Google+ Followers

Rabu, 3 Februari 2016

                     Cara-cara menggalakkan murid menyertai aktiviti kokurikulum.                

Pemantauan
AT:     Pihak sekolah hendaklah memastikan pelaksanaan  aktiviti kokurikulum di sekolah.
AH1:  Hendaklah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari semasa ke semasa. (Apa)
AH2: Banyak aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga.  Pelajar 
          berasa kecewa dan bosan.(Mengapa)
AH3: Guru penasihat, GPK Kokurikulum harus menyelia dan memantau kegiatan kokurikulum.
           (Bagaimana / Siapa)
AH4: Sekiranya Guru penasihat dan pentadbir sekolah komited dalam tugas, dapat menarik minat                  murid dalam kokurikulum. (Sekiranya)
AC:   Sebagai contoh, pelajar datang ke sekolah untuk bermain bola sepak tanpa bimbingan secara
          sistematik. Mereka tidak berminat dan rela bermain di kawasan taman tempat tinggal mereka.
AS:   Oleh itu, pihak sekolah mestilah memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan benar-benar
          mendatangkan manfaat kepada murid. Kata peribahasa apabila tiada kucing, tikus melompat
          tinggi. Jadi perlu ada satu bentuk pemantauan agar segala program yang dirancang berjalan
          dengan lancar.

Sistem pendidikan baharu

AT:   Kerajaan hendaklah menekankan kepentingan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
AH1: Kerajaan hendaklah menekankan aspek ini melalui pengenalan sistem pendidikan baharu.(apa)
AH2: Sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan pencapaian akademik perlu diperkenalkan 
           supaya murid ada hati untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Hal ini membolehkan pelajar                memberi  tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. (Mengapa)
AH3: Markah untuk penyertaan kegiatan kokurikulum perlu diambil kira dalam pemberian sijil
           peperiksaan. (Bagaimana)
AH4: Sekiranya markah kokurikulum diambil kira untuk pemberian sijil, pelajar akan mengambil
          bahagian secara aktif dalam kokurikulum. (Sekiranya)
AC:   Sebagai contoh, penglibatan seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum perlulah diambil kira
          semasa seseorang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke insititusi pengajian tinggi.
AS:   Dengan cara demikian, murid-murid akan menceburi bidang kokurikulum dengan aktif.

Menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab

AT:   Pihak sekolah hendaklah menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu dan                     sesuai  dengan minat murid.
AH1:  Langkah utama yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah membuat satu kajian tentang                  minat pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang ingin diceburi. (Apa)
AH2: Dengan demikian pelajar mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti                                 kokurikulum yang diminati. (Mengapa)
AH3: GPK Kokurikulum perlu peka dan mengadakan ujian minat dalam aktiviti kokurikulum. Ini             akan memberi gambaran tentang kecenderungan pelajar dalam kokurikulum. (Siapa / Bagaimana)
AH4: Sekiranya setiap pelajar mengikuti aktiviti yang diminatinya, masalah ponteng aktiviti
           kokurikulum tidak akan berlaku dan pelajar akan berasa seronok semasa menjalankan aktiviti              ini. (Sekiranya)
AC: Sebagai contoh, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer untuk pelajar yang
         meminati bidang teknologi maklumat.
AS:  Secara tuntasnya, langkah-langkah ini akan menarik minat para pelajar untuk bergiat cergas                  dalam kegiatan kokurikulum kerana tak kenal maka tak cinta.



Tiada ulasan: