru berhenti itu
sedang diperiksa oleh pihak berkuasa kerana disyaki ada bom didalamnya.
(iii) Kakak merebus air selepas menyiapkan
kerja rumahnya yang telah diberikan oleh guru beliau.
[6
markah]
(e) Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Memang banyak faedah yang akan diperoleh jika
kita merantau atau pergi ke sesuatu tempat yang jauh dari tempat kita. Kita
akan dapat melihat cara hidup masyarakat di tempat tersebut yang berbeza dengan
cara hidup kita. Oleh itu, memang ada orang yang suka mengembara ke tempat lain
sama ada untuk mencari pekerjaan ataupun pengalaman. Ada pula perantau yang
terus menetap di tempat tersebut, tetapi ada juga yang pulang ke tempat asal
setelah lama berada di perantauan.
[6 makah]
Soalan
4
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan
novel-novel yang berikut:
(i)
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib
(ii)
Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor
(iii)
Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin
(iv)
Pantai Kasih karya
Azmah Nordin
(v)
Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip
(vi)
Tirani karya
Beb Sabariah
(vii)
Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii)
Silir Daksina karya
Nizar Parman
4 (a) Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda pelajari, nyatakan latar masyarakat yang
terdapat dalam novel berkenaan.
[7 markah]
4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah
anda pelajari, huraikan konflik yang dihadapi
oleh watak utama.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Soalan Ramalan Bahasa Melayu 2018 SET 2
SET
2
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang saranan-saranan kepada
pengguna dalam mengawal perbelanjaan dan akibat-akibat sekiranya gagal
mengawal perbelanjaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Isu kenaikan harga barangan heboh
diperkatakan sehingga membimbangkan masyarakat terutamanya yang berpendapatan
rendah dan sederhana. Kenaikan harga barangan ini berpunca daripada permintaan
yang melebihi penawaran. Oleh itu, para pengguna disarankan supaya membeli
barang-barang yang diperlukan sahaja untuk menjimatkan perbelanjaan harian.
Kenaikan
harga barangan telah memberikan suatu tekanan kewangan yang serius kepada
sebahagian besar pengguna. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu menyusun
strategi perbelanjaan harian termasuk belanja dapur untuk meredakan tekanan
kewangan mereka. Pengguna pada mulanya akan terasa perit kerana banyak barangan
terpaksa dilupakan berbanding semasa hidup senang. Sebagai pengguna, kita juga
perlu mengubah cara berbelanja dengan mengawal perbelanjaan dan menguruskannya
dengan bijaksana. Perubahan ini pasti dapat dilakukan sekalipun kita terpaksa
mengorbankan kebiasaan yang sudah menjadi sebati seperti mengurangkan
perbelanjaan makan di luar, berhenti daripada membeli barangan berjenama dan
mengurangkan perbelanjaan bil telefon. Selanjutnya, para pengguna boleh
mengambil langkah membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barangan
yang diperlukan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pengguna tertipu oleh para
peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.
Setiap pengguna yang bijak akan sentiasa
melakukan penelitian terhadap perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran dan
tidak membeli barangan yang bukan keperluan. Hal ini dapat diperkukuh dengan
tindakan menyediakan senarai barangan keperluan sebelum keluar berbelanja.
Seterusnya pendekatan yang diambil semakin berkesan sekiranya pengguna tidak
mengikut jejak langkah orang yang mengamalkan gaya hidup mewah seperti
penggunaan kad kredit secara sewenang-wenangnya. Faktor penggunaan kad kredit
ini boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan penggunanya tidak dapat
mengimbangi perbelanjaan mereka. Oleh itu, pengguna perlu mengelakkan belian
secara kredit ketika berbelanja agar perbelanjaan berhemat dapat
dilaksanakan.
Kita semua mempunyai kesedaran bahawa kenaikan
harga barangan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup. Sebagai pengguna
yang prihatin, sekarang bukanlah masa untuk kita bermewah-mewah malah kita
sepatutnya membeli barangan dengan harga borong untuk mengawal perbelanjaan.
Pengguna mesti sedar bahawa harga bahan api seperti minyak dan gas yang tidak
menentu turut menyebabkan kenaikan harga barangan. Walaupun naik turun tersebut
dalam kadar yang kecil namun impak yang dirasai oleh pengguna sangat besar.
Jelaslah, kenaikan harga barangan ini akan menyebabkan sebahagian besar
kehendak terpaksa dilupakan untuk memenuhi keperluan yang lebih utama dalam kehidupan
kita.
Dipetik
dan diubah suai daripada “Berbelanja
Secara Berhemat‟ oleh Siti Balqis Arif,
Dewan Ekonomi, Mac 2014
Soalan
2 : Pemahaman
[35
markah]
Soalan
2 (a) -
Petikan Umum
Berdasarkan petikan
soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata impak yang
dirasai . [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor
kenaikan harga barangan. Nyatakan
faktor-faktor tersebut. [3
markah]
(iii)
Kita hendaklah mengetahui hak kita sebagai pengguna.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah
yang diperoleh apabila kita mengetahui
hak- hak kita sebagai pengguna.? [4
markah]
Soalan 2 (b) – Petikan
Cerpen
Baca petikan cerpen di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Aku
memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia, harganyasekitarRM500.00.Jaket
kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjualnya
kepada Shahmeem, Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada Shahmeem yang
berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah membawa
kegembiraan kepadaku kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di
Selat Bhosporus yang dingin.
Tiba-tiba
tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada orang lain.
Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu aku
kunjungi di tanahair? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa mengalami
kerugian. Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai itu.
Aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira.
Bakal pembelinya juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga
yang murah. Aku berharap agar bakal pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu
merupakan sisa orang dan tidak berasa bongkak.
Aku
akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-mana
zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang
telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.
Jika
Mevlana Celaleddin Ar-Rumi masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa aku
mempunyai ciri-ciri seorang darwis.
(Dipetik
daripada cerpen Jaket Kulit kijang Dari Istanbul , antologi Jaket
Kulit Kijang Dari Istanbul,)
i. Apakah manfaat yang diperoleh
oleh penulis apabila dia membeli jaket kulit tersebut?
[2markah]
ii.
Saban tahun, beribu-ribu haiwan liar dibunuh kerana kulitnya. Pada pendapat anda,
apakah langkah efektif untuk melindungi hawian
ini? [3markah]
iii.
Jelaskan satu perwatakan watak aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan
cerpen. [4markah]
Soalan 2 (c) – Petikan
Prosan Tradisional.
Baca petikan Prosa
Tradisional di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka segala orang yang kehilangan itu pun
semuanya berhimpun masuk ke dalam pergi mengenal segala harta, seorangpun tiada
tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik, tuanku.”
Maka seorang, “Inipun ia harta patik,
tuanku.”
Maka
kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”
Kata
seorang, “Ini bantal patik tuanku.”
Setelah
habis dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana,
sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang
beroleh akan Laksamana.”
Maka
sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika
demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian
empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itupun, mana kasih
hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka
titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik
sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas
patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil
oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu
dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan
sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi
diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun
tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurniaakan
Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka
negeri Melakapun kararlah.
i.
Berikan maksud harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana? [2markah]
ii.
Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan
empunya
harta yang hartanya telah dijumpai semula? [3markah]
iii.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara,
jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus.
Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah anda menghargai jasa dan pengorbanan pegawai
seperti Laksamana?
[3markah]
Soalan 2 (d) – Petikan
Puisi
Baca Gurindam di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS
(
FASAL YANG KETIGA)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabaryang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memelihara
tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang
semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
i.
Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2markah]
ii. Akhir-akhir ini golongan
remaja banyak terlibat dalam masalah sosial. Pada pendapat anda, bagaimanakah
eseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan negatif?
[3markah]
iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut. [4markah]
Soalan
3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30
markah]
Jawab
semua soalan
(a) Tulis dua ayat bagi
setiap perkataan di
bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
memotong
(ii)
menahan
(iii)
menarik
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
Golongan petani membersihkan
kawasan tanah kebun dengan kaedah pembakaran terbuka.
(ii)
Kami telah membawa mangsa kemalangan jalan raya itu ke hospital sebelum
ambulans tiba di tempat kejadian.
(iii)
Anda dapat menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung sekiranya anda
menjadi pelanggan stesen televisyen kami.
[6 markah]
(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.
Orang
ramai yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap kesihatan
melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara
berkumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti
pokok teduhan dan bunga-bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan
kepada orang ramai dan kelegaan daripada stress seharian bekerja. Sesetengah
taman awam telah berjaya menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan
keunikkan tersendiri. Hal ini akan membawa peningkatan ekonomi setempat dalam
aspek penginapan, perniagaan makanan dan kraftangan.
[6 markah]
(d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Kapal terbang itu telah berhenti di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim selama
dua jam setengah sebab kerosakan enjin.
(ii)
Sebagai pengguna, kita haruslah melaporkan kegiatan pencatuan harga kepada
pihak berkuasa jika sekiranya peniaga menaikkan harga barang
sewenang-wenangnya.
(iii)
Pembonceng motosikal perlu mempunyai lesen memandu agar mereka tidak pihak
polis saman.
[6 markah]
(e) Isi tempat kosong dalam petikan di bawah
dengan peribahasa yang sesuai.
(i)
Hubungan mesra Dato’ Amir dengan pelbagai lapisan masyarakat di kampungnya
tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ketua
pengarah sebuah syarikat kerana
______________________.
(ii)
Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka sambil melawat tempat-tempat
bersejarah ___________________.
(iii)
Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat Zahir dan Malim pada tahun ini agak
merosot, mereka telah berjanji untuk mengharungi susah dan senang bersama-sama,
bak kata peribahasa Melayu __________________________.
[6
markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan
novel-novel yang berikut:
(i)
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib
(ii)
Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor
(iii)
Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin
(iv)
Pantai Kasih karya
Azmah Nordin
(v)
Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip
(vi)
Tirani karya
Beb Sabariah
(vii)
Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii)
Silir Daksina karya
Nizar Parman
( a) Dalam sesebuah novel, pengarang sering menyelitkan
elemen yang boleh menjadi pengajaran kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji,
huraikan dua pengajaran yang telah dikemukakan oleh pengarang. [7 markah]
( b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda
pelajari, jelaskan satu peristiwa bagi setiap novel yang dapat menarik
perhatian pembaca.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Langgan:
Catatan (Atom)