Cara-cara menggalakkan murid menyertai aktiviti kokurikulum.
Pemantauan
AT: Pihak sekolah hendaklah memastikan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di
sekolah.
AH1: Hendaklah menjalankan pemantauan terhadap
aktiviti kokurikulum dari semasa ke semasa. (Apa)
AH2: Banyak
aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan bagai melepaskan batuk di
tangga. Pelajar
berasa kecewa dan bosan.(Mengapa)
AH3: Guru
penasihat, GPK Kokurikulum harus menyelia dan memantau kegiatan kokurikulum.
(Bagaimana / Siapa)
AH4: Sekiranya
Guru penasihat dan pentadbir sekolah komited dalam tugas, dapat menarik minat murid dalam kokurikulum. (Sekiranya)
AC: Sebagai contoh, pelajar datang ke sekolah
untuk bermain bola sepak tanpa bimbingan secara
sistematik. Mereka tidak berminat dan
rela bermain di kawasan taman tempat tinggal mereka.
AS: Oleh itu, pihak sekolah mestilah memastikan
bahawa aktiviti yang dijalankan benar-benar
mendatangkan manfaat kepada murid.
Kata peribahasa apabila tiada kucing, tikus melompat
tinggi. Jadi perlu ada satu bentuk
pemantauan agar segala program yang dirancang berjalan
dengan lancar.
Sistem pendidikan baharu
AT: Kerajaan hendaklah menekankan kepentingan
penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
AH1: Kerajaan
hendaklah menekankan aspek ini melalui pengenalan sistem pendidikan
baharu.(apa)
AH2: Sistem
pendidikan yang tidak hanya mementingkan pencapaian akademik perlu
diperkenalkan
supaya murid ada hati untuk
menyertai kegiatan kokurikulum. Hal ini membolehkan pelajar memberi tumpuan yang seimbang dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum. (Mengapa)
AH3: Markah
untuk penyertaan kegiatan kokurikulum perlu diambil kira dalam pemberian sijil
peperiksaan. (Bagaimana)
AH4: Sekiranya
markah kokurikulum diambil kira untuk pemberian sijil, pelajar akan mengambil
bahagian secara aktif dalam
kokurikulum. (Sekiranya)
AC: Sebagai contoh, penglibatan seseorang
pelajar dalam bidang kokurikulum perlulah diambil kira
semasa seseorang memohon untuk
melanjutkan pelajaran ke insititusi pengajian tinggi.
AS: Dengan cara demikian, murid-murid akan
menceburi bidang kokurikulum dengan aktif.
Menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab
AT: Pihak sekolah hendaklah menubuhkan lebih
banyak persatuan dan kelab yang baharu dan sesuai dengan minat murid.
AH1: Langkah utama yang perlu dilakukan oleh pihak
sekolah ialah membuat satu kajian tentang minat pelajar dalam aktiviti kokurikulum
yang ingin diceburi. (Apa)
AH2: Dengan demikian
pelajar mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati. (Mengapa)
AH3: GPK
Kokurikulum perlu peka dan mengadakan ujian minat dalam aktiviti kokurikulum.
Ini akan memberi gambaran tentang kecenderungan
pelajar dalam kokurikulum. (Siapa / Bagaimana)
AH4: Sekiranya
setiap pelajar mengikuti aktiviti yang diminatinya, masalah ponteng aktiviti
kokurikulum tidak akan berlaku dan
pelajar akan berasa seronok semasa menjalankan aktiviti ini. (Sekiranya)
AC: Sebagai
contoh, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer untuk pelajar yang
meminati bidang teknologi maklumat.
AS: Secara tuntasnya, langkah-langkah ini akan
menarik minat para pelajar untuk bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum kerana tak kenal
maka tak cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan