WARGA EMAS
ISU PENJAGAAN WARGA TUA
· Ramai yang telah memperkatakan peningkatan kualiti hidup diserata dunia, dan ini termasuklah bagi negara-negara yang sedang membangun seperti
· Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat dari satu masa ke satu masa, contohnya di
· Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jika berbanding dengan negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun. Warga tua adalah satu golongan yang istimewa yang pernah menjanakan tenaga mereka dalam membimbing generasi kini dengan jayanya. Maka tidak perlu dinafikan lagi bahawa pertolongan kepada golongan tersebut perlu digiatkan.
· Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akan memberi sedikit tekanan kepada masyarakat secara umumnya bagi menyediakan kemudahan, seperti penjagaan, rawatan dan sebagainya. Penyediaan kemudahan kepada warga tua nanti sudah semestinya akan mengunakan sumber kewangan yang dijanakan daripada kutipan kerajaan atas masyarakat dan juga daripada sumber kewangan peribadi atau persendirian. Masyarakat sekarang harus menanam semangat bertanggung- jawab kepada semua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk menangani masalah yang akan dihadapi oleh warga tua.
· Ramai telah memperkatakan usaha-usaha ke arah penjagaan warga tua dalam masyarakat sekarang. Konsep penjagaan warga tua masih lagi dianggap tidak mempunyai ketentuan yang tetap iaitu masyarakat dan pihak berkuasa seolah-olah beraggapan bahawa penjagaan warga tua hanya perlu dilakukan kepada aspek fizikal sahaja tanpa menitikberatkan aspek emosi mereka. Masyarakat dan pihak berkuasa seharusnya perlu lebih peka terhadap konsep penjagaan warga tua dengan menyediakan program penjagaan yang lebih sempurna dalam semua aspek baik fizikal mahupun spiritual kerana hakikat bahawa manusia tercipta daripada dua unsur tersebut tidak dapat diketepikan sama sekali. Ini bermakna program penjagaan yang komprehensif dan menyeluruh sifatnya perlu disediakan untuk mereka.
· Masyarakat di kawasan
· Berdasarkan faktor-faktor ini, sudah sampai masanya masyarakat dan pihak berkuasa di
· Dalam melaksanakan perancangan program penjagaan warga tua, aktiviti-aktiviti tertentu perlulah digarapkan sekali agar warga tua dapat menghabiskan umur tua dalam keadaan yang boleh dianggap berjaya, setidak-tidaknya pada diri sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti pendedahan dan pengamalan penjagaan kesihatan yang dapat menjauhkan diri daripada penyakit perlu sekali diberi keutamaan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dapat menjayakan diri sendiri seperti memupuk semangat warga tua untuk terus hidup serta kesedaran mengenai kemampuan kapasiti fungsi fizikal mereka membolehkan warga tua terus bergiat aktif menyertai pelbagai kegiatan luar yang bersangkutan dengan 'moral boosting' (Rowe and Kahn, 1987).
· Bercakap mengenai penjagaan warga tua sudah sememangnya penjagaan terhadap kesihatan mereka merupakan agenda utama dalam perlaksanaannya. Gregg (1987) menyarankan bahawa penjagaan kesihatan terhadapt warga tua adalah elemen utama dalam segala program untuk warga tua tetapi, pada masa kini teknologi yang digunakan dalam aspek kesihatan telah terkedepan dan kos yang mahal perlu ditanggung untuk mendapatkan perkhimatan kesihatan. Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan perlulah mengambil insiatif dengan memberi bantuan pada peringkat awal perlaksanaan sistem penjagaan warga tua. Satu sistem yang lebih sempurna perlulah diperincikan selepas itu bagi membolehkan warga tua atau mana-mana agensi menanggung kos kesihatan mereka sendiri.
· Malaysia boleh mengikut jejak langkah yang telah dijalankan oleh negara membangun dalam penjagaan warga tua. Amerika Syarikat misalnya, adalah sebuah negara yang menyediakan bantuan sepenuhnya terhadap kepentingan dan keselesaan warga tua. Dengan kekayaan yang ada Amerika mampu untuk menyara warga tua mereka yang berumur lebih dari 65 tahun keatas, bantuan yang diberi adalah d ibawah peruntukan 'Social Security Act'. Berbagai akta lagi telah diperuntukan bagi warga tua, antaranya seperti 1) Akta Warga Tua Amerika 1965; di bawah akta ini berbagai agensi dilantik bagi memastikan keberkesanaan program saraan warga tua Amerika berjalan dengan baik, 2) Akta Penjagaan Kesihatan 1965; yang menyara semua pembelanjaan kesihatan warga tua Amerika and 3) Diskriminasi Umur dalam Akta Pekerjaan 1967; akta ini menamatkan umur pesaraan bagi semua rakyat Amerika dan mengharamkan pemberian kerja berasaskan umur. Walau bagaimanapun Amerika Syarikat bukanlah antara negara yang mula-mula melaksanakan program bagi warga tua. Antara negara yang telah terdahulu dan berjaya dalam perlaksanaan program penjagaan warga tua adalah
· Great
· Banyak lagi negara yang telah menjalankan pelbagai program penjagaan warga tua yang telah berjaya menghasilkan keselesaan dan kepuasan kepada warga tua. Berdasarkan sejarah, kebanyakan daripada negara ini juga melakukan kesilapan dalam pelaksanaan program-program tersebut tetapi dapat dimantapkan dari masa ke masa. Contohnya negara
· Kebanyakan negara juga mengadakan institusi bagi warga tua yang tidak mempunyai tempat untuk tinggal.
· Walaupun terdapat kebarangkalian untuk membangunkan program penjagaan warga tua sebagai satu tanda perhargaan kita terhadap mereka yang telah terlebih dahulu menyumbangkan jasa mereka di dalam proses pembangunan agama, bangsa dan negara sehingga kita sampai ke tahap sekarang, kita juga perlu berhati-hati di dalam memberikan saranan ke arah pembentukan program penyaraan dan institusi penjagaan warga tua. Tidak semua prgram dan institusi yang disarankan boleh berjaya. Perancangannya sudah tentu akan mengambil masa yang agak lama, tidak terkecuali juga tenaga dan komitmen yang jitu amat diperlukan sekali.
· Bakal penghuni selalu akan menanyakan institusi mana yang paling bagus apabila mereka ingin menyertainya. Jawapannya mudah, institusi yang mempunyai perkhidmatan yang canggih, tidak begitu besar, sumber kewangan yang mantap, suasana sosial yang baik dan pekerja yang cekap mengendalikan institusi tersebut sudah pasti akan menjadi pilihan yang utama.
· Tetapi perlu juga diingatkan bahawa tiada suatu program atau institusi yang dapat memberi kepuasan kepada seluruh penghuninya. Yang paling penting adalah untuk mengenal pasti bahawa perkhidmatan keselamatan dan kesihatan ialah unsur yang perlu sekali diutamakan.
PERANAN MASYARAKAT
· Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan sanak-saudara dan masyarakat setempat memberi perhatian dan sumbangan kepada pesakit melarat yangditempatkan di institusi.
· Aktiviti-aktiviti seperti hari terbuka dan perayaan hari kebesaran diadakan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat melawat dan mengenali penghuni serta berinteraksi dengan mereka.
· Pertubuhan sukarela dan pihak swasta juga boleh memberi sumbangan tenaga dan masa bermesra dan meraikan penghuni-penghuni ini supaya mereka tidak merasa tersisih dan kesepian, selaras dengan semangat jitu masyarakat penyayang.
PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI RUMAH KEBAJIKAN
· Jagaan dan Perlindungan: Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi penghuni seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hidangan makanan harian adalah berdasarkan kepada skala imbangan makanan yang telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Makanan disediakan enam (6) kali sehari mengikut menu yang disediakan oleh Pengetua dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
· Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan: Penghuni-penghuni diberi rawatan dan jagaan kesihatan yang baik oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Penolong Jururawat. Kes-kes penghuni yang memerlukan rawatan intensif dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut
· Bimbingan dan Kaunseling: Perkhidmatan ini adalah untuk menolong penghuni-penghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Selalu mengadakan kaunseling individu dan kelompok serta perbincangan kes.
· Perkhidmatan Fisioterapi: Unit ini adalah memastikan setiap penghuni dapat menggunakan keupayaan potensi yang ada pada dirinya dalam usaha mendapatkan keselesaan hidup di institusi. Pemulihan fisioterapi amat penting bagi menguatkan otot-otot penghuni yang uzur. Dengan bantuan pemulihan fisioterapi ada kemungkinan mereka boleh menguruskan aktiviti-aktiviti harian
tanpa banyak bantuan daripada orang lain.
· Bimbingan Agama dan Kemudahan Beribadat: Penghuni-penghuni digalakkan untuk mengamalkan ajaran agama mengikut kepercayaan masing-masing. Guru-guru memberi pengajaran dan bimbingan kepada penghuni-penghuni.
· Rekreasi dan Cara pulih Kerja: Penghuni-penghuni digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka. Kemudahan-kemudahan disediakan untuk penghuni-penghuni memenuhi masa lapang mereka dengan menonton televisyen dan video, mambaca akhbar dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan