Malaysia kini dibanjiri
oleh pekerja asing daripada pelbagai bangsa sebagai kesan dasar pintu
terbukanya. Dasar tersebut telah membawa pelbagai implikasi buruk dan perlu
diperketat semula. Huraikan kesan-kesan buruk dasar tersebut dan kemukakan langkah-langkah
proaktif untuk membendungnya.
Pendahuluan:
Kedatangan pekerja asing
ke negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan - Pekerja
asing merujuk kamus bermaksud tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti
Indonesia, Bangladash, Filipina, Thailand, dan sebagainya – dianggap sebagailombong
emas kerana di mana ada gula, di situ ada semut –
Sektor yang menjadi tumpuan – sektor pertanian, perkilangan dan
perladangan – Dasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan
serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang
mereka di sini merancakkan kedatangan mereka lagi – membawa kesan-kesan negatif
Isi-isi:
Kesan-kesan negatif:
(a) menyekat peluang
pekerjaan penduduk tempatan – sikap majikan di negara gemar mengupah pekerja asing – kadar
upah murah – sikap tidak memilih pekerjaan – hidup penduduk tempatan tersepit – kera di hutan disusui,
anak di rumah mati kelaparan – Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang
pekerjaan – kadar pengangguran semakin meningkat
(b) Peningkatan jenayah - tidak mempunyai gaji
yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan – kos sara hidup semakin meningkat
sebagai akibat kemelut ekonomi global - pecah rumah, kecurian, rogol, rusuhan,
dan lain-lain – Mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui
pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada
peningkatan kadar jenayah
(c) Kesan ekonomi – pengaliran keluar mata
wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan – merugikan negara dari
segi tukaran wang asing dan menguntungkannegara asal pekerja asing ini - sistem transaksi canggih di bank-bank
negara kita – proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat
serta perkhidmatan yang murah – Bukti statistik, sebanyak RM9.124 juta telah
dihantar ke negara asal pekerja asing di antara bulan Januari hingga Jun 2008 –
membebankan kewangan negara – RM1.169 juta digunakan sehari oleh kerajaan
sebagai kos untuk penahanan PATI – akan merugikan negara dari segi kerancakan perniagaan
dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita
Langkah-langkah
membendungnya:
(d) mengehadkan pergantungan
kepada buruh asing - menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan –
pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber
yang diluluskan kerajaan - pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan
pergerakan warga asing di negara ini - Dengan mengehadkan penyertaan pekerja
asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak
berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat
asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan
- Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
(e) menguatkuasakan
undang-undang dengan lebih tegas - Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram
yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah
lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh.
Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka
menyusup melalui jalan laut.
Penutup: (KCHP)
Kedatangan pekerja asing
ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi
ekonomi, politik, dan sosial – kesejahteraan dan pembangunan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan