Kepada: Anak-anak 4 Sains 2, sila baca Seloka di bawah dan fahamkan maksudnya. Kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan. Sila gunakan ayat yang gramatis untuk menjawab soalan kefahaman.
SELOKA EMAK SI
RANDANG
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.
Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003
Dewan Bahasa dan Pustaka
MAKSUD
Seloka
ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang
tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan
tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun
demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang
itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan
beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.
TEMA
Sikap
masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga
sendiri.
PERSOALAN
1.
Persoalan
rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2.
Persoalan
pembaziran yang perlu dielakkan .
3.
Persoalan
tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
BENTUK
1. Terdiri daripada satu
rangkap.
2. Bilangan baris dalam
rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan
dalam setiap baris antara 3
hingga 4.
·
Dagang
lalu ditanakkan (3 perkataan)
·
Tiada
kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4. Terdiri daripada 8
hingga 10 suku kata.
·
Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
·
Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5.
Rima akhir seloka
ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.
GAYA
BAHASA
1.
Asonansi - Anak pulang kelaparan
- a diulang 6 kali
2.
Aliterasi - Anak
dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
3.
Sinkope -
Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4.
Anafora-
Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
5.
Penggunaan peribahasa -
Kera di hutan disusui
6.
Hiperbola -
Tiada kayu rumah diruntuhkan
NILAI
1.
Nilai kebijaksanaan.
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal
fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.
2.
Nilai bertanggungjawab.
Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap
kebajikan anak-anak.
3.
Nilai berbudi
Kita disarankan berbudi kepada semua orang
tetapi mestilah berpada-pada.
PENGAJARAN
1.
Kita
janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga
sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
2.
Kita
mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.
3.
Kita
hendaklah melayan tetamu dengan
berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.
SELOKA
EMAK SI RANDANG
PRAKTIS 1
(i)
Nyatakan dua tindakan tidak rasional Emak Si
Randang dalam seloka di atas.
2 markah]
- memasak
nasi untuk orang dagang yang lalu di depan rumahnya
- merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api
- mengabaikan anak sendiri
- berhutang
untuk berbudi
(ii)
Pada pendapat anda,
mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga
sendiri
dahulu berbanding orang lain.
Kemukakan tiga
alasan anda. [3 markah]
- keluarga merupakan orang yang paling
rapat dengan kita
- keluarga
merupakan darah daging/keturunan kita sendiri
- keluarga
merupakan orang utama yang akan membantu apabila
kita berada dalam kesusahan
- membantu
keluarga merupakan tuntutan agama/tanggungjawab
(iii)
Jelaskan dua
pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.
[4 markah]
- kita
hendaklah bijak dalam membuat keputusan /tindakan supaya
tidak merugikan diri sendiri
- kita
hendaklah memberikan pertolongan secara berpada-pada
agar
kebajikan keluarga sendiri tidak terabai
- kita
hendaklah berjimat cermat supaya tidak mengalami kesusahan
pada kemudian
hari/supaya tidak dibebani hutang
- kita
mestilah bertanggungjawab terhadap keluarga kerana
keluarga ialah amanah Tuhan kepada kita
PRAKTIS 2
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui
(i) Apa yang dimaksudkan dengan baris-baris seloka di atas. [2 markah]
-
menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri
diabaikan
(ii) Sekiranya anda merupakan jiran kepada
Emak Si Randang
bagaimanakah anda dapat
membantunya? [4 markah]
- menasihatinya supaya bertindak
rasional apabila menolong orang
dagang
- menyediakan makanan kepada anaknya
supaya tidak kelaparan
- menyuruh Emak Si Randang mengutamakan diri dan keluarga
sebelum menolong orang dagang
- menasihati supaya mengurus hal rumah
tangga secara berhemat
tanpa
boros
(iii) Huraikan tema seloka di atas. [3 markah]
-
sikap
masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli
keluarga sendiri
– memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di depan rumahnya
- merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api - mengabaikan anak sendiri
- berhutang untuk berbudi
PRAKTIS 3
(i)
Apakah
maksud “Dagang lalu ditanakkan” dalam seloka di atas?
[2
markah]
–
memasakkan nasi untuk orang asing
(ii)
Pada
pandangan anda, bagaimanakah Emak Si Randang sepatutnya
melayan
orang dagang? [3
markah]
- memberi makan minum hanya setakat yang mampu
- menyediakan tempat penginapan sekiranya perlu
- bertanya khabar serta berbual-bual
- membawa orang dagang bersiar-siar
- memperkenalkan kepada jiran-jiran
(iii)
Huraikan
dua perwatakan Emak Si Randang
berdasarkan seloka di atas.
[4 markah]
-
tidak rasional. Contohnya, Emak Si Randang sanggup meruntuhkan
rumah sendiri untuk menanak nasi.
- tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Contohnya orang dagang
diutamakan, anak sendiri diabaikan.
- kurang bijak. Contohnya, Emak Si Randang
sanggup berhutang untuk
menolong orang lain.
- tidak mengasihi anak sehingga anak pulang
kelaparan
PRAKTIS 4
(i)
Bagaimanakah
bentuk layanan Emak Si Randang terhadap dagang lalu?
[2
markah]
- ditanakkan nasi
- rumah
diruntuhkan untuk dibuat kayu api
(ii)
Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu melayan tetamu dengan
baik? [3
markah]
-
Tuntutan
agama
-
Mengeratkan
hubungan persahabatan/persaudaraan/semangat kekitaan
-
Murah
rezeki
-
Menjaga
nama baik
-
Memupuk
sifat mulia/ nilai ketimuran
(ii)
Huraikan
dua nilai yang cuba diterapkan dalam
seloka di atas.
[4
markah]
- nilai baik hati. Contohnya, Emak Si Randang menolong orang
dagang yang dalam kesusahan
-
nilai budi pekerti.
Contohnya, Emak Si Randang telah
menunjukkan budi pekerti terhadap orang asing yang datang
ke
rumahnya
-
nilai menghormati
tetamu. Contohnya, Emak Si Randang melayan
tetamu yang datang ke rumahnya.
-
nilai bertanggungjawab
terhadap ahli keluarga. Contohnya, Emak
Si Randang sepatutnya mengutamakan ahli keluarganya
berbanding orang lain.
PRAKTIS 5
(i)
Apa
yang dimaksudkan oleh penulis “Anak di
pangku diletakkan” dalam
seloka di atas. [2 markah]
-
anak
sendiri dibiarkan/diabaikan/ditinggalkan/tidak dipedulikan
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang akan
anda lakukan sekiranya
ibu bapa anda bersikap tidak rasional seperti Emak Si Randang?
[4 markah]
- menasihati ibu atau bapa secara baik
- minta kerjasama jiran yang rapat
dengan keluarga untuk menasihati
ibu atau
bapa
- menunjukkan cara yang terbaik untuk
menolong orang
- menghalang supaya tidak berhutang
kerana orang lain
(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam Seloka Emak Si Randang.
[3 markah]
-
membantu golongan yang memerlukan pertolongan seperti membantu
orang
dagang.
-
membuat kebaikan kepada
orang lain tanpa mengabaikan diri dan
keluarga
sendiri.
-
merugikan diri sendiri
dengan dibebani hutang dan ditimpa kesusahan.
Terima kasih kepada Guru-guru Cemerlang Sabah kerana dipetik daripada modul Sinergi negeri Sabah.