Sebagai remaja huraikan
persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan cabaran yang
bakal anda hadapi.
Pendahuluan :
Tokoh pendidik dan
motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, “Ayam di
kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kata-kata tersebut
benar-benar menyuntik kesedaran agar kita insaf dan bangkit segera daripada
lamunan. Sebagai anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani
amanah untuk menggalas tanggungjawab kepada negara. Pemuda dan
pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya
dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah air tercinta.
Sesungguhnya, di atas batu jemala kitalah terletak tanggungjawab besar sejajar
dengan slogan, “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Sesungguhnya,
sebagai anak muda, inilah tanggungjawab yang perlu saya pikul demi mencapai
matlamat murni negara itu.
Isi 1 :
AJ > Menyedari amanah besar
yang sedang menanti, saya perlu memperlengkap diri sebagai orang muda yang
beriman dan bertakwa kepada Allah.
H1 > Hal yang
demikian itu amatlah penting kerana sifat takwa akan ………………
H2 > Saya
hendaklah melaksanakan segala tuntutan …………………………
H3 > Saya yakin
benar bahawa insan yang bertakwa ialah ………………
H4 > Tanpa iman,
diri akan hilang pedoman………… (Peribahasa : layang-layang terputus talinya)
PW > Justeru,
sifat takwa juga bakal……… (Peribahasa Arab : “Kasih akan watan,,)
Isi 2 :
AJ > Mendepani cabaran
dunia tanpa sempadan, saya hendaklah bersedia memperlengkap diri dengan pakej
fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang sempurna.
H1 > Semua pakej
asas tersebut amatlah penting dalam hal …………………………
H2 > Tanpa
ketahanan dan jati diri……………….., (darah baru setampuk pinang)
H3 > Demi menyahut
seruan negara, saya akan berusaha mengikuti teladan ………
H4 > Negara pasti
berbangga apabila dapat melahirkan tokoh-tokoh …………
PW > Biarlah hidup dan
mati saya mempunyai nilai….. (Peribahasa : Gajah mati …..)
Isi 3 :
Ayat laluan >
Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia (Sukarno), “Aku mampu goncangkan
dunia ……...
AJ > Menyedari
hakikat tersebut, sewaktu usia masih muda saya perlu memanfaatkannya ……………
H3 > Hal ini amatlah
logik kerana dalam era pascaperang kini, pertarungan di medan tempur sudah
bertukar kepada persaingan dalam medan keintelektualan dan kepintaran
teknologi.
H4 > Syaratnya, saya
mestilah ………………………………………
H5 > Oleh hal yang
demikian, saya perlu menguasai bidang-bidang ilmu baharu (contoh……………)
H6 > Sebenarnya
semua strategi ini penting untuk negara dapat bersaing dengan……
PW > Sesungguhnya,
inilah janji saya …………………. (“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.)
Isi 4 :
AJ >
Seseorang yang paling berjaya ialah insan yang mampu mengenali potensi diri ………
H1 > Potensi inilah
yang perlu saya manfaatkan demi …………………………………
H2 > Ketika negara
berada diambang negara maju ……………………………………
H3 > Bidang-bidang
tersebut seperti …………………………………………………
H4 > Akibat kealpaan
kita memenuhi tuntutan negara akhirnya empat juta warga asing ………………
H5 > Insaf dengan
situasi begini saya dan …………………………………………
PW > Saya perlu
menyedari akan tempelak peribahasa, ……………………………
Kesimpulan KCHP
ASRAMA PENUH
1. Rumah
terbuka sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia apabila menyambut
sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi
rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa.
Ceritakan pengalaman
dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut.
2. Kebanyakan
anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.
Huraikan peranan yang
perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam
kalangan ahli keluarga.
Pendahuluan : Belakangan ini ungkapan-ungkapan negatif seperti ‘rumah yang
membosankan’, ‘jom lepak-lepak’ dan sudah terlalu acap keluar daripada mulut
anak-anak remaja. Ucapan-ucapan seumpama itu menunjukkan jiwa
anak-anak muda semakin terasing daripada keluarga dan rumahtangga. Hal demikian
amatlah malang dalam usaha membentuk sebuah persekitaran “Rumahku Syurgaku”.
Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa nilai murni tradisional semakin memupus.
Oleh itu, sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan arus pemodenan, ibu
bapa hendaklah memainkan peranan hakiki untuk melatih anak-anak agar mesra
keluarga dan mesra rumahtangga.
Isi 1 : Mengamalkan
pendidikan bermula di rumah – rumah sebagai
paksi membentuk peribadi anak-anak - ibu bapa hendaklah membudayakan amalan
tradisional – membiasakan anak-anak dengan latihan memasak, mengemas rumah –
ibu bapa hendaklah menjadi role model dan kepimpinan melalui teladan –
memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anak-anak
Isi 2 : Kurangkan
tabiat suka mencari hiburan di luar– anak-anak berasa
tiada keperluan untuk berada di rumah – mereka tiada latihan asas untuk berasa
bertanggungjawab
Isi 3 : Mengambil
kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang – ketika semua
ahli keluarga bertemu – ibu hendaklah mengajak anak-anak masuk ke dapur –
anak-anak perlu belajar dan membantu si ibu di di rumah – memberi peluang
anak-anak mencuba resipi, menanam pokok dan menghias rumah – ibu bapa berilah
panduan dan pujian
Isi 4 : Mendidik
anak-anak supaya lebih berdisiplin – dengan disiplin
anak-anak mudah menerima tunjuk ajar - setiap anak hendaklah diberikan tugas
yang sepadan – tidak wajar ada yang terlalu berat tugasan dan ada yang berehat
panjang (menunggu makanan terhidang ke lutut
Isi 5 : Memberi
motivasi kepada anak-anak – anak-anak perlu
diberikan semangat dan dorongan dari awal - menyediakan bahan bacaan yang
berkaitan dengan rumah tangga (majalah Anjung Seri, Majalah Laman, Saji, Didik,
Muslimah dan pelbagai bentuk perisian CD/DVD) – membuka minda anak-anak
mengikuti teladan daripada ikon keluarga yang berjaya
Kesimpulan : Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana
sekalipun ilmunya akan ke dapur bukanlah membawa konotasi yang negatif.
Sebaliknya, maksud yang tersirat adalah untuk mengilhamkan setiap individu akan
kepentingan menghidupkan suasana kekeluargaan yang harmoni dan jannati.
Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini luput, wajarlah semua pihak
terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke landasan yang betul.
3. Anda
ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan hari Polis
di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah, “Membanteras Jenayah Tanggungjawab
Bersama.
Tulis esei anda
selengkapnya.
NOTA : Soalan ini
hampir sama dengan sampel karangan saya dalam buku Siri Target SASBADI. Dengan
ihsan saya lampirkan di sini.
Selaku Ketua Polis
Kontinjen Negeri, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam suatu
majlis perhimpunan masyarakat. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah, “Komitmen
Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah”.
Tulis teks ceramah anda
itu selengkapnya.
Assalamualaikum dan
salam muhibah,
Yang
Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri
Pantai Beramang, Yang Dihormati Ketua-ketua masyarakat, dan seterusnya
tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Dengan
penuh rasa bangga saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana dijemput
dan diberi peluang untuk menyampaikan ceramah dalam majlis himpunan yang
julung-julung kali diadakan di kawasan ini. Kebanggaan saya adalah kerana wujud
sikap prihatin yang begitu tinggi dalam kalangan masyarakat di sini untuk turut
sama terlibat dalam usaha mengembalikan keamanan dan kesejahteraan dalam
masyarakat. Kewujudan masyarakat prihatin seperti ini memberi isyarat bahawa
agenda keselamatan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara terus diberi
perhatian. Bersempena dengan pertemuan pada hari ini, saya diberikan tanggungjawab
untuk menyampaikan ceramah keselamatan yang bertajuk, “Komitmen Masyarakat
Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah”. Terima kasih sekali lagi atas kesediaan
semua pihak untuk turut berkongsi pengalaman bersama-sama dengan saya.
Hadirin sekalian,
Komitmen
Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah ialah sebuah ungkapan yang
menerangkan tuntutan terhadap keprihatinan orang ramai dalam mendepani segala
risiko jenayah dan apakah langkah-langkah yang boleh disumbangkan oleh
masyarakat untuk membasmi gejala tersebut? Hal ini amat wajar sekali diambil
berat oleh setiap anggota masyarakat memandangkan selama ini apabila
diperihalkan sahaja persoalan jenayah, maka tanggungjawabnya diserahkan 100
peratus kepada polis. Oleh hal yang demikian, apabila masyarakat di kawasan ini
mula prihatin dengan gejala ini, saya bagi pihak yang bertanggungjawab dengan
persoalan keselamatan amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dengan
tuan-tuan dan puan-puan.
Jikalau
kita berfikir secara rasional, isu jenayah bukanlah menjadi milik eksklusif
pihak polis semata-mata. Usaha tersebut menyentuh secara langsung kepada
kepentingan rakyat. Secara logiknya, apabila berlaku sesuatu kes jenayah jarang
sekali pihak polis yang menjadi mangsa. Mangsanya ialah masyarakat umum. Oleh
itu, apabila masyarakat tidak prihatin dengan masalah jenayah memberi maksud
masyarakat tidak mementingkan keselamatan mereka. Orang yang cerdik tidak
membiarkan perihal keselamatan dirinya dijaga oleh pihak lain dengan sepenuhnya.
Walaupun pihak polis sedar bahawa tugas menjaga keselamatan adalah menjadi
tanggungjawab profesional mereka, namun tanpa komitmen tinggi orang ramai,
masalah jenayah tidak mungkin dapat dibanteras sampai bila-bila.
Seyogia
dengan pertemuan pada hari ini, saya mengambil peluang untuk menggariskan
beberapa langkah perlu yang boleh disumbangkan oleh masyarakat. Jenayah
sebenarnya boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu jenayah am dan jenayah
berat. Jenayah berat meliputi penggunaan senjata berbahaya dan mengancam nyawa
mangsa. Sekiranya terbukti bersalah, penjenayah boleh dihukum antaranya dalam
Seksyen 302 yang boleh membawa hukuman mati mandatori atau Seksyen 304 yang
membawa denda penjara sehingga 20 tahun. Jenayah berat boleh dikategorikan
sebagai merompak, rompakan bersenjata, membunuh, merogol, dan pengedaran dadah.
Sementara jenayah am termasuklah perbuatan salah laku yang boleh menimbulkan
kekacauan dalam masyarakat seperti mencuri, bergaduh dan lain-lain. Peningkatan
kes jenayah dalam masyarakat adalah berpunca daripada sikap yang terlalu
menurut hawa nafsu. Selain itu, pengaruh dadah telah dikenal pasti sebagai
pendorong utama menularnya gejala jenayah dalam masyarakat. Pada hari ini
suasana dalam masyarakat bertambah kompleks dengan kehadiran lebih ramai warga
asing. Situasi tersebut turut mempertingkatkan kuantiti perlakuan jenayah
terutama jenayah ragut.
Tuan-tuan dan
puan-puan,
Walaupun
pihak polis tidak putus-putus menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan, namun
kudrat polis juga terhad dalam memastikan jenayah sifar. Oleh itu, tibalah
masanya gemblengan tenaga dan sumbangan masyarakat untuk memastikan keselamatan
sosial terjamin. Langkah terpenting ialah semua kawasan kediaman hendaklah
diwujudkan satu pasukan Rakan Cops. Rakan Cops ialah organisasi sukarela
masyarakat yang mengadakan hubungan langsung dengan pihak polis. Mereka
bertanggungjawab menyalurkan segala maklumat keselamatan di sesuatu kawasan
kepada pihak polis. Keberkesanan Rakan Cops diyakini berjaya terutama di
bandar-bandar besar apabila gejala ragut semakin terkawal.
Selain
itu, masyarakat hendaklah sensitif juga terhadap persekitaran tempat tinggal
mereka. Mereka hendaklah mengadu kepada polis sekiranya mengetahui di kawasan tersebut
terdapat penagih dadah, kewujudan orang-orang yang tidak dikenali, dan
sekiranya berlaku perkara-perkara yang luar biasa. Fenomena tersebut seperti
wujud kekerapan kelompok-kelompok tertentu di sesuatu tempat sehingga lewat
malam. Kehadiran warga asing di kawasan anda juga hendaklah sentiasa dipantau
dan jikalau berlaku kesangsian segera melaporkannya kepada polis. Polis juga
menasihatkan setiap rumah atau sekurang-kurangnya ketua-ketua unit menyimpan
nombor telefon kecemasan polis. Saya amat yakin, sekiranya ditanya pada waktu
ini hanya beberapa orang sahaja yang menghafal nombor telefon pondok polis yang
terdekat. Demikianlah gambaran ketidakprihatinan masyarakat terhadap persoalan
keselamatan.
Dalam
memastkan usaha membantu polis mengawal keselamatan juga, pihak penduduk boleh
menjalankan rondaan secara berkala atau tidak berjadual pada waktu
malam untuk mendapat gambaran penuh senario pada waktu malam di kawasan tempat
tinggal anda. Apabila berbuat demikian, anda akan memperoleh banyak info
tentang pergerakan tanpa jadual pihak-pihak tertentu apabila menjelang malam.
Dengan berbuat begitu, tuan-tuan dapat menyampaikan maklumat yang mudah kepada
pihak keselamatan apabila berlaku sebarang peristiwa yang tidak diingini. Saya
amat berharap akan ada insan yang berhati mulia untuk mengambil insiatif
menggerakkan pasukan sukarela menjaga kemaman di kawasan tempat tinggal
masing-masng. Hasrat ini diletakkan sepenuhnya di atas pundak dan batu jemala
tuan-tuan untuk melaksanakannya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bersatu
teguh, bercerai roboh merupakan slogan yang sentiasa mendidik kita agar
sentiasa bersatu, bersama, dan berusaha untuk mengelakkan ketenteraman dan keamanan
di tempat kita. Marilah bersama-sama polis kita mempastikan slogan, ‘Hidup
Sejahtera Tanpa Jenayah’.
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan dalam
peti;
Kalau ada silap salah,
Jangan simpan dalam
hati.
Sekian terima kasih.
4. Ketidaksetabilan
politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.
Bincangkan.
MRSM
1. Khidmat
bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani maslah
peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan faedah-faedah
yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
PERHATIAN : SOALAN INI
HAMPIR SAMA DENGAN SOALAN 1 (Dimensi diri) SPM 2012
2. Selaku
pegawai kesihatan daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
‘Amalan Baik Penjagaan Kesihatan’ sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada
masyarakat setempat.
Sediakan teks ceramah
anda selengkapnya.
Sejak belakangan ini
terdapat pelbagai penyakit baru yang berpunca daripada amalan dan gaya hidup
yang tidak baik. Selaku doktor pakar dalam bidang kesihatan masyarakat, anda
dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang kegiatan hidup sihat.
Tulis teks ceramah anda
itu selengkapnya.
Assalamualaikum dan
salam muhibah,
Terima kasih kepada
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengerusi Badan
Musyawarah Masyarakat Taman Perdana Sejahtera, Yang dihormati ketua-ketua
masyarakat, dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Hadirin sekalian,
Orang
tua-tua sering mengungkapkan bahawa, kesihatan itu ialah harta yang paling
bernilai daripada wang ringgit dan harta benda. Sementara itu, dalam sepotong
Hadith Nabi turut diungkapkan akan nilai kesihatan adalah amat bermakna,
seperti sabda baginda, “Jagalah masa sihatmu sebelum tiba sakit”. Apabila
diteliti daripada dua ungkapan tersebut, justeru tanggungjawab menjaga
kesihatan amatlah diberi penekanan sama ada dalam bidang agama malah
masyarakat. Walau bagaimanapun, dalam dunia yang penuh pancaroba dan manusia
sentiasa diancam kesibukan, pelbagai ragam kehidupan telah mendatangkan
pelbagai ancaman terhadap kesihatan. Oleh hal yang demikian, dengan peluang
yang diberkan ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan hadirin sekalian
tentang gaya hidup yang positif berdasarkan polisi ilmu kesihatan.
Tuan-tuan dan puan yang
dihormati sekalian,
Banyak
orang yang berfikir bahawa terminologi sihat itu hanya terletak kepada tubuh
badan yang sihat tegap dan sasa. Sebenarnya kesihatan adalah merangkumi
kesejahteraan fizikal dan rohani iaitu yang meliputi tubuh badan, mental,
emosi, dan rohani. Untuk memperoleh kesihatan seumpama itu, justeru setiap
individu hendaklah memberikan perhatian dalam semua aspek kesihatan. Penjagaan
fizikal yang sihat seperti memperoleh makanan yang berzat dan seimbang adalah
amat penting. Hal tersebut memang penting kerana minda dan emosi yang sihat
adalah terjana daripada tubuh badan yang sihat.
Prasyarat
terpenting untuk memperoleh kesihatan fizikal, kita hendaklah sentiasa peka
terhadap alam sekitar. Dengan kata lain, kawasan sekitar hendaklah sentiasa
bersih, bebas daripada sebarang anasir penyakit. Bagi memastikan persekitaran
sentiasa dalam suasana bersih, amalan menjaga kebersihan seperti sistem
pembuangan sampah yang teratur hendaklah dititikberatkan. Alam sekitar perlu
dijaga juga terutama dalam aspek pelesterian iaitu penjagaan alam semula jadi.
Dalam
dunia yang kaya dengan sistem maklumat dan akses maklumat yang semakin canggih
pula, kita haruslah proaktif mencari info tentang kesihatan. Maklumat
sama ada yang berkaitan dengan penularan penyakit-penyakit baru, serangan wabak
penyakit yang berpunca daripada bawaan seperti Selesema Burung, SARS, dan
pelbagai penyakit berbahaya harus diketahui. Selain mengetahui pelbagai jenis
penyakit dan bahaya penularannya, kita wajar mendalami kaedah-kaedah penjagaan
penyakit. Hal ini tepat seperti pepatah Inggeris yang menyatakan mencegah itu
adalah lebih baik daripada mengubat. Dengan kemudahan teknologi tersebut kita
mampu mengakses sumber maklumat primer untuk mengawal penyakit. Sesungguhnya
tanggungjawab membendung pelbagai gejala penyakit bukan sahaja terletak di bahu
pihak berkuasa kerajaan sahaja malah tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh
individu atau organisasi terutamanya NGO.
Aspek
pemakanan turut menjadi penentu kadar serangan penyakit kepada individu. Pengambilan
makanan yang tidak seimbang terutama gula dan lemak sebenarnya telah
mendedahkan diri kita kepada pelbagai bahaya. Memanglah jikalau diturut ‘hukum
lidah’ setiap yang manis dan lemak itu sedap dan berselera, namun kesengsaraan
yang bakal ditanggung oleh badan harus difikirkan juga. Pada hari ini isu
pengambilan makanan segera sedang meledak di tengah-tengah polemik masyarakat.
Pelbagai pihak memberikan pelbagai reaksi yang bebeza apabila Kementerian
Kesihatan tampaknya cukup tegas mahu membatalkan semua lesen pengiklanan
makanan segera. Walaupun tindakan Kementerian Kesihatan itu dianggap terlalu
drastik dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap ekonomi
negara, tetapi kita harus berfikir bahawa reaksi tersebut memberi isyarat bahawa
pelbagai gejala penyakit yang berpunca daripada bawaan makanan turut menjadi
ancaman besar kepada kesihatan sejagat.
Hadirin sekalian
Seperkara
lagi yang wajar diberi perhatian serius oleh masyarakat adalah berkaitan dengan
langkah membendung pelbagai gejala penyakit. Kita harus membuang budaya salah
apabila sakit baru hendak berjumpa doktor. Doktor bukan sahaja berfungsi
sebagai penyembuh penyakit, sebaliknya mereka amat profesional sebagai
perunding dalam mengawal penyakit. Namun keadaan sebalik yang berlaku apabila
majoriti daripada masyarakat hari ini akan hanya berjumpa doktor apabila sudah
tiada harapan sembuh lagi. Ada segelintir pihak pula enggan berjumpa doktor
kerana takut penyakit terpendam akan terbongkar. Daripada terpaksa memendam
rasa kerana mengetahui menghidapi pelbagai masalah kesihatan, mereka
berpendapat lebih baik tidak diketahui langsung. Akhirnya ramai yang menemui
ajal sedangkan kemungkinan boleh diselamatkan sekiranya diketahui lebih awal.
Oleh itu, kita wajar mengubah tanggapan yang salah itu dengan cara berusaha
mengesan dan mengenal pasti punca penyakit yang mungkin boleh mengancam nyawa
kita.
Selain
itu, tabiat merupakan bawaan sepanjang hayat oleh seseorang itu. Sekiranya dia
mengamalkan tabiat yang baik, natijahnya baiklah seluruh amalan hidupnya.
Sebaliknya jikalau habit yang buruk menjadi bawaan nescaya individu itu akan
menanggung sengsara seumur hayat. Hal demikian amat berkait rapat dengan usaha
mengubah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pemabuk, dan makan secara
membujur lalu melintang patah. Ubahlah kepada tabiat yang sihat seperti
bersenam secara berjadual, mengawal emosi, dan bergaul dengan rakan-rakan yang
berfikiran positif. Semua yang tersebut boleh membantu menstabilkan kesihatan
kita memperoleh umur yang panjang. Ingatlah kita kepada nasihat pepatah iaitu,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku bahaya padahnya.
Sekian terima kasih.
3. Guru
memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Ulaskan pernyataan
tersebut.
Pendahuluan : Khalayak ilmuwan
pernah berkata, “Percikan liur basah seseorang guru mampu membentuk
mutiara-mutiara yang memancarkan cahaya yang terang-benderang demi menyuluhi
anak-anak didik dengan ilmu pengetahuan yang kekal abadi”. Demikianlah titipan
mutiara kata yang mengiktiraf sumbangan para pendidik yang bergelar guru atas
komitmen mereka melakar masa depan anak-anak didik. Dengan hal yang demikian,
amatlah layak apabila dikatakan guru sebagai arkitek masyarakat dan memainkan
peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Isi 1 : Watak guru itu
sendiri sebagai insan yang berilmu – atas sifat guru
(murabbi) para guru mudah untuk memindahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak
didik
Isi 2 : Guru telah
diiktiraf oleh masyarakat sebagai ibu bapa kedua kepada anak-anak didik – sebagai ‘ibu
bapa’ mudah mereka berinteraksi dengan para pelajar – anak-anak didik lebih
mudah mendengar nasihat guru daripada pihak yang lain
Isi 3 : Karisme guru
yang sentiasa menjadi rujukan anak-anak didik – sifat penyabar,
petah dalam berbahasa dan bijak berpsikologi memberi peluang guru menyampaikan
ilmu kepada anak-anak didik
Isi 4 : Guru sebagai
kerjaya yang profesional – para guru mempunyai pengetahuan yang mendalam
dan pakar dalam bidang yang diajarkan – mempunyai pengetahuan yang mendalam dan
mampu memindahkan pengetahuan kepada para pelajar
Kesimpulan : Tempelak
peribahasa yang menyebut, guru kencing berdiri, murid kencing berlari
menunjukkan peranan guru amatlah penting dalam mendidik ummah. Sedikit sahaja
kesilapan yang dilakukan boleh membawa kemusnahan kepada masyarakat. Oleh itu,
para guru perlu berbangga dengan amanah yang digalas dan mereka perlulah lebih
iltizam untuk melahirkan generasi yang berilmu.
4. Penyertaan
pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat antarabangsa dapat
mengharumkan nama negara di mata dunia.
Jelaskan
manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan
pertandingan itu.
Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama
iaitu untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar
menghormati hak asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan,
hak memperoleh kasih sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau
bagaimanapun, dalam beberapa kepentingan tertentu masyarakat dunia sering
bertelagah sehingga membawa kepada peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium
ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh masyarakat antarabangsa untuk
merapatkan semula jurang perbezaan yang wujud. Pelbagai program dan
pertandingan sama ada sukan inovasi seperti reka cipta mula mendapat penyertaan
kalangan masyarakat antarabangsa. Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal
diperoleh oleh setiap negara peserta apabila terlibat secara aktif dalam program-program
seperti ini.
Isi 1 : Menjalinkan
hubungan diplomatik antara negara – jalinan
kerjasama dan keamanan di bawah payung PBB – memupuk semangat perpaduan dan
berdamai dalam kalangan manusia sejagat
Isi 2 : Suatu usaha
positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan – sifat ilmu yang akan berkembang apabila semakin luas jaringannya
(rujuk kata-kata hikmat Saiyidina Ali KW) – memahami hakikat bahawa setiap
bangsa memiliki keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina
tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang sains dan teknologi, bangsa Arab
tentang falsafah dan seni bina dan ilmu agama)
Isi 3 : Mempercepat
transformasi kemajuan negara – transformasi
amat berkait rapat dengan penguasaan ilmu pengetahuan – anak-anak Malaysia yang
pulang dengan ilmu pengetahuan akan membantu mempercepat kemajuan negara –
mereka menjadi penyebar pengetahuan dan menjadi agen penggerak negara maju
menjelang 2020.
Isi 4 : Mendedahkan
remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat asing – boleh mengubah cara berfikir dan bertindak secara lebih matang –
bijak bergaul dan mempunyai jaringan komunikasi diseluruh dunia
Isi 5 : Mengadakan
program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik – membolehkan
peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global – kemajuan dunia berkembang
secara positif untuk manfaat semua warga dunia – tiada lagi penindasan dan
peperangan
JOHOR
1. Semasa
cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan pendapat anda
tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.
NOTA : Sila rujuk
rangka isi soalan 2 SBP
2. Warga tua
merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini.
Huraikan peranan ibu
bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.
Pendahuluan : “Warga
Tua Teras Masyarakat”. Itulah suatu slogan
yang memberikan pengiktirafan atas keberadaan warga emas di tengah-tengan
masyarakat. Walaupun sebahagian mereka boleh dianggap sebagai Quran buruk,
namun kewujudan mereka banyak memberikan impak positif untuk melahirkan
masyarakat yang penyayang, prihatin dan tahu membalas budi. Malahan berdasarkan
sepotong pepatah Cina yang bermaksud, “Apabila di dalam rumah kamu tersimpan
seorang tua, tahulah bahawa di dalam rumah itu sudah menyimpan suatu barang
yang berharga”. Oleh hal yang demikian, keberadaan warga tua perlu dianggap
sebagai suatu rahmat dan hendaklah diberikan penghormatan pada kedudukan
tertinggi. Dalam hal ini, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik generasi
muda agar tahu menghormati warga tua.
Isi 1 : Ibu bapa perlu
banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan datuk dan nenek kepada
anak-anak – anak akan faham bahawa keidupan berkeluarga yang mereka sedang
alami adalah hasil daripada pengorbanan warga tua
Isi 2
: Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung – penting kepada
masyarakat bandar yang semakin terpisah jauh daripada warga tua – anak-anak
dapat kenal dan bermanja dengan induk mereka
Isi 3
: Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua – memberi ucapan
hormat dan sedia mendengar cakap golongan tua – elakkan bercerita tentang
sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif
Isi 4
: Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan
menziarah kematian – anak-anak akan lebih dekat dengan khalayak tua – boleh
berinteraksi dan kenal cita rasa warga tua
Isi 5
: Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama – anak berasa
lebih mesra dengan datuk dan nenek mereka – cepat tumbuh perasaan kasih sayang.
Kesimpulan : Warga tua
ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada generasi masa kini.
Segala jerih payah mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang setimpal
dengan sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan
sikap tahu membalas budi daripada anak-anak dan cucu. Inilah hakikat hidup
dalam rangkaian generasi dan salasilah keturunan yang tidak
putus selama-lamanya.
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN HAJI ISHAK MD SHAH ATAS SUMBANGAN BELIAU. TERIMA KASIH CIKGU!
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN HAJI ISHAK MD SHAH ATAS SUMBANGAN BELIAU. TERIMA KASIH CIKGU!
2 ulasan:
Rujuk rangka isi Soalan 2 SBP ? Mana ?
Catat Ulasan