Google+ Followers

Ahad, 7 Februari 2016

Berikut ialah analsisi Tingkatan 5 Tahun 2016.
(SUMBANGAN BPK)

SAJAK: KUDUP PERANG

1.0            Maksud

Rangkap 1

Peperangan akan mengakibatkan kezaliman dan penindasan serta membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain. Namun begitu kita perlu bersyukur kerana walau dihimpit kesengsaraan oleh perang masih ada insan yang berani untuk bangkit berjuang walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya. Dia juga masih dapat memberikan harapan masa depan yang lebih baik. Timbul persoalan tentang siapakah pemimpin yang sejati.

Rangkap 2

Kita tidak sempat menganalisis dan berfikir untuk masa depan ketika konflik dan pertarungan untuk memegang tampuk kekuasaan. Pertentangan menjadi permusuhan  yang  menimbulkan pelbagai tafsiran yang mengelirukan. Timbul persoalan siapakah yang akan memusnahkan pendusta?

Rangkap 3

Sekiranya pejuang tersebut seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya sebagai seorang panglima  yang  paling gagah kerana keampuhan kesetiaannya terhadap kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan. Kadang-kadang kesetiaan itu dimusnahkan oleh pengadu domba. Kesannya memberikan kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri. Sekiranya pejuang tersebut sepert iJebat, kita tidak boleh melabelkannya sebagai pengkhianat kerana kita masih mengingati keadilan yang musnah kerana fitnah yang bermaharalela.  Ada orang mengaguminya sebagai tokoh pejuang.

Rangkap4

Perebutan kuasa telah melenyapkan pelbagai tipu daya yang sering dikaitkan dengan kepalsuan.  Akhirnya, telah mengembalikan kebenaran kepada haknya, memberikan kesejahteraan dan melenyapkan perasaan dendam.

2.0            Tema

Peperangan mengakibatkan kezaliman dan mencetuskan semangat perjuangan
- Peperangan menyebabkan kezaliman, penindasan dan perasaan dendam. Selain itu, peperangan juga mencetuskan semangat perjuangan untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

3.0            Persoalan

1.     Pengorbanan diri untuk orang lain
Contoh:kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan

2.     Kesan peperangan
Contoh:dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah
Membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain

3.     Menegakkan keadilan
Contoh: menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman
Dan penindasan demi menegakkan keadilan

4.     Kesetiaan terhadap negara
Contoh: setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhada pnegara yang
didiaminya

5.     Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks
Contoh: Tindakan Jebat memberontak  adalah untuk menuntut keadilan
terhadapTuah dan bukan penderhakaan kepada raja.




Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

(Sazalee Yacob)

TEMA

Harapan bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka memperoleh pendidikan yang sempurna. Walau bagaimanapun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak sewaktu berada di menara gading.
Contoh :
(R3;B1;B2)
Di awan kampus yang sarat ilmu
Hadir sihir angin bernafas api

MAKSUD

Rangkap 1

Seorang petani yang miskin menghantar anak perempuannya ke menara gading untuk menuntut ilmu.

Rangkap 2

Si bapa mengharapkan kebebasan yang diberikan mampu menjadikan anaknya seorang yang tabah dan kuat berbekalkan akal untuk keluar/meloloskan diri dari cabaran yang sukar.

Rangkap 3

Walaupun berada di menara gading namun masih terdapat anasir-anasir yang jahat,kejam dan keji yang mampu melalaikan seseorang.
Di menara gading, penyajak baru mengenali erti kehidupan dan mula timbul perasaan megah/ sombong sehingga membuang/melenyapkan sikapnya yang baik.

Rangkap 4

Si bapa mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan.

PERSOALAN

1.     Persoalan pentingnya ilmu dalam kehidupan.
Contoh;
(R1;B6;B7)
Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
Memesrai azimat dan tangkal

2.     Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak.
Contoh:
(R1;B1;B2)
Kuhantar kau mengecapi angin baru
Udara lain dari kampung bendang kuningmu

3.     Persoalan menjaga maruah diri di perantauan.
Contoh :
(R4;B1;B2)
Pandai-pandailah kau terbang
Menongkah awan mulus dan kabus dingin

4.     Persoalan menuntut ilmu hingga mencapai kejayaan.
(R1;B6;B7;B8)
Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
Memesrai azimat dan tangkal
Dari tangga gading




SEJADAH RINDU
(Haikal Aminuddin)

TEMA

Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak sudah benar-benar insaf.
Contoh :
(R1;B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.

MAKSUD

Rangkap 1

Penyajak termanggu/ terdiam sewaktu mengenang kembali segala kesalahan yang telah dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan tersebut setelah hukuman gantung dijatuhkan.

Rangkap 2

Penyajak berharap agar diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan lalu memandangkan masa dan peluang yang ada terlalu singkat. Penyajak berharap agar segala kesalahannya diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang telah ditetapkan.


Rangkap 3

Dengan penuh keinsafan dan keikhlasan penyajak berkesempatan untuk bertaubat dan sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih.

PERSOALAN

1.     Persoalan keinsafan seorang pesalah yang menunggu hukuman 
Contoh:
(R1; B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.

2.     Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup.
Contoh :
(R3;B6;B7)
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

3.     Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia.
Contoh :
(R2;B4;B5)
 moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku di nisankan.

4.     Persoalan ajal maut di tangan tuhan.
Contoh :
(R2;B5;B6)
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang kautetapkan.


ERTI HIDUP BERERTI

1.0            Maksud

Rangkap 1

Fikiran penyajak sering dihimbauoleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insa ntua yang kesunyian.

Rangkap 2

Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya.  Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

Rangkap 3

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantika nhubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.

2.0            Tema

Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
- Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.

3.0            Persoalan

1.            Kasih sayang seorang ibu
Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil

2.            Berbakti kepada ibu
Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan
            Membesarkan mereka

3.            Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang
Contoh: harapan seorang ibu agar  anak-anak dapat memberikan kebahagiaan
            Pada hari tuanya

4.            Tanggung jawab seorang anak
Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan
Ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya

5.            Kekuasaan Tuhan
Contoh:  ada  yang  mati
            Ada  yang hidup
            Tiada  yang kekal kecuali Tuhan


Tiada ulasan: