Masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada kecuaian ibu bapa. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
Blog ini bertujuan memberi bimbingan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan SPM.
Khamis, 25 Februari 2016
Ahad, 21 Februari 2016
LATIHAN MENUKAR CAKAP AJUK KE CAKAP PINDAH
Kepada anak-anak didik di 5ICT, berikut ialah latihan
tatabahasa – cakap ajuk cakap pindah
pada hari Isnin 22.2.2016. Sila sediakan jawapan dan kita bincang
jawapannya pada hari Isnin.
Tukar cakap ajuk ke cakap pindah.
1.“Awak sudah makan?” Tanya Nur kepada Ahmad.
…………………………………………………………………………………………
2.“Awak nak pergi ke mana?” Tanya Lai kepada Mei Mei.
…………………………………………………………………………………………
3.“Muthu, kenapa awak tak hadir sekolah semalam?” Tanya Pn.Maslina.
…………………………………………………………………………………………
4.“Semua murid kelas 5ICT turun ke padang sekarang juga,” kata
En.Farid.
…………………………………………………………………………………………
5.“Hai,
Ani! Mengapa termenung?” Tanya Natasya.
…………………………………………………………………………………………
6.“Siti,
boleh kautolong aku?” Tanya Mellisa.
…………………………………………………………………………………………
7.“ Bagaimana dengan rancangan awak
? “ tanya Salleh kepada Selvam.
…………………………………………………………………………………………
8.Tukarkan cakap ajuk di
bawah ini kepada cakap pindah
Hassan
|
Hai, Shiela! Tahniah!
|
Shiela
|
Tahniah? Mengapa? Aku belum tahu hujung pangkal percakapan kamu.
|
Hassan
|
Tahniah kerana awaklah pelajar cemerlang SPM sekolah kita.
|
Shiela
|
Siapa yang memberitahu kamu? Aku sendiri pun belum tahu lagi.
|
Hassan
|
Cikgu Halimah yang memberitahu aku semasa aku ambil slip keputusan
peperiksaan tadi.
|
Shiela
|
Nantilah, aku ke sekolah dulu.
Aku perlu pastikan dulu benar tidaknya kata-kata kamu itu.
|
Hassan
|
Percayalah cakap aku. Aku serius.
|
Shiela
|
Aku kena hati-hati dengan kamu, dulu aku pernah terkena sekali.
|
Hassan
|
Kali ini aku tak tipu lagi.
|
Shiela
|
Lain kali jangan biasa berbuat sesuatu yang orang tak percaya. Berita betul sekalipun orang masih sangsi.
|
Latihan rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang faedah membaca dan cara-cara
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun
dan jelas diperoleh melalui amalan membaca. Oleh sebab itulah dikatakan bahawa
amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Amalan yang baik ini dapat mengasah
fikiran supaya lebih bercapah, di samping menyuburkan perkembangan jiwa
seseorang. Sehubungan
dengan itu, orang yang kurang membaca akan ketinggalan dalam segala bidang.
Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yang tinggi berdasarkan buku
yang dibacanya. Namun begitu, berapa ramaikah rakyat negara kita ini yang
mengamalkannya? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan membaca hanya
dapat dilihat di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan di sekolah
sahaja.
Berdasarkan Laporan Kajian Tabiat
Membaca Rakyat Malaysia, kadar literasi atau celik huruf di negara ini ialah 93 peratus.
Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia kini hanya
membaca dua bush buku setahun. Keadaan ini masih tidak memaaskan walaupun
tabiat membaca rakyat Malaysia telah bertambah baik. Satu dekad yang lalu,
rakyat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setahun.
Terdapat beberapa faktor yang
menjejaskan proses pembudayaan amalan membaca di negara ini. Antaranya, harga
buku yang mahal, khususnya buku ilmiah yang diimport. Hal ini menyebabkan
pembeli berfikir berkali-kali sebelum membeli buku. Keadaan ini banyak berlaku
dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat
yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menjadi penyumbang kepada
kadar pembacaan yang rendah. Persepsi orang ramai bahawa membaca hanya berlaku semasa
proses menuntut ilmu harus dikikis. Untuk menangani persepsi yang salah itu,
beberapa tindakan waj ar diambil secara berperingkat-peringkat dan berterusan.
Oleh hal yang demikian, usaha ini akan menimbulkan kesedaran bahawa orang yang
membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang hayatnya dan akan sentiasa
dihormati oleh orang lain.
Amalan membaca ialah
usaha yang dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri individu
berkenaan. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat meningkatkan
penguasaan bahasanya dan membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya.
Amalan membaca harus dipupuk supaya usaha memartabatkan ilmu itu tidak didukung
oleh sesetengah pihak sahaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga
untuk memastikan bahawa amalan membaca dapat dibudayakan. Tambahan pula, kini
segala ilmu dan maklumat lebih mudah diperoleh melalui Internet. Oleh itu,
hasrat kita untuk menjadi bangsa yang maju dan bermaklumat akan dapat dicapai
sekiranya kita tahu menghargai dan memartabatkan ilmu melalui pembacaan.
CARA-CARA MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARKAT.
1. Ibu bapa perlu menyediakan perpustakaan mini di rumah.
2. Ibu bapa harus memberi hadiah kepada anak-anak dalam bentuk buku.
3. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak mereka dengan mengamalkan budaya membaca.
4. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan program NILAM dengan bersungguh-sungguh.
5. Kerajaan hendaklah melaksanakan kempen membaca sepanjang tahun.
6. Kerajaan harus menghapuskan cukai ke atas kertas yang diimport.
7. Kerajaan harus memberi subsidi agar harga buku di pasaran rendah.
8. Kerajaan hendaklah mengadakan perpustakaan bergerak ke kawasan luar bandar.
Khamis, 18 Februari 2016
LATIHAN 1
Tukarkan cakap ajuk di
bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati:
Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung.
Bukankah kita sudah lama
berkawan?
Norasyikin: Sebenarnya
ibu Syikin sakit.
Jawapan:
Norhayati
bertanya kepada Norasyikin sebab-sebab dia tidak datang ke sekolah pada hari
semalamnya. Norasyikin terlebih dahulu memohon maaf kepada Norhayati.
Seterusnya dia memberitahu Norhayati bahawa dia tidak datang ke sekolah kerana
ada hal di rumah. Norhayati pula tetap ingin mengetahui hal berkenaan dengan
alasan bahawa mereka boleh menanggungnya bersama-sama kerana mereka sudah lama
berkawan. Norasyikin memberitahu Norhayati hal sebenar iaitu ibunya jatuh
sakit.
LATIHAN 2
Tukarkan cakap ajuk di
bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah,
sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi
Pedas.
MAWI : Yalah , minya
pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi
pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh
begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX :
Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia.
Jawapan:
Mawi berasa teruja
sambil mengatakan kepada Felix bahawa mi yang dimakannya itu sedap. Seterusnya
dia ingin mengetahui nama mi itu daripada Felix. Felix menjawab bahawa nama mi
itu ialah Mi Pedas. Mawi mengiayakan bahawa sememangnya mi itu pedas. Sekali
lagi dia bertanya kepada Felix nama mi itu. Felix menegaskan bahawa nama mi itu
ialah Mi Pedas. Seterunya dia menerangkan kepada Mawi bahawa menurut Dolah,
nama mi itu ialah Mi Pedas. Baru Mawi menyedari
bahawa nama mi itu Mi Pedas. Seterusnya dia bertanya kepada Felix sama
ada dia sengaja datang ke kedai itu untuk makan Mi Pedas. Felix mengiayakan
kata-kata Mawi sambil mengingatkan Mawi
bahawa dahulu dia telah berjanji untuk membelanjainya Mi Pedas.
Rabu, 17 Februari 2016
Bab 1 - 5 Novel Bima Sakti Menari
Sila
isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan sinopsis novel Bima
Sakti Menari.
Bab
1
Dalam
bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan
guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, _______hadir ke balai
cerap tersebut untuk melihat buruj ____ atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi
masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap _____. Nurul Hafsa yang pada mulanya
runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan
yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di _________. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa
telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa
dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali
ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan
bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia,
manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa Tuhan
menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak ____ dengan
sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
Bab
2
Dalam
bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan _____ yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad _____. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung
tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan
datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang
dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik
tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian ______
menyebabkan mereka tidak _____ untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah ______ Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat
beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang
diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi
kembali meneruskan tugas beliau.
Bab
3
Nurul
Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat
melihat ______ di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada
abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip
dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, _________. Sesampai di sana,
Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk
melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam
imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu __________
dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata.
Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu
kehadiran tetamu yang sangat ________. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan
bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang
terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang ______. Nurul Hafsa turut
mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang
sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip
berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang
perjalanan pulang, Nurul hafsa ________ perasaan sambil memikirkan sudut
hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala
Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
___________ dengan senyap.
Bab
4
Budiman
kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. ________ solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar
Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat
jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru
Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan _______________ sejak tiga tahun yang
lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya,
Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh __________ untuk membantu peminat-peminat
kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor
yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas
8, iaitu langit ______ dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu.
Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak _______dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan
yang tidak terancang.
Bab
5
Tan
Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat
projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas _______ kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ.
Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada ________ isterinya bahawa beliau
telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa
Puan Maryam telah _______. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada
anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang
dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri
Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan ________ dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung __________ mereka berdua.
Selasa, 16 Februari 2016
LATIHAN
KEPADA ANAK-ANAK DIDIK 5ICT, SILA SIAPKAN DUA LATIHAN BERIKUT DAN HANTAR KEPADA SAYA SELEWAT-LEWATNYA PADA 19.2.2016 (JUMAAT) . SELAMAT MENCUBA.
LATIHAN 1
Tukarkan
cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah
semalam?
Norasyikin: Syikin
minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa
halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung.
Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.
LATIHAN 2
Tukarkan
cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah,
sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi
Pedas.
MAWI : Yalah , minya pedas.Memang pedas.........
tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi
Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini
sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah
dia.
PANDUAN
MENUKARKAN CAKAP AJUK KE CAKAP PINDAH
Cakap Ajuk
|
Cakap Pindah
|
Saya, aku, hamba, patik
|
Dia, ia, nya
|
beta
|
baginda
|
Kita, kami
|
mereka
|
Kamu, awak, anda, engkau
|
Saya, kami, dia, mereka, nya
|
dia
|
dia
|
mereka
|
mereka
|
ini
|
itu
|
itu
|
itu
|
sini
|
|
|
situ
|
situ
|
situ
|
begini
|
begitu
|
begitu
|
begitu
|
sekarang
|
Pada masa itu / ketika itu
|
tadi
|
Tadinya itu
|
Malam tadi
|
Malam yang lepas, malam dahulu
|
semalam
|
Hari semalamnya
|
esok
|
Esoknya itu
|
kelmarin
|
kelmarinnya
|
ya
|
Mengeyakan/ mengiakan
|
tidak
|
Menafikan / menidakkan
|
bukan
|
menolak
|
Cis!
|
Dengan marahnya
|
Amboi!
|
Dengan perasaan terkejut
|
Hore!
|
Dengan hati yang gembira
|
Aduh!
|
Sambil mengerang kesakitan
|
Eh!
|
Dengan nada hairan
|
Hai!
|
memanggil
|
Ya?
|
Berasa hairan, tidak percaya
|
Ahad, 7 Februari 2016
NOVEL BIMA SAKTI MENARI
SINOPSIS
BAB
Bab
|
Sinopsis
|
Bab
1 :
Janji
Srikandi
|
Dalam bab Janji Srikandi,
penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja
sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi
masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap
tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan
Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan
bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia,
manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa
tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka
dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
|
Bab
2:
Wicham
|
Dalam bab ini, penulis
mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar
dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan
Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji
yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia
benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama
kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul
Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan
namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan
mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai
minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan
olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau
tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan
oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan
ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.
|
Bab 3:
Sungai
Rahsia
|
Nurul Hafsa memutuskan
untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata kumpulan
pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip
di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya,
Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan
menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji
Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk
melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal
di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara
serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan
semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima
kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan
kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit.
Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat
kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun
demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan
perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu
persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
|
Bab 4:
Budiman
|
Budiman kembali ke rumah
dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh Nurul
Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji
Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan
yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains
di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu
membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya,
Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di
sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini,
Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini
berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren
disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang
baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang
dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk
terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar
akibat pembangunan yang tidak terancang.
|
Bab 5:
Jiwa
ayahanda
|
Tan Sri Muhaimin mengambil
tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di lapangan
terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah
Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau
dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah
menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam
di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa
beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di
rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya
bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam
kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap
hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat
menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
|
Bab 6:
Cita-cita
|
Nurul Hafsa membuat
keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis
Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan
Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di
Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya
terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah
untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan
Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama
ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh.
Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini
tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk
membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan
kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut,
namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk
terhadap orang lain. Nurul Hafsa
bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya
dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan
Simpan Langit Gelap.
|
Bab 7:
Lelaki
kelip-kelip
|
Nurul Hafsa menyiapkan
dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia beranggapan
bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di
kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda
sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah
peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki
tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat
sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut.
Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan
beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad
Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa
yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar
sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di
Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua
ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung
Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan
bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai,
pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan
cahaya roda ferris yang semuanya
membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan
meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul
Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik
kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
|
Bab 8:
Bebas Grid
|
Budiman mencadangkan
Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya kepada Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang
dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta
satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia
hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah
keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan
menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula
jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal
ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu,
dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad
Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad
Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
|
Bab 9:
Zuriat
|
Bab ini menceritakan
Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk menyokong
rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan
lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara
tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.
|
Bab
10:
Sidang
sejuta kelip-kelip
|
Muhammad Taufik
tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya. Muhammad
Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang
sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan
tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik
dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan
Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang
projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua
tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang
terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa
mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa
yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
|
Bab 11:
Lewat Satu
Milenium
|
Muhammad Taufik memilih
untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya dengan menggunakan
enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan
kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan
pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada
dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi
semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan
secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa
terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia
akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi
kepada Muhammad Taufik.
|
Bab 12:
Strategi
|
Muhammad Taufik akan
mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan pengaruh beliau
agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan
pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa ,
pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka
untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang
pertama di negara ini.
|
Bab 13:
Dendam
kembali mekar
|
Dalam bab ini, Dato’ Haji
Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid. Beliau
memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan
Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia
tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada
syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan
kekayaan. Diamerupakan musuh lama Tan
Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka
tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama
seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu.
Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
|
Bab 14:
Gelap dalam
terang
|
Johan Arlington-Majid
tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin
disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak
berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri
Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir
pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan
mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang
dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
|
Bab 15:
Khianat
|
Nurul Hafsa memerhatikan
lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya sambil memandu.
Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia
hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih
meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik
dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di
bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke
Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun
mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah
kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam
keadaan stabil.
|
Bab
|
Sinopsis
|
Bab 16:
Dua
kelip-kelip terakhir di dunia
|
Nurul Hafsa bersama dengan
ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya
mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul
Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan
keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau
hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik
yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik
dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada
rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan
tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
|
Bab 17:
Jalan yang
ditinggalkan
|
Tan Sri Muhaimin
memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau
agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan
kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.
Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu
perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin
motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca
jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan
dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui
perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap.
|
Bab
|
Sinopsis
|
Bab
18:
Kerasukan
|
Sejak Muhammad Taufik
dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap populasi
kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad
Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan
peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada
mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka
selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu
bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya
disarung dengan kain gelap.
|
Bab
19:
Selendang
hitam manik kristal
|
Muhammad Taufik
bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago
apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya
berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah
bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika
dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa
disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang
tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke
dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan
dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang
perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul
Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa
walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.
|
Bab 20:
Nyawa untuk
nyawa
|
Nurul Hafsa telah
dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik yang
belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin
mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal
sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan,
merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri,
dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran
Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta
beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan
Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen
tempatan.
|
Bab
21:
Lagasi
baju biru
|
Bab ini menceritakan
kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV,
pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan
ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik
sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari
yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran
telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang
aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh
di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi
tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan,
Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
|
Bab 22:
Cinta
pejuang
|
Nurul Hafsa, Haji Yassir
dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri
kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan
bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan
beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia
telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak
hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya
untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam
keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru
selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.
|
TEMA
-
Kegigihan
anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Nurul
Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa
yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar
TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.
PERSOALAN
1. Persoalan kebijaksanaan dalam menangani
masalah.
- Nurul
Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat
dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.
2. Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu
dengan anak.
- Puan
Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan
anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.
3. Persoalan cinta akan alam sekitar.
- Budiman
dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala
Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran
akibat pembangunan yang tidak terancang.
4. Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang
antara ibu bapa dengan anak.
- Puan
Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak
mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun
mereka telah bercerai.
5. Persoalan ketaatan kepada ajaran agama
- Budiman
menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial
di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan
mahram.
Persoalan perasaan dendam yang tidak
berkesudahan
- Johan
Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin
berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami
sehingga membawa kepada kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.
Langgan:
Catatan (Atom)