Semoga anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan bermula pada 5.11.2012. Yakin BOLEH. Semoga sukses milik anak-anak.
Cikgu tutup tirai untuk sesi 2012. Semoga blog ini telah memberi manfaat kepada anak-anak. Terima kasih kerana melayari blog saya. Terima Kasih. Kita akan jumpa dalam sesi 2013 nanti. BYE!
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Cikgu Subra.
Tajuk-tajuk yang perlu
difokuskan:
1. Cakap ajuk dan cakap pindah
(a) Cakap ajuk – ayat dialog
Contoh: “Apa khabar, Hanafi?” tanya Ramesh.
(b) Cakap pindah – ayat penyata
Contoh: Ramesh bertanyakan khabar Hanafi.
2. Ayat aktif susunan biasa dan ayat aktif
susunan songsang
(a) Susunan biasa – subjek (FN) + predikat
(FN, FK, FSN, FA)
Contoh: Jambatan Pulau Pinang terpanjang di Asia
Tenggara
(b) Susunan songsang – predikat (FN, FK, FSN, FA) + subjek (FN)
Contoh: Terpanjang di Asia Tenggara Jambatan
Pulau Pinang.
3. Ayat pasif susunan biasa dan ayat pasif
susunan songsang
(a) Susunan biasa – subjek (FN) + predikat (FN, FK, FSN, FA)
Contoh: Buku itu telah saya baca / Buku itu
dibaca oleh adik.
(b) Susunan songsang – predikat (FN, FK, FSN, FA) + subjek (FN)
Contoh: Telah saya baca buku itu. / Dibaca oleh
adik buku itu.
4. Ayat aktif dan ayat pasif
(a) Ayat aktif – Pelaku + KKT + objek (FN)
Contoh: Saya / Ibu sedang menggoreng ikan.
(b) i. Ayat pasif (diri pertama dan kedua) – Objek + Kata ganti nama diri 1 atau 2
+ kata kerja pasif (dibuang awalan meN-)
Contoh: Ikan sedang saya goreng.
ii. Ayat pasif (diri
ketiga) – Objek + di + Kata
kerja pasif + pelaku diri ketiga.
Contoh: Ikan sedang digoreng oleh ibu.
5. Ayat Aktif
(a) Ayat aktif transitif – ada objek dan BOLEH dipasifkan.
Contoh: Saya sedang membaca buku.
(b) Ayat aktif tak transitif – ada pelengkap dan TIDAK boleh
dipasifkan.
Contoh: Adik sedang menari di atas pentas.
6. Ayat Majmuk
(a) Ayat majmuk gabungan - dan, serta, atau, sambil, lalu, maka,
sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila
(b) Ayat majmuk pancangan:
i. pancangan relatif – yang
ii. pancangan komplemen – bahawa
iii. pancangan keterangan - ketika, kerana,
sekiranya, lantaran, andai kata dan sebagainya
(c) Ayat majmuk campuran – gabungan + pancangan
7. Ayat Perintah
(a) Ayat Suruhan
Contoh: Minumlah, angkatkan, siapkan dsb
(b) Ayat Permintaan – minta atau tolong
(c) Ayat Larangan – jangan, usah, tak usah, dilarang atau
ditegah
(d) Ayat Silaan – sila atau jemput
8. Jenis-jenis ayat
(a) Ayat penyata – ayat keterangan atau ayat berita
(b) Ayat songsang – pendepanan predikat
(c) Ayat nafi – tidak / bukan
(d) Ayat tanya – susunan biasa / susunan songsan
(e) Ayat seruan
(f) Ayat aktif – transitif / tak transitif
(g) Ayat pasif – susunan biasa / susunan songsang
(h) Ayat perintah – suruhan / permintaan / silaan /
larangan
(i) Ayat tunggal – satu subjek + satu predikat
(j) Ayat majmuk – gabungan
/ pancangan / keterangan
Sumber: Cikgu Anelyza. Terima kasih
Soalan Percubaan MRSM 2012:
MRSM
1. Isu
kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian serius. Sebagai
pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk
memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
Pendahuluan
: Sekolah
boleh diibaratkan sebagai taman-taman intelektual yang turut berperanan sebagai
kilang yang mengeluarkan tenaga manusia yang berkaliber. Sekolah turut menjadi
penyumbang pembinaan sebuah bangsa yang berperadaban dan lestari. Setiap insan
yang keluar dari sesebuah institusi sekolah dengan jayanya pasti menjadi aset
yang bernilai kepada masyarakatnya. Sebagai sebuah organisasi yang
banyak menabur budi kepada manusia, sekolah seharusnya memiliki ciri-ciri yang
boleh dibanggakan seperti cemerlang, kualiti disiplin, dan landskap yang cantik
dan bersih. Dalam merealisasikan hajat tersebut, pihak pengurusan dan guru
sahaja tidak mampu untuk melaksanakannya, melainkan usaha tersebut harus
menerima sentuhan ajaib daripada para pelajar sendiri. Oleh itu, saya sentiasa
terpanggil dan beriltizam untuk turut sama menyumbang tenaga dan idea agar
sekolah saya sentiasa bersih dan ceria.
Isi-isi
penting :
Isi
1 : Sedar dan insaf bahawa disiplin adalah antara penyumbang paling
penting –
kekebalan disiplin mampu menghalang pelajar berbuat sesuatu yang tidak sesuai
semasa di sekolah – menyebabkan nama sekolah jatuh - menyeru, mengajak dan
menunjuk teladan yang baik kepada raka-rakan agar sama-sama menyayangi sekolah
Isi
2 : Membudayakan amalan 3K (Kebersihan, Keceriaan, dan Keselamatan)
– program
yang meletakkan sasaran supaya sekolah menjadi tempat yang selamat dan
menyeronokkan pelajar – berganding bahu dengan semua warga sekolah
Isi
3 : Mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mewujudkan kawasan
angkat untuk pelajar – pelajar melalui persatuan dan kelab
menjaga dan menghiaskan kawasan kebanggaan yang menjadi milik mereka
Isi
4 : Mencadangkan pihak sekolah menganjurkan pertandingan bersih dan
indah –pertandingan
termasuk bilik kelas dan kawasan angkat – melahirkan komitmen yang tinggi
kepada pelajar untuk berbangga dengan kawasan angkat mereka
Isi
5 : Menganjurkan pertandingan yang berbentuk koakademik – pertandingan
melukis mural, poster, kata-kata hikmat dan pertandingan mengarang – mencungkil
bakat dan apresiasi pelajar terhadap sekolah yang dicintai
Kesimpulan
: Pesanan
daripada peribahasa, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar
haruslah diterapkan ke dalam jiwa pelajar agar terus mencintai dan berbangga
akan alma mater yang pernah mendidik mereka. Sebagai tanda sayang, saya akan
terus komited untuk mengangkat imej sekolah saya dalam semua perkara termasuk
menjadikan sekolah saya yang terbaik dan terindah landskap dan budayanya.
2. Kejayaan
anak-anak berkait rapat dengan keperihatinan ibu bapa. Ulaskan pernyataan di
atas.
Pendahuluan
: ‘Keluarga’
ungkapan keramat yang wujud sejak berabad silam merupakan paksi yang melahirkan
tamadun manusia hingga kini. Kesempurnaan keluarga menjadi penentu kepada
masayarakat yang progresif dan dinamik. Dengan yang demikian, saya
berpendapat, ibu bapa yang perihatin akan menentukan kejayaan anak-anak mereka.
Isi
1 : Membina sebuah keluarga yang beriman dan bertakwa
– hidup
yang berpaksikan iman dan takwa akan mendapat taufik dan hidayah Allah –
terlindung daripada perkara-perkara keji yang boleh memporak-perandakan
keluarga
Isi
2 : Dapat melahirkan zuriat yang sempurna dan seimbang
dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi - asuhan
dan belaian yang sempurna menjadi ‘baja’ kepada pertumbuhan sahsiah anak-anak
- interaksi keluarga yang lemah lembut dapat membentuk sikap
penyayang (mawadah)
Isi
3 : Dapat membina sebuah keluarga yang mementingkan
akhlak, agama, dan ilmu pengetahuan - anak-anak yang
berakhlak dan beragama bakal menjadi modal insan yang berkualiti - anak-anak
akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pelajaran dan
memperoleh kerjaya yang cemerlang
Isi
4 : Menghindari segala tindakan negatif daripada
anak-anak – mengawal emosi yang tenteram
dalam kalangan anak-anak – memebentuk minda yang cerdas - ibu bapa dapat
mengawal anak-anak daripada anasir buruk dan memberi motivasi untuk memburu
cita-cita dan ingin menjadi cemerlang
Kesimpulan
: Keluarga
pasti menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga merupakan institusi
tertua menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu, keluarga yang harmoni
pasti menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak.
3. Kebiasaan
mengambil makanan segera seperti burger, piza dan mi segera menjadi suatu trend
dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, anda ingin
menulis sebuah rencana yang akan disiarkan dalam akhbar tempatan yang bertajuk,
“Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan”. Tulis
rencana tersebut selengkapnya.
Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera
oleh
Abdul Rauf Bin Muhammad
Makanan segera ialah makanan yang paling disukai oleh golongan muda. Kanak-kanak juga menggemarinya. Terdapat banyak makanan ringan yang dijual di restoran dan gerai. Contoh makanan segera ialah burger, kentang goreng, pizza dan ayam goreng. Ada banyak keburukan makanan segera.
Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi penyebab penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini kerana makanan segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan kek. Oleh itu, makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit berbahaya.
Selain itu, makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan / obesiti / kegendutan. Hal ini kerana, makanan segera banyak mengandungi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng, pizza dan burger. Kandungan lemak dalam ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, makanan segera dapat menyebabkan berat badan seseorang itu mudah menjadi gemuk.
Di samping itu, makanan segera juga menyebabkan perubahan gaya hidup. Kanak-kanak dan golongan muda akan hilang nilai ketimuran. Hal ini kerana kebanyakan makanan segera berasal dari Barat. Kanak-kanak dan golongan muda akan menganggap makanan dari Barat lebih berkhasiat daripada makanan tempatan. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan perubahan gaya hidup.
Tambahan pula, makanan segera dapat mengganggu emosi. Ahli-ahli sains mendapati ada kaitan antara makanan segera dengan perlakuan ganas. Makanan manis seperti kek dan donut akan menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Makanan manis akan menaikkan paras gula darah. Kenaikan paras gula menyebabkan seseorang itu mudah letih dan mudah marah. Oleh itu, makanan segera dapat menyebabkan gangguan emosi. Dengan itu janganlah suka makan makanan segera.
Akhir sekali, makanan segera menyebabkan tumbesaran seseorang terencat/terganggu. Makanan segera bukan makanan seimbang. Makanan segera banyak mengandungi lemak dan garam. Contohnya, ayam goreng, pizza dan burger. Apabila makan makanan yang tidak seimbang, tumbesaran tubuh/badan akan terganggu.Berat badan tidak sepadan dengan umur. Badan akan menjadi tidak sihat dengan perut yang buncit. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan kerencatan tumbesaran tubuh seseorang.
Kesimpulannya, terdapat banyak keburukan / akibat / kesan makan makanan segera. Ibu bapa hendaklah pastikan anak-anak tidak mengambil terlalu banyak makanan segera. Pihak sekolah pula hendaklah menjelaskan keburukan makanan segera kepada murid-murid. Oleh itu, kita akan dapat melahirkan anak-anak yang sihat tubuh badan. Rakyat sihat negara maju.
Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi penyebab penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini kerana makanan segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan kek. Oleh itu, makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit berbahaya.
Selain itu, makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan / obesiti / kegendutan. Hal ini kerana, makanan segera banyak mengandungi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng, pizza dan burger. Kandungan lemak dalam ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, makanan segera dapat menyebabkan berat badan seseorang itu mudah menjadi gemuk.
Di samping itu, makanan segera juga menyebabkan perubahan gaya hidup. Kanak-kanak dan golongan muda akan hilang nilai ketimuran. Hal ini kerana kebanyakan makanan segera berasal dari Barat. Kanak-kanak dan golongan muda akan menganggap makanan dari Barat lebih berkhasiat daripada makanan tempatan. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan perubahan gaya hidup.
Tambahan pula, makanan segera dapat mengganggu emosi. Ahli-ahli sains mendapati ada kaitan antara makanan segera dengan perlakuan ganas. Makanan manis seperti kek dan donut akan menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Makanan manis akan menaikkan paras gula darah. Kenaikan paras gula menyebabkan seseorang itu mudah letih dan mudah marah. Oleh itu, makanan segera dapat menyebabkan gangguan emosi. Dengan itu janganlah suka makan makanan segera.
Akhir sekali, makanan segera menyebabkan tumbesaran seseorang terencat/terganggu. Makanan segera bukan makanan seimbang. Makanan segera banyak mengandungi lemak dan garam. Contohnya, ayam goreng, pizza dan burger. Apabila makan makanan yang tidak seimbang, tumbesaran tubuh/badan akan terganggu.Berat badan tidak sepadan dengan umur. Badan akan menjadi tidak sihat dengan perut yang buncit. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan kerencatan tumbesaran tubuh seseorang.
Kesimpulannya, terdapat banyak keburukan / akibat / kesan makan makanan segera. Ibu bapa hendaklah pastikan anak-anak tidak mengambil terlalu banyak makanan segera. Pihak sekolah pula hendaklah menjelaskan keburukan makanan segera kepada murid-murid. Oleh itu, kita akan dapat melahirkan anak-anak yang sihat tubuh badan. Rakyat sihat negara maju.
4. Beberapa
buah negara di dunia sedang mengalami pergolakan politik dan peperangan yang
berlarutan sehingga menyebabkan rakyat hidup sengsara. Oleh itu, penglibatan
Malaysia dan beberapa buah negara yang lain menganggotai misi keamanan dunia amatlah
dipuji. Jelaskan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menjayakan misi tersebut.
Pendahuluan
: Gajah
sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah. Peribahasa tersebut
benar-benar menggambarkan nasib malang yang ditanggung oleh rakyat jelata
apabila kuasa-kuasa pemerintah bertelagah sesama sendiri. Korban rakyat Iraq
yang sudah mencecah hampir sejuta orang berpunca daripada sikap angkuh mantan
Presiden Amerika George W. Bush. Pada hari ini rakyat di rantau Timur Tengah
sedang bertumpah darah demi menumbangkan regim kuku besi yang menzalimi mereka.
Malahan malapetaka yang sudah sekian lama menimpa rakyat Palestin, Pakistan,
Afghanistan, Kashmir, Darfur, dan pembersihan etnik yang berlaku di beberapa
negara di Afrika telah menyaksikan sejarah peradaban manusia semakin ternoda.
Oleh itu, selagi peluang masih ada, kita wajarlah menelusuri akan punca gejala
tersebut membara dan seterusnya bertindak atas hemat untuk menyelesaikan krisis
kemanusiaan tersebut.
Isi-isi
penting :
Isi
1 : Misi keamanan melalui misi kebudayaan dan seni
- menghormati
kebudayaan, kesenian, adab, dan fahaman agama – menyampaikan mesej bahawa semua
manusia mempunyai hak untuk hidup, untuk bernegara dan memiliki kebebasan
Isi
2 : Duta kecil dalam bidang ilmu pengetahuan – membuka peluang
belajar sama ada di IPTA atau IPTS untuk seluruh warga dunia – menyampaikan
mesej melalui saluran ilmu pengetahuan – inspirasi daripada keamanan dan
keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia - bertukar-tukar pengalaman tentang
isu budaya, dan adab resam - menjalinkan hubungan mesra atas misi sebagai
pelajar
Isi
3 : Menghantar pasukan misi damai dan pasukan pengaman di
bawah panji-panji PBB – menghalang perang saudara, memastikan
genjatan senjata– tentera pengaman di Somalia, di Balkan dan Lebanon
Isi
4 : Misi kemanusiaan di wilayah yang sedang bergolak – bantuan
keperluan asas (makanan, ubat-ubatan dan pakaian) – misi bantuan ke Palestin
(Viva Palestina), Rohingya, Kemboja – bantuan diberi tidak memilih perbezaan
ideologi politik, agama, atau wilayah
Isi
5 : Menganjurkan persidangan untuk keamanan di peringkat
antarabangsa – Kuala Lumpur sering dipilih sebagai tuan
rumah – berusaha menyatukan
pihak yang bertelagah untuk kembali ke meja rundingan
Isi
6: Misi keamanan melalui khidmat tentera pengaman - dianjurkan
di bawah payung misi keamanan PBB - untuk mengawal kawasan yang dilanda perang
saudara - membantu menyelamatkan mangsa perang oleh pasukan perubatan, khidmat
masyarakat, kaunseling, dan pendidikan - delegasi tentera
dapat menjadi duta kecil menjalinkan hubungan kemanusiaan dan sosial dengan
negara tempat bertugas – MALBAT dan MALCOM mendapat pujian dan pengiktirafan
semasa di Bosnia
Kesimpulan
: Sesungguhnya
setiap insan mempunyai hak untuk hidup dan hak untuk memperoleh kebebasan. Maha
kaya Tuhan telah menciptakan pelbagai bentuk bumi dan pelbagai bangsa dengan
setiap bangsa diperuntukkan tanah air sendiri. Sudah sewajarnya bangsa tersebut
memakmurkan bumi mereka sendiri. Secara tegas pula, mereka dilarang mengancam
peluang orang lain untuk hidup selamat. Seyogia, angkara sombong yang
mengganggu hak orang lain untuk hidup bebas perlu dibanteras sepenuhnya.
Diubahsuaikan daripada blog Cikgu Ishak Md Shah. Terima kasih.