Khamis, 25 Februari 2016


Masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada kecuaian ibu bapa. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

6 ulasan:

SATHYA GANANAATHAA SATTIAMURTI berkata...

Dalam era permodenan yang mengharung kemajuan,masalah sosial semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan remaja dan menjadi kemelut di negara kita. Isu ini telah merebak bagai virus epidemik yang semakin membimbangkan dan mendapat perhatian semua pihak termasuk para wartawan yang inginkan topik hangat. Statistik menunjukkan bahawa masalah sosial yang dilaporkan dilaporkan di nusa kita pada saban tahun telah berlipat ganda jika dibandingkan dengan tahun 2005. Hal ini menandakan bahawa masalah ini semakin bertambah sehingga tiada penamatnya. Bak kata pepatah,"jika tidak kerana angin,masakan pokok bergoyang". Walau bagaimanapun,kecuaian ibu bapa telah "diisytiharkan" sebagai punca utama masalah sosial dalam kalangan remaja.

SATHYA GANANAATHAA SATTIAMURTI berkata...

Kelalaian ibu bapa merupakan salah satu punca kejadian masalah sosial yang dapat jelas dilihat. Perkara ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa bekerja untuk menampung kehidupan dalam dunia yang penuh dengan bersaingan. Mereka bekerja siang dan malam untuk memperoleh gaji yang lumayan. Akibatnya,mereka terpaksa lepas tangan terhadap anak dan mengutamakan pekerjaan mereka serta kebajikan anak-anak diabaikan. Keadaan ini selaras dengan pepatah "kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan". Tujuan ibu bapa yang baik telah disalah anggap oleh anak dan mereka menganggap seolah-olah tidak disayangi dan diabaikan. Oleh yang demikian,mereka pun berjinak-jinak dengan kumpulan negatif dan terlibat dalam masalah sosial.

SATHYA GANANAATHAA SATTIAMURTI berkata...

Selain itu,ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam pembentukan akhlak anak. Hal ini kerana anak yang berakhlak mulia tidak akan terpengarauh dengan masalah sosial dan kegiatan. Pepatah Melayu "Anak-anak umpama sehelai kain putih.Ibu bapalah yang mencorakkannya" menjelaskan peranan ibu bapa untuk membentuk akhlak anak-anak". Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh dan menjadi suri teladan yang baik kepada anak. Ibu bapa tidak seharusnya melontarkan kata-kata kesat di hadapan anak dan terlibat dalam kegiatan negatif. Perbuatan tersebut boleh menjadi ikutan anak-anak. Bak kata pepatah "bengkok batang bengkoklah bayangnya". Ibu bapa juga seharusnya mengawasi gerak-geri anak kerana "sayang anak tangan-tangankan,sayang usteri tinggalkan-tinggalkan". Justeru,ibu bapa harus memberi didikan agama yang sewajarnya untuk membentuk akhlak mereka.

SATHYA GANANAATHAA SATTIAMURTI berkata...

Masalah sosial dalam kalangan remaja bukan sahaja berpunca daripada ibu bapa malah disebabkan oleh faktor persekitaran. Remaja yang masih belum matang dari segi pemikiran dan pemikiran mudah terpengaruh dengan apa berlaku di persekitaran mereka terutamanya melalui filem-filem yang mengandungi unsur negatif. Unsur-unsur tersebut dalat meracuni pemikiran remaja. Remaja yang seringkali menonton filem-filem Barat yang memaparkan budaya Badaya yang bercanggah dengan budaya kita mudah terpengaruh dengan aksi-aksi bercinta. Secara tidak langsung,hal ini boleh mengundang masalah sosial terutamanya seks bebas dan bohsia dalam kalangan remaja. Justeru, media massa adalah faktor masalah sosial berlaku.

SATHYA GANANAATHAA SATTIAMURTI berkata...

Akhir sekali,tidak dapat dinafikan bahawa sikap remaja sendiri adalah punca utama masalah sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap insan di dunia dikurniakan otak untuk berfikir dan membuat keputusan rasional. Remaja terlalu mengikut hawa nafsu dan memiliki sifat ingin tahu yang mendalam. Bak kata pepatah "ikut hati mati,ikut rasa binasa". Pepatah Bahasa Inggeris juga menyebut " kita boleh memimpin seekor kuda ke air tetapi kita tidak mampu membuatkannya minum". Remaja juga terikut dengan kata-kata manis dan perlakuan rakan sebaya bagai kerbau dicucuk hidung. Mereka telah melupakan ungkapan "dengar cakap enggang makan buah beluluk,dengar cakap orang terjun masuk lubuk. Lantaran itu,remaja harus bersikap matang dalam membuat pertimbangan dan mengambil keputusan.

SATHYA GANANAATHAA SATTIAMURTI berkata...

Tuntasnya,masalah sosial dakam kalangan remaja dapat dibendung sekiranya semua pihak berganding bahu untuk mengambil inisiatif penyelesaian masalah ini. Masalah yang berakar umbi perlu disekat dan diatasi supaya tidak menjadi "duri dakam daging" di tanah air kita. "Berikan saya sepuluh orang remaja,nescaya saya akan gegarkan dunia",dilontarkan oleh mantan Presiden Parti Indonesia,Soekarna menjelaskan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian,kita harus berusaha untuk melahirkan pemimpin generasi akan datang yang berakhlak kerana "pemuda tiang negara,pemudi harapan bangsa".