Masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada kecuaian ibu bapa. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
Blog ini bertujuan memberi bimbingan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan SPM.
Khamis, 25 Februari 2016
Ahad, 21 Februari 2016
LATIHAN MENUKAR CAKAP AJUK KE CAKAP PINDAH
Kepada anak-anak didik di 5ICT, berikut ialah latihan
tatabahasa – cakap ajuk cakap pindah
pada hari Isnin 22.2.2016. Sila sediakan jawapan dan kita bincang
jawapannya pada hari Isnin.
Tukar cakap ajuk ke cakap pindah.
1.“Awak sudah makan?” Tanya Nur kepada Ahmad.
…………………………………………………………………………………………
2.“Awak nak pergi ke mana?” Tanya Lai kepada Mei Mei.
…………………………………………………………………………………………
3.“Muthu, kenapa awak tak hadir sekolah semalam?” Tanya Pn.Maslina.
…………………………………………………………………………………………
4.“Semua murid kelas 5ICT turun ke padang sekarang juga,” kata
En.Farid.
…………………………………………………………………………………………
5.“Hai,
Ani! Mengapa termenung?” Tanya Natasya.
…………………………………………………………………………………………
6.“Siti,
boleh kautolong aku?” Tanya Mellisa.
…………………………………………………………………………………………
7.“ Bagaimana dengan rancangan awak
? “ tanya Salleh kepada Selvam.
…………………………………………………………………………………………
8.Tukarkan cakap ajuk di
bawah ini kepada cakap pindah
Hassan
|
Hai, Shiela! Tahniah!
|
Shiela
|
Tahniah? Mengapa? Aku belum tahu hujung pangkal percakapan kamu.
|
Hassan
|
Tahniah kerana awaklah pelajar cemerlang SPM sekolah kita.
|
Shiela
|
Siapa yang memberitahu kamu? Aku sendiri pun belum tahu lagi.
|
Hassan
|
Cikgu Halimah yang memberitahu aku semasa aku ambil slip keputusan
peperiksaan tadi.
|
Shiela
|
Nantilah, aku ke sekolah dulu.
Aku perlu pastikan dulu benar tidaknya kata-kata kamu itu.
|
Hassan
|
Percayalah cakap aku. Aku serius.
|
Shiela
|
Aku kena hati-hati dengan kamu, dulu aku pernah terkena sekali.
|
Hassan
|
Kali ini aku tak tipu lagi.
|
Shiela
|
Lain kali jangan biasa berbuat sesuatu yang orang tak percaya. Berita betul sekalipun orang masih sangsi.
|
Latihan rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang faedah membaca dan cara-cara
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun
dan jelas diperoleh melalui amalan membaca. Oleh sebab itulah dikatakan bahawa
amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Amalan yang baik ini dapat mengasah
fikiran supaya lebih bercapah, di samping menyuburkan perkembangan jiwa
seseorang. Sehubungan
dengan itu, orang yang kurang membaca akan ketinggalan dalam segala bidang.
Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yang tinggi berdasarkan buku
yang dibacanya. Namun begitu, berapa ramaikah rakyat negara kita ini yang
mengamalkannya? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan membaca hanya
dapat dilihat di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan di sekolah
sahaja.
Berdasarkan Laporan Kajian Tabiat
Membaca Rakyat Malaysia, kadar literasi atau celik huruf di negara ini ialah 93 peratus.
Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia kini hanya
membaca dua bush buku setahun. Keadaan ini masih tidak memaaskan walaupun
tabiat membaca rakyat Malaysia telah bertambah baik. Satu dekad yang lalu,
rakyat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setahun.
Terdapat beberapa faktor yang
menjejaskan proses pembudayaan amalan membaca di negara ini. Antaranya, harga
buku yang mahal, khususnya buku ilmiah yang diimport. Hal ini menyebabkan
pembeli berfikir berkali-kali sebelum membeli buku. Keadaan ini banyak berlaku
dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat
yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menjadi penyumbang kepada
kadar pembacaan yang rendah. Persepsi orang ramai bahawa membaca hanya berlaku semasa
proses menuntut ilmu harus dikikis. Untuk menangani persepsi yang salah itu,
beberapa tindakan waj ar diambil secara berperingkat-peringkat dan berterusan.
Oleh hal yang demikian, usaha ini akan menimbulkan kesedaran bahawa orang yang
membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang hayatnya dan akan sentiasa
dihormati oleh orang lain.
Amalan membaca ialah
usaha yang dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri individu
berkenaan. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat meningkatkan
penguasaan bahasanya dan membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya.
Amalan membaca harus dipupuk supaya usaha memartabatkan ilmu itu tidak didukung
oleh sesetengah pihak sahaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga
untuk memastikan bahawa amalan membaca dapat dibudayakan. Tambahan pula, kini
segala ilmu dan maklumat lebih mudah diperoleh melalui Internet. Oleh itu,
hasrat kita untuk menjadi bangsa yang maju dan bermaklumat akan dapat dicapai
sekiranya kita tahu menghargai dan memartabatkan ilmu melalui pembacaan.
CARA-CARA MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARKAT.
1. Ibu bapa perlu menyediakan perpustakaan mini di rumah.
2. Ibu bapa harus memberi hadiah kepada anak-anak dalam bentuk buku.
3. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak mereka dengan mengamalkan budaya membaca.
4. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan program NILAM dengan bersungguh-sungguh.
5. Kerajaan hendaklah melaksanakan kempen membaca sepanjang tahun.
6. Kerajaan harus menghapuskan cukai ke atas kertas yang diimport.
7. Kerajaan harus memberi subsidi agar harga buku di pasaran rendah.
8. Kerajaan hendaklah mengadakan perpustakaan bergerak ke kawasan luar bandar.
Khamis, 18 Februari 2016
LATIHAN 1
Tukarkan cakap ajuk di
bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati:
Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung.
Bukankah kita sudah lama
berkawan?
Norasyikin: Sebenarnya
ibu Syikin sakit.
Jawapan:
Norhayati
bertanya kepada Norasyikin sebab-sebab dia tidak datang ke sekolah pada hari
semalamnya. Norasyikin terlebih dahulu memohon maaf kepada Norhayati.
Seterusnya dia memberitahu Norhayati bahawa dia tidak datang ke sekolah kerana
ada hal di rumah. Norhayati pula tetap ingin mengetahui hal berkenaan dengan
alasan bahawa mereka boleh menanggungnya bersama-sama kerana mereka sudah lama
berkawan. Norasyikin memberitahu Norhayati hal sebenar iaitu ibunya jatuh
sakit.
LATIHAN 2
Tukarkan cakap ajuk di
bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah,
sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi
Pedas.
MAWI : Yalah , minya
pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi
pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh
begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX :
Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia.
Jawapan:
Mawi berasa teruja
sambil mengatakan kepada Felix bahawa mi yang dimakannya itu sedap. Seterusnya
dia ingin mengetahui nama mi itu daripada Felix. Felix menjawab bahawa nama mi
itu ialah Mi Pedas. Mawi mengiayakan bahawa sememangnya mi itu pedas. Sekali
lagi dia bertanya kepada Felix nama mi itu. Felix menegaskan bahawa nama mi itu
ialah Mi Pedas. Seterunya dia menerangkan kepada Mawi bahawa menurut Dolah,
nama mi itu ialah Mi Pedas. Baru Mawi menyedari
bahawa nama mi itu Mi Pedas. Seterusnya dia bertanya kepada Felix sama
ada dia sengaja datang ke kedai itu untuk makan Mi Pedas. Felix mengiayakan
kata-kata Mawi sambil mengingatkan Mawi
bahawa dahulu dia telah berjanji untuk membelanjainya Mi Pedas.
Rabu, 17 Februari 2016
Bab 1 - 5 Novel Bima Sakti Menari
Sila
isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan sinopsis novel Bima
Sakti Menari.
Bab
1
Dalam
bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan
guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, _______hadir ke balai
cerap tersebut untuk melihat buruj ____ atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi
masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap _____. Nurul Hafsa yang pada mulanya
runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan
yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di _________. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa
telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa
dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali
ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan
bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia,
manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa Tuhan
menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak ____ dengan
sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
Bab
2
Dalam
bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan _____ yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad _____. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung
tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan
datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang
dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik
tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian ______
menyebabkan mereka tidak _____ untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah ______ Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat
beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang
diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi
kembali meneruskan tugas beliau.
Bab
3
Nurul
Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat
melihat ______ di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada
abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip
dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, _________. Sesampai di sana,
Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk
melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam
imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu __________
dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata.
Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu
kehadiran tetamu yang sangat ________. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan
bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang
terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang ______. Nurul Hafsa turut
mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang
sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip
berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang
perjalanan pulang, Nurul hafsa ________ perasaan sambil memikirkan sudut
hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala
Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
___________ dengan senyap.
Bab
4
Budiman
kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. ________ solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar
Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat
jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru
Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan _______________ sejak tiga tahun yang
lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya,
Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh __________ untuk membantu peminat-peminat
kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor
yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas
8, iaitu langit ______ dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu.
Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak _______dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan
yang tidak terancang.
Bab
5
Tan
Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat
projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas _______ kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ.
Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada ________ isterinya bahawa beliau
telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa
Puan Maryam telah _______. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada
anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang
dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri
Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan ________ dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung __________ mereka berdua.
Selasa, 16 Februari 2016
LATIHAN
KEPADA ANAK-ANAK DIDIK 5ICT, SILA SIAPKAN DUA LATIHAN BERIKUT DAN HANTAR KEPADA SAYA SELEWAT-LEWATNYA PADA 19.2.2016 (JUMAAT) . SELAMAT MENCUBA.
LATIHAN 1
Tukarkan
cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah
semalam?
Norasyikin: Syikin
minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa
halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung.
Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.
LATIHAN 2
Tukarkan
cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah,
sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi
Pedas.
MAWI : Yalah , minya pedas.Memang pedas.........
tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi
Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini
sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah
dia.
PANDUAN
MENUKARKAN CAKAP AJUK KE CAKAP PINDAH

Cakap Ajuk
|
Cakap Pindah
|
Saya, aku, hamba, patik
|
Dia, ia, nya
|
beta
|
baginda
|
Kita, kami
|
mereka
|
Kamu, awak, anda, engkau
|
Saya, kami, dia, mereka, nya
|
dia
|
dia
|
mereka
|
mereka
|
ini
|
itu
|
itu
|
itu
|
sini
|
|
|
situ
|
situ
|
situ
|
begini
|
begitu
|
begitu
|
begitu
|
sekarang
|
Pada masa itu / ketika itu
|
tadi
|
Tadinya itu
|
Malam tadi
|
Malam yang lepas, malam dahulu
|
semalam
|
Hari semalamnya
|
esok
|
Esoknya itu
|
kelmarin
|
kelmarinnya
|
ya
|
Mengeyakan/ mengiakan
|
tidak
|
Menafikan / menidakkan
|
bukan
|
menolak
|
Cis!
|
Dengan marahnya
|
Amboi!
|
Dengan perasaan terkejut
|
Hore!
|
Dengan hati yang gembira
|
Aduh!
|
Sambil mengerang kesakitan
|
Eh!
|
Dengan nada hairan
|
Hai!
|
memanggil
|
Ya?
|
Berasa hairan, tidak percaya
|
Langgan:
Catatan (Atom)