Kepada anak-anak didik yang akan menduduki peperiksaan SPM 2012, berikut ialah peribahasa, cogan kata dan kata-kata hikmat yang bersesuaian dengan tema karangan.
01. TEMA BUDAYA MEMBACA
- Ilmu pelita hidup
- Membaca jambatan ilmu
- Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan.
- Bangsa membaca bangsa berjaya
- Membaca memerdekakan minda.
- "Saya sanggup dipanggil sebagai pemboros kerana membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan saya untuk membeli buku". Mantan Perdana Menteri India - Nehru.
- Orang yang tidak membaca umpama katak di bawah tempurung.
- Socrates:"Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya diriku".
- Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
- Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
- Muafakat membawa berkat.
- Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain.
- Anak orang anak sendiri
- Beranak seorang mendidik ramai.
- Bagai aur dengan tebing
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
- Hamka:"Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu,bermakna memberi sesuatu kepada dirimu sendiri".
- Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
- Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
- Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
- Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
- Sediakan payung sebelum hujan.
- Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
- Victor Hugo: "Tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya".
- Jauh perjalanan luas pengalaman.
- Budi bahasa budaya kita.
- Kecil tapak tangan, nyiru sama tadahkan.
- Negara Bersih, Rakyat Sihat .
- Datuk Seri Ng Yen Yen: Pada tahun 2010 seramai 2.2 juta pelancong telah melawat Malaysia; Perbelanjaan RM6 bilion.
- Biar lambat asalkan selamat.
- Malang tidak berbau.
- Sudah terhantuk baru tengadah.
- Nasi sudah menjadi bubur.
- Alah bisa tegal biasa.
- Hadis Nabi: Sabar itu sebahagian daripada iman.
- Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
- Hanya jauhari mengenal manikam.
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Genggam bara api biar sampai jadi arang.
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai pengajaran masa sekarang.
- Bapa borek anak rintik.
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
- Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis dengan warna pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya.
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- Tidak mahu menjadi seperti kata peribahasa,'Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus'.
- Ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak mereka.
- Peribahasa Bahasa Arab: 'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'.
- John F.Kennedy: "Jangan bertanya apakah sumbangan negara untuk anda. Sebaliknya bertanya apakah sumbangan anda untuk negara".
- Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
- Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
- Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
- Biar putih tulang, jangan putih mata.
- Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.
- Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
- Seberkas lidi kuat kudratnya berbanding dengan sebatang lidi yang mudah dipatahkan.
- Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak.
34 ulasan:
Bagus..ianya banyak membantu saya dlm karangan bahasa malaysia..
Bagus!! Ia menolong saya Dlm Karangan saya.Terima Kasih
Bagus!! Ia menolong saya Dlm Karangan saya.Terima Kasih
YAH..SANGAT MEMBANTU SAYA..
Thanks. Ianya memabantu😬
ini yang pelajar paling gemar...terima kasih
Terima kasih
Terima kasih😊
trima kasih ia membantu saya menyiapkan karangan saya
trima kasih ianya amat membantu saya menyiapkan karangan BM saya
Terima kasih.
Terima kasih.
Saya boleh tahu banyak peribahasa yang saya tak tahu.
terima kasih atas perkongsian yang sangat baik
Boleh tak bagi maksud‘︿’ ̄へ ̄ kk thanks kalau boleh beri jawapan..alamak jawapan tak dak nak buat apa ini
Boleh da beri jawapan....jawapan tak da nak buat apa ni..  ̄へ ̄ ̄へ ̄‘︿’...tu dea jawapan tak da..tak boleh buat apa loh. Alamak
Kalau boleh beri maksud ni.....  ̄へ ̄ ̄へ ̄ ̄へ ̄╯﹏╰ ̄へ ̄╯﹏╰ ̄へ ̄╯﹏╰ ̄へ ̄╯﹏╰〒_〒T_T≥﹏≤T_T╯﹏╰≥﹏≤
Maksud tak da nak buat apa
Alamak alamak
alamak
Hey go follow me in instagram
@_x_predator_x
Yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet.
Thnaks for this
T. M
H. A
A. N
N
K
S
terima kasih
Ia bgus untuk saya buat karangan yg lebih baik
Karangan Smngt Kejiranan tkde doo
Terima kasih,ianya sangat membantu saya
Tqqq for information
Doakan saya boleh jawab exam esok
Sebelum cuti hari raya dan covid 19.
Selamat berpuasa semua.
mantap
Esok SPM sebenar Bahasa Melayu ia sangat membantu saya dalam karangan.Terima Kasih.
Baek do
Ini ulasan saya bagus ke?
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.Peribahasa ini begitu sinonim dengan amalan menabung.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,menabung bermaksud menyimpan sebahagian daripada wang gaji sebagai jaminan untuk masa hadapan.Terdapat pelbagai faedah menabung.
Antaranya,dengan menabung kita dapat menyimpan wang untuk masa hadapan khususnya ketika kecemasan,Misalnya ketika dilanda bencana seperti banjir dan kebakaran,kemalangan jalan raya,kematian ahli keluarga dan masalah kesihatan.Hal ini demikian kerana kita tidak dapat menduga dan meramal sesuatu bencana bak kata malang tidak berbau.Selain itu, menabung dapat menambahkan wang simpanan kita di dalam bank dalam bentuk dividen yang boleh digunakan untuk kehidupan masa hadapan.
Seterusnya,kita boleh menggunakan wang tabungan untuk tujuan pendidikan bak kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Contohnya ketika melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada di dalam atau di luar negara.Jika tidak menabung,kemungkinan besar kita akan terdesak untuk memohon pinjaman dari bank atau agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Natijahnya,kita akan dibebani dengan hutang piutang dan perlu membayarnya semula selepas menamatkan pengajian.
Sehubungan itu,menabung menjauhkan diri dari sikap tamak dan boros.Dengan demikian,kita akan berbelanja dengan rasional dan tidak akan membeli mengikut nafsu.Rentetan itu,wang tabungan akan semakin meningkat.Wang yang kita miliki hendaklah dibelanjakan dengan berjimat cermat untuk perkara yang berfaedah kerana ingat sebelum kena,jimat sebelum habis.
Di samping itu,menabung dapat mengurangkan bebanan ibu bapa kerana wang tabungan boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah seperti buku teks,kotak pensel,pensel dan membayar yuran persekolahan.Wang tabungan yang dikhaskan untuk perbelanjaan kecil seperti ini sedikit sebanyak meringankan beban orang tua bak kata sediakan payung sebelum hujan.
Akhirulkalam,menabung merupakan amalan yang mulia kerana ia menjamin masa hadapan kita dan keluarga bak kata berakit-rakit ke hulu,berenang renang ke tepian,bersusah susah dahulu,bersenang senang kemudian.
nice
terima kasih sangat membantu
Bagus berguna
Peribahasa pasal sejarah? Contihnya mcm knapa kita kne kenang sejarah
Catat Ulasan