Khamis, 2 Oktober 2008

Panduan Peribahasa

Peribahasa

Maksud

Air tenang jangan disangka tiada buaya

Jangan sangka pendiam itu bodoh atau penakut

Air digenggam tiada tiris

Kedekut, kikir atau bakhil

Ada gula, adalah semut

Mata pencarian yang mudah / Orang yang berbudi bahasa akan dikasihi orang.

Ada padi, semua kerja jadi; Ada beras semua kerja deras

Kalau ada wang semua kerja dapat dijalankan dengan cepat.

Air sama air, sampah ke tepi juga

Kalau campur tangan dalam pergaduhan keluarga orang lain, apabila mereka berbaik-baik semula, kita akan tersisih.

Abu di atas tunggul

Kedudukan jawatan yang tidak pasti.

Anak di pangku kelaparan, kera di hutan disusui

Suka mengurus hal orang lain dan mengabaikan keluarga sendiri.

Ada udang di sebalik batu

Ada tujuan atau muslihat yang tersembunyi dalam perbuatan.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Buat kerja bersungguh-sungguh hingga memperoleh kejayaan.

Ada kerak adalah nasi

Sesuatu kejadian tentu ada bekasnya.

Alah bisa, tegal biasa

Kerja yang susah menjadi senang jika menjadi suatu kebiasaan.

Aur dengan tebing

Tolong-menolong

Alah membeli menang memakai

Membeli barang yang mahal, bermutu, baik dan tahan lama.

Ada sampan hendak berenang

Sengaja menyusahkan diri

Ada wang abang disayang, tak ada wang abang melayang

Ada kasih sayang kerana adanya wang.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Perangai anak mengikut orang yang diasuhnya.

Berpeluk tubuh

Malas bekerja

Bagai ayam disambar helang

Hilang dengan tiba-tiba

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Buat baik biar sekadarnya dan jangan sama sekali buat jahat

Bintang terang

Bertuah

Biar mati anak, jangan mati adat

Adat resam perlu ditaati walaupun terpaksa korbankan anak.

Besar periuk, besarlah keraknya

Besar gaji, besarlah perbelanjaan.

Belum duduk sudah berlunjur

Membuat sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan.

Burung terbang dipipiskan lada

Belum tentu akan memperoleh sesuatu tetapi sudah memikirkan keuntungannya.

Bergolok bergadai

Habis terjual barang-barang milik untuk mendapatkan wang.

Belakang parang, diasah lagikan tajam.

Kurang berkebolehan tetapi apabila rajin belajar akan berjaya.

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

Sebelum mendapat pekerjaan baik, buatlah kerja lain.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan; laut mana yang tidak bergelora.

Setiap orang tidak sepi daripada membuat kesalahan, bezanya sama ada kesalahan itu besar atau kecil.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Sedih melihat orang yang susah, tetapi susah lagi orang yang menanggungnya.

Burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung

Orang yang dipelihara dengan baik tetapi tiada kebebasan.

Biar putih tulang, jangan putih mata

Sanggup mati daripada meyerah kalah.

Biduk lalu kiambang bertaut

Ahli keluarga yang berkelahi akhirnya akan bersatu semula.

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis

Berfikir sebelum membuat sesuatu pekerjaan.

Berludah ke langit, jatuh ke muka sendiri

Membuka rahsia sendiri atau keluarga, akhirnya diri yang malu.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Pada mulanya susah, kemudian mendapat kesenangan.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Tolong-menolong apabila membuat sesuatu kerja.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Anak menurut baka bapanya.

Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga

Kalau seseorang itu merosakkan kaum keluarga orang lain, orang berkenaan turut merasakan kesusahannya.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Perkelahian antara ahli keluarga berakhir dengan berbaik-baik.

Campak baju nampak kurap

Mendedahkan keburukan diri sendiri.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Kalau ada cita-cita, tentu ada ikhtiar untuk menjayakannya.

Dibakar tidak hangus, direndam tak basah

Sangat berkuasa dan tidak mudah dikalahkan.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Patuh kepada adat dan peraturan tempat di mana kita tinggal

Enggang sama enggang, pipit sama pipit

Perbezaan taraf; orang kaya dengan orang kaya; orang miskin dengan orang miskin.

Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Mementingkan diri sendiri dan hidup bersendirian.

Embun di hujung rumput

Kasih sayang yang tidak kekal.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Orang yang baik meninggalkan nama yang baik apabila sudah meninggal dunia.

Gali lubang tutup lubang

Meminjam wang untuk membayar hutang.

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendatangkan hasil.

Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali

Harta akan habis jika bersifat boros.

Harga mati

Harga tetap.

Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah.

Hidup bermuafakat; banyak sama banyak; sedikit sama sedikit.

Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Keuntungan kecil dilepaskan dengan harapan akan mendapat keuntungan yang lebih yang tidak pasti akan diperoleh.

Hilang bahasa lenyaplah bangsa

Sesuatu bangsa akan hilang apabila bahasanya tidak digunakan.

Habis manis sepah dibuang

Digunakan sewaktu ada keperluan sahaja dan selepas itu ditinggalkan.

Hancur badan di kandung tanah, budi yang baik dikenang juga

Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun sesudah mati.

Hangat-hangat tahi ayam

Pada mulanya bersungguh-sungguh tetapi kemudian ditinggalkan begitu sahaja.

Harap hati nak peluk gunung, apakah daya tangan tak sampai

Kehendak hati terlalu besar sehingga tidak berkeupayaan untuk mencapainya.

Harapkan pagar pagar makan padi

Orang yang diharapkan melakukan pengkhianatan.

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Melakukan ssuatu dengan bersungguh-sungguh kerana ada kemahuan tetapi apabila tiada kemahuan akan mengelak daripada melakukannya.

Isi dengan kuku

Persahabatan yang rapat.

Ikut resmi padi; semakin berisi semakin tunduk

Semakin kaya atau berilmu, tidak sombong tetapi merendah diri.

Peribahasa

Maksud

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Berhati-hati sebelum mendapat kesusahan dan berjimat sebelum kehabisan wang.

Jauh berjalan banyak pengalaman

Banyak pengalaman.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Kacang lupakan kulit

Tidak mengenang budi.

Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.

Kacang hantu

Budak-budak yang nakal.

Kera sumbang

Orang yang mengasingkan diri.

Kera mendapat bunga

Orang yang selalu merosakkan pemberian orang lain kerana tidak tahu menghargai

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Keadaan hidup seseorang yang sangat susah.

Kerbau dicucuk hidung

Sentiasa mengikut kehendak orang lain.

Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan

Kalau sesuatu kerja itu ditangguhkan selalu, ia tidak akan selesai tetapi apabila dilakukan beransur-ansur akhirnya siap.

Ke tengah boleh ke tepi pun boleh

Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan.

Ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Orang yang memberi nasihat tidak melakukan sebagaimana yang dinasihatinya itu.

Kata periuk belanga hitam

Orang yang memburuk-burukkan orang lain, tidak sedar yang dia pun buruk juga.

Lidah biawak

Cakap yang berubah-ubah dan tidak menepati janji.

Lain padang lain belalang; lain lubuk lain ikannya

Adat resam dan cara hidup di sesebuah negeri tidak sama di negeri lain.

Lempar batu sembunyi tangan

Membuat perbuatan jahat dan berpura-pura tidak tahu.

Lebah, mulut membawa madu, ekor membawa sengat

Orang yang percakapannya manis tetapi niatnya jahat.

Lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau

Terlepas daripada mala petaka dan terpaksa berhadapan dengan bahaya yang lain.

Lembu punya susu sapi dapat nama

Mendapat nama hasil titik peluh orang lain.

Lain di mulut lain di hati

Apa yang diperkatakan adalah berlawanan dengan apa yang tersemat di hati.

Lain gatal lain digaru

Lain disoal lain dijawab.

Lain makan nagka, lain kena getah

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.

Laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan

Setiap usaha tetap ada kesukaran ataupun bahayanya.

Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya

Hati dan perasaan manusia itu tiada siapa yang dapat mengetahuinya.

Mentimun dengan durian, menggolek luka, kena golek pun luka

Melawan orang yang berpangkat dan kuat, sama ada salah ataupun tidak, tentu orang yang berpangkat rendah atau lemah akan kalah juga.

Melepaskan batuk di tangga

Membuat sesuatu pekerjaan dengan cara yang tidak bersungguh-sungguh.

Menanam tebu di tepi bibir

Seseorang yang bercakap dengan lemah-lembut tetapi berniat jahat.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat setempat.

Melepas anjing tersepit, selepas terlepas dia menggigit

Orang yang tidak berterima kasih.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Biarlah mendidik sejak kecil.

Murai dcabut ekor

Seseorang yang sangat bising.

Nasi sudah menjadi bubur

Suatu keadaan yang tidak boleh dibaiki lagi.

Orang mengantuk disorongkan bantal

Seseorang yang inginkan sesuatu, tiba-tiba keinginannya itu disajikan kepadanya.

Orang buta hilang tongkat

Orang miskin yang hilang tempat bergantung.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

Sentiasa menjaga tutur kata dan berterima kasih kepada yang menolong kita.

Pucuk dicita ulam mendatang

Mendapat sesuatu pada masa yang sangat-sangat menghendakinya.

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi

Seseorang yang suka mencela benda yang sudah siap.

Rumput di tepi jalan

Keadaan hdiup seseorang yang melarat dan tidak dipedulikan oleh orang lain.

Sambil menyelam minum air

Melakukan dua aktiviti pada masa yang sama.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Sebelum bertindak hendaklah berfikir terlebih dahulu.

Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

Walaupun jauh berdagang, akan kembali ke tempat asal.

Sediakan payung sebelum hujan

Menyediakan perlindungan sebelum mendapat kesusahan.

Sudah terhantuk baru tengadah

Sudah mendapat kemalangan baru hendak beringat-ingat.

Sudah jatuh ditimpa tangga

Ditimpa beberapa bencana sekali gus.

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Jika tersalah membuat pekerjaan hendaklah cepat-cepat menyedarinya dan membetulkan kesalahan itu.

Sekali air bah, sekali pantai berubah

Pemerintah bertukar dan cara pemerintahan pun bertukar.

Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut

Membesar-besarkan perkara kecil

Siapa makan lada, dialah berasa pedas

Yang membuat salah selalunya akan merasa.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Orang jahat akan tertangkap juga akhirnya.

Sehari selembar benang, lama-lama akan menjadi kain

Melakukan kerja secara beransur-ansur akhirnya akan berhasil.

Takut kerana salah, berani kerana benar

Yang bersalah takut, yang tidak bersalah berani menghadapi kenyataan.

Tiada rotan akar pun berguna

Kalau tiada yang lebih baik, gunakan apa sahaja yang ada sebagai penggantinya.

Tikus membaiki labu

Orang yang kurang arif dalam sesuatu perkara, apabila melakukannya, ia bukan bertambah baik malah bertambah buruk.

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Adat resam, kepercayaan, samangat, rasa hati dan sebagainya tidak akan dilupakan atau berubah-ubah lagi.

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi

Tanpa Kerjasama atau tolong-menolong sesuatu perkara tidak dapat dilakukan.

Takkan lari gunung dikejar

Sesuatu yang pasti.

Terkilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya

Seseorang yang pandai dalam mengetahui maksud perkataan seseorang.

Tanam lalang tak akan tumbuh padi

Kejahatan yang dibuat, balasannya jahat juga.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Orang yang mengadu untung nasibnya, jika bernasib baik ia akan selamat; jika tidak bernasib baik, akan rugi.

Ukur baju di badan sendiri

Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan sendiri.

Peribahasa

Maksud

Membuka pekung di dada

Mendedahkan rahsia kaum keluarga, sendiri yang mendapat malu

Alang-alang mandi biar basah

Membuat sesuatu kerja biarlah dengan sempurna

Sebab nila setitik rosak susu sebelanga

Disebabkan kesalahan kecil, segala kebaikan tidak dipandang orang

Seperti kumbang putus tali

Menghilangkan diri dengan cepat

Talam dua muka

Berbaik-baik dengan dua orang yang masing-masing bermusuhan

Segan bertanya sesat jalan

Kalau tidak mahu bertanya, tentu jadi bodoh

Patah tumbuh hilang berganti

Setiap sesuatu ada galang gantinya

Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

Perbuatan yang mendatangkan aib kepada diri sendiri

Bagai itik pulang petang

Berjalan dengan sangat perlahan

Bagai menatang minyak yang penuh

Sangat berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja

Biar titik jangan tumpah

Biar mendapat sedikit kerugian, jangan hilang sama sekali

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Kalau kita bersatu padu, kita akan berjaya/Perpaduan sangat penting

Takkan pisang berbuah dua kali

Tidak mahu perkara malang berulang lagi

Berpatah arang berkerat rotan

Memutuskan hubungan persaudaraan

Biar lambat asalkan selamat

Membuat sesuatu kerja dengan berhati-hati agar mendatangkan kejayaan

Gulung tikar

Muflis

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Anak akan mewarisi bakat ayahnya.

Sebatang kara

Hidup menyendiri

Jangan biar cacing naik ke mata

Perbuatan yang melampau dan mendatangkan aib kepada diri dan keluarga

Ibarat beban belum terlepas dari bahu

Masih terpaksa menanggung tanggungjawab

Seperti anjing dengan kucing

Orang yang selalu bergaduh

Sambil menyelam minum air

Orang yang melakukan dua kerja serentak

Tinggal sehelai sepinggang

Menjadi miskin

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Pemuda dan pemudi mempunyai peranan dalam pembangunan negara

Seperti cacing kepanasan

Orang yang gelisah dan sentiasa resah

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Kita perlu berhati-hati dengan tutur kata kita.

Seperti bertih digoreng

Bunyi kuat seperti bunyi letupan senapang atau meriam

Gegak seperti hendak roboh

Orang yang ketawa dengan sangat kuat

Lidah biawak

Hipokrit. Cakap tak serupa bikin

Seperti katak di bawah tempurung

Dunia hidup seseorang yang sempit / Pengetahuan dan pengalaman terbatas

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

Apabila mendapat perkara yang lebih baik, yang sedia ada dibuang

Kupu-kupu terbang malam

Pelacur

Tiada rotan akar pun berguna

Sementara mendapat yang lebih baik, yang kurang baik masih boleh digunakan

Bunga dedap

Perempuan yang cantik tetapi buruk budi bahasanya

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Manusia yang hidup berdasarkan kata muafakat / kata sepakat

Pandu cermat jiwa selamat

Berhati-hati di jalan raya

Ada udang di sebalik batu

Ada motif di sebalik sesuatu tindakan atau persahabatan

Pandai macam kancil

Sangat cerdik

Seperti kerbau dicucuk hidung

Orang yang menuruti kata orang lain tanpa membantah

Seperti mencurah air ke pasir

Tindakan yang sia-sia / Menasihati orang yang memang degil

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Susah sama susah; senang sama senang.

Seperti kaduk naik junjung

Orang hina apabila senang sudah lupa daratan / lupa asalnya

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

Sangat menghargai

Seperti pinang pulang ke tampuk

Kena pada tempatnya

Sudah tahu bertanya pula

Orang yang berpura-pura tidak tahu padahal sudah tahu

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi

Kunyah dahulu telan kemudian

Berfikir sebelum bertindak

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

Ikut keadaan

Burung terbang dipipiskan lada

Orang yang berangan-angan / Mengharapkan sesuatu yang belum pasti dapat

Seperti pahat dengan pemukul

Orang yang hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Kita tidak boleh lari daripada adat

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Kalau takut berhdapan dengan riisiko, jangan melakukan kerja yang berbahaya

Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang

Kalau kita memiliki kemahiran, sudah tentu kita akan berjaya

Merdu bagai buluh perindu

Sangat tenang

Daripada hidup menanggung malu, biar mati bergalang tanah

Daripada mendapat malu lebih baik mati

Seperti lipas kudung

Berlari dengan sangat laju

Seperti sirih pulang ke gagang

Sangat sesuai

Tiada beban batu digalas

Tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah

Membujur lalu melintang patah

Dapat mengatasi segala halangan untuk mencapai kejayaan

Ikut hati mati, ikut rasa binasa

Kalau kita ikut nafsu, buruk padahnya

ditelan mati emak, diluah mati bapa

Suatu keadaan yang serba salah

ayam bertelur di atas padi

Orang yang hidup mewah

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu

Kita tidak dapat menentukan nasib seseorang

Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua

Sekiranya kita tidak bersatu padu, nescaya akan mendatangkan kesan buruk

musuh dalam selimut

Seseorang yang dipercayai tetapi orang yang dipercayai mengkhianati

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

Orang tak sudi tetapi dia yang mahu campur tangan / penyibuk

Menanti kucing bertanduk

Menunggu sesuatu yang memang mustahil berlaku

Padang jarak padang terkukur

Musnah sama sekali

Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

Menjaga rahsia

5 ulasan:

Unknown berkata...

hi bitch

Unknown berkata...

terima kasih atas perkongsian,sangat membantu

Unknown berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Very good thank u

Unknown berkata...

thank you minnn