Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang faedah membaca dan cara-cara
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun
dan jelas diperoleh melalui amalan membaca. Oleh sebab itulah dikatakan bahawa
amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Amalan yang baik ini dapat mengasah
fikiran supaya lebih bercapah, di samping menyuburkan perkembangan jiwa
seseorang. Sehubungan
dengan itu, orang yang kurang membaca akan ketinggalan dalam segala bidang.
Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yang tinggi berdasarkan buku
yang dibacanya. Namun begitu, berapa ramaikah rakyat negara kita ini yang
mengamalkannya? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan membaca hanya
dapat dilihat di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan di sekolah
sahaja.
Berdasarkan Laporan Kajian Tabiat
Membaca Rakyat Malaysia, kadar literasi atau celik huruf di negara ini ialah 93 peratus.
Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia kini hanya
membaca dua bush buku setahun. Keadaan ini masih tidak memaaskan walaupun
tabiat membaca rakyat Malaysia telah bertambah baik. Satu dekad yang lalu,
rakyat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setahun.
Terdapat beberapa faktor yang
menjejaskan proses pembudayaan amalan membaca di negara ini. Antaranya, harga
buku yang mahal, khususnya buku ilmiah yang diimport. Hal ini menyebabkan
pembeli berfikir berkali-kali sebelum membeli buku. Keadaan ini banyak berlaku
dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat
yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menjadi penyumbang kepada
kadar pembacaan yang rendah. Persepsi orang ramai bahawa membaca hanya berlaku semasa
proses menuntut ilmu harus dikikis. Untuk menangani persepsi yang salah itu,
beberapa tindakan waj ar diambil secara berperingkat-peringkat dan berterusan.
Oleh hal yang demikian, usaha ini akan menimbulkan kesedaran bahawa orang yang
membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang hayatnya dan akan sentiasa
dihormati oleh orang lain.
Amalan membaca ialah
usaha yang dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri individu
berkenaan. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat meningkatkan
penguasaan bahasanya dan membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya.
Amalan membaca harus dipupuk supaya usaha memartabatkan ilmu itu tidak didukung
oleh sesetengah pihak sahaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga
untuk memastikan bahawa amalan membaca dapat dibudayakan. Tambahan pula, kini
segala ilmu dan maklumat lebih mudah diperoleh melalui Internet. Oleh itu,
hasrat kita untuk menjadi bangsa yang maju dan bermaklumat akan dapat dicapai
sekiranya kita tahu menghargai dan memartabatkan ilmu melalui pembacaan.
CARA-CARA MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARKAT.
1. Ibu bapa perlu menyediakan perpustakaan mini di rumah.
2. Ibu bapa harus memberi hadiah kepada anak-anak dalam bentuk buku.
3. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak mereka dengan mengamalkan budaya membaca.
4. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan program NILAM dengan bersungguh-sungguh.
5. Kerajaan hendaklah melaksanakan kempen membaca sepanjang tahun.
6. Kerajaan harus menghapuskan cukai ke atas kertas yang diimport.
7. Kerajaan harus memberi subsidi agar harga buku di pasaran rendah.
8. Kerajaan hendaklah mengadakan perpustakaan bergerak ke kawasan luar bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan