(SUMBANGAN BPK)
MAKSUD
Rangkap 1
Raja memerintah empatorang pembesar dan pawang raja membina istana yang
tersergam indah. Seramai 44 orang tukang
yang mahir dipaksa bekerja tanpa henti siang dan malam.
Rangkap 2
Masa yang diambil untuk membina istana yang lengkap selama 7 bulan. Istana
itu mengandungi sembilan bilik, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong
dan 12 anjung tinggi.
Rangkap 3
Tiga ruang di istana yang unik dan menarik dikhaskankepada lapan orang
menteri.
Rangkap 4
Hiasan dalaman istana bermotifkan unsur-unsur alam. Corak ukiran amat indah
dan halus seninya.
Rangkap 5
Setelah istana itu siap tukangnya
dibunuh agar tiada orang yang boleh meniru seni bina istana tersebut. Lalu
istana itu pundipersembahkan
kepada raja dan permaisurinya
TEMA
Sindiran terhadap golongan raja yang mengutamakan kepentingan sendiri untuk kemahsyuran peribadi sehingga sanggup
mengorbankan nyawa orang lain.
Contohnya:
(R1) Pawang mengerah orang bekerja.
Empat puluh empat tukang dan utas.
Siang
malam tidak berhenti.
(R5) Istana
siap tukang pun mati.,
Tiada
orang dapat meniru:
PERSOALAN
1. Persoalanseni bina
istana masyarakat melayu tradisional.
(R3) Galang-galangnya ular berang.
Kasau kecil puteri menyembah.
Kasau lentik helang berbega.
2. Persoalangolongan raja
yang mementingkan diri sendiri.
(R5) Istana siap tukang pun mat.,
Tiada orang dapat meniru:
3. Persoalankehalusan seni
ukiran melayu tradisional
(R4) Lilit-melilit akar Cina:
Garam sebuku sisa jeragan.
Bunga kenanga dimakan ular.
Layang-layang di pintu Raja.
GURINDAM
BEBERAPA PETUA HIDUP
TEMA
Nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan
penghayatan yang perlu ada dalam diri setiap insan/seseorang
MAKSUD
Rangkap 1
Orang yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan
mereka salah langkah.
Rangkap 2
Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.
Rangkap 3
Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya akan diselubungi
kesedihan.
Rangkap 4
Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna
dalam kehidupan
Rangkap 5
Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.
Rangkap 6
Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari rakan yang sesuai.
Rangkap 7
Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.
Rangkap 8
Orang yang menganiayai orang lain
akan dimurkai oleh Tuhan.
PERSOALAN
1. Persoalan berfikiran
baik dalam kehidupan.
Contoh : ( R1) Kurang fikir kurang siasat
Tentu dirimu kelak sesat
2. Menjaga percakapan
sesama insan.
Contoh ; (R2) Kalau
mulut tajam dan kasar
Boleh ditimpa bahaya besar
3. Persoalan memilih rakan
baik dalam pergaulan.
Contoh (R6) Dunia
ini taman pergaulan
Hendaklah pilih sahabat dan taulan
4. Persoalan berbudi dan berjasa
dengan ikhlas sesama manusia.
Contoh : (R7) Barang
siapa berbuat jasa
Mulia namanya segenap masa
5. Persoalan tentang setiap
perbuatan akan ada balasan.
Contoh : (R8) Barang siapa berbuat khianat
Tuhan kelak memberi laknat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan