01.
Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca. Jelaskan unsur
saspens yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Novel yang
saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Saspens bermaksud
seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan
lanjutan peristiwa berkenaan. Penulis, iaitu Encik Abdullah Hussain telah
berjaya memasukkan beberapa unsur saspens ke dalam cerita Konserto Terakhir dan
menjadikan jalan cerita lebih menarik.
Antara
peristiwa yang mengandungi unsur saspens termasuklah rancangan Hilmi setelah
meninggalkan rumah Datuk Johari. Apabila Hilmi sudah tidak tahan dengan kerenah
Datin Salmah, maka Hilmi menaiki bas untuk pulang ke kampung. Dalam konteks
tersebut, pembaca teringin-ingin tahu apakah pekerjaan yang akan dilakukan
Hilmi apabila tiba di kampung. Sebaliknya, semasa di Tanjung Malim, Hilmi
menaiki teksi ke Kuala Lumpur. Pembaca teringin-ingin sekali lagi mengenai
liku-liku hidup yang akan dilalui oleh Hilmi apabila dia tiba di Kuala Lumpur.
Selain
itu, unsur saspens juga boleh didapati ketika Encik Bakar dipanggil oleh
Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar arahan
Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional kerana menggunakan khidmat Hilmi untuk
mengadakan persembahan di Hotel Titiwangsa. Pembaca tertanya-tanya sama ada
Encik Bakar akan dikenakan hukuman yang berat oleh tatatertib apabila dia
dipanggil oleh jawatankuasa persatuan itu kerana melanggar arahan mereka.
Di
samping itu, perjumpaan antara Hayati dengan Hilmi telah menyebabkan pembaca
ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang cerita Konserto Terakhir. Sebelum
Hayati berangkat ke London dengan Mohsin yang sudah menjadi suaminya, Mamat
telah mengatur perjumpaan Hayati dengan Hilmi di kebun bunga. Perkara utama
yang pembaca ingin tahu ialah sebab-sebab Hayati ingin menemui Hilmi dan
perkara yang hendak disampaikan oleh Hayati kepada Hilmi.
SASPENS
DALAM NOVEL PAPA
- Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Marliana yang mengandung itu. Marliana masih meneruskan kebajikan itu walaupun menyedari bahawa risikonya amat tinggi terutama selepas mengalami masalah ketika melahirkan Julia dulu.
- Saspens ketika Intan Maliana berada di dalam bilik pembedahan di HUKM untuk melahirkan anak keduanya – pembaca tertanya-tanya tentang keselamatan Intan Maliana dan bayi yang bakal dilahirkannya – pembaca ingin tahu sama ada Intan Maliana akan menghadapi komplikasi yang sama ketika melahirkan Intan Julia atau sebaliknya
- Pembaca tertanya-tanya tentang kesudahan hubungan papa dan Aisyah. Julia menentang hubungan itu dan melihat hubungan mereka itu sebagai tidak elok atau curang kerana mama masih hidup.
- Pembaca tertanya-tanya nasib Marliana yang dalam keadaan koma itu. Sebaik sahaja melahirkan anak kembarnya, Marliana tidak sedar diri lalu pembaca ingin tahu sama ada Marliana akan pulih atau tidak.
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Konserto Terakhir hasil karya
Abdullah Hussain, terdapat beberapa nilai murni yang dapat diperoleh dalam
novel tersebut.
Antara
nilai murni yang terdapat dalam novel termasuklah nilai kasih sayang.
Contohnya, walaupun Pak Long Karim mengetahui Hilmi bukan anak kandungnya, dia
tetap memeliharanya dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri. Dia
hanya meminta Hilmi supaya pergi ke Kuala Lumpur untuk berdikari dan mencari
pekerjaan di sana.
Selain
itu, terdapat juga nilai keikhlasan. Nilai keikhlasan dapat
dilihat dalam watak Hilmi. Misalnya, Hilmi bekerja dengan bersungguh-sungguh
sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari walaupun gaji yang dibayar hanya dua
puluh ringgit sebulan, sedangkan Dr. Nathan sanggup memberi gaji yang lebih
tinggi jika dia menjadi tukang kebunnya.
Di
samping itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab. Nilai
bertanggungjawab dapat dilihat dalam watak Hilmi. Buktinya, Hilmi menunjukkan
sikap bertanggungjawab kepada Encik Bakar yang menjadi pemimpin ‘quartet’ di
kelab malam Hotel Titiwangsa. Walaupun dia terlalu ingin untuk menghantar
Hayati ke lapangan terbang namun niatnya itu diabaikan kerana dia bermain muzik
pada malam itu. Malah, dia pergi ke tempat kerjanya sebaik sahaja selesai
pertemuan dengan Hayati di kebun bunga pada malam Hayati hendak ke London.
Nilai murni dalam Novel Papa
- Nilai berdikari - Contohnya, Julia memilih untuk tinggal di kolej Pusat Matrikulasi UIA kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya.
- Nilai kesabaran - Contohnya, Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya koma dan kedua-dua bayinya meninggal dunia.
- Nilai ketaatan - Contohnya, Julia taat kepada perintah papa dan mamanya. Dalam novel ini turut dipaparkan Intan Julia menunaikan solat seperti yang dituntut oleh agama.
Berdasarkan
novel yang telah saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil nukilan Abdullah
Hussain, terdapat beberapa latar masyarakat yang menggambarkan keadaan
masyarakat terkandung dalam novel ini.
Antara
latar masyarakat yang terkandung dalam novel ini termasuklahmasyarakat yang
memiliki kesantunan dan budi bahasa yang tinggi dengan sesiapa sahaja.
Gambaran masyarakat yang berbudi bahasa dengan sesiapa sahaja dapat dilihat
daripada perwatakan Hilmi yang lemah lembut apabila berhadapan dengan Datuk
Johari dan Datin Salmah. Hilmi menghormati mereka dengan bersalaman dengan
mereka apabila bertemu. Hilmi kemudian menyampaikan salam yang dikirimkan oleh
keluarganya di kampung kepada Datuk Johari dan Datin Salmah.
Selain itu, latar masyarakat yang senantiasa beribadat kepada Tuhan juga
terkandung dalam novel ini. Latar masyarakat ini dapat dilihat apabila Hilmi
tidak pernah meninggalkan sembahyang dan sentiasa mendirikan solat apabila tiba
masanya. Walaupun terlalu sibuk, Hilmi masih mendirikan sembahyang. Ketika
bekerja di rumah Datuk Johari, Hilmi senantiasa menunaikan sembahyang. Buktinya
ialah Hilmi berhenti melakukan kerja perkebunan di belakang rumah Datuk Johari
apabila hari sudah lewat petang untuk menunaikan sembahyang Asar.
Di samping itu, terdapat juga latar masyarakat yang mengamalkan
budaya ‘morning coffee’. Latar masyarakat ini dapat dilihat pada watak
Datin Salmah dan rakan-rakannya seperti Datin Faridah, Datin Mariam dan
lain-lain. Buktinya, Datin Salmah pergi ke rumah Datin Faridah kerana ‘morning
coffee’ di sana apabila Hilmi mula tiba di rumah mereka. Dalam pertemuan secara
tidak rasmi ini, isteri orang-orang besar ini membincangkan pelbagai hal, sama
ada hal-ehwal semasa atau tentang diri dan keluarga masing-masing. Misalnya,
Datin Mariam yang gemuk seperti tong dan suka mengunyah sirih selalu
menceritakan hal-hal dukun.
04. Penulis
sesebuah novel mengembangkan sesuatu peristiwa dengan pelbagai teknik plot
seperti pemerian. Jelaskan kepentingan teknik
pemerian berdasarkansebuah novel yang telah anda kaji.
Berdasarkan
novel yang telah saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil nukilan Abdullah
Hussain, teknik pemerian banyak digunakan dalam novel ini. Terdapat beberapa
kepentingan teknik ini dimasukkan oleh penulis dalam hasil karyanya.
Teknik
pemerian menggambarkan keadaan fizikal watak kepada para pembaca. Teknik ini
memberikan gambaran jelas keadaan Hilmi ketika mula sampai di rumah Datuk
Johari. Buktinya ialah Hilmi mempunyai rambut sedikat ikal, anak matanya agak
liar dan ketinggiannya ialah lima kaki lima inci. Pakaiannya agak miskin
terbuat daripada bahan kain yang murah, seluarnya berkeredut dan bajunya sudah
hilang warna asalnya.
Selain
itu, teknik pemerian juga memberitahu pembaca tentang perasan yang dialami oleh
seseorang watak. Misalnya, teknik ini menggambarkan kesedihan Datuk Johari
apabila Pak Long Karim memberitahunya bahawa Hilmi merupakan anak Datuk Johari
dan bukan anaknya. Hal ini dapat dibuktikan dengan Datuk Johari berfikir
tentang kekejamannya yang telah menyeksa isteri pertamanya dan Hilmi serta hal
ini telah menyedihkannya. Air mata Datuk Johari berlinangan.
Di
samping itu, teknik pemerian memberikan penjelasan tentang reaksi watak
terhadap sesuatu peristiwa kepada pembaca. Contohnya, Datuk Johari menerima
panggilan daripada pihak hospital yang memberitahunya bahawa Hilmi telah
meninggal dunia. Hanya sepatah perkataan yang dapat keluar daripada mulut Datuk
Johari dan beliau jatuh dengan gagang telefon tergenggam erat di dalam
tangannya. Datin Salmah yang terpekik dan menerpa kepada suaminya cuba untuk
mengangkat Datuk Johari dengan pertolongan Mak Minah tetapi Datuk Johari
telahpun meninggal dunia.
05. Jelaskan dua peristiwa yang
berkaitan dengan konflik yang terdapat dalamsebuah novel yang telah anda
kaji.
Novel
yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.
Dalam novel Konserto Terakhir, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan
konflik.
Antara peristiwa yang berkaitan dengan konflik ialah peristiwa Hilmi menjaga
rumah Datuk Johari semasa Datuk Johari dan keluarganya tiada di rumah. Hilmi
cuba bermain dengan piano Hayati tetapi telah merosakkannya apabila dikejutkan
oleh Mak Minah. Semasa Hayati ingin memainkan lagu ‘Blue Danube’, bunyi
pianonya telah sumbang dan merajuk. Datin Salmah marah dan Mak Minah
memberitahu Datin Salmah bahawa Hilmi yang bermain piano itu. Sebagai
akibatnya, Hilmi telah dimarahi oleh Datin Salmah. Datuk Johari memaafkan Hilmi
tetapi gaji Hilmi ditolak untuk membiayai kos pembaikian piano Hayati.
Selain
itu, peristiwa Hilmi balik lewat ke rumah juga merupakan peristiwa yang
menimbulkan konflik. Hilmi pulang lewat kerana dia terlalu asyik belajar
bermain piano di rumah Encik Bakar. Tanpa disedarinya hari sudah malam. Hilmi
dimarahi oleh Datin Salmah kerana ayam Hilmi berkeliaran di dalam rumah dan
memalukannya di hadapan tetamunya. Sebagai hukumannya, Datin Salmah melarang
Mak Minah daripada memberi Hilmi makanan.
06. Konflik Novel Papa
1. Intan
Julia dengan Jeffri ( Rasylan)
Jeffri~ menghalang Julia berjumpa dengan
Rasylan~dendam
terhadap ayah Rasylan~kemalangan ibu
bapanya~melarikan
diri~Julia marah
2. Julia
dengan Jeffri dan Aisyah
Jeffri~berjumpa
dengan Aisyah~dilihat oleh Julia~menganggap curang~ibunya yang
koma~ditampar~menangis
(b)
Berdasarkan dua
buah novel
yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwayang menggambarkan
latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak lain.
Novel
yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dan
novel Papa, karya Deana Yusof. Beberapa watak dalam novel tersebut telah
menunjukkan keprihatinan terhadap masalah watak lain. Terdapat beberapa
peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah
yang dihadapi oleh pihak lain.
Antara
peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin dalam novel
Konserto Terakhir termasuklah peristiwa Dr. Nathan memberikan tanah kepada
Hilmi apabila Hilmi bertanya tentang tanah hitam yang berlonggok di halaman
rumahnya. Dr. Nathan bukan sahaja enggan menerima wang Datuk Johari, malah dia
sendiri datang ke rumah Datuk Johari untuk memuji kerajinan Hilmi dan
mencadangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah supaya memberikan gaji yang
tinggi kepada Hilmi atas kerajinannya. Hal ini telah menunjukkan keprihatinan
Dr.Nathan terhadap Hilmi.
Manakala
dalam novel Papa pula, peristiwa Cikgu Suzie berbual dengan Intan Maliana juga
menunjukkan masyarakat yang prihatin. Cikgu Suzie menunjukkan keprihatinannya
terhadap Intan Maliana apabila dia menasihati Intan Maliana supaya tidak
mengandung lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana Cikgu Suzie mengetahui
peristiwa komplikasi semasa Intan Maliana melahirkan Julia dan tidak
menginginkan rakannya itu mengalami masalah yang sama.
Demikianlah
peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat prihatin dalam novel Papa dan
Konserto Terakhir.
07.
Sesebuah novel dapat dijadikan bahan bacaan yang memberikan panduan hidup
kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel telah
anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu dapat memberikan panduan hidup kepada
pembaca.
Novel yang saya kaji
ialah novel Konserto Terakhir yang dikarya oleh Abdullah Hussain. Terdapat
beberapa sebab novel ini dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca
termasuklah novel ini mempunyai nilai dan pengajaran dapat dipelajari dan
dicontohi oleh pembaca.
Antara sebab novel
ini dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca ialah novel ini mendidik
pembaca supaya mempunyai sikap tanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan.
Sebagai contoh, Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang
kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk
Johari menjadi sangat cantik. Kawan- kawan ‘morning coffee’ Datin Salmah dan
Dr. Nathan, jiran Datuk Johari telah memuji tanaman bunga dan kesegaran
sayur-sayuran Hilmi.
Selain itu, novel ini
mengingatkan pembaca supaya kembali kepada ajaran agama untuk mendapat
ketenangan hidup. Sebagai contoh, Hayati ialah seorang gadis yang hidup dengan
penuh kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati
agama melalui ibadah solat dan mendalami buku-buku agama seperti Hidup Sesudah
Mati.
Di samping itu,
pembaca juga dapat mencontohi kesabaran seorang pemuda kampung. Hal ini dapat
dilihat apabila Hilmi sanggup tinggal di rumah Datuk Johari walaupun dia selalu
dihina dan dipandang rendah oleh Datin Salmah kerana Hilmi datang dari kampung
dan tidak berpendidikan tinggi. Semua ini diharungi oleh hilmi semata-mata
untuk mencapai cita-citanya sebagai ahli muzik.
08. Panduan hidup
dalam novel Papa
1.
Pembaca
dapat mencontohi kesetiaan dan tanggungjawab kepada keluarga – Jeffri setia
terhadap isterinya, Intan Maliana yang koma selepas mengalami komplikasi
melahirkan anak kedua dan Jeffri bertanggungjawab membesarkan Intan Julia
2.
Pembaca
dapat mencontohi kepatuhan anak kepada bapa – Intan Julia patuh kepada bapanya
yang tidak membenarkannya ke rumah Rasylan kerana Julia masih muda dan belum
matang.
jelaskan satu teknik
plot yang digunakan berserta contoh dalam
setiap novel.
Dua
buah novel yang telah saya kaji ialah Papa, karya Deana Yusof dan Konserto Terakhir,
karya Abdullah Hussain. Beberapa teknik plot telah digunakan oleh pengarang
masing-masing untuk menghasilkan novel yang lebih menarik.
Dalam
novel Papa, teknik plot saspens telah digunakan oleh pengarang. Saspens
bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin
tahu akan lanjutan peristiwa berkenaan. Contohnya, pembaca tertanya-tanya dalam
novel Papa akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor
memaklumkan bahawa dia perlu menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi
terhadap kandungannya.
Dalam
novel Konserto Terakhir pula terdapat teknik plot imbas kembali. Imbas sekali
ialah lintasan-lintasan dan bayangan atau ingatan watak-watak terhadap sesuatu
yang telah terjadi atau yang telah dialami. Contohnya, semasa Datuk Johari
menemui Hilmi di bilik yang diberikan kepadanya, Datuk Johari telah bertanya
tentang masa Hilmi bertolak dari kampung. Hilmi menceritakannya dan pada masa
yang sama Datuk Johari teringat kisahnya dahulu yang pernah berlaku di kampung
tersebut iaitu melarikan diri selepas perkahwinannya dengan seorang gadis
kampung.
Teknik Plot Novel
Papa
1.
Dialog
– pertuturan / perbualan antara watak dalam novel. Contoh: perbualan Jeffri
dengan Rasylan tentang latar belakang Rasylan. Rasylan memberitahu Jeffri
bahawa dia merupakan anak angkat Datuk Mustakim yang diambil dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
2.
Monolog
– tutur kata atau pengucapan oleh watak secara sendirian. Contoh: Jeffri
berkata kepada isterinya, Intan Maliana yang sedang koma bahawa Intan Julia
telah mendapat keputusan SPM yang baik dan dia hendak memohon kemasukan ke
matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.
peleraian plot novel-novel tersebut.
Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Papa, karya Deana Yusof
dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain iaitu novel
tingkatan 5.. Kedua-dua buah novel ini mengandungi peleraian dalam plot
masing-masing.
Dalam peleraian novel
Papa, Intan Julia mendapat tahu bahawa papanya, iaitu Encik Jeffri berhasrat
berkahwin lagi. Pada peringkat awal, Intan Julia tidak dapat menerima kehadiran
Mak Cik Aisyah, iaitu bekas pelajar papanya semasa di universiti. Sikap penyayang,
baik hati dan bertolak ansur Mak Cik Aisyah meruntuhkan semua prasangka Intan
Julia. Sebaik-baik sahaja Intan Julia dapat menyesuaikan diri dengan ibu
tirinya, tanpa diduga pada suatu hari mamanya tersedar daripada koma tetapi
hanya seketika. Semasa mamanya sedar, papa terus bercakap dengannya dan
memberitahu bahawa wanita yang ada di sisinya ialah isteri mudanya. Mama Intan
Julia seolah-olah tidak merestui. Namun begitu, umur mama Intan Julia tidak
panjang, saat itu juga dia menghembuskan nafas terakhirnya. Jeffri yang selama
ini keras hati akhirnya menangis atas pemergian isteri tersayangnya.
Dalam peleraian novel
Konserto Terakhir, Hayati telah mengambil alih tempat Hilmi untuk memimpin
Pertunjukan Orkes Perdana yang dikenali sebagai ‘Hilmi Potpuri’. Hal ini
disebabkan Hilmi terjatuh ketika hendak keluar dari rumahnya dan dimasukkan ke
hospital. Persembahan Hayati berjaya mendapat sambutan yang hangat daripada
penonton di dewan. Ketua pengarah RTM kemudian membawa Hayati ke hospital untuk
melawati Hilmi. Di hospital, Pak Long Karim, iaitu abang sepupu Datuk Johari
menerangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi terhutang budi
kepada mereka berdua kerana membiayai perbelanjaan Hilmi belajar muzik dan
menguruskan perkahwinannya dengan Azizah. Dia juga membuka rahsia bahawa Hilmi
ialah anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah menjadi sebak
apabila mendengar berita itu. Selepas itu, Datuk Johari sekeluarga mendapat
berita bahawa Hilmi meninggal dunia sebaik sahaja mereka meninggalkan hospital.
Datuk Johari terjatuh dan dia juga meninggal dunia di pekarangan rumahnya.
jelaskan dua kritikan
sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang
dalam novel tersebut.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir karyaan Abdullah
Hussain.Terdapat beberapa kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh
pengarang dalam novel tersebut.
Antara
kritikan sosial termasuklah sikap masyarakat yang memandang rendah atas
keupayaan orang lain atas sebab-sebab tertentu. Sikap ini dapat ditunjukkan
melalui watak Datuk Johari. Contohnya, Datuk Johari tidak mahu menghargai
kebolehan Hilmi yang sudah berjaya menjadi seniman agung. Walaupun dia diberi
tiket untuk menonton Pertunjukan Orkes Perdana tetapi dia memulangkan tiket itu
kepada orang yang memberinya kerana dia menganggap kebolehan dan bakat Hilmi
tidak ke mana-mana. Hal ini disebabkan oleh Hilmi hanya lulus setakat darjah
empat sekolah Melayu. Malah, dia tidak mahu menyebut nama Hilmi apabila Datin
Salmah mengajaknya untuk menonton pertunjukan itu.
Kritikan
sosial yang seterusnya yang ingin diterangkan oleh Abdullah Hussain ialah sikap
masyarakat yang mementingkan status dan kedudukan sosial. Sikap ini telah
jelas dipaparkan oleh watak Datin Salmah. Datin Salmah yang
dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya berasa amat bangga, sombong, dan
mementingkan kedudukan. Misalnya, Datin Salmah mahu orang menghormatinya, malah
dia suka orang menyebutnya ‘Datin’ ketika menyapa dan berbual dengannya. Oleh
itu, apabila Hilmi memanggilnya dengan panggilan Mak Cik Salmah, dia rasa
tersinggung. Di samping itu, apabila Mak Cik Minah melayani Hilmi dengan baik
dan menyapanya dengan menggunakan perkataan ‘Encik’, Datin Salmah memarahi Mak
Minah sehingga Mak Minah melongo apabila mendengar kata-kata Datin Salmah. Oleh
itu, didapati Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu melayani Hilmi dengan baik,
malah juga melarang pembantu rumahnya memberi layanan yang baik dan
berencik-encik kepada Hilmi. Datin Salmah melayani orang yang berdarjat dan
berpangkat dengan baik dan memandang hina terhadap orang biasa dan orang
miskin. Buktinya , dia memarahi Hayati kerana rapat dengan Hilmi walaupun Hilmi
juga sepupu Hayati sama seperti Mohsin. Dia memberi layanan yang istimewa
kepada Mohsin kerana Mohsin berpangkat dan kaya.
KRITIKAN
SOSIAL NOVEL PAPA
1. Mengingkari
perintah Tuhan dan melakukan dosa – Encik Muaz al-Khalibi telah menodai
pengemas biliknya sehingga mengandung, namun enggan bertanggungjawab. Sebagai
akibatnya, pengemas rumah warga Indonesia itu meninggalkan Rasylan yang baru
dilahirkan di tepi sebuah longkang besar.
2. Iri
hati dan mempengaruhi orang untuk membenci seseorang – Murni menghasut rakan
sekelas yang lain agar memusuhi Intan Julia.
3. Dendam
yang berpanjangan - Datuk Mustakim melanggar ibu bapa Jeffri ketika pulang
dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia
manakala ibunya lumpuh. Jeffri berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak
berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya
hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar papa Julia, Jeffri
bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai
kemanusiaan.
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Husain. Terdapat
beberapa peristiwa yang melambangkan nilai kemanusiaan.
Antara peristiwa tersebut ialah peristiwa Pak Long Karim menjaga Hilmi. Pak
Long Karim sanggup menjaga Hilmi walaupun dia bukan anak kandungannya. Dia
memeliharanya dengan penuh kasih sayang dan berharap dia dapat mencapai
kejayaan dalam kehidupannya. Peristiwa tersebut melambangkan nilai kasih
sayang.
Selain itu, peristiwa Encik Bakar mengajar Hilmi tanpa mengharapkan sebarang
balasan juga melambangkan nilai kemanusiaan. Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi
bermain alat muzik dan mengenal not-not muzik tanpa bayaran kerana dia seorang
yang ikhlas. Dia mengetahui Hilmi mempunyai bakat untuk menjadi seorang ahli
muzik termasyhur. Peristiwa tersebut melambangkan nilai keikhlasan.
PERISTIWA NILAI KEMANUSIAAN NOVEL PAPA:
1.
Jeffri
dan Intan Maliana saling menyayangi sehingga Julia menyatakan keakraban mereka
seperti belangkas. Jeffri dan Intan Maliana juga amat menyayangi Intan Julia
(Nilai kasih sayang)
2.
Intan
Julia memilih untuk tinggal di Kolej Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya. Hal yang sama
juga berlaku pada Rasylan yang mengurus segala urusan pendaftarannya sendiri di
Pusat Marikulasi UIA. (Nilai berdikari)
3.
Jeffri
bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya, Intan Maliana koma dan
kedua-dua bayi kembar Siamnya meninggal dunia. (Nilai kesabaran)
14.
Pilih dua buah novel
yang anda pelajari. Bandingkan satu watak
sampingan daripada
kedua-dua buah novel tersebut.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir,
karya Abdullah Hussain dan novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), karya Deana
Yusof. Kedua-dua novel ini mengandungi beberapa watak sampingan yang meyumbang
kepada perkembangan plot novel masing-masing. Salah satu watak sampingan
daripada novel Konserto Terakhir ialah Datuk Johari manakala satu watak
sampingan daripada novel Papa ialah Encik Jeffri. Kedua-dua watak ini mempunyai
persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.
Datuk Johari dan Encik Jeffri, yang dikenali sebagai Papa
mempunyai ciri yang sama iaitu mereka merupakan penyayang. Dalam novel Konserto
Terakhir, Datuk Johari merupakan seorang penyayang kepada keluarganya.
Contohnya, Datuk Johari sanggup rajin bekerja supaya isterinya, Datin Salmah
dan anaknya, Hayati dapat hidup dengan mewah. Encik Jeffri dalam novel Papa
juga merupakan seorang penyayang. Buktinya, Encik Jeffri amat menyayangi
isterinya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga isterinya,
Intan Maliana yang berada dalam koma.
Manakala, perbezaan perwatakan Papa dan Datuk Johari ialah
Datuk Johari ialah seorang yang lebih mementingkan status daripada tali
kekeluargaan manakala Papa ialah seorang yang mementingkan hubungan
kekeluargaan. Contohnya, Datuk Johari berasa malu untuk menerangkan kepada orang
lain bahawa Hilmi merupakan anak saudaranya dan bekerja sebagai tukang kebun di
rumahnya. Hal ini disebabkan Hilmi merupakan seorang pemuda kampung dan
bersekolah setakat darjah empat sekolah Melayu. Manakala, Papa pula seorang
yang mementingkan ikatan kekeluargaan. Buktinya ialah Papa membawa Mak Cik
Noraini yakni sepupunya tinggal dengannya selepas kematian suami dan
anak-anaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam raya suatu
ketika dahulu. Walaupun Mak Cik Noraini berkhidmat di rumah keluarga Jeffri
sebagai pembantu rumah namun Papa menganggapnya sebagai ahli keluarganya.
Perbezaan yang lain antara dua watak
ini ialah pegangan agama mereka. Papa merupakan seorang yang mengamalkan ajaran
agamanya dan tidak meninggalkan solatnya. Buktinya, dia dan Intan Julia,
anaknya pergi menjenguk Intan Maliana di biliknya selepas menunaikan solat
Maghrib. Situasi ini berbeza dengan Datuk Johari dalam novel Konserto Terakhir.
Datuk Johari pula seorang yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penganut
agama Islam. Dia tidak bersolat dan mempunyai sebuah bar mini di rumahnya.
sesebuah novel. Huraikan dua macam perasaan
anda setelah
membaca salah sebuah daripada novel
yang tersenarai.
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya
Abdullah Hussain. Novel ini mengisahkan seseorang pemuda kampung iaitu Hilmi
yang telah ke bandar untuk mencari kerja dan akhirnya telah menjadi seorang
pemain muzik yang berjaya. Pengarang telah merakamkan peristiwa-peristiwa yang
dialami oleh Hilmi dan perasaan watak-watak yang terdapat dalam novel dengan
sebaik-baiknya. Pembaca dapat merasakan pelbagai emosi ketika menikmati novel
ini.
Sebagai pembaca, saya telah berasa kecewa akan layanan Datuk Johari dan Datin
Salmah kepada Hilmi sewaktu dia tinggal di rumah mereka. Sejak mengetahui
bahawa Hilmi merupakan pemuda dari kampung yang hanya belajar sehingga darjah
empat di sekolah Melayu sahaja, Datin Salmah tidak menyukai Hilmi. Dia asyik
menghina dan mengejek Hilmi. Contohnya, apabila Hilmi mengatakan kesanggupannya
untuk bekerja sebagai kuli, Datin Salmah telah mengejeknya. Walaupun Datuk
Johari tidak menghina Hilmi namun dia kurang membantu Hilmi dan berasa malu
akan hubungannya dengan Hilmi. Datuk
Johari malu untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi yang bekerja
sebagai tukang kebunnya merupakan anak saudaranya. Layanan Datuk Johari dan
Datin Salmah memang mengecewakan saya kerana mereka menunjukkan bahawa mereka
sungguh mementingkan kedudukan atau status seseorang.
Selain itu, saya telah berasa gembira akan kejayaan Hilmi sebagai pemain
muzik. Setelah banyak mengharungi cabaran, Hilmi akhirnya telah menjadi pemain
muzik terkenal dalam negara dan pernah memberikan persembahan di Festival Muzik
di Tokyo. Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, banyak orang telah
mendorong dan membantunya termasuklah Hayati, Mamat, Encik Bakar dan lain-lain
lagi. Tamsilnya, Encik Bakar telah mengajar Hilmi secara percuma selepas
mengetahui bahawa Hilmi mempunyai bakat dalam muzik. Hilmi juga telah banyak
berusaha sehingga berjaya menggubah beberapa lagu yang diminati ramai dan
diberi peluang untuk memimpin Hilmi Potpouri. Usaha diri sendiri dan bantuan
orang lain telah menghasilkan kejayaan Hilmi sebagai pemain muzik terkenal.
Kesemua ini menimbulkan perasaan gembira dalam pembaca apabila melihat kejayaan
Hilmi yang begitu menggembirakan.
Tingkatan 4
P1: Novel
Papa – karya Deana Yusof – kisah hidup Intan Julia
P2:
Perasaan marah – ayah Intan Julia, Jeffri –
mengahwini Aisyah – tidak mempedulikan perasaan Julia – mementingkan diri
sendiri – Intan Maliana – koma
P3: berasa sedih – Intan Maliana – sedar daripada
komanya – mengetahui bahawa Jeffri telah memperisteri Aisyah – marah –
meninggal dunia – harapan Julia dan Jeffri – keluarga bahagia –
lenyap
16. Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan
16. Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan
dengan pelbagai dugaan
kehidupan. Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan cara watak
utama menangani
satu konflik yang
dihadapi dalam setiap novel.
Novel yang telah saya kaji ialah novel
Papa, karya Muhammad Yusof dalam Tingkatan Empat dan novel Konserto Terakhir,
karya Abdullah Hussain dalam Tingkatan Lima. Pengarang kedua-dua buah novel ini
telah menarik perhatian para pembaca dengan menimbulkan konflik yang terpaksa
dihadapi oleh watak utama bagi kedua buah novel ini .
Dalam novel Papa, watak utamanya ialah
Intan Julia. Intan Julia telah menangani konflik dengan bapanya, Encik Jeffri
dengan rasional, iaitumendekatkan diri kepada Tuhan yakni dengan bersolat.
Konflik itu timbul apabila Encik Jeffri tidak membenarkan Intan Julia berkawan
rapat dengan Rasylan kerana asal keturunan Rasylan tidak diketahui. Intan Julia
tidak bersetuju dengan arahan bapanya itu, lalu Encik Jeffri menampar muka
Intan Julia. Walau bagaimanapun, Intan Julia tetap tabah menghadapi cabaran ini
dengan sering bersembahyang. Intan Julia juga cuba untuk tidak berkawan terlalu
rapat dengan Rasylan pada ketika itu.
Dalam novel Konserto Terakhir pula,
watak utamanya ialah Hilmi. Hilmi menyelesaikan konfliknya dengan membuat keputusan untuk keluar dari
rumah dan berhenti bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari. Sebenarnya,
Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah apabila Hilmi tinggal di rumah
Datuk Johari. Datin Salmah sering mengkritiknya dan cuba mencari kesalahan
Hilmi. Datin Salmah juga bersikap agak kasar dengan Hilmi. Contohnya, pada
suatu malam yang Hilmi balik lambat ke rumah, Datin Salmah tidak memberikan
makanan kepadanya dan memarahinya. Hilmi menghadapi konflik ini dengan meminta
bantuan Mamat untuk menulis surat kepada Datuk Johari agar membenarkan Hilmi
pulang ke kampungnya dan berhenti bekerja di rumah Datuk Johari.
keberanianyang terdapat
dalam novel.
Dua buah novel yang telah saya
pelajari ialah novel ‘Papa’ karya Deana Yusof dan ‘Konserto Terakhir’ karya Abdullah
Hussain. Dalam kedua-dua novel ini, pengarang dengan bijaknya telah menyelitkan
pelbagai nilai murni bagi dijadikan teladan pembaca. Antara nilai yang terdapat
dalam kedua-dua novel ini ialah nilai keberanian.
Dalam novel ‘Papa’, nilai keberanian
jelas dipaparkan oleh watak Intan Maliana. Intan Maliana merupakan isteri
Jeffri dan juga ibu kepada Intan Julia. Walaupun dia pernah mengalami
komplikasi apabila melahirkan Intan Julia, Intan Maliana tetap ingin meneruskan
kandungan kembarnya demi kebahagiaan suaminya, Jeffri. Dia memaparkan nilai
keberanian apabila masih tegas dengan keputusannya untuk mengambil risiko yang
besar bagi melahirkan anak kembar tersebut walaupun telah ditegur dan
dinasihati. Akhirnya, kedua-dua anaknya meninggal dunia dan dia pula jatuh
koma.
Dalam novel ‘Konserto Terakhir’ pula,
watak Hilmi memaparkan nilai keberanian. Hilmi datang dari kawasan kampung. Dia
juga hanya berpendidikan hingga darjah empat sekolah Melayu. Walau
bagaimanapun, Hilmi menunjukkan nilai keberanian apabila dia membuat keputusan
hendak ke bandar untuk mencari pekerjaan atas permintaan ‘bapa’nya, Pak Karim.
Hilmi tetap berani mengembara ke bandar dengan kemampuan dan kemahirannya yang
rendah dan akhirnya, dia berjaya manjadi pemuzik yang terkenal atas
keberaniannya.
1 ulasan:
terima kasih untuk nota...:)
Catat Ulasan