Jelaskan
peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.
Pada
alaf baru ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad membentuk masyarakat penyayang amat
penting dalam menuju ke arah negara maju. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil
untuk membentuk masyarakat penyayang.
Sehubungan
dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun
begitu, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini
kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan kekayaan.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa bersama-sama anak mereka
pada alaf globalisasi ini. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa
anak-anak mereka melancong semasa cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangkan
tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu
bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.
Sejajar
dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak
kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak
dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak
penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa
sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mengikuti kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi
insan yang berakhlak mulia. Maklumlah orang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dapat membezakan antara kaca dan intan; halal dan haram; syurga dan neraka; baik dan buruk.
Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran
yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi.
Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi
kenyataan pada suatu hari nanti. Jelas terbukti bahawa sifat yang disemai sejak kanak-kanak akan berkekalan sehingga ke akhir hayat seperti kata orang tua-tua dari buaian hingga ke liang lahat. Malahan, ibu bapa haruslah menyediakan semua keperluan
atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting.
Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah
pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang.
Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda
yang penyayang di negara ini.
Seiring
dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Kata peribahasa bapa borek anak rintik. Namun demikian, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Sebagai contohnya, ada ibu bapa yang menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini
jelas membuktikkan bahawa mereka akan mengalami kesempitan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian kerana ibu bapa perlu menunjukkan
sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan nilai kasih sayang bukan sahaja sesama manusia tetapi antara manusia dan haiwan dan manusia dan alam sekitar. Lama-kelamaan tabiat ini disemai dalam
kalangan generasi muda. Ringkasnya,
peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang penyayang pada
alaf globalisasi ini.
Tuntasnya,
semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak
swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk
masyarakat penyayang. Justeru, peribahasa bagai aur dengan tebing hendaklah
diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda.
Sememangnya salah satu daripada ciri Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat
yang penyayang dapat direalisasikan. Maklumlah "rakyat sejahtera, negara makmur".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan