| Peribahasa | Maksud |
| Air tenang jangan disangka tiada buaya | Jangan sangka pendiam itu bodoh atau penakut |
| Air digenggam tiada tiris | Kedekut, kikir atau bakhil |
| | Mata pencarian yang mudah / Orang yang berbudi bahasa akan dikasihi orang. |
| | Kalau ada wang semua kerja dapat dijalankan dengan cepat. |
| Air sama air, sampah ke tepi juga | Kalau campur tangan dalam pergaduhan keluarga orang lain, apabila mereka berbaik-baik semula, kita akan tersisih. |
| Abu di atas tunggul | Kedudukan jawatan yang tidak pasti. |
| Anak di pangku kelaparan, kera di hutan disusui | Suka mengurus hal orang lain dan mengabaikan keluarga sendiri. |
| | |
| Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan | Buat kerja bersungguh-sungguh hingga memperoleh kejayaan. |
| | Sesuatu kejadian tentu ada bekasnya. |
| Alah bisa, tegal biasa | Kerja yang susah menjadi senang jika menjadi suatu kebiasaan. |
| Aur dengan tebing | Tolong-menolong |
| Alah membeli menang memakai | Membeli barang yang mahal, bermutu, baik dan tahan lama. |
| | Sengaja menyusahkan diri |
| | |
| Bagaimana acuan begitulah kuihnya | Perangai anak mengikut orang yang diasuhnya. |
| Berpeluk tubuh | Malas bekerja |
| Bagai ayam disambar helang | Hilang dengan tiba-tiba |
| Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali | Buat baik biar sekadarnya dan jangan sama sekali buat jahat |
| Bintang terang | Bertuah |
| Biar mati anak, jangan mati adat | Adat resam perlu ditaati walaupun terpaksa korbankan anak. |
| Besar periuk, besarlah keraknya | Besar gaji, besarlah perbelanjaan. |
| Belum duduk sudah berlunjur | Membuat sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan. |
| Burung terbang dipipiskan lada | Belum tentu akan memperoleh sesuatu tetapi sudah memikirkan keuntungannya. |
| Bergolok bergadai | Habis terjual barang-barang milik untuk mendapatkan wang. |
| Belakang parang, diasah lagikan tajam. | Kurang berkebolehan tetapi apabila rajin belajar akan berjaya. |
| Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak | Sebelum mendapat pekerjaan baik, buatlah kerja lain. |
| Bumi mana yang tidak ditimpa hujan; laut mana yang tidak bergelora. | Setiap orang tidak sepi daripada membuat kesalahan, bezanya sama ada kesalahan itu besar atau kecil. |
| Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul | Sedih melihat orang yang susah, tetapi susah lagi orang yang menanggungnya. |
| Burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung | Orang yang dipelihara dengan baik tetapi tiada kebebasan. |
| Biar putih tulang, jangan putih mata | Sanggup mati daripada meyerah kalah. |
| Biduk lalu kiambang bertaut | Ahli keluarga yang berkelahi akhirnya akan bersatu semula. |
| Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis | Berfikir sebelum membuat sesuatu pekerjaan. |
| Berludah ke langit, jatuh ke muka sendiri | Membuka rahsia sendiri atau keluarga, akhirnya diri yang malu. |
| Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian | Pada mulanya susah, kemudian mendapat kesenangan. |
| Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing | Tolong-menolong apabila membuat sesuatu kerja. |
| Bagaimana acuan, begitulah kuihnya | Anak menurut baka bapanya. |
| Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga | Kalau seseorang itu merosakkan kaum keluarga orang lain, orang berkenaan turut merasakan kesusahannya. |
| Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga | Perkelahian antara ahli keluarga berakhir dengan berbaik-baik. |
| Campak baju nampak kurap | Mendedahkan keburukan diri sendiri. |
| Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan | Kalau ada cita-cita, tentu ada ikhtiar untuk menjayakannya. |
| Dibakar tidak hangus, direndam tak basah | Sangat berkuasa dan tidak mudah dikalahkan. |
| Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung | Patuh kepada adat dan peraturan tempat di mana kita tinggal |
| Enggang sama enggang, pipit sama pipit | Perbezaan taraf; orang kaya dengan orang kaya; orang miskin dengan orang miskin. |
| Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing | Mementingkan diri sendiri dan hidup bersendirian. |
| Embun di hujung rumput | Kasih sayang yang tidak kekal. |
| Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama | Orang yang baik meninggalkan nama yang baik apabila sudah meninggal dunia. |
| Gali lubang tutup lubang | Meminjam wang untuk membayar hutang. |
| Genggam bara api biar sampai jadi arang | Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendatangkan hasil. |
| Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali | Harta akan habis jika bersifat boros. |
| Harga mati | Harga tetap. |
| Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah. | Hidup bermuafakat; banyak sama banyak; sedikit sama sedikit. |
| Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan | Keuntungan kecil dilepaskan dengan harapan akan mendapat keuntungan yang lebih yang tidak pasti akan diperoleh. |
| Hilang bahasa lenyaplah bangsa | Sesuatu bangsa akan hilang apabila bahasanya tidak digunakan. |
| Habis manis sepah dibuang | Digunakan sewaktu ada keperluan sahaja dan selepas itu ditinggalkan. |
| Hancur badan di kandung tanah, budi yang baik dikenang juga | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun sesudah mati. |
| Hangat-hangat tahi ayam | Pada mulanya bersungguh-sungguh tetapi kemudian ditinggalkan begitu sahaja. |
| Harap hati nak peluk gunung, apakah daya tangan tak sampai | Kehendak hati terlalu besar sehingga tidak berkeupayaan untuk mencapainya. |
| Harapkan pagar pagar makan padi | Orang yang diharapkan melakukan pengkhianatan. |
| Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih | Melakukan ssuatu dengan bersungguh-sungguh kerana ada kemahuan tetapi apabila tiada kemahuan akan mengelak daripada melakukannya. |
| Isi dengan kuku | Persahabatan yang rapat. |
| Ikut resmi padi; semakin berisi semakin tunduk | Semakin kaya atau berilmu, tidak sombong tetapi merendah diri. |
| Peribahasa | Maksud |
| Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis | Berhati-hati sebelum mendapat kesusahan dan berjimat sebelum kehabisan wang. |
| Jauh berjalan banyak pengalaman | Banyak pengalaman. |
| Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya | Perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. |
| Kacang lupakan kulit | Tidak mengenang budi. |
| Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya | Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha. |
| Kacang hantu | Budak-budak yang nakal. |
| Kera sumbang | Orang yang mengasingkan diri. |
| Kera mendapat bunga | Orang yang selalu merosakkan pemberian orang lain kerana tidak tahu menghargai |
| Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang | Keadaan hidup seseorang yang sangat susah. |
| Kerbau dicucuk hidung | Sentiasa mengikut kehendak orang lain. |
| Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan | Kalau sesuatu kerja itu ditangguhkan selalu, ia tidak akan selesai tetapi apabila dilakukan beransur-ansur akhirnya siap. |
| Ke tengah boleh ke tepi pun boleh | Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan. |
| Ketam menyuruh anaknya berjalan betul | Orang yang memberi nasihat tidak melakukan sebagaimana yang dinasihatinya itu. |
| Kata periuk belanga hitam | Orang yang memburuk-burukkan orang lain, tidak sedar yang dia pun buruk juga. |
| Lidah biawak | Cakap yang berubah-ubah dan tidak menepati janji. |
| Lain | Adat resam dan cara hidup di sesebuah negeri tidak sama di negeri lain. |
| Lempar batu sembunyi tangan | Membuat perbuatan jahat dan berpura-pura tidak tahu. |
| Lebah, mulut membawa madu, ekor membawa sengat | Orang yang percakapannya manis tetapi niatnya jahat. |
| Lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau | Terlepas daripada mala petaka dan terpaksa berhadapan dengan bahaya yang lain. |
| Lembu punya susu sapi dapat nama | Mendapat nama hasil titik peluh orang lain. |
| Lain di mulut lain di hati | Apa yang diperkatakan adalah berlawanan dengan apa yang tersemat di hati. |
| Lain gatal lain digaru | Lain disoal lain dijawab. |
| Lain makan nagka, lain kena getah | Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. |
| Laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan | Setiap usaha tetap ada kesukaran ataupun bahayanya. |
| Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya | Hati dan perasaan manusia itu tiada siapa yang dapat mengetahuinya. |
| Mentimun dengan durian, menggolek luka, kena golek pun luka | Melawan orang yang berpangkat dan kuat, sama ada salah ataupun tidak, tentu orang yang berpangkat rendah atau lemah akan kalah juga. |
| Melepaskan batuk di tangga | Membuat sesuatu pekerjaan dengan cara yang tidak bersungguh-sungguh. |
| Menanam tebu di tepi bibir | Seseorang yang bercakap dengan lemah-lembut tetapi berniat jahat. |
| Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak | Kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat setempat. |
| Melepas anjing tersepit, selepas terlepas dia menggigit | Orang yang tidak berterima kasih. |
| Melentur buluh biarlah dari rebungnya | Biarlah mendidik sejak kecil. |
| Murai dcabut ekor | Seseorang yang sangat bising. |
| Nasi sudah menjadi bubur | Suatu keadaan yang tidak boleh dibaiki lagi. |
| Orang mengantuk disorongkan bantal | Seseorang yang inginkan sesuatu, tiba-tiba keinginannya itu disajikan kepadanya. |
| Orang buta hilang tongkat | Orang miskin yang hilang tempat bergantung. |
| Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa | Sentiasa menjaga tutur kata dan berterima kasih kepada yang menolong kita. |
| Pucuk dicita ulam mendatang | Mendapat sesuatu pada masa yang sangat-sangat menghendakinya. |
| Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi | Seseorang yang suka mencela benda yang sudah siap. |
| Rumput di tepi jalan | Keadaan hdiup seseorang yang melarat dan tidak dipedulikan oleh orang lain. |
| Sambil menyelam minum air | Melakukan dua aktiviti pada masa yang sama. |
| Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna | Sebelum bertindak hendaklah berfikir terlebih dahulu. |
| Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga | Walaupun jauh berdagang, akan kembali ke tempat asal. |
| Sediakan payung sebelum hujan | Menyediakan perlindungan sebelum mendapat kesusahan. |
| Sudah terhantuk baru tengadah | Sudah mendapat kemalangan baru hendak beringat-ingat. |
| Sudah jatuh ditimpa tangga | Ditimpa beberapa bencana sekali gus. |
| Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan | Jika tersalah membuat pekerjaan hendaklah cepat-cepat menyedarinya dan membetulkan kesalahan itu. |
| Sekali air bah, sekali pantai berubah | Pemerintah bertukar dan cara pemerintahan pun bertukar. |
| Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut | Membesar-besarkan perkara kecil |
| Siapa makan lada, dialah berasa pedas | Yang membuat salah selalunya akan merasa. |
| Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga | Orang jahat akan tertangkap juga akhirnya. |
| Sehari selembar benang, lama-lama akan menjadi kain | Melakukan kerja secara beransur-ansur akhirnya akan berhasil. |
| Takut kerana salah, berani kerana benar | Yang bersalah takut, yang tidak bersalah berani menghadapi kenyataan. |
| Tiada rotan akar pun berguna | Kalau tiada yang lebih baik, gunakan apa sahaja yang ada sebagai penggantinya. |
| Tikus membaiki labu | Orang yang kurang arif dalam sesuatu perkara, apabila melakukannya, ia bukan bertambah baik malah bertambah buruk. |
| Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan | Adat resam, kepercayaan, samangat, rasa hati dan sebagainya tidak akan dilupakan atau berubah-ubah lagi. |
| Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi | Tanpa Kerjasama atau tolong-menolong sesuatu perkara tidak dapat dilakukan. |
| Takkan lari gunung dikejar | Sesuatu yang pasti. |
| Terkilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya | Seseorang yang pandai dalam mengetahui maksud perkataan seseorang. |
| Tanam lalang tak akan tumbuh padi | Kejahatan yang dibuat, balasannya jahat juga. |
| Untung sabut timbul, untung batu tenggelam | Orang yang mengadu untung nasibnya, jika bernasib baik ia akan selamat; jika tidak bernasib baik, akan rugi. |
| Ukur baju di badan sendiri | Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan sendiri. |
| Peribahasa | Maksud |
| Membuka pekung di dada | Mendedahkan rahsia kaum keluarga, sendiri yang mendapat malu |
| Alang-alang mandi biar basah | Membuat sesuatu kerja biarlah dengan sempurna |
| Sebab nila setitik rosak susu sebelanga | Disebabkan kesalahan kecil, segala kebaikan tidak dipandang orang |
| Seperti kumbang putus tali | Menghilangkan diri dengan cepat |
| Talam dua muka | Berbaik-baik dengan dua orang yang masing-masing bermusuhan |
| Segan bertanya sesat jalan | Kalau tidak mahu bertanya, tentu jadi bodoh |
| Patah tumbuh hilang berganti | Setiap sesuatu ada galang gantinya |
| Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri | Perbuatan yang mendatangkan aib kepada diri sendiri |
| Bagai itik pulang petang | Berjalan dengan sangat perlahan |
| Bagai menatang minyak yang penuh | Sangat berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja |
| Biar titik jangan tumpah | Biar mendapat sedikit kerugian, jangan hilang sama sekali |
| Bersatu kita teguh bercerai kita roboh | Kalau kita bersatu padu, kita akan berjaya/Perpaduan sangat penting |
| Takkan pisang berbuah dua kali | Tidak mahu perkara malang berulang lagi |
| Berpatah arang berkerat rotan | Memutuskan hubungan persaudaraan |
| Biar lambat asalkan selamat | Membuat sesuatu kerja dengan berhati-hati agar mendatangkan kejayaan |
| Gulung tikar | Muflis |
| Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi | Anak akan mewarisi bakat ayahnya. |
| Sebatang kara | Hidup menyendiri |
| Jangan biar cacing naik ke mata | Perbuatan yang melampau dan mendatangkan aib kepada diri dan keluarga |
| Ibarat beban belum terlepas dari bahu | Masih terpaksa menanggung tanggungjawab |
| Seperti anjing dengan kucing | Orang yang selalu bergaduh |
| Sambil menyelam minum air | Orang yang melakukan dua kerja serentak |
| Tinggal sehelai sepinggang | Menjadi miskin |
| Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara | Pemuda dan pemudi mempunyai peranan dalam pembangunan negara |
| Seperti cacing kepanasan | Orang yang gelisah dan sentiasa resah |
| Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya | Kita perlu berhati-hati dengan tutur kata kita. |
| Seperti bertih digoreng | Bunyi kuat seperti bunyi letupan senapang atau meriam |
| Gegak seperti hendak roboh | Orang yang ketawa dengan sangat kuat |
| Lidah biawak | Hipokrit. Cakap tak serupa bikin |
| Seperti katak di bawah tempurung | Dunia hidup seseorang yang sempit / Pengetahuan dan pengalaman terbatas |
| Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi | Apabila mendapat perkara yang lebih baik, yang sedia ada dibuang |
| Kupu-kupu terbang malam | Pelacur |
| Tiada rotan akar pun berguna | Sementara mendapat yang lebih baik, yang kurang baik masih boleh digunakan |
| Bunga dedap | Perempuan yang cantik tetapi buruk budi bahasanya |
| Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat | Manusia yang hidup berdasarkan kata muafakat / kata sepakat |
| Pandu cermat jiwa selamat | Berhati-hati di jalan raya |
| | |
| Pandai macam kancil | Sangat cerdik |
| Seperti kerbau dicucuk hidung | Orang yang menuruti kata orang lain tanpa membantah |
| Seperti mencurah air ke pasir | Tindakan yang sia-sia / Menasihati orang yang memang degil |
| Bukit sama didaki, lurah sama dituruni | Susah sama susah; senang sama senang. |
| Seperti kaduk naik junjung | Orang hina apabila senang sudah lupa daratan / lupa asalnya |
| Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan | Sangat menghargai |
| Seperti pinang pulang ke tampuk | Kena pada tempatnya |
| Sudah tahu bertanya pula | Orang yang berpura-pura tidak tahu padahal sudah tahu |
| Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah | Banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi |
| Kunyah dahulu telan kemudian | Berfikir sebelum bertindak |
| Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya | Ikut keadaan |
| Burung terbang dipipiskan lada | Orang yang berangan-angan / Mengharapkan sesuatu yang belum pasti dapat |
| Seperti pahat dengan pemukul | Orang yang hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh |
| Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah | Kita tidak boleh lari daripada adat |
| Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai | Kalau takut berhdapan dengan riisiko, jangan melakukan kerja yang berbahaya |
| Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang | Kalau kita memiliki kemahiran, sudah tentu kita akan berjaya |
| Merdu bagai buluh perindu | Sangat tenang |
| Daripada hidup menanggung malu, biar mati bergalang tanah | Daripada mendapat malu lebih baik mati |
| Seperti lipas kudung | Berlari dengan sangat laju |
| Seperti sirih pulang ke gagang | Sangat sesuai |
| Tiada beban batu digalas | Tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah |
| Membujur lalu melintang patah | Dapat mengatasi segala halangan untuk mencapai kejayaan |
| Ikut hati mati, ikut rasa binasa | Kalau kita ikut nafsu, buruk padahnya |
| ditelan mati emak, diluah mati bapa | Suatu keadaan yang serba salah |
| ayam bertelur di atas padi | Orang yang hidup mewah |
| Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu | Kita tidak dapat menentukan nasib seseorang |
| Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua | Sekiranya kita tidak bersatu padu, nescaya akan mendatangkan kesan buruk |
| musuh dalam selimut | Seseorang yang dipercayai tetapi orang yang dipercayai mengkhianati |
| Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong | Orang tak sudi tetapi dia yang mahu campur tangan / penyibuk |
| Menanti kucing bertanduk | Menunggu sesuatu yang memang mustahil berlaku |
| | Musnah sama sekali |
| Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut | Menjaga rahsia |
Blog ini bertujuan memberi bimbingan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan SPM.
Khamis, 2 Oktober 2008
Panduan Peribahasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
hi bitch
terima kasih atas perkongsian,sangat membantu
terima kasih
Very good thank u
thank you minnn
Catat Ulasan