Berikut ialah analsisi Tingkatan 5 Tahun 2016.
(SUMBANGAN BPK)
1.0
Maksud
Rangkap 1
Peperangan akan mengakibatkan kezaliman dan penindasan serta membangkitkan
perasaan dendam antara satu sama lain. Namun begitu kita perlu bersyukur kerana
walau dihimpit kesengsaraan oleh perang masih ada insan yang berani untuk bangkit
berjuang walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya. Dia juga masih
dapat memberikan harapan masa depan yang lebih baik. Timbul persoalan tentang siapakah
pemimpin yang sejati.
Rangkap 2
Kita tidak sempat menganalisis dan berfikir untuk masa depan ketika
konflik dan pertarungan untuk memegang tampuk kekuasaan. Pertentangan menjadi permusuhan
yang menimbulkan pelbagai tafsiran yang
mengelirukan. Timbul persoalan siapakah yang akan memusnahkan pendusta?
Rangkap 3
Sekiranya pejuang tersebut seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya
sebagai seorang panglima yang paling gagah kerana keampuhan kesetiaannya terhadap
kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan. Kadang-kadang kesetiaan
itu dimusnahkan oleh pengadu domba. Kesannya memberikan kesengsaraan dan penderitaan
serta menjatuhkan maruah negeri. Sekiranya pejuang tersebut sepert iJebat, kita
tidak boleh melabelkannya sebagai pengkhianat kerana kita masih mengingati keadilan
yang musnah kerana fitnah yang bermaharalela. Ada orang mengaguminya sebagai tokoh pejuang.
Rangkap4
Perebutan kuasa telah melenyapkan pelbagai tipu daya yang sering dikaitkan
dengan kepalsuan. Akhirnya, telah mengembalikan
kebenaran kepada haknya, memberikan kesejahteraan dan melenyapkan perasaan dendam.
2.0
Tema
Peperangan mengakibatkan kezaliman dan mencetuskan semangat perjuangan
- Peperangan menyebabkan kezaliman, penindasan dan perasaan dendam.
Selain itu, peperangan juga mencetuskan semangat perjuangan untuk menentang kezaliman
dan menegakkan keadilan.
3.0
Persoalan
1.
Pengorbanan
diri untuk orang lain
Contoh:kesanggupan
berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan
2.
Kesan
peperangan
Contoh:dalam
peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah
Membangkitkan
perasaan dendam antara satu sama lain
3.
Menegakkan
keadilan
Contoh:
menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman
Dan penindasan
demi menegakkan keadilan
4.
Kesetiaan
terhadap negara
Contoh:
setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhada pnegara yang
didiaminya
5.
Penilaian
perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks
Contoh:
Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut
keadilan
terhadapTuah
dan bukan penderhakaan kepada raja.
Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
(Sazalee Yacob)
TEMA
Harapan bapa dalam memberi pendidikan kepada
anak-anak. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka memperoleh pendidikan
yang sempurna. Walau bagaimanapun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
anak-anak sewaktu berada di menara gading.
Contoh :
(R3;B1;B2)
Di awan kampus yang sarat ilmu
Hadir sihir angin bernafas api
MAKSUD
Rangkap 1
Seorang petani yang miskin menghantar anak
perempuannya ke menara gading untuk menuntut ilmu.
Rangkap 2
Si bapa mengharapkan kebebasan yang diberikan
mampu menjadikan anaknya seorang yang tabah dan kuat berbekalkan akal untuk
keluar/meloloskan diri dari cabaran yang sukar.
Rangkap 3
Walaupun berada di menara gading namun masih
terdapat anasir-anasir yang jahat,kejam dan keji yang mampu melalaikan
seseorang.
Di menara gading, penyajak baru mengenali erti
kehidupan dan mula timbul perasaan megah/ sombong sehingga membuang/melenyapkan
sikapnya yang baik.
Rangkap 4
Si bapa mengharapkan agar anaknya mampu
menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan.
PERSOALAN
1. Persoalan pentingnya ilmu dalam kehidupan.
Contoh;
(R1;B6;B7)
Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
Memesrai azimat dan tangkal
2.
Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak.
Contoh:
(R1;B1;B2)
Kuhantar kau mengecapi angin baru
Udara lain dari kampung bendang kuningmu
3.
Persoalan menjaga maruah diri di perantauan.
Contoh :
(R4;B1;B2)
Pandai-pandailah kau terbang
Menongkah awan mulus dan kabus dingin
4.
Persoalan menuntut ilmu hingga mencapai kejayaan.
(R1;B6;B7;B8)
Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
Memesrai azimat dan tangkal
Dari tangga gading
SEJADAH RINDU
(Haikal Aminuddin)
TEMA
Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir.
Penyajak menyesali dosanya dan memohon diberi kesempatan untuk mengulang
kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak sudah benar-benar insaf.
Contoh :
(R1;B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.
MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak termanggu/ terdiam sewaktu mengenang
kembali segala kesalahan yang telah dilakukan dan telah menyesali semua
perbuatan tersebut setelah hukuman gantung dijatuhkan.
Rangkap 2
Penyajak berharap agar diberi peluang untuk
memulakan semula kehidupan lalu memandangkan masa dan peluang yang ada terlalu
singkat. Penyajak berharap agar segala kesalahannya diampunkan sebelum
meninggal dunia pada masa yang telah ditetapkan.
Rangkap 3
Dengan penuh keinsafan dan keikhlasan penyajak
berkesempatan untuk bertaubat dan sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan
yang sangat sedih.
PERSOALAN
1. Persoalan keinsafan seorang pesalah yang
menunggu hukuman
Contoh:
(R1; B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.
2.
Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat
selagi dia hidup.
Contoh :
(R3;B6;B7)
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
3.
Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk
memohon keampunan sebelum meninggal dunia.
Contoh :
(R2;B4;B5)
moga
terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku di nisankan.
4.
Persoalan ajal maut di tangan tuhan.
Contoh :
(R2;B5;B6)
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang kautetapkan.
ERTI HIDUP BERERTI
1.0
Maksud
Rangkap
1
Fikiran penyajak sering dihimbauoleh nasib malang yang mengongkongi
hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan
daripada seorang insa ntua yang kesunyian.
Rangkap
2
Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sehingga
penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup
untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak
untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan
hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.
Rangkap
3
Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun
mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada
yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak
berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantika nhubungan yang
hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang
hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.
2.0
Tema
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
- Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada
penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab
menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
3.0
Persoalan
1.
Kasih
sayang seorang ibu
Contoh: ibu
yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil
2.
Berbakti
kepada ibu
Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan
Membesarkan mereka
3.
Kebahagiaan
hidup ialah impian semua orang
Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan
Pada hari tuanya
4.
Tanggung
jawab seorang anak
Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan
Ibu kandung dan
memberikan kebahagian kepadanya
5.
Kekuasaan
Tuhan
Contoh:
ada yang mati
Ada yang hidup
Tiada yang kekal kecuali Tuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan