(SUMBANGAN BPK)
Prosa
Klasik : Burung Terbang Dipipiskan Lada
1.0 Sinopsis
Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak
menyerang kerajaan Melaka yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah
dan kesaktian hulubalang Melaka.
Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam
yang dikenali sebagai Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah
angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan Melaka. Apabila Melaka yang
diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi surat sebagai tanda tunduk
kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa hulubalang
dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang.
Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam
itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun
Perak dari Kelang telah datang membawa bersama-sama dengan anak isteri
masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta dilantik oleh sultan sebagai bentara
kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.
Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat
tindakan Tun Perak tersebut. Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga
kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta Seri Amerta jangan mencampuri urusan
orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang Kelang yang datang dari jauh
itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperang dengan lebih
bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda
amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus
bermastautin di Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun
Perak telah dijadikan sebagai bentara di Melaka.
Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak
menghadap kerana ada seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh
Tun Perak. Setelah disoal siasat, Tun Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak
memahami tugas dan tanggungjawab diamanahkan oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu
melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf
dengan Seri Nara Diraja.
Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak
lelaki,hanya ada seorang anak perempuan yang bernama Tun Putih hasil
perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah isterinya itu mangkat barulah Seri Nara Diraja mengakui
bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tun Nina Madi hasil
perhubungan dengan gundik istana.
Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada
dua puak iaitu puak Paduka Raja dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya
mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua orang besar ini tidak dapat bekerjasama
kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh Sultan Muzaffir Syah,
baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika pembesarnya saling
tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan mencai
jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri
Nara Diraja sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara
Seri Wak Raja, saudara kepada Paduka Raja. Justeru, hubungan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda bersetuju supaya Paduka Raja
dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara Diraja menjadi penghulu
bendahari.
Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi
Dicu menyerang Melaka. Sultan mengetahui
hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan
segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama
Tun Umar yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga
buah perahu Siam telah dikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi
takut dan membatalkan hasrat menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja
menggunakan strategi memasangkan puntung api pada pokok-pokok di sepanjang
pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawa untuk mempertahankan
Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam berundur, Bendahara
Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang mulia.
Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu
sampai ke pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri
sendiri membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi anaknya Cau Pandan
menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu menggunakan
lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil di bawah
pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita rancangan
Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang
mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di
Siam. Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena
panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu
amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang setimpalnya.
Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah
memerintah Melaka, akhirnya baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja
Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah
berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih
Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati yang tiada
tolok bandingnya pada masa itu.
2.0 Tema
Keghairahan
Siam menyerang Melaka tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan menyiasat kekuatan
pihak lawan terlebih dahulu sebelum mengatur serangan.
3.0 Persoalan
1. Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur strategi
menghalang serangan dari Siam
Contoh: Tun Perak membawa rakyat dari Kelang bersama-sama
anak isteri untuk menaikkan semangat berperang
Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok
nyirih dan pokok api-api di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.
2. Semangat tidak mudah berputus asa.
Siam mengatur serangan ke atas Melaka sebanyak tiga
kali walaupun kesemua percubaan tersebut menemui kegagalan.
3. Kepentingan permuafakatan antara pemimpin memperkukuh
ketahanan
negara.
Konflik antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja telah
menyebabkan masyarakat berpecah yang boleh melemahkan kekuatan negara.
4. Perkahwinan dapat mengeratkan perhubungan persaudaraan.
Contohnya, Sultan telah menjodohkan Tun Kudu anak
saudara Tun Perak dengan Sri Nara Diraja.
5. Tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing tanpa
mencampuri urusan orang lain
mencampuri urusan orang lain
Tun Perak meminta Seri Amarta tidak mencampuri urusannya
dan mempersoalkan sesuatu tindakan yang diambil.
6. Merahsiakan sesuatu perkara bagi mengelakkan konflik
dalam
keluarga.
keluarga.
Seri Nara Diraja merahsiakan anak hasil hubungannya
dengan gundik bagi mengelakkan berkonflik dengan isteri
7. Unsur kesaktian dalam peperangan
Sidi Arab mempunyai
kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah
memanah dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan
yang berada di benua Siam.
memanah dari Melaka sehingga dapat membunuh Cau Pandan
yang berada di benua Siam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan